Tuesday, June 30, 2015

Tribute Buat Damai86 - Cerita 11

A261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261) 


Ini keluarga kami. Damai 86. Besar jugak keluar Damai ni. Cuba kira.. 1, 2, 3... 12 campur 2 cikgu jadi 14. Entri kali ini khas aku titipkan buat Damai 86. Sejarahnya bermula tahun 1986 tentunya. Cerita2 yang aku dapat adalah melalui interview WhatsApps sahaja. Gambar atas ni hasil sumbangan Cikgu Sahiddan. Terima kasih Cikgu.

Penasihat pertama kami Cikgu Sahiddan Mahamud. Cikgu dilahirkan pada 6 Januari 1960 di Kampung Simpang Sanglang, Perlis. Pernah saya godek2 google satu masa dulu terjumpa kisah cikgu. Rupanya2 di kampung lebih dikenali dengan Saidin (Cikgu kata sebab suka merab dan suka mengekog mak dia..hehehe). MRSMBP merupakan tempat pertama bermulanya karier sebagai seorang cikgu yang sangat dedikasi. Cikgu bersama Damai sehingga awal tahun 1989 sahaja. Namun begitu, sehingga kini cikgu masih lagi berhubung bertanya khabar tentang kami. Cikgu yang dikurniakan 6 cahayamata (tak lambat dah nak terima menantu) kini memegang jawatan Timbalan Pengarah II, Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pendidikan Menengah di Ibu Pejabar MARA.

Tempat Cikgu Sahiddan diganti oleh Cikgu Syed Anwar Aly Mohamed Abu Bakar. Cikgu Syed  dilahirkan di Ipoh, Perak pada 4 September 1957 (ish..ish.. macam familiar ja tahun ni... apa ya? Oh Ya.. tahun Malaysia merdeka la). Katanya, beliau seronok menjadi cikgu sains paduan dan kimia di MRSMBP. Cikgu SYed mempunya 6 orang anak dan 2 cucu. Pada 2003, Cikgu Syed memperolehi ijazah PhD beliau daripada USM (sama hari dengan denga  aku terima master di situ). Sekarang, Dr.Syed Anwar memegang jawatan sebagai Pengarah Kolej MARA Seremban.


Damai86 semasa dinner reunion. Nampak kaler serupa ja kan? Merah dan hitam. Sehati sejiwa Damai selamanya. Tak cukup korum sebab aku dan Megat sibuk sebagai AJK.  Fadhil Hafni tak datang begitu juga dengan Eizam Ismail. Aku tak ingat sapa ketua homeroom

Aku mulakan dengan Norlymalis Jazmi Kamarudin (Jazmi). Dilahirkan pada 18 Januari di Taiping. Pernah sebilik dengan Poe, Rush, Omag dan Hafiz semasa di MRSMBP. Mempunyai dua orang anak yang jauh jarak usianya. Anak sulung lelaki 15 tahun dan anak perempuan setahun. Jazmi kata, saat paling manis di MRSM ialah hari kita mendaftar Tingkatan1 sebab jatuh pada hari lahir dia. Masa mula2 nampak nama Jazmi, ramai yang ingat perempuan. Rupa-rupanya, Jazmi dan dua adik lelakinya memang dimulakan dengan Norlymalis dan dua adik perempuan pula Nolymalis. Unik juga kan? Mungkin ayahnya cantum nama sesiapa kut, wallahualam. Kata Jazmi lagi, huruf J pada Jazmi tu sebab dia lahir hari Jumaat! Menarik. Sekarang. nama hebat ini juga memegang satu jawatan hebat iaitu GM, The curve KL (Bila aku nak sampai The Curve ntah?).

Depan Jazmi, Sharizal Ramdhan Abd. Razak (Dhan) yang dilahirkan pada 28 September di Ipoh.  Nama Ramdhan itu katanya sebab beliau dilahirkan pada 3 Ramadhan tahun tersebut (keluag2 dah kena posa yer..hehehe). Dhan yang bertugas sebagai Telco kontraktor kata saat paling manis di MRSM bilamana dia dapat sepucuk surat yang tak disangka-sangka. Surat apa.. biarlah rahsia. Teman-teman sebiliknya pula Norhizam, Ali, Hanaz dan Rusy. Beristerikan orang Melaka dan mempuyai dua orang anak perempuan dan seorang lelaki. Rupa-rupanya semasa belajar di US dia pernah datang tempat aku di Tucson. Disebabkan lost contact selepas sekolah, jadi memang tak jumpalah kami di Tucson.


Memang Rock Kapak habis. Terutama yang tak nampak muka tu. Rock oooo. Megat Amirul Zaini Jamalulail Megat Jamaluddin (Mioi/Megat). Aku lebih suka panggil Megat. Dilahirkan di Batu Gajah pada 8 Julai (katanya dia berasal Kuala Kangsar). Perak lagi... dah tiga orang ni dari Perak. Mempunyai 2 anak perempuan dan seorang lelaki dan pernah sekelas dengan aku. Kata Megat, dialah budak Tingkatan 1 yang pertama kena penampar dengan Cikgu Jaafar Deraman sebab tidur dalam kelas (yang kena penampar ni ler yang jadi akuntan negara sekarang di Jabatan Akauntan Negara Putrajaya!). Semasa di sekolah, Megat adalah ketua peserta pantun MRSMBP bersama Ramzi, Bob dan Siti Nurshima dan menjadi juara peringkat pulau 1990 serta nombor 3 peringkat Pulau Pinang (errr.. camna tu? kurang jelas la pulak). Cerita Megat, asal namanya tiada Megat tapi masa buat IC disuruh letak Megat, maka panjanglah jadinya. Bapanya pula cukup berkenan dengan nama Jamalulail yang memberi tuah padanya sehinggakan lepas road block dia kata! Hebat! Mioi tu pulak dari Amirul. pelat budak2 kecil disebutnya Amioi.. lekatlah Mioi sampai la ni. Yang paling dia ingat di MRSM dulu, bila dia boleh nampak hantuuu. Siap cerita hantu tu kacau camna rupa camna. Tak perlulah aku cerita di sini sebab panjang sangat. Boleh buat satu entri cerita hantu tu saja.

Syaiful Ehsan Mahayudin (Ali). Tak banyak maklumat tentang Ali aku dapat sebab dia tak jawab banyak. Sibuk barangkali. Apa-apa pun, Ali lahir pada 29 Januari dan mempunyai 3 orang anak lelaki. Aku ingat lagi yang Ali ni masuk lewat sikit ke MRSMBP. Second Intake rasanya sebab dia kata dia masuk 1 April 1986 (hari lahir aku ler). Masa tu dia dari KL dan sekarang pun menetap di sebelah sana, Damansara. Pernah bertugas di Maxis sebelum menamatkan perkhidmatan dan membuka perniagaan sendiri. Sehingga hari ni nama Ali masih menjadi misteri dari mana asalnya sebab nama dia Syaiful Ekhsan. Kita tunggu hingga tuan badan memberi jawapannya.
 
A262
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:262


Gambar ni tangkap syahdu betul. Lihat dari bajunya sah-sah ini Mohd Kamsul Abdul Lah Halim (Choi). Lahir pada 20 Mac di Taiping dan asalnya dia kata Gerik. Sekarang bertugas di OCBC Bank dan mempunyai 4 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Pernah sebilik dengan Ali, Yuti, Poe dan Kuchai katanya. Masa kecil katanya tak pandai sebut 'Kamsul", yang disebut adalah 'Kamchoi'. Maka, lekatlah nama Choi tu hingga sekarang. Nak tau Choi yang asli atau tidak, lihat tanda lahir yang jelas ada leher dia. Dari Tingkatan 1 lagi aku noticed yang ini. Cuma yang aku tak perasan, si Choi ni orang sukan.. hahaha. Sori Bro. Bola tampar (F2 sampai F5), sepak takraw (final state lagi untuk U15) dan bola sepak. Hebat hang dulu.. la ni main lagi ke idak?

Yang bersalam dengan Cikgu Ariffin tu pulak si Ezrie Asrul Kamarulzaman (Ezrie/Ayam or Aryam?). Dilahirkan pada 28 April di Kuala Kangsar, Perak lagi. General supplier & corporate event manager (dia yang bagitau ya) masuk MRSMBP pada Januari 1989 dari MRSM Jasin. Inilah ahli baru Damai yang ke-13. Kemudian berpindah ke MRSM Taiping pula. Walau sekejap, Damai tetap menghargainya sebagai satu keluarga. Ezrie mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama Ayam tu katanya dibawa dari MRSM Jasin dan lagi, sebenarnya dia agak kurang selesa dengan nama tu. Jadi, demi seorang kawan, aku nak ajak kawan2 yang lain supaya selepas ini panggil saja Ezrie, itu lebih baik.


Ada lagi dua jejaka, simpan hingga ke hujung nanti ya. Mari kita cerita yang perempuan pula. Merah semua aihhh. Si kecil comel dari dulu hingga kini, Nurul Haida Abu Bakar (Ida).Kakitangan MAA Takaful Bhd ni dilahirkan di Bukit Mertajam pada 5 Februari. Pernah sebilik dengan Za, Wawy, Wanis dan aku sendiri. Orang kecil molek comel lote ni memang ramai peminat masa sekolah. Ida ni jugak pakar buat kek dan masak-memasak. Bukan tu saja, pandai buat baju juga tau.. maklumlah maknya tukang jahit yang hebat. Ke mana tumpah kuah kalau tidak pada anaknya. Kalau nak jimat duit potong rambut masa sekolah dulu, Idalah yg aku cari. Kata Ida, sepanjang di MRSM dia paling ingat kes tak tidog semalaman semasa camping Navy di Sg.Aceh. Sure pagi tu pening2 biol sikit sebab tak tidog.. tak gitu mate? Kecil2 cili padi pun, pemain netball dan softball sekolah ni.

Belakang Ida, Ainul Zaleha Abd. Razak (Za), Kak Long Damai sebab dia paling tua. Lahir pada 13 Januari dan berasal dari Tanjung Malim. Masa sekolah dulu, aku ingat pernah sekali aku bawa Za balik kampung aku sebab dia tinggal di Gombak. Nak balik masa tu tak berbaloi. Mak aku berkenan dengan hang Za tapi aku mana ada abang.. hahaha. Pernah bertugas di UNIKL bahagian Human Resource dan Student Affairs sebelum menamatkan perkhidmatan pada Februari 2015. Sekarang ni Za mengusahakan pembuatan homemade coklat. Masa reunion ahli2 Damai dah pakat merasa. Memang sedap coklat buatan Za. Kalau ada yang nak order, sila hubungi Za di talian 0193631289. Dijamin puas hati hingga menjilat jari.


Cikgu ngan anak2 buah sama naik bila posing. Yang dipegang tu juga merupakan hasil kerjatangan Za bagi yang berminat nak order. Ok. Kita cerita tentang Zeti Zailah Mohsem (Zet) pulak. Dilahirkan pada 17 September di Yan, Kedah dan berpengalaman selama 12 tahun sebagai System Analyst di TNB. Sekarang ni freelance dalam bidang IT. Memegang title Olahragawati tahun 1988 dengan emas 100m, 200m, 4x100m dan hurdles pun masuk jugak. Zet juga pemain netball handalan sekolah. Posisi, tanya dia sendiri ler. Dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan orang Pendang, Kedah. Cerita Zet, satu peristiwa dia tak boleh lupa masa sekolah ialah bila dia dan geng Yan kena ligan dengan angsa masa melalui jalan kecil kampung. Habih pakat lari dengan beg masing2 dilempar ke tanah. Hanya bila angsa dah tak nampak pakat pi ambil balik beg balik kampung masing2. Tak pa la hang sprinter, angsa pun tak larat ligan aihh.

Di belakang Za, si lesung pipit Syuhana Adnan (Ana) yang lahir pada 30 Mac di Kulim, Kedah. Ana yang bertugas sebagai guru menjadi roomate aku masa Tingkatan 1 di blok C atas. Kata Ana, paling menarik di MRSM ialah belajar berdikari sebab selama ni semua mak yang buat. Hmmm.. serupa la kita semua ya. Kat sini la belajar buat serba serbi sendiri. Mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama suami yang juga merupakan pelajar MRSM (mana ye? aku lupa la pulak). Ana ni pun ramai peminat juga masa sekolah. Dengan trademark lesung pipit yang jelas kelihatan, memang buat hati tertawan..hehehe.
 
A263 
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (Al-Baqarah 2:263)


Gambar bawah tu hasil kerjatangan Cikgu Sahiddan lagi, Kami kosongkan tempat untuk Zet dan Fadil yang akhirnya diisi oleh cikgu. Terima kasih Cikgu kerana memenuhkan korum Damai seperti 25 tahun dulu. Di belakang Jazmi, Zarina Abu Hassan (Ina) yang dilahirkan pada 8 Februari (sama tarikh dengan Tunku Abdul Rahman) di Kuala Sg.Limau, Yan. Ina yang merupakan seorang Guru BM sekarang mengajar di Labuan kerana mengikut suami yang ditukarkan ke Kolej Matrikulasi Labuan. Suaminya berasal dari Ampangan, Seremban dan mereka mempunya dua orang anak lelaki. Ina dan aku menjadi roomate masa Tingkatan 3 rasanya. Kenangan manis katanya semasa di sekolah ialah mewakili MRSMBP dalam netball selama 4 tahun. Hebat la tu. Semasa Tingkatan 3, Ina pernah jatuh di tandas hingga luka di kakinya kena jahit dan mendapat MC sebulan! Serius nampaknya. Disebabkan nak kelas tak boleh, Ina tinggal di asrama bertemankan kawan2 secara bergilir2 terutama masa prep malam dan juga bila tiba waktu makan. Kawan2 jugalah yang tolong ambilkan nota utk Ina. Akulah salah sorang yang teman prep malam kat asrama sebab malas nak turun prep.. hahaha.

Cerita aku? Kan aku dah selit sikit2 dalam cerita mereka. Tarikh lahir sama dengan hari Ali daftar di maktab. Roomate aku pun dah disebut. Asal.. aku dilahirkan di Kota Sarang Semut, Kedah dan dibesarkan di Sg.Petani. Kes aku paling ingat masa di sekolah bila kena denda cuci meja library dengan Senah, Roda dan 2-3 orang lagi. Ini pun aku dah cerita dalam entri sebelum ni. Dan sudah tentu saat paling best bila kita melalui post SRP selama seminggu.


Yang tidak hadir reunion, Fadhil Hafni Hashim (Fadhil/Hafni/Gandhi), di depan sekali semasa berbuka puasa di rumah Cikgu Syed. Hafni lahir pada 30 Mac di Bukit Mertajam dan bertugas sebagai Pegawai Kewangan di UM selain berpengalaman sebagai juruaudit. Semasa di MRSM, paling lama menjadi roomate dia ialah Megat. Hafni dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang lelaki. Bila ditanya macamana dapat nama Gandhi, dia kata Cikgu Ibrahim yang bagi! Masa tu Tingkatan 1 dia kelas geografi Cikgu Ibrahim. Kenagna yang dia tak boleh lupa pula ialah bila memancing di kolam sains belakang makmal. What! Hampa ni tak dak gheja ka pi mancing kat situ? Nak bakar ka ikan tu?

Ahli Damai ke-14 yang kami dapat berita melalui Ezrie ialah Eizam Ismail (Jalut). Dia masuk MRSMBP Januari 1989 dari MRSM Jasin, sama dengan Ezrie (satu sekolah la depa ni) dan kemudian berpindah ke MRSM lain. Nama Jalut tu pun dibawa dari Jasin. Sekarang Jalut kerja di Bintulu Port. Jauhhh, patut susah nak datang reunion. Lagipun tak menang tangan nak urus 4 orang anak lelaki (3 kembar) dan seorang anak perempuan.

Buat Damai86, terima kasih banyak2 kerana memberi kerjasama yang amat baik semasa temuramah. Semoga dengan adanya tribute ini, kita lebih mengenali keluarga kecil Damai86.



P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.


Friday, June 26, 2015

Homeroom - Catatan 10

A259 
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Al-Baqarah 2:259) |

Ini cerita dari hati aku. Cerita kita semua 25 tahun dulu. Kisah anak2 MARA menimba ilmu tak kenal jemu. Hari ini kita bertemu. Menaut rindu dendam terpendam di kalbu. Andai ada kisah silam terbuku, luahkan ia agar terus berlalu. Jangan disimpan di dalam hatimu. Bacalah ceritaku khas buatmu teman-temanku. Aku paparkan nama penuh kalian untuk ingatan di kala rindu.

Catatan 10 tiada cerita. Hanya gambar buat tatapan semua.Cerita 11 nanti akan tiba. Tribute khas buat sahabat tercinta. 


Aman86. Penasihatnya Ustazah Sofiah.
Mohd.Ramzi Mohd.Shariff (Ramzi/Papa), Azni Azizan (Ninie), Sarina Mohd.Ali (Mekna), Izaharin Ishak (Don), Mohd.Hafiz Abd.Majid (Hafiz), Safina Kamaruddin (Pina), Ismail Fahmi Abd.Rahman (Fahmi), Asbanizam Abu Bakar (Asba), Mohd.Nazri Ishak (Joke).


Bakti86. Penasihatnya Cikgu Amir Hassan
Rohaida Ismail (Roda), Faizah Hanim Mokhtar (Ijah), Amirah Salwani Abd.Salam (Mirah),    Mohd.Izamshah Mohd.Edroos (BJ), Hislimas Ramli (Herg), Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Akram).  Salman Ismail tiada dalam gambar walaupun datang.


Cahaya86. Penasihatnya Cikgu Ruzaini
Adli Syamiza Alias (Mat Kong), Marhaizah Mustapa (Mar), Mohd.Fuad Musa (Bob), Muzzammil Mashor (Dwen), Noor Baidrulnizar Abu Bakar (Jatt), Putri Junaidah Megat Yunus (Put),   Shamsul Amir Hamzah (Shamiag).

Bob.. ni baru first time nama hang muncul dalam cerita2 yang ada.


Damai86. Penasihatnya Cikgu Syed Anwar dan Cikgu Sahiddan

Megat Amirul Zaini Jamalulail Megat Jamaluddin (Megat/Mioi), Zarina Abu Hassan (Ina), Zeti Zailah Mohshim (Zet), Nurul Haida Abu Bakar (Ida), Syuhana Adnan (Ana), Ainul Zaleha Abd.Razak (Za), Noor 'Aina Abdul Razak (Aina), Syaiful Ekhsan Mahayudin (Ali), Norlymalis Jazmi Kamarudin (Jazmi),  Sharizal Ramdhan Abd.Razak (Dhan), Ezrie Asrul Kamarulzaman (Ezrie/Ayam), Mohd.Kamsul Abdul Lah Halim (Choi).


Emas86. Penasihatnya Ustaz Shabani

Khuzairi Abd.Hamid (Kucai), Haniff Jainai (Hanip), Nur Hafizi Mohd (Fizi), Harizan Zaini (Jan),       Hanaz Ismadi Mohd.Nadzri (Hanaz),  Mohd.Saiful Bahari Awang (Cipun),  Fazila Ahmad (Ila).

Cipun... sifu kampung saham pun baru first muncul namanya dalam cerita aku.


Fajar86. Penasihatnya: Cikgu Rahimah 

Noorsham Fairuz Ismail (Sham), Zarina Zahari (ZZ), Hasnah Harun (Senah), Ismaida Zamri Ismail (McDa).


Gemilang86
Mohd.Zainuddin Md.Noor (Din Mon/Din Jeti), Muhammad Khalil Ibrahim (Karia), Azri Mohd.Noor (Azri), Zanariah Mohd Yusoff (Zana), Jamilah Mohd Jali (Milah).


 Harapan86

Asni Nor Rizwan Abdul Rani (Asni), Mohd.Zaky Ahmady (Zaky), Fadzli Mohd.Noordin Babjee (Babji), Rosmawati Ahmad (Ros), Mardiah Ahamed Khatidin (Madi).

Miss Connie bukanlah penasihat mereka. Katanya menjadi mak angkat sekejap untuk Harapan. Al-Fatihah utk Cikgu Naemah, penasihat Harapan86.
 
A260 
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:260)


 Indah86

Ramazie Fazaly Ramly (Rambo), Mustakim Mat Nun (Takim), Anuar Ismail (Siput), Wan Zaiful Arman Wan Kassim (Abe/Rudy), Reeza Zulkarnain Abd.Rashid (Reeza/Zul), Anita Yaacob (Enit),  Farahah Osman (Farah), Zuraida Abu Bakar (Zu), Musratulniza Mustafa (Mus).

Penasihat mereka Cikgu Baharum hadir pada siangnya tetapi pulang menjelang petang. Ni gambar malam sebab tu cikgu tak ada.


Jasa86
Arpah Abu Bakar (Pah), Hasnizah Hassan (Has), Zaidah Ibrahim (Zai), Ruzila Abd.Hamid (Eila),  Ku Salma Ku Ismail (Kusel), Aziahthulaini Nadzri (Aziah/Azie), Salihin Ramli (Lihin), Abdul Halim Ismail (Halim Jawa), Mohd.Yaacob Mohd.Noor (Jacob), Norazman Arshad (Man Bee), Nizam Mohd.Isa (Nizam), Tengku Lellaqahar Tengku Abd.Rahman (Pakku Lela).

Nizam.. pun namanya pertama kali muncul. Hmmm. Masa sekolah dulu orangnya kecil sahaja. Jumpa masa Reunion 2008 besarrrr. Hari ni jumpa dah segak bergaya. 


Khidmat86

Zanuar Md Isa (Pak Lan), Syamsul Effendy Yasir (Lutuit), Suhaidi Hanimi Abdul Hamid (Edi), Mohd.Abu Bakar Ahmad (Burn), Ahmad Jannatul Firdaus Dzulkarnain (AJF), Imran Mohd Roslan (Wheng), Akmarudin Mohd Yusof (Jono).



Luhur86
Izam Yusri Ahmad Kamal (Mat Rock), Yusniza Yahya (Yus), Badrul Hisyam Jamil (Bad), Sarizah Samsudin (Serry).


Neraca86

Hazman Abdul (Maman), Shaharudin Ahmad (Din Nila), Mohd.Zabidi Husin (Bidi) (pun first time timbul nama).


Obor86 & Permata86
Rosnah Ainon Mustafa (Ain) mewakili Obor dan Nor Kamarul Aisyah Mohd.Zaiedi (Aisyah) mewakili Permata.


Setia86

Kamaruddin Saad (Din Kering) dan Mohd.Faizal Md.Yusuf (Faizal) menjadi dua wakil Setia.



Tabah86

Mohd.Zamri Basir (Zamri), Zulkefly Md.Kasim (Zul), Azuwana Supian (Azu), Noor Zaini Abd.Ghani (Castelo).

Hanya Homeroom Makmur86 tiada wakil. Ronizam tak dapat hadir di saat2 akhir.


 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

Wednesday, June 24, 2015

Bila Larut Malam - Cerita 9

A257 
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:257


Entri kali ni tak ada gambag sapa2. Yang ada gambag benda saja. Ini dorm yang dihuni oleh pihak lelaki. Blok B bawah. rasa macam terpenjara dalam diam saja. Rimas, lemas, panas. Tapi nak buat camna. Dah pihak maktab bagi yang ini. Setakat menumpang mandi dan tidog. Alhamdulillah.


Ada bilik berempat. Berenam. Bertiga ada tak? Sila klik link ini kalau nak tengok jelas lagi. Ini masa meeting kali pertama. Kami diberi lawatan dalam asrama. Aku dok sembang2 riki2 ada guys kata depa samai kul 2-3 pagi ja. Pastu tumbang. Tak tahan daulat. Ngantuk. Apa depa cerita biarlah jadi rahsia depa ye..


Ini dorm ladies. Blok D bawah. Asalnya pihak maktab bagi C bawah. Selepas dibuat rayuan.. hehehe dapat tukar ke sini. Yehaaa. Boleh duduk sebilik berdua. Macam 25 tahun dulu. Pilihlah teman sebilik masing2. Kami bukan apa dengan Blok C tu. Cuma ramai takut ngan blok C tu. Ada apa ntah. Lagipun tepi sangat dengan bukit. Nak kena naik tangga lagi. Beg besar2. Penat.
 
A258 
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Baqarah 2:258)

Aktiviti di asrama? Apa lagi kalau bukan sembang sembang dan sembang. Nak kampoi cerita 25 tahun tuuu.. orang tu nak cerita ini. Orang ni nak cerita itu. Belum lagi bab cerita dalam kelas.. cerita secret admirer cerita lawak cerita hantu cerita keluarga dan 1001 macam lagi cerita yang ada. Tu belum sesi mengurut percuma lagi. Lengkap! TQ Azu. Tangan hang memang ada power la.


Ini yang paling meletops sekali dalam dorm kami. Menyicah buah pelam youuu. Senah bawah pelam dengan sambal belacan. Eila pun bawak pelam. Ayag panaih amik di DS. Kopi dan gula Madi bawak. Jug ayag aku bawak. Cawan? Mug yang dalam dalam beg goodies ada. Fuh. Meriah gila.

Petang selepas program dalam dewan, kami menyicah dulu sebelum turun main volleyball. Balik malam tu lepas dinner sambung lagi dan lagi. Hadiah hamper yang dapat sikit2 tu dijamu sekali depan tu. Memang agenda makan betoi. Sampai pukul 2 pagi boleh lagi masuk perut. Mata tak tutup2 lagi. (Tapi ada dah yang tumbang masa ni tak tahan godaan mengantuk...hehehe). Pukul 3 aku dah surrender. Tak boleh jadi. Esok nak kena bangkit subuh wei. Tapi ada yang sampai jam 5 pagi punya sembang! Sakan!

Sebelum mai ramai yang takut2 nak tidog dorm. Kata depa nanti hantu kacau. Nanti hantu mai tindih la.  Last2.. kita yang jadi hantu. Berjaga sampai dinihari. Riuh rendah. Dengan lampu tak padam (atas kebenaran) bukan takat wing kita ja. Wing sebelah dan D atas pun lampu tak padam (centralized). Kesian budak2 F5 kat atas tu. Sure depa terkejut dengag kita riuh rendah ngalahkan budak sekolah. Aku rasa hantu2 yang mai nak kacau pun tak sempat jenguk kat tingkap. Takut dengag sora kita semua!

Malam ni pulak hujan turun.. tidog memang dah sedap. Tapi kelkatu la pulak menyerang. Terjun ataih orang tak kira masa. Aduhai.. Aku ingat cicak jatuh ataih kaki. Terkejut aku pagi2 tu. Rupanya kelkatu. Ini khas buatmu kelkatu.

Kelkatu malam
Mengganggu lenaku
Aku terpana
Kerana lena yang tak jerap
Asyik terjaga
Dek kelkatu malam yang hinggap
(04062015-CopthorneHotelPenang)

Ni apa kes pulak ni? Macam nak gaduh ja pun. Anak Fazila tu perhati ja makcik2 ni dok cerita apa la. Dekat tong sampah tu. Ada pisau pulak tu kat bawah. Swiss rasanya. Haihhh.. lain macam ja ni. Kes gaduh berebut hartanah ke? Meh kita bongkar misteri ini. 

Alkisahnya.. malam tadi. Pisau di bawah menjadi saksi pemotongan... buah2 pelam. Selain sebilah lagi yang besar. Tiba2 bangun pagi, Kak Senah tercari2 pisau ini. Katanya semalam ada tapi puas dicari tidak jumpa. Bukan milik dia pun tapi milik si Ida. Senah tak puas hati. Katanya.. aku mesti cari bagi jumpa. Pisau orang tak elok dihilangkan.

Selongkar sana sini. Akhirnya.. dengan semangat membara...jiwa merdeka.. hahaha. Senah selongkag tong sampah yang ada! Kotak2 plastik2 dalam tong tu abih dikeluarkan. Sampai begitu sekali usaha Cikgu Senah kita. Tuan punya pisau tak kisah pun. Kalau dah nak hilang nak buat camna kan. Tapi Senah tetap nak cari.  Itu yang seperti bergaduh adanya depan tong sampah tu. Hahaha. Lawak pagi Ahad 31 Mei 2015.

Tiba2.. Zana bersuara. Weiiii. Ni ka pisau yg hang hang cari Senah? Hah.. betoi la tu. Jumpak kat mana? Tu.. kat tepi loker tu. Memang dari semalam dok kat situ. Tu diaaa. Dah puas selongkag tong sampah baru jumpa pisau kat tempat lain. Saja ja nak jadi kes pagi ni. Hahaha.. Riuh lagi dorm kita pagi ahad ni.


Yang ini cerita apa pulak ya? Tiada apa2 cuma menghargai pemberian sahabat. Di kalangan ladies yang datang kami buat tukar2 hadiah. Sukarela. Tiada paksaan. Bawalah hadiah apa pun utk ditukarkan. Maksimum harganya RM50. Ada juga yang lebih. Alhamdulillah. Sambutan sangat menggalakkan. Terharu aku. Huhuhu.

Ada bawa buku, beg anyaman, kerongsang, jewellery box, perfume, tupperware, tudung, kain ela, bekas isi beras (ni yang paling besar) dan pelbagai lagi.  Ada berbalut ada tidak. Tak kisah. Dekat 35 hadiah jugak la. Undian menetukan siapa dapat nombor mana dibuat. Alhamdulillah. Masing2 mendapat hadiah/barang yang diidamkan atau yang memang disukai. 

Allahuakbar. Si A dapat buku.. suka benar katanya. Si B dapat beg anyaman.. wow.. bole bawa pi sekolah. Si C dapat bekas isi beras.. Alhamdulillah katanya sebab dia memang nak cari yang baru. Si D dapat jewellery box.. sukanya bukan main sebab dia memang bercadang membelinya nanti. Yang dapat kain ela... tak sabar2 nak buat baju raya. Cantik sangat. Yang dapat perfume.. katanya dia memang suka kumpul perfume. Yang dapat kerongsang.. gembira.. bole pakai masa raya. Suka aku tengok kawan2 aku gembira dengan hadiah masing2.

Aku dapat apa? Tuuu dalam gambag tu. Paper bag hijau dengan wordings yang menarik sekali. Tengok kat dalam kertas2 ja. Di bawah tu tersorok bedak simplysity. wah.. teruja aku. Padahal baru 3-4 hari lepas beli bedak baru. Bila try guna memang best la. Lepas ni tukag jenama la aku. 

Terima kasih semua kawan2 yang memberi dan yang menerima. We treasure this moment together and this our story. Bila rindu menjenguk rasa, bila hati terdetik hiba, jenguk-jenguklah jendela lama. Di sini ada cerita untuk kita.

 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

Tuesday, June 23, 2015

Makan Malam Gala - Cerita 8

A255 
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255
 

Jemu dengan cerita reunion? Tak dak masalah. Jangan baca. Tu saja. Ini cerita aku. Diari kehidupan aku. Terpulang pada hampa semua nak baca ka tidak. Nak buang memang tak boleh la sebab ni aku punya. Sekadar mengisi ruang masa aku pada ketika ngantuk mengetuk mata aku. Daripada aku terpejam dalam lena, baik aku menulis. Tak begitu Din Kering, Din Nila, Zamri, Faizal, Ramzi dan Syamsul?


Zarina Zahari (ZZ) yang hadir dengan keluarganya. Dia hanya muncul masa makan malam saja. Jadilah. Sekurang2nya hilang rindu utk berjumpa kawan2. Pagi esoknya dia muncul sekejap sekadar menjenguk asrama. Rindu eh? Kalau ke Puncak Alam... Insyaallah boleh jumpa ZZ. Calling2 ya.


Pina, Mekna, Aziah, Zuraida dan Mus. Mekna.. now orang penting di Bank Islam. Tapi, dia tetap Mekna yang dulu. Simple and easy going. Zuraida/Zu yang asalnya nak tumpang aku ke mari. Bila aku boh gambag bonet kereta di group, hahaha. Tak jadilah pulak. Sebab tak muat barang2 dia kata. Memang ya pun. Sorry ya Zu.


Nazri Joke, Fahmi, Khalil, Reeza dan sapa budak ni ya? Anak sapa ni wei? Fahmi.. ini orang penting di Firefly. Kalau hampa nak terbang ngan Firefly, bolehla cari Fahmi kut2 dapat harga diskaun. Boleh ke gitu Fahmi? Atau hang nak laghi bila kami cari? Jangan la gitu. Kita kan kawan.. kan..kan..


Sekadar menghargai kawan2 lama aku. Reunion 25 tahun. Mana mungkin cerita 25 tahun akan habis dikisahkan dalam blog picisan ini. Batch kita yg mencecah hampir 250 orang, andai semuanya hadir, tentu setiap seorang aku sebutkan namanya di sini agar aku tidak lupa nanti. Has, Jan, Pah, Zaidah dan Ijah. Maaf la tuan yg tak nampak muka. Aku tak cam siapa orangnya. Awat Jan tersesat kat meja ni sorang2? Cari ilham ke cari cerita lama?


Ok. Selingan kejap ya. These ladies wanna have some fun. They wanna sing a song "Untukmu by Feminin". Sori la kawan2.. aku dah lama tak nyanyi2 ni. Lirik pun dah tak boleh nak ingat. Dah berkarat otak ni. Tumpang miming je la ya. Biarpun pitching lari.. suara pun tak sama, yang penting kita enjoyyyyy. Dan maksud lagu tu sampai. 


Anuar Ismail (siput). Awat la depa panggil hang Siput? Kesian kat hang. Tak dak sentimental feeling betoi depa ni. Tapi hang pun macam ok ja Anuar. Makin sihat ja pun.. banyak makan siput kut? Hehehe. Yaacob (Jacob), ok la.. nama nak dekat2 walaupun bunyi macam biskut ja. Yang penting mudah utk kawan2 ingat. Izam Yusri aka Mat Rock. Yang ni aku agak sebab jalan hang tu yg rock.. tu yg lekat nama Mat rock. Tak tau kut sebab lain. Aku kurang arif. Halim Jawa. pasaipa jawa? Tak melayu ka.. arab ka? Hang orang jawa eh? Batch kita ada sorang lagi Halim kan.. yg masuk masa F4, Abdul Halim Hanafi orang Gopeng.
            

Zana, Mirah, Serry, Yus, Milah, Mar dan Aisyah. Awat orang minyak pakat dok meja ni? Hampa ada meeting ka? Zana, Milah, Yus n Aisyah.. tak kan masa ni pun nak buat meeting pasai minyak. Lupakan saja. Mar pulak jadi penasihat kewangan dan Cikgu Serry jaga akaun. Sesuai sangat la tu. Milah? Ni pensihat kesihatan dan kecantikan hampa. Maklumlah.. ladies.. kena jaga imej.. hahaha. Lawak ja no. Jangan amik hati.


Yang lain2 tu dah keluag muka hampa dalam ni sebelum ni. Sham, Jono, Fizi ngan Pakku. Yang aku nak tala masa ni si Abu Bakar/Burn. Asal nama Bakar ja orang panggil Burn. Bun bole tak? Aku ingat lagi masa Burn mula2 masuk kelas aku dulu. Kelas dekat makmal. Dia masuk dudk kat belakang.. senyap ja. Sepanjang kelas ngan aku memang dia pendiam. Tak cakap kalau tak dak isu. La ni tak tau la sebab malam ni pun aku tak bercakap ngan dia.

Yang ni pun sama macam cerita ataih jugak. Sat.. sat. Ni meja cikgu cikgi la pulak. Hampa dok ikut profesion ka wei? Madi, Ana, Zeti, Nini, Senah, Zarina dan Roda. Aku dah cerita atau sebut2 nama hampa. Yang jubah pink ni belum lagi.   Rosmawati/Ros yang mengajag di Nibong Tebal. Masa sekolah dulu aku pernah sekali ke umah Ros. Masa tu umah dia dekat USM. La ni tak tau la dia dok balik situ lagi ka tak. Sampai di sini, semua nama ladies aku dah sekurang2nya tulis dalam entri aku. Yang guys ada beberapa orang lagi. Kalau rasa tak dak nama tu habag ya. Nanti akan ada juga. Kecuali kalau tak hadir, memang susah mau cerita la.
 
A256 
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:256


Ni sapa pulak ni posing sorang2 ni? Hampa ingat tak adik ni? Errr adik ke? Memang dia muda pun. Lydia, jurugambar kita yang Don carikan. Terima kasih Lydia tolong ambil gambag kami semua.  Single lagi ni tapi dah berpunya kut..


Ok.. back to makan2 time. Lihin, Bob, Takim, Rambo, Zanuar, Abe dan Dwen. Bob.. Fuad Musa. Ya Fuad. Comel je hang dulu Bob. Hehehe. Zanuar pulak aku dok cari dalam senarai nama tak jumpa. Rupa2nya depa tulis Pak Lan. Awat jauh sangat nama Zanuar ngan Pak Lan tu? Apa kaitannya?


Jeng jeng. Balang dengan nama apa pulak ni ya? Hah.. ni la balang bertuah. Nama2 pemenang cabutan bertuah. Ada 15 hadiah semuanya. Dan No 15 dimulai oleh Takim.. naik ke atas hingga no 8 oleh Azri MN. No 1-7 tak dak lam senarai ni tapi kalau tak salah No 1 Din Nila. Terima kasih pada kawan2 yang sponsor hadiah untuk cabutan bertuah ni. Memang terasa meriah bila ada hadiah sebab masing2 berdebar menunggu nombor keluar. Semoga rezeki anda yang sponsor atau pun tidak untuk program kita ni bertambah dan dirahmati Allah.


Selain gambag Mar n Ramzi jadi pilihan dalam entri Cerita 7, gambar ni menjadi pilihan aku di sini. Apa yang diceritakan Khalil sampai Pah gelak besag tu? Hang dok promote insuran ka dok cerita pasai politik Khalil? begitu sekali Pah gelak. Jangan sampai terlepaih pinggan di tangan sudah la no.


Ketika malam dah hampir jam 12, masing2 masih segar bugar lagi. Tak dak ghupa mengantuk langsung. Yang nak karoake pun ada juga. Sakan betul melepaskan geram ya. Dah abih program kena balik ke asal. Tak boleh nak jimba2 lagi. Hampa nampak ka muka hampa dalam ni? Haluih sangat nak nampak muka pun. Janji ada gambag ramai2. Eh..eh.. aku perasan sesuatu la. Awat pakat tengok kanan tu ya?


Cuba tengok gambag ladies ni pulak. Pun pandang ke sebelah. Apahal ya? Ada apa kat sebelah sana dan sini? Memang jadi trademark betoi la style hang Reeza! Dah lekat dah pose captain. Sampai begitu sekali penangan posing ala2 Captain Reeza. Cayalah!


Last but not least, penutup cerita dinner. Gambar AJK yang begitu komited dengan kerja2 mereka. Bukan nak puji aku ya. Aku puji kawan2 aku yang bekerja bersungguh2 untuk menjayakan program ini. Penghargaan buat anda semua... Putri, Noorsham, Fazila, Farahah,, Jamilah, Ruzila, errr.. masuk pi la aku dan Azuwana. Imran, Megat, Zul, Asni, Adli, Syamsul, Zaky, Fadzli, Harizan, Asbanizam, Izaharin, Ismaida dan Azri. Cuba teka siapa yang tak ada? Hahaha.. mr MC kita.. hang pi mana Jatt masa ni? Hang sorang ja tak dak lam gambag ni. Syiannn Jatt.

Akhirnya aku boleh tutup album dinner. Hampa ingat senang ka nak pilih gambag yang beratuih? Pastu ada yang serupa. Ada masa aku nak fotoscape lagi. Pastu nak cari caption lagi. Setiap entri ada ja gambag kena edit sebab serupa atau tak tau nak cerita apa. Tapi, demi menghargai hampa sebagai kawan2 aku, aku teruskan juga. Cewahhh. Jumpa lagi untuk cerita lain pulak.



 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.