Thursday, December 29, 2016

Masjid Aman, Simpang Kuala, Alor Setar

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya (A-li'Imraan 3:103)

 

Kerap juga kami bersolat di masjid ini (klik sini utk link blog masjid) bila ke Alor Setar. Letaknya di tepi jalan betul-betul di simpang 4 Jalan Permatang Kuala menghala ke Kuala Kedah.

 Laluan ke ruang solat wanita. Kiri sekali ke tandas.

 Koperasai masjid aku rasa.

 Kedai nasi ayam dalam kawasan masjid.

 Di seberang jalan.

Tidak lupa yang ini. Hmmm.. fikir2kan lah.

Wednesday, December 28, 2016

Masjid Al-Abrar, Sik

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  (A-li'Imraan 3:102)
 
 

Masjid Al.Abrar terletak di Qariah danglau, Mukin Sok, Sik Kedah. Persinggahan sementara semasa program JJMK Merdeka Baling yang lepas. Masjidnya sederhana besar sahaja.

 Hadapan masjid

 Kiri masjid

 Dari pintu pagar

Monday, December 19, 2016

Lama betul tak main ni

Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). (A-li'Imraan 3:101)


Isk..isk.. Aku rasa lama betul bola ni tak kena penumbuk aku. Bukan kata aku terer.. tapi bole la takat tujah2 gitu2. Takat main2 utk bagi pecah peluh. Play for fun.


Dah pakai sistem apa pulak ni sampai 31 mata? Sah2 memang lama betul tak main bola tampar ni. Apa depa kata.. mata volleython? Lepas 15 mata tukar side tapi kiraan mata terus sambung hingga 31. Sapa dapat dulu dialah juara. Bukan 15+15 = 30 ke?


Uish.. ada orang ambil gambar aku dari jauh la. Hahaha... Kirah! T.Kasih mai bagi pisang kat aku. Memang terbaik la pisang dari tanah hang.


Inilah team aku yang turun main utk 5 games! Dari pagi sampai petang tak tukar2 orang sebab tak cukup pemain. Nak tak nak.. tahan je la stamina yang ada. Apa2 pun aku enjoy the game. Terima kasih Fiz, Saba, Suraya, Suhaiza dan Ema bagi peluang kat akak yang dah season ni menujah bola entah ke mana2. Lantak kamu le bola.. janji aku bole main hahaha. Dapat no 4 tu.. kira oklah no. Tahniah semua dan terima kasih juga sebab so sporting. (especially Fiz n Suraya yang banyak cover kawasan).

Friday, December 16, 2016

Ronda-ronda Yan

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?" (A-li'Imraan 3:98)



Buat pertama kali, ada peluang untuk ronda2 sekitar Yan. Selama ini dok lalu saja. Cadangan En.Somi nak ke Pantai Merdeka tapi kereta dipandu arah ke Tg.Dawai. Lagu mana tu? Last2 dah sampai Pantai Murni aku coling2 kawan aku merangkap bekas teman sebilik aku dulu, Aznita ni. Ada pulak kawan aku sorang ni... hahaha. Siap nak bawa kami meronda lagi. Suami dia Faizal la yang bawakan. Faizal memang asal orang sini. Maka sampailah kami ke Air Terjun Puteri ni. Ikut laluan rumah Budi Penyanyang. Nak mandi tak boleh sebab air sikit sangat. Lagipun takut dikencing oleh tikus nanti, tak ke naya.
 

Tengok2 kejap dia bawa kami pi mee udang pulak dah. Spesel tak spesel makan jugak la sepinggan kongsi. Aku rasa kalau nk pi sekali lagi mau lupa jalan ni. Kena waze la jawabnya.

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (A-li'Imraan 3:99)


Itulah dia Ita (orang Pahang ni) ngan Faizal. Sama2 belajar dulu di KPP Seksyen 17.  Kebetulan Faizal free dan Ita pun tak de gheja gamaknya hahaha, depa bawa kami mai sini. Di sini juga merupakan tempat pemancing2 menyewa bot ke laut dalam. Malahan untu pelancong2 juga bole naik di sini kalau nak meronda ke pulau2 berhampiran.


Ni dia mee udangnya. Udang besar2 kau. Nak mangkuk RM12, RM20? Pilih nak yg mana. Aku amik RM12 je la. Perut dok kengang lagi. Laksa pun ada kat sini. tinggai nak order ja.

Selesai makan di sini, depa bawa pula ke kuala mana ntah. Dekat2 dengan Dulang kalau tak salah aku. Tempat membeli hasil2 laut yang baru dibawa balik nelayan. Kalau di suruh pergi sekali lagi tak jumpa rasanya.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (A-li'Imraan 3:100)


Sebab ikan2 pun dah abis di kuala tadi, terus dibawa ke sini. Selepas Dulang, di Sedaka, Yan. Minum nira nipah fresh from farm. menarik betul kawasan ni. Bersih dan selesa.


Di celah2 pokok nipah tu diletak beberapa meja bulat utk samtai2 minum atau makan petang. Laksa dan bihun ada dijual juga. Rasa nyaman dan tenang saja. Tapi sebab hari tu hujan, kami minum kat meja di ruang rumah tuan tanah.


Di belakang kawasan ini memang sawah padi. rasa macam nak pindah dok sini la pulak. Memang bagus idea tuan rumah ni. Disimpan beberapa pokok nipah utk bekal nira. dibina tandas yang selesa, dibuat taman yang penuh dengan pokok2 bunga. Disediakan meja2 untuk santai2. Nanti nak mai lagilah. Tapi nanti tu tak tau la bila..hihi.

Friday, December 9, 2016

Mari kita mancing

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.


Dah lama aku tak mancing. Rasa rindu pulak. Last sekali mancing Januari 2015 dulu. Sejak tu, sejak mak tak sihat, dah tak ada geng nak pi mancing. Tapi, bila tiba2 teringat dan teringin, aku tanya maklang. Baik punya port mancing kali ni. Kat sawah mana ntah di Alor Setar nun. Macam jauh, tapi sebab alang2 hantar Angah, apa salahnya.


Budak berdua ni kalut je lebih. Bukan depa yang mancing pun. Main ja banyak. Hasil mancing banyaknya Maklang yang dapat. Aku pun banyak juga.. ikan temekong. Suka benar curi umpan.


Ini taliair seberang jalan budak2 tadi. Alhamdulillah jalan ni tak sibuk dengan kenderaan. Hasil pun boleh tahan dengan talapia yang besar2 ni. Maklang bagi 2 ekor utk kami berdua. Oklah tu. Bukan ada ramai orang pun kat rumah nak makan banyak2. Selepas hari tu, aku bawa Angah mancing sini, dapat puyu 2 ekor. Maklang kata sejak kami pi, dah ada orang mancing kat situ. Sebab nampak hasil lumayan kut.


Sebab nak cari Maklang jauh, aku minggu berikutnya aku bawa anak2 ronda2 cari kawasan. Di tali air Kg.Setol, Pinang Tunggal ni buat beberapa kali memang tak ada orang mancing. Hasil pun boleh tahan. Lama2 mungkin orang dah nampak, ada la pemancing2 lain di sini.

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.


Lepas tu adik aku pulak nak join. Ok. Aku bawa ke Sg.Pasir, Sg.Petani. Port lama untuk memancing. Ikan ada tapi kurang menangkap.


Geng ni dari Ipoh. Balik bercuti di rumah saudara di sini. Nampak jer brutal dengan rambut berkaler tapi selepang kain kat bahu. Depa ni pancing dan lepas. Saja suka2 mancing.


Lampam yang datangnya dari Kg.Setol tadi. banyak anak2 lampam tapi bila balik dah mati. Boleh buat pekasam je la. Puyu memang banyak tapi kecil2. Pun buat pekasam juga.


Port baru la ni di Pmtg.Bogak rumah Hajar. Sini hasil puyu dan haruan lumayan dan besar2. Puas hati nak goreng atau buat asam pedas. Dan untuk pertama kalinya, dapat keli seekor. Balik goreng saja.


Hajar dan anak2 cuba menangkap pepatung utk umpan. Belalang pun boleh. Aku rasa pepatung dengan belalang lagi ikan suka berbanding dengan umpan cengkerik.


Inilah pekasam untuk pertama kali cuba. Alhamdulillah. Rasa boleh tahan. Kali kedua buat pun ok lagi, Tak ada rasa pelik2 pun. Boleh makan cukup rasa alhamdulillah. Jom kita mancing lagi. :)

Thursday, December 1, 2016

Jom mencendol!

Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - wahai Bani Israil - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (A-li'Imraan 3:93)


Sekali satu semester mesti mencendol. Untuk budak2 ni ler. Untuk aku.. kalau dah 3 kelas, tiga kali ler mencendol. Cuma cendol aku super special sebab aku tak mau cendol yang hijau tu. Cendol aku tanpa cendol... aci tak aci tak?


Ini kelas statistik pelajar Electrical Engineering. Kelas budak2 nakal yang ada 6 orang saja pelajar perempuan. Yang senyum colgate ni.. dah hujung2 semester bari aku dapat nama dia..Afiq. Yang hujung nun..Rafshan, sebab dah berapa kali dia ni belajar ngan ku itu sebab aku ingat. Dan Fadzli juga. Tak jemu ker depa masuk kelas aku? Tanya la depa.. Yang lain2, saya minta maaf.. too many students and too little memory to keep names in it.

(Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (A-li'Imraan 3:94


Ini kelas mana pulak ya? Oooo ok. Kelas matematik aku.. pelajar2 Chemical Engineering. Kelas ni balance antara lelaki dan perempuan. Eh..maaf. Kelas ni lelaki 1/3 saja. 


Yang paling tragis sekali.. aku tak ingat nama2 budak2 kelas ni. Mursyidi.. yaa.. ini pun dah hujung2 baru nak ingat. The only one budak Penang dalam kelas ni. Yang lain2 ingat2 lupa. Tengok ingat lepas tu lupa. Again... so sorry. Tak mampu nak ingat nama you all.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik. (A-li'Imraan 3:95


Satu lagi kelas statistik Electrical engineering. Dalam kelas ni pun ada yang dah berapa kali pernah belajar ngan aku. Muslim, Affiq, Nizam,fatimah, Syafiqah, Fanisha, Izzat dan a few others.


Ohhh.. Ikhwan budak Sarawak/Sabah itu. Selalu saya konpius dengan itu Ted Aaron. Hahaha.. sorry ya. Hanya saya tau kenapa begitu. Kelas ni ramai juga dari Sabah Sarawak. Sebab muka masing2 lebih kurang, dah konpius dah.

Untuk semua pelajar2 saya, yang sekarang atau yang lepas2 atau yang dulu2: Semoga hidup anda semua berada dalam rahmat dan limpah peliharaan Allah swt. Semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat tidak kira anda memegang jawatan apa sekalipun. Selamat maju jaya semua. Saya minta maaf tak dapat ingat semua nama tapi anda pasti ingat satu2nya pensyarah anda yang serius gila masa mengajar ni hahaha.

Wednesday, November 30, 2016

Berkelah

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. (A-li'Imraan 3:91




Rasanya sudah lama tidak berkelah. Untuk Emad pula, berkelah pun tak pernah. Tak pernah tahu. Maka aku cerita berkelah kena bawa tikar dan makanan. Hampar tikar letak makanan dan duduk makan2.


Satu hari, selepas hantar Dalilah, kami singgah ke Hutan Lipur Sg.Buaya Nibong Tebal. Saja nak berkelah. Turun kereta, Emad dah tanya awat tak ambil tikar (baru beli). Abis diangkutnya kerepek2 dan keropok yang ada dalam kereta. Nak berkelah dia kata.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (A-li'Imraan 3:92)


Tapi tak boleh lama2 sebab dah petang. Cukuplah 30 minit. Dah hampir senja. Nyamuk pun makin banyak. Kesian pulak. Baru nak berasa nikmat berkelah dah kena balik. Sebelum balik sempat singgah di sini untuk makan malam.


Tertarik dengan mee udang berasap punya pasal. Ada satu kedai di hujung sana, Kedai Mak Na. Full house. Customer memang ramai. Pasti sedap di situ.


Di sini pun sedap juga. Alhamdulillah. Suami minta mee berasap ayam. Aku ambil kuew teow kuah. Sedap sangat untuk orang yang tak suka kuew teow macam aku ni.


Ini mee berasap dia. Memang sedap. Kuew teow aku? Hihi.. dah abis, tak sempat nak amik gambar.


Ini pula burger ayam goring Emad punya. Ayam tu macam ayam goring kfc. Rasanya biasa saja tapi ok unuk bagi kenyang. Bila2 kena mai cuba di Kedai Mak Na pula. Tapi bila ya?

Tuesday, November 29, 2016

Emad - Dah 5 tahun rupanya

Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat. (A-li'Imraan 3:90)


Bila kawan-kawan dia bawa kek ke sekolah, dia pun nak bawa juga. Puas kena sabarkan dan bagitau besday dia lambat lagi. Bulan 10 nun. Menghitung harilah, dalam 100 hari lebih lagi. Masa tu la.


Bila tiba masanya, aku order kek coklat gambar ultraman. Bila dapat keluar superman. Sebabnya ultraman dah abis di kedai. Berat jugak kek K.Midah ni. Superman pun tak pa la. Janji ada kek dan dia tak bebai sudah.


Cikgu dia bagi bahagian nama kat dia. Tapi budak ni mana makan kek banyak pun. Dia sendiri cakap dia tak makan pun kek tu. Bila tanya yang lebih mana, dia kata cikgu dia nak makan, haha. Alhamdullillah.


Rayyan, Zakif Iman dan Farid. Ni budak2 kelas Emad-Ibu Sina. Dia sebut ibnu cina. Cina pun cinalah. Kelas satu lagi dia tak ingat. Oooo Ibnu Batuta.. dia sebut Pajuta pulak dah. Janji ada bunyi.


Hadiah memang tak ada. Nasib baik tak dituntutnya hadiah. Tak reti lagi. Rasanya latest sekali aku beli bot biru tu. Dia nak feri, tak dak di pasaran. Bot je la gantinya. Mana nak cari feri macam feri Penang tu ntah?

P.S: Terima kasih cikgu atas gambar2 yang diambil kat sekolah.

Friday, November 18, 2016

JJMK Merdeka-Baling

Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim. (A-li'Imraan 3:86)


JJMK Baling diadakan pada hari merdeka. Alhamdulillah. kali ni aku merdeka bersama JJMK, untuk pertama kalinya. Awal2 pagi rasanya kereta aku yang pertama tiba di Masjid Bukit Selambau ni, tempat berhimpun dan mengagihkan barang2. First, hahaha.


Ikut rancangan ada 6 center. Tapi cuaca petang tak mengizinkan dengan hujan yang terlalu lebat. Jadi, ada center yang tak dapat disantuni.


Ini Center 1. Tuan rumah/tuan tanah jamu dengan kuih muih, air kopi/teh panas. Buah rambutan dan langsat/dukung jenuh atas pangkin. Musim buah banyak masa ni. Memang rezeki peserta.


Dalam orang sibuk aturkan barang2 dan makan2, budak2 ni sibuk cari haiwan ternakan. Budak baju hitam tu kejar ayam yang ada. Terjumpa pulak kambing dalam kandang. Itu lebih menarik bagi mereka. Kat taman mana nak ada orang bela ayam kambing kan?

Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). (A-li'Imraan 3:87)


Center kedua kena jalan jauh sikit dari parking. Tuan rumah ni menghadapai masalah persempadanan tanah. Diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan mudah.


Di sini juga buat pertama kalinya aku tengok sarang tempua nn sayup-sayup di hujung pelepah kelapa. Bukankah peribahasa menyebut "jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah". Aku ingat tempua memang bersarang rendah! Rupanya ada yang tinggi melayup. Buah2 langsat/duku/dokong yang lebat jangan ceritalah. Memang banyak sangat dan rasanya tak termakan mereka pun.


Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian; (A-li'Imraan 3:88


Lokasi seterusnya perlu melalui jalan satu lorong di tepi sungai. Jadi co-pilot ni yang bestnya boleh tengok kiri kanan apa yang ada. Buah2 langsat/duku/dokong (aku memang tak tau beza ketiga2 buah ni) merimbun. Geram rasanya. 


Di laluan ini sempat lagi aku stopkan sorang pakcik naik moto dengan bakul di belakang. Tanya dia apa ada dalam bakul. Dia kata buah lembang. Lembang? Buah apa tu? Mintk sikit hahaha.  Itulah buahnya. dan tangkai buahnya gambar kanan. Yang besar tu lembang yang kecil tu dokong kalau tak salah. Depa kata rasanya lebih kenyal dan sedap. Hmmm.. serupa ja aku rasa tapi much better dari langsat kut. Kesimpulannya kalau dah tak dok nun kampung sana memang banyak le buah2 hutan yang kita tak kenal.


Bila sampai kat rumah untuk sumbangan pula, tu diaaaa. Penuh buah. Dua raga ni sapa nak makan ambil la sebanyak mana pun. Durian tu untuk dijual. Aku pun beli jugak 3 biji. Harap2 durian kampung yang isi manis dan nipis tu. Bila balik isinya tebal2.


Dalam orang ramai2 tu, anak2 peserta yang agak perak ni terpegun dengan susu getah yang keluar dari pokok. Susu ni untuk apa? Nak buat apa? bla..bla..bla..

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:89)




Semangat kerjasama begini yang sangat2 dinanti. Masing2 tahu apa nak buat. Tak perlu nak bagitau masuk dalam barisan bagai. Ddengan sendirinya ia terbentuk untuk memudahkan penghantaran barang ke muka pintu.



Selesai 4 center, kami dijamu makan tengahari di rumah Paklong Mat Zin, Kg.Nami. Ikan masak merah yang sedap. Kerabu paku rawan yang pertama kali aku makan, rasa2nyalah. Dan gulai buah ara lempong. Mak aku kata buah ni orang tak makan tapi di kawasan ini ia jadi kebiasaan. Cuma kena tahu cara memasaknya dengan betul supaya boleh dimakan. Pertama kali juga aku makan ara lempong ni.


Sebelum persinggahan terakhir kami solat di masjid Mukim Sok. Dua center tak dapat dikunjungi kerana hujan terlalu lebat. Tapi barang2 tetap sampai pada tuannya. Ini rumah terakhir yang terletak nun ke dalam hutan getah. Tiada api tiada air. Hanya mengharap air tadahan hujan dan sungai berhampiran. Negara kita dikatakan maju tapi masih ramai rakyat yang terpaksa hidup dalam kedaifan. Moga hari ke hadapan keluarga ini mendapat pembelaan  dan pertolongan yang sewajarnya.