Thursday, September 30, 2010

Mahsuri

Semasa bercuti ke Langkawi minggu lepas, kami tak lepas peluang bawa anak-anak ke Makam Mahsuri. Rumah, makam, telaga dan segalanya tentang Mahsuri. Sayang sekali galerinya ditutup kerana mengalami kerosakan.

Memasuki muzium yang ada di situ amat menarik sekali. Dalilah terutamanya..amat teruja dengan Mahsuri. Tak habis-habis memuji dan mahu memiliki gambar Mahsuri. Aku suruh dia simpan tiket masuk dalam album (ada gambar Mahsuri di situ). Tapi katanya tak sama dengan yang ada di muzium. Pada Dalilah, Mahsuri sangat cantik..dengan CT Nurhaliza? Mahsuri lagi cantik. Dengan artis itu ini yg diketahuinya cantik? Tak..Mahsuri lagi cantik...Yah suka Mahsuri..Dia cantik sangat ibu... Agaknya bagaimana ya rupa Mahsuri sehingga namanya menjadi lagenda? Langkawi tidak aman 7 keturunan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia di sebalik kejadian.

Tuesday, September 28, 2010

Langkawi

Percutian ke Langkawi pada 24-26 Sept 2010. My family and I, MIL and my parents. Date kat kamera tak betul.

Angah menikmati sampritnya dengan penuh kusyuk dan tawaduk.

Naik Lada Satu jam 4.30pm
Hari ke2. Meronda-ronda dengan Unser yang disewa dengan harga Wira. Malam pertama di Amzar Motel RM45/room. Condition-not recommended.

Sarapan di kedai makan kampung. Puas hati, berbaloi. 5star.

Stop by scenic view. Tengah adjust camcoder

From top view boleh tengok airport Langkawi

Cantik. Owner compound beras terbakar

Beras terbakar. Sayang kawasannya dah berpagar.

Di oriental village plus cable car station

Again...

Gerun. Kecut perut. Cukuplah sekali.

Dari kejauhan

Di puncak Mat Cincang

Dari puncak Mat Cincang

Membuat karas di Makam Mahsuri

Yah setia menanti gambar piring disiapkan

Besarnya kerapu. Lama mana dia dlm akuarium ni?

Laman padi. Best betul leh turun bendang

Dangau

Cuba nasib kut-kut ada ikan laga

Terung susu kambing
Angah cuba pusing pengisar padi. Tak jalannnn. Ini kerja si lembu atau kerbau yang buat.

Musim cuti bila lampu-lampu neon dipasang malam hari,
ia seakan-akan hidup (org Langkawi kata)
Hari ke3. Kami bermalam di Best Star Hotel. RM100/night. Puas hati and very high recommendation. Next time datang will stay here.

Best Star Hotel from P.Cenang yang sangat bersih dan cantik.

Awal pagi pakcik ni dah memasang jala
Next time ke Langkawi, aku nak island hoping pula. Masa ni tak sempat. Buat sesiapa yang nak ke sana better not going masa cuti sekolah. Sewa kereta naik, harga bilik naik, makanan jgn cerita la.. mahal. Shopping? Tolak tepi sebab not my interest. Lagipun berat nak usung naik feri. The best for me is jalan-jalan tengok suasana....the worst of course la...duit abissss....uwaaa...nak bayar tambang feri camne?

Tuesday, September 21, 2010

Teman

Ini entry sajak aku yang terakhir dari bumi Tucson sebelum aku balik ke Malaysia pada May 1996. Sajak yang kutujukan buat seorang teman yang aku rasa dia sendiri belum dan tak akan membacanya kecuali jika aku hulurkan. Satu hari aku akan pastikan teman ini membacanya.
Buatmu teman
Ku coretkan bicara hati ini
Biarku tahu kau tak bisa tatapi
Pada waktu yang tinggal sedetik cuma
Ku cuba pahatkan
Serangkum syair suara sanubari
Yang terpendam di dasar perasaan
Bersama karamnya satu pengharapan
Padamu teman
Satu penghargaan aku hulurkan
Atas keceriaanmu
Kau hidupkan pentas suasana
Yang kita sebagai pelakonnya
Tanpa sutradara tanpa penontonnya
Untukmu teman
Maafkan aku kerana menyimpan rasa
Menjadi pembelot
Pada jalinan persahabatan yang ada
Aku tak bisa menghindarinya
Biarku tahu aku pasti terluka
-naar-29mac1996-

Sunday, September 19, 2010

Kawan lama

Syawal 9. Ijah dan Pah mai berghaya di rumah aku. Last jumpa depa dua tahun lepas kut di rumah Ijah. Pah tersesat jalan tapi tak jauh.


Nape ye Pah pejam mata? Rindu sangat kut kat aku. Before magrib depa dah balik. Tak dapat cerita banyak. Nak update latest stories pasal kawan-kawan pun tak sempat. Lain kali kita gather lagi. Tambah korum biar meriah.

Testing

Di satu malam, sambil menonton TV bersama anak-anak

Tanpa flash


Dengan flash-statik jadinya

tanpa flash


another angle

Snapshot from angah... cuba cari ulat beluncas...

Friday, September 17, 2010

6 Syawal

Sambutan 6 Syawal kami di Perlis Indera Kayangan. Mula-mula kami (aku & family + MIL, adik & family, Kakak & family, parents) ke Mata Ayer dulu. Di Perlis ni ramai saudara mara abah sebab abah lahir dan dibesarkan di sini. Then kami ke Pauh melilau cari rumah sepupu abah. round ke-3 baru jumpa. Dah jumpa cucunya pula bawa kami ke kedai di mana sepupu abah ada. Mak dah tension sebab asal trip tak masuk lam senarai ke Pauh.

Seterusnya kami ke Arau rumah PakSu Jamil sepupu abah juga. Masuk jalan yang biasa...dead end. Jalan keretapi tengah diupgrade. Masuk lorong lain...jalan mati juga. masuk yang ketiga pun jalan mati. Kami buntu.

At last kami masuk jalan yang aku biasa dari kecil. Parking kereta bawah pokok dan kena berjalan melintasi lantasan keretapi macam pelarian. Macam kat atas ni.

Tengah tunggu keretapi ke?

Masih menunggu.
Ayin pi panggil Paksu Jamil. Bila dia mai, Paksu bawa Ayin & Azahar ikut jalan yang kereta boleh masuk. Kami pula jalan kaki melintasi landasan. Teringat masa kecil-kecil aku datang sini.


Tengah tunggu tok naik tebing.

Sakit lutut mak aku nak naik. Akhirnya kami semua sampai tapi anak cucu seronok sebab tak penah lintas landasan. Masa tu pukul 11 lebih. 12.30tghari dari rumah Paksu kami dengar bunyi keretapi lalu. Alhamdulillah semua selamat.

Tuesday, September 14, 2010

Nurah

Lepas Kenduri mak ndak Masna, giliran Mak Unggai Nurah (anak maklang Hindon adik mak)pula pada raya ke-3. Seingat aku masa kecil dulu Nurah ni kecil dan genit. Lincah budaknya. Kalau berdua dengan Mak ndak Masna, berbeza la. Masna lemah lembut. Nurah ni anak pompuan tunggal dalam 5 beradik. Tak banyak aku bole recall sebab family maklang berpindah randah. Perlis, KL, Penang, SPetani. ASetar...
Pilihan Nurah untuk perkahwinannya, purple and silver black. Aku suka yang di kepala katil ni. Simple and sweet.

Hantaran, pelamin dan Nurah & Fendi. Semoga Dr. Nurah dan Fendi bahagia ke akhir hayat dan diberkati Allah selalu.

Raya ke 3

Hari Raya ke-3 kami ke Alor Setar. Sepupu aku kahwin. Pagi-pagi dah berangkat sebab ziarah kubur dulu. Then singgah rumah PakLang (sepupu mak). Mak nak amik daun palas. Nak buat ketupat lagi. 4kg dah buat untuk raya masuk raya 4 dah abis.

Pokok Palas
mak duk amik daun palas

sungai mengalir lesu
Pokok-pokok palas tu dekat sungai ni. Dulu, di sungai ni la kami mandi kalau pi rumah Paklang. Ada buaya tau sungai ni. Mak aku kata kecik-kecik dulu ni la tempat mandian dia. La ni tak boleh dah. Tak sessuai dan takutttt si bedal dan si ular.
Lepas amik daun palas, kami pi rumah tokcik (adik aruah tok). Ni depan rumah dia.Nampak kepala Dalilah? Dulu, kat situ ada batas/ban untuk ke hujung sawah sana. La ni dah tak dak. Ban tu kami guna untuk ke sungai sana untuk mandi. Aku penah jatuh lam sungai tu tapi tak tenggelam la (kat tepi ja). Sungai ni sungai yang sama ke arah rumah paklang tadi. Bestnya kalau leh pi sungai tu tapi laluan batas/ban dah hilang.

Anak-anak aku duk kutip padi kat sawah tu. Dalilah nak tanam. Dia ingat macam tanam kacang kut. Inilah rumah tokcik aku, tempat kami lepak tiap kali ke Kg Gelam.

Di tepi rumah tokcik ada pokok moktan(rambutan). Ada buai di situ. Sempat lah berposing berdua.

Family aku dan mak aku. Jaga-jaga nanti putus buai. Mentua aku kat mana ye? Lam rumah kut.

Lengkinang

Dulu pokok ni banyak kat rumah mak aku. Kami panggil lenkinang. Aku ambil gambar ni Raya ke 3 masa ziarah kubur tok aku di Kg Gelam. Buah dia oren kemerahan. Boleh makan mentah. Rasanya ok la bagi aku. Selalunya mak aku ambil bahagian dalam batangnya yang lembut untuk buat ulam. Untuk ganti lengkuas besar tak biasa la pula. Aku google jumpa http://juariahhjyunus.fotopages.com/?entry=1138806 Dipanggil lengkuas geting. Aku rasa pokoknya sama.

"Tumbuhan liar yang mempunyai rizom lebih kecil dari lengkuas biasa. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna putih dan mempunyai buah berwarna hijau semasa muda dan merah semasa matang. Bunga dan buahnya dijadikan ulam mentah atau dicelur sama seperti lengkuas biasa. Lengkuas Geting dapat digunakan dalam masakan menggantikan Lengkuas Besar."

Bunga api

Tahun ni aku berjaya tak beli bunga api. Semuanya adik aku dan adik ipar aku sponsor. So, malam 29 Ramadhan, 1 Syawal dan 2 Syawal sakan la depa main.

Dalilah dgn bunga apinya

Mekrap dgn abahnya

Amir Akashah (abang Amir Asyraf)

Tengok apa tu?

Hanani yang tak peduli orang dah

Seronok betul depa main

Solha (adik Hanani)

Dalili si anak patung bergerak ni