Wednesday, February 24, 2016

Kuching, Sarawak 1

A014
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (A-li'Imraan 3:14




Walaupun nak cuti payah, aku cuba selit celah2 kesibukan untuk bercuti dengan famili di Kuching. Jadi, tercapailah impian ketiga-tiga anak perempuan aku yang nak menghabiskan misi menjejak kai ke semua negeri dalam Malaysia. Mission accomplished.

gambar drpd intenet.

Penginapan kami Nova Hotel, dekat dengan riverbank. Hotel 2-3 bintang tapi alhamdulillah selesa dan murah. Asalnya book bilik utk katil queen, tiba2 dapat king sebab ada pelanggan tak nak menginap di king. Alhamdulillah.

 

Sewa kereta daripada airport, sampai hotel rehat sekejap kami pun mula meronda cari makan. Jalan kaki pun dah cukup. Alhamdulillah jumpa kedai makan ini selang 2 lorong dari hotel. Restoren selesa, makanan sedap dan ruang solat juga disediakan. Siap beli bungkus lagi.
A015
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; (A-li'Imraan 3:15)


Misi seterusnya mencari muzium2 yang ada. Jumpa Bangunan Maderasah Melayu ini betul2 di tepi jalan.


 

Bangunan ini sudah dijadikan Muzium Islam Sarawak. Masuk pintu kiri keluar pintu depan. Masuk kanan jumpa pintu lain. Keluar masuk pintu..hahaha. Habis satu round jom ke lain pula.
A016
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; (A-li'Imraan 3:16)


 Muzium Sejarah Semulajadi. Ada bahagian dalam pembinaan. Malahan, muzium di jalan seberang juga under construction. Jadi cukuplah apa yang dapat dilihat untuk mengenali Sarawak.

 

Salah satu tiang yang ada. Aku tak pasti masyarakat suku mana tapi kalau tak salah pondok yang atas tu sepertinya utk menyimpan mayat. Entahlah.

 
 Kejap tak ada lepas tu ada. Seramik yang terdapat dalam muzium.
 

Sebelah bangunan tadi ada Muzium seni tapi ditutup untuk renovation. Tak dapatlah nak masuk tengok-tengok.

Atas bukit sikit bangunan utama muzium. Di dalam ni pameran agak menarik tapi macam biasalah. Mana boleh ambil gambar dalam muzium.
A017
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (A-li'Imraan 3:17)

 

Habis melawat muzium,  kami naik sampan ni RM1 seorang untuk ke seberang. Pi balik RM2. Kami pun tak tau apa ada di seberang. Kita tunggu nanti ya.

 
Sebenarnya ni gambar hari akhir. Hari pertama dah ambil tapi kucing tu tak masuk frame la pulak. So datang ambil sekali lagi. Semuanya hanya berjalan kaki sebab dekat riverbank dan hotel. Yang seronoknya di sini, lampu isyarat untuk pelajan kaki melintas banyak dan sangat membantu. Semua kenderaan akan perlahan bila hampir kalau2 ada yang mahu melintas. Suasana malam pun rasa tenang saja kat sini. 

Baiklah. Kita sambung lagi nanti.
 

Friday, February 12, 2016

MASJID JAME' AR RAHMAN, PENDANG


A011
(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya. (A-li'Imraan 3:11)
 
 
Sesekali lalu jalan ni teringin sangat nak singgah masjid yang satu ni. Rasanya kak aku yg dok Pendang pun mungkin belum pernah singgah.


 
 Senibina dengan ukirannya yang buat aku nak sangat singgah. Jadi, bila da peluang tambahan pulak akulah drebar akulah penumpang.. sorang2. Apalagi, aku pun singgah solat di sini.
 
A012
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan". (A-li'Imraan 3:12



Ukiran Allah dan Muhammad pada keliling semua kubah. Memang unik. Tak pulak aku semak tahun bila masjid ni dibina. Segan masa tu sebab ramai jemaah lelaki. Ada kuliah rasanya.


Ruang solat wanita. Tak dapat nak zoom ke mimbar. Hihi.. terlupa.
 
A013
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). (A-li'Imraan 3:13)


Tandas dan bilik wuduk bersebelahan dengan tangga.

 

Ini kolah masjid. Di sana pintu utama untuk jemaah lelaki. Sepertinya akan ada kuliah agama di masjid ni. Aku pun tak boleh lama-lama. 

 

Thursday, February 11, 2016

JJMK Ansara Kasih

 A008
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (A-li'Imraan 3:8)


Kali pertama ikut geng Ansara Kasih Utara ni. Aku tunggu konvoi dalam 10 kereta sampai di Kuala Ketil. Tak de la sesak dan banyak sangat. Punya lama tunggu rupanya salah satu kereta tayarnya pancit. Ok. Dimaafkan. Nak buat camna bukan kuasa kita.


Rumah pertama disinggah. Tak salah aku kat sini dalam 4 keluarga. Ingat-ingat lupa sebab program Disember lepas. Dah masuk tahun 2016 baru nak mengadap blog. Layan adik yang kanan sekali baju hijau tu yang buat riuh masa ni. Sebelah tu abang dan kawan-kawan dia. Bila tanya awat tak baca buku? Saya baca buku kat sekolah. Awat tak ngaji? Ngaji kat sekolah. Awat tak sembahyang. Sembahyang kat sekolah.. semua dia pulun kat sekolah. Ingatkan dah sekolah rupa-rupanya baru 6 tahun. Pot pet pot pet dia ceria itu ini. Mulut becok betoi.


Sebelah rumah tadi ada pondok berdinding dan berlantai buluh. Tok/nenek kepada adik tadi. Katanya dia memang nak dok sorang2. Di situ lah dia masak, tidur makan. Nak noreh pokok sebatang tu dok kat pangkin ja. Pokok-pokok getah lain berhampiran situ saja.

A009
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (A-li'Imraan 3:9)


Sesi bergambar di hentian pertama. Tak ramai sebab ada yang tak nak masuk dalam frame. Malu kut. Oh ya. Itu ibunya, pemilik rumah ini. Adik ni juga bagitau, "kami dah dapat tanah tapi tak buat rumah lagi. Tak siap". Pandai dia habag. Ayahnya meninggal tahun lepas kut.



Hentian kedua. Tengok pangkin bertirai dengan anyaman kelarai tu rasa nyaman pulak bila petang2 boleh rehat di situ. Tertarik juga aku dengan anyaman kelarai di dinding rumah ni. Kelarai tu tuan rumah ni buat sendiri. Susah nak jumpa la ni.

A010
Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka. (A-li'Imraan 3:10)



Di pangkin tadi ada dua anak istimewa rupanya. Yang terbaring itu 5 tahun, perempuan. Bulu matanya subahanallah, cantik sangat. Tak boleh bersuara atau bergerak. Hanya terbaring lemah di situ. Yang di dalam katil buatan ayahnya ini 2 tahun kalau tak salah. Si adik ini pun diam sepanjang masa. Disuap dia makan. Tidak mengganggu tidak ke sana sini. Diletak ibunya di pangkin ini, ibunya kata biar situ nanti dia akan tidur sendiri. Mudahnya!
 

Hentian terakhir satu keluarga ini. Si suami berusia 31 tahun lumpuh separuh badan sejak usia 22 tahun. Puncanya terkena libasan pokok yang ditebang. Baru saja berkahwin masa tu. Anak perempuan seorang. Asalnya lumpuh satu badan, sekarang dah boleh duduk atas kerusi. Moga Allah menyembuhkan beliau sepenuhnya. Alhamdulillah. Tengahari dah selesai.

Kita doakan moga mereka semua tabah mengharungi hidup. Insyaallah, jika ada ruang masa yg diizinkan Allah swt, rombongan JSKM akan sampai ke tiga lokasi ini.