Monday, September 29, 2014

MASJID JAMEK SG.RUSA, BALIK PULAU

A004 
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (Al-Baqarah 2:4



Pemandangan di laluan Teluk Bahang - Balik Pulau. Rasanya sudah bertahun2 tidak melaui jalan ini.


Kawasan bukit2 sini masih terjaga. Dipenuhi hutan2 dan pokok2 buah2an terutama durian.. DURIAN BALIK PULAU yang sangat terkenal itu.

 
A005   
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Baqarah 2:5)



Ketika tiba di sini, telah masuk waktu zohor. Terdengar jemaah2 di dalam memberi salam. Mereka telah selesai berjemaah.


Inilah pertama kali kami bersolat di sini. Malah.. aku yg belajar di Balik Pulau selama 5 tahun pun baru pertama kali ke sini.


Ruang parking di dalam hanya utk motor sahaja. Tapi.. seberang jalan ruang parkirnya luas..


Ruang masuk utk wanita. Di kiri itu ialah tandas dan tempas wuduk. Agak selesa dan bersih.


A006  
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.(Al-Baqarah 2:6)


Ruang luar utk menanmpung jemaah yg melimpah. Masjidnya nampak kecil tapi bila masuk luas juga.


Di bahagian dalam masjid. Kedudukan tandas yg dekat dgn ruang solat memang menyenangkan terutama jemaah yg kerap ke tandas.


Ini bahagian belakang masjid. Ia adalah kawasan kampung di Sg.Rusa Balik Pulau yang masih terjaga alamnya.. aku suka bila melalui kawasan di sini sebab terasa aman dan tenang.

Tuesday, September 23, 2014

MASJID BANDAR LAGUNA MERBUK, SG.PETANI

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001 Alif, Laam, Miim.(Al-Baqarah 2:1)


 Singgah Solat magrib di sini lepas ambil kakak yg balik menumpang kawannya.

 

 Masjid ni masih boleh dikatakan baru lagi. Parkir pun luas juga.

 

Berhadapan dengan Hospital ASC (Amanjaya Specialist Center) yg baru dibuka.
 



A002
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;(Al-Baqarah 2:2



 Kawasan tandas lelaki


Ke tandas dan tempat wuduk wanita.


Bahagian wuduk wanita. Bersih dan selesa


Yang penting dekat dengan ruang solat wanita. Tak perlu jalan jauh.


Ruang dibuka lepas solat sebab ada kuliah.


Ruang kubah. Tv LCD pun ada!


 A003
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah 2:3)


Ruang solat lelaki


Berehat sekejap lepas solat.

Thursday, September 11, 2014

Tajam betul pandangan dia

A029
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:29)

Emad..Emad.. jgn disebut bas depan dia.. cepat je telinga tu menangkap.. jangan ada bas lalu depan dia.. cepat je dia nampak dan nak naik bas tu pi jalan2.. Obses dia pada bas sampai gambar sekecil2nya dia boleh nampak.

Tak percaya.. Kamus Arab Melayu English dibeleknya pelan2. Memang ada gambar bas yg besar.. tapi yang kecil juga dia nampak.
 

Kita mula dengan yg ini... Bab PEKAN.. so dalam pekan ada bas.. Nampak kan bas putih tu?  Teruja betul si Emad bila nampak.


Bab BANDAR RAYA.. hummm mana la aku sangka ada bas juga kat situ.. 4 5 bijik pulak tu.. Boleh dia perasan bas2 tu.. sabar je la


Bab BANDAR.. memang expected la ada bas tapi.. bas putih kat depan tu ok.. aku nampak. Tu pun lepas Emad tunjuk. Yang aku heran tu.. nunnn bas yg bawah jejantas terlindung sikit oleh pokok ka belakang tu.. masa dia tunjuk aku tak percaya.. aku belek betul2.. ha eleh.. bas.. biar betul budak ni..


Akhir sekali Bab PAPAN TANDA. Tu dia.. bas kecik dalam billboard tu dia nampak.. huhuhu.. hebat sungguh kalau Emad dengan bas.. macam ada telepati ja... Ibu surrender la..

Wednesday, September 10, 2014

Cameron Highland lagi

A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Baqarah 2:22)


Minggu lepas kami ke Lumut sempena merdeka. Tak ada la pulak cerita sebab aku tak amik gambag langsung sebab dah berkali2 ke Lumut. Setiap 2 tahun sekali mesti sampai Lumut. Minggu ni entah kali ke berapa kami pi Cameron Highland. Cuma ke CH kakak dan Angah tak ikut sama.

Apa yang best di sini? Cuaca sejuk, nyaman dan tenang. Suasananya dengan bunga2 yang segar memang buat aku gila... gila bunga. Yang tak best.. pi la masa bila pun... jam tetap jam terutama bila hampir ke Brinchang.. ini yg tak tahan ni. Kami sampai pun dah petang, terus ke hotel.
 

Fulamak... dah sampai ke Villa dahlia.. nampak motor2 ni la pulak.. aku minat motor2 camni.. Angah pun minat.. cuma somi je tak minat.. budak kecik pun buat dono je ngan moto ni..lawa apa.. rugged gitu.


Oh ya.. kami sampai lewat petang sebab hantag mak abah ke rumah Makcik Yam.. hampir 30thn depa tak jumpa.. ni jumpa balik. Mak abah tidog sana malam tu.

Pagi2 esoknya kami breakfast di KHM Strawberry farm. Breakfast ngan scone dan teh panas.. memang sedap. Patut la Berkongsi Cerita suka ke sini. Pagi2 dgn cuaca yg nyaman memang mengasyikkan. Kena pulak anniversary kami ke-17.. kebetulan berada di sana. Memang ngam2 je la.

 

Strawberry.. jgn cerita la.. memang ini tempat dia.. pekena strawberry coklat dekat MARDI. Fuh.. meleleh.. balik ni boleh pekena kat rumah pula.. coklat syrup dah ada.


Aku kalau mai CH memang tak puas tengok bunga2 ni. Terkenang2.. Terutama bunga yg kat gambar atas ni... aku teringat pada Tucson. Bunga ni memang banyak di Tucson, Arizona. Rinduuu


Kali ni ada taman lavender. baru buka beberapa tahun kut. Apa lagi.. jom kita lawat.. geram tengok bunga2 yg mekar segar cantik ni.. kalau kat rumah boleh tanam macam ni... Tapiii.. sapa nak jaga? Aku? Bukannya rajin pun.


Dulu, mula2 mai CH aku cukup teruja dgn bunga raya yg besar2 ni. Cantik sangat. Bunga daisy ni pulak petik sendiri. RM2 sebatang. RM10 utk 6 batang. 

CH ni mai 10 kali pun boleh sebab suka tengok pemandangan dia yg cantik.. penuh dgn bunga2 segar. Lagi best kalau datang berdua.. bercanda2 di taman bunga... Insyaallah..kalau tak mai lagi kita kirim ja kat kawan kita suruh beli strawberi..