Thursday, May 30, 2013

Kg. Bkt Endoi

Kg. Bkt Endoi dalam daerah Kuala Ketil. Cari kat Google tak jumpa. Alhamdulillah ada saudara mara di Kg.Teloi Tua, Sik yang tahu. Merekalah yg membawa kami semalam.
Ni di Kg.Teloi Tua. Aku tak ingat la nama tuan ghumah. Masa kami pi dia tak dak.. pi spital kut. Ikut kata K.Shimah umog dia lam 50 gitu..anak cucu ada yg dok sekali. Kami wakilkan K.Shimah utk bagi pakaian kat cucu dia, telekung dan tudung utk dia.
 
Ikut kata Pak Long, ni pokok meneghing.... ghasanya la kalau aku tak salah dengag. Masa aku kecik2 P.Long selalu usik kami adik beradik dgn batang pokok ni..macam ulag sawa katanya. Tapi awas.. beracun. Aku tak ingat la ceghita kecik2 ni...
 
Ghumah ni dlm laluan Kg.Bkt Endoi tu..tepi jln. Kami nak ke ghumah lain tuannya tak dak. Lantas jengah2 sini. Budak tu umog 21thn anak sorg 14 bulan. Sorg lagi dia mengasuh. Suami menoreh. Sewa ghumah ni RM60 sebulan. Bilik ayag tak berpintu. Ruang depa dok depan pintu ni agak2 aku dlm 5kaki x 15kaki kut (x sampai separuh opis aku!) Situlah anak2 tu main, situlah dapog, situlah TV sebiji. Kebetulan ada baju kanak2 lagi lam gheta kami bagi sikit n dapat juga budak2 tu RM cash.
 
Ni la P.Long Wahab.. dr Kg. Teloi Tua, kawan lama abah aku. Kecik2 kami slalu pi gumah dia (ke dusun dia) n mandi sungai kat situ (yg ni aku ingat la). 75thn tapi kuat lagi menoreh tu... Sebelah tu anak menakan dia En. Mahyuddin. Depa kenai la abah aku n sedara mara lain..Aku? hehehe.. Yg tudung owning bighu tu K.Shimah, anak P.Long yg jadi wakil tunjuk jln ke sini.
 
Ni di ghumah En.Mahyuddin. Semua sumbangan pakaian dan telekong wakaf dari ahli jabatan kami diletak di sini. Dia wakil kami di Kg. Bkt Endoi yg akan edarkan nanti. Tapi dlm 3 org kawan2 yg bawa kamera sorg pun tak ingat nak amik gambag barang2 tu...hehehe... ghalit dok sembang. Aku guna hp ja amik gambag...pun lupa.
 
Ikut kata En.Din.. depa (JKK n org surau) boleh bantu kalau nak wat program di sini. bagitau bila n depa boleh tolong. Alhamdulillah.. Insyaallah di lain masa. Ini org kata pi risik2 dulu. Kami pun jadual pack. 22 Jun ni Insyaallah di Maahad Tahfiz Baitul Hikmah Padang Serai. Aktiviti khidmat masyarakat jabatan kami.
 

Wednesday, May 29, 2013

Hadtyai, Thailand

Cuti Wesak baru ni aku sempat ke Hadtyai, Siam. Aku ngan kakak, Angah n Yah. Suami? oooo dia dok ghumah ngan Emad n MIL. Aku drive wira aku tu la... tapi ada 4 lagi gheta.. konvoi la kami. Nak ikut gate Bukit Kayu Hitam...depa kata jem...punya ghamai oghang. Aku percaya sebab masa nak pi tu pun ada 2-3 grup moto konvoi.

Ini grup Harley Davidson baru di RnR Gurun. Yang kami jumpa di stesen minyak Canglun grup Kawasaki ada 30 motor dari Penang. Ada satu lagi grup BMW kut. So..terpaksa la ikut pintu Padang Besar. Jauh la lagi dan ambil masa lama..kira2 perjalanan dari umah ke Hatyai leh sampai Johor la.

 
Insuran amik kat Canglun RM15. Siap ngan tukaq duit. Ari tu jatuh RM1000 = 968 bhat. Tukag RM500 ingat kan tak abis. Huh.. bhat abis.. RM pun guna... memang tak cukup. Anak2 nak ja beli itu ini... ibu cop duit.
Di Padang Besag..Kaunter ada 3 kut..oghang ok la..tak sesak sgt... sapa yg nak pi kalau boleh buat pas sempadan (alamat dlm IC atau asal dari Kedah, Kelantan, Perak n Perlis). Proses imegresen lagi cepat.
 
Cuba baca.. nampak tak apa yang tak kena?
Dlm perjalanan. Boleh jumpa penjual jalanan ini dan tuk-tuk yang dipenuhi penumpang.
Sampai pekan Hatyai lam kul 2 waktu kita. Hujan renyai2. Hotel tak book awal2 so..penuh. Nak tidog mana? Ketua konvoi pi cari hotel kami lepak di sini. Tiba2 dengar benda bunyi kuat. Moto yg pompuan tu bawa jatuh kat selekoh. Sib baik tak dak yang langgar.
  
Tu dah penat tunggu la tu..hotel tak jumpa2 lagi. Dalam kul 2.40 kami dapat satu hotel.. O.H. Hotel RM80 semlm. Ok juga cuma parking limited n sempit. Kalau tak cekap memang langgar gheta org.

 
Lepas cek-in, mandi n solat kami naik 3 teksi/tuk-tuk... utk 5 keluarga ke Flotaing market. Keluarga Aini? anak dia 6 oghang..penuh satu teksi.


 
Sini banyak jual makanan dan kebanyakannya Muslim. Tapi best lagi yang di Bangkok sebab kita sendiri ikut naik sampan. yang ini di tepi sungai saja.


  
Cik Yusuf.. bos adik aku  sbg penunjuk jalan kami. Jalan dlm Hatyai macam balik kg dia ja.

Otak2 dlm bungkuih daun pisang pak cik ni memang sedap. berbungkus2 gak aku beli. Kalau mai lagi memang aku cari otak2 ja la.   Sebelah tu sushi dan bawah tu ada jagung pulut.


 Suasana ni floting market. Pusing kiri Malaysia.. pusing kanan Malaysia.. Cina, India, Melayu.. Banyak betoi org Malaysia hari tu.

 
Nampak cantik je kan? Jeli n sushi.
Otak2 20B (RM2), jagung pulut (rasa macam pulut) RM2.50, jagung manis tu RM2.20. Bekas jagung tu menarik kan? Bole di bawa balik. yang ada straw tu ayag nyog.
 
Ayag nyog ada lam buyong tadi, dlm buluh ni dan cawan plastik yg dihias dgn gubahan bunga dari daun pandan. Unik dan menarik. Harga sama saja.
 
Lepas abis duit ngan makan2 yg sedap tadi, naik ke atas utk habiskan duit beli baghang2 lain pulak. Geram tengok alas kaki, baju2 n beg ala2 english ni. tapi Aku abis duit beli baju Emad, sepit, subang n bagai lagi la anak2 pompuan aku nak.


Tadi masa nak pi floting tak dak lagi. Dah nak balik ada pulak.. comei2 pulak tu. Duit lagi... Key-chain dari manik2 tu cute sgt.

Mula2 ingatkan keropok ka kacang ka.. ghupa2nya segala bagai ulat digoreng. Cengkerik pun ada. Macam jual kacang tanah ja..

Kat pintu masuk market tadi. Sambil lepak2 tunggu semua dah abis, bole la nak bagi makan gajah ni.


Lama kat market, kenyang lagi. Depa nak pi night market lak. Adik kata sini lagi murah. Tapi banyak baju2 la.. souviner tak banyak macam tadi.

 
Pekena nasi goreng ayam kat sini.. sup lembu pure punya. Tak la sedap sangat... nasi ok la..


Pagi2 esoknya, kami dah cek out ada pulak pakcik ni depan hotel. Jual burung helang berbateri. Tangkap satu RM13 bagi kat Emad. Perjalanan seterusnya ke Songkhla pula.


Wednesday, May 22, 2013

Aksi berbeza dalam sehari

 Amik dia lepas balik keja. Tak mau masuk lam rumah. Minta kunci keta dari ibu. Ini yang dibuatnya. Buka pintu keta!

 Magrib.. Selalu dia dok sebelah solat cara dia. Kali ni nampak kopiah dia n abah. Nak suruh abah pakai, Abah lam tandas. Mula la bebai. Kita letak yg kecik di luag dia masukan dlm yg besag. Marah betul abah tak keluag2. Nak ajak Abah pi surau rupanya.

Ini lepas abah balik dari makan ngan Yah. Nangis pegang helmet nak suruh abah pakai n bawa dia naik moto. Pujuk punya pujuk...

Elok ja gelak2 n main lepas tu. Akhir sekali dia kemaskan balik barang2 mainan dia kat tempat simpanan... pan..pan..pan.. sambil kutip mainan yg bersepah.

Tuesday, May 21, 2013

Lampin


Dulu..ya..Masa anak sulung, siang malam dengan kain lampin. Hampir setahun setengah. Masuk anak kedua juga sama tapi malam diapers..Alhamdulillah pengasuh yang mahu begitu. Sampai anak ketiga setahun. Ala..lampin kain macam kat bawah ni.. 

Kredit gambar imyuyuyiyi.blogspot.com
Bila turn Emad..selepas 10 tahun... huhuhu... Emad pun dah 19 bulan... dinasihatkan pakai lampin kain. Kulat di bahagian kemaluan dan pinggang tak hilang2 selepas sebulan. 

Maka, dibelikan kain lampin dan dilipatlah jadi segitiga. Yah heran sebab tak penah tengok. Teruja utk melipat. kemudian dipakaikan seluar getah.

Cloth Diaper / Lampin Kain Moden pada Harga Terendah - Rawang, Damansara Heights, Bangsar
Ini lampin kain moden.. Aku dapat RM20 satu bersama 2 inner. Kira murah la tu. Alhamdulillah lepas 2 minggu kulat2 pun hilang. La ni aku rasa nak pakaikan lampin kain saja... jimat. Cuma kita yang penat sebab kena rajin tengok bila dia basah... dannnnn kena rajin basuh.

Monday, May 20, 2013

Pemeriksaan kesihatan

Bakal jemaah haji Kulim perlu ke KK Tmn Selasih pada 18hb. Aku dan suami slot masa pukul 10am.
9.30 dah terpacak di sana. Mesti ramai org...ya betul...yg jam 10 pun dah ramai.
Atas tu kaunter A. Tapi amik nombor di kaunter kanan. Pastu pi ke A yg di kiri. Yang baru mai memang tertanya2. Amik nombor lak bukan dia panggil nombor..nanti panggil nama. Kaunter B utk timbang n ukog tinggi. Ok..cepat je..

Kaunter C tekanan darah. Waaa..muda lagi takkan ada darah tinggi kut?,kata misi kat aku. Muda? Ni..30 thn. Hah? 30 thn..misi tadi salah kira tu...macam ni mana muda..tambah 10thn lagi.. 120/90... lulus. Pi kaunter D amik darah utk hb (hemoglobin) n gula. Lulus juga...cepat ja abis. Baru 30 min.

Di kaunter E inilah segala kelambatan bermula. Misi tudung putih interview dulu masa dia isi borang..padahal semua dah ada lam buku rekod jemaah (perlu diisi b4 datang). Sorang buat gheja tulis2..memang la lambat...buku jemaah bertambah2. Bagi aku tolong la... Lepas dia tulis dia pas pada misi tudung biru utk rekod. Pastu kena buat pap smear!!!!!!!!!!. Arrgghhhhhhhh. Misi Laura kata kena buat sebab ada kes berlaku masa Haji..so masalah treatment. Ramai la yg dup dap dup dap. Ingatkan cek biasa2 ja... Habis ni pi kaunter F jumpa doktor pula. Sini cepat ja..Ok Puan. Puan boleh pegi Haji... Alhamdulillah.
Abis semua, akhir sekali suntikan. Paling kurang 2 jam la proses utk sorang. Suami aku lepas kaunter D terus ke F jumpa doktor. Ya la.. org laki mana ada pap smear. Pastu suntik..cepat la abis. Tapi kena monitor blood pressure la pulak.  Aku lepas 3 jam baru selesai. Kalau yg ada masalah lagi lambat la selesai. Pesanan penaja....jagalah kesihatan utk masa depan anda.

Thursday, May 2, 2013

Warna-warni PRU13

PRU13 makin panas. Sana sini bendera, baner, bunting dan poster. Menyusuri jalan-jalan yg bertanda hitam, macam2 ragam boleh dilihat.



Rakyat makin kreatif. Dahulu memang tak jumpa replika2 sprt dlm gambar. Hari ini, macam2 ada. tempat lain aku tak tau la. Buatlah pilihan kreativiti yang mana berkenan di hati. Lupakan masalah parti sebab yang menjadi tumpuan adalah seni.

Askar ini menjaga cincin di bawah dr Pmtg Nibong. Kereta siapa yg menjadi mangsa? Bintang yang cuba dipetik.

 
 Nampak tak cincin kat signboard Kubang Semang? Aku suka cincin emas di atas dacing.

 
 Ini made in Lunas. Masa ni cincin permata biru disembunyikan di sebalik tirai. Baru dipamerkan bersebelahan beg tangan beberapa hari lepas. Cincin dan beg di atas pula bila malam menjelma, ia pun bercahaya.
 
 Kapal korek dan beca roda tiga yg boleh tahan buatannya.

 Dua buah heli di dua kwsn. Aku pilih yang bawah.

 Tu jet ke apa tu? Nak macam heli pun ya..kapal terbang pun ya. Jet di bawah siap berbalut plastik dan digantung beg tangan betullllll (anak panah).

 Satu-satunya keris yg aku jumpa. I Like! Gajan dan kereta lembu berdekatannya.

 Meriam paling banyak di kawasan laluan aku.

 Dan meriam comel di atas paling kemas.

 Nak motor besar tuuuu

 Bulan lepas, kapal Pmtg Pauh ada kapten melambai di bawah. Sudah hilang...

 Roket kiri aku suka...

 Kapal korek dan kapal selam. Camna nak naik?

 Wau hitam ini sgt comel jika dilihat dari dekat.

 Menara dan dacing/kati.

Apa-apa pun buatlah pilihan anda dengan bijak.Ia penentu masa depan negara kita Malaysia. Selamat mengundi.