Thursday, April 20, 2017

Kompleks Pasir Salak, Perak

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.  (A-li'Imraan 3:119) 


Beberapa tahun dulu aku dah sampai sini. Kawan aku bawa. Tapi kompleks ni ditutup. Kali ni aku datang lagi selepas melawat Muzium Beruas. Bangunan ini masih ditutup untuk pemulihan.


Alhamdulillah, hari ni kompleks ini dibuka. Malah, ada beberapa pelawat di dalam. Jom kita tengok apa ada di dalam sana.


Kami terus menuju ke hujung dan berjalan di tepi Sg.Perak yang luas ini. Laluan pergola ini menuju ke pintu masuk kompleks.


Terowong sejarah! Mula-mula kami ingat ada terowong untuk dilalui. Manalah tahu peninggalan J.W.W.Birch ka. Rupanya, is simbolik kepada laluan dalam kompleks nanti untuk melihat sejarah Perak nanti.


Pintu masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak. Rasa macam masuk istana kayu. Kemas buatannya.

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (A-li'Imraan 3:120)


Waktu lawatan dan bayaran untuk masuk. Kamera tidak dibenarkan digunakan di dalam. Lihat dan baca apa sejarah yang ada. Memang menarik replika2 orang zaman penjajah dan zaman dahulu dalam bentuk benceritaan dari satu frame ke satu frame. Sangat menarik.


Keluar dari bangunan, kami melihat2 kawasan sekitar. Rumah2 lama yang dibuat dari kayu dan buluh dengan binaan yang sangat kemas. Sayangnya ada yang tidak dipulihara, contohnya kelarai dinding rumah atas sudah rosak. Mungkin faktor cuaca juga.


Kalau tak salah ia adalah rumah kutai kepunyaan Kak Wok yang dipulihara. Dibina sekitar 1890an. Kutai bermaksud tua atau lama.



Salah satu bangunan lama yang ada. Juga dari kayu. Keluar dari kawasan ini, berhadapan dengan komplek terdapat tanah perkuburan. Salah satu kubur yang ada di situ ialah kubur Si Putum yang dikatakan membunuh J.W.W. Birch ketika sedang mandi di Sg.Perak.

Tuesday, April 18, 2017

Muzium Beruas, Perak

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (A-li'Imraan 3:118)  


Cuti Tahun Baru Cina yang lepas, aku bawa keluarga ke sini. Cutinya di Lumut tapi sebab setiap dua tahun sekali ke sini, kali ini jom kita pi Muzium pulak. Muzium Berus kecil saja. Lebih kurang besar sebelah rumah semi-D.

 

Terletak betul2 di tepi simpang jalan. Hampir2 terlepas simpang. Masuk percuma mengikut waktu lawatan di atas.


Ruang dalam yang memuatkan beberapa artifek yang dijumpai di Beruas. Ada satu keluarga India turut melawat muzium masa ni. Tidak banyak barang2 untuk dilihat tapi cukup memahamkan kita sejarah Kerajaan Beruas.

Sejarah Kerajaan Manjung
Kerajaan Melayu Beruas
Kerajaan Gangga Negara (Terinagt belajar sejarah Gangga Negara dulu)


Asal usul Beruas. Dikatakan Beruas dahulu terletak di Pengkalan Hulu. Beruas sekarang asalnya bernama Belukar Sambang. Sambang bermakna tumbuhan renek/gersang/sarang lebah yang kosong. Kerana kawasan itu dipenuhi belukar renek, itulah nama Belukar Sambang. Nama ini tidak kekal bila lama kemudian ia mula dipenuhi oleh pokok yang seakan2 pokok manggis...iatulah pokok Beruas.