Thursday, December 30, 2010

Sibuk

Minggu ini minggu yang sibuk..sangat sibuk buat aku...Urusan Angah dan yah utk sekolah ingatkan telah selesai. Tapi sebenarnya tidak...hari ni kena beli juga beg sekolah Angah. Paling sibuk bila uruskan persekolahan kakak ke sekolah menengah. Kakak dapat ke Maktab Mahmud Alor Setar. Salah satu sekolah agama terbaik di Kedah. AKu harap kakak dapat melaluinya dengan mudah Insyaallah. Kakak juga dapat asrama (bukan semua murid tinggal asarama). Maka bertambah urusan pembelian barang2 utk di bawa ke sana.

Borang Pengesahan telah dihantar pada 26hb yang lepas. Masa hantar aku dah tanya kerani situ..ada tak dijual uniform sekolah di koperasi? Dia kata tak ada. Kena tempah....oooo..bertambah lagi fulus..beli kain dan tempah baju sekolah. Semalam pergi koperasinya utk beli buku tulis dsbnya. Ada jual la baju sekolah! Kasut kulit hitam pun ada. Isk..isk...kalau ada yg nak kena ni dah tentu kerani tu...memang aku rasa geram. Tak maklum atau tak dimaklumkan? Sudahla surat tawaran yg diterima pun ada Lampiran C yg aku tak terima.

Dah balik, hari ni kena pi beli track suit kakak pula. Tak dijual di koperasi. Kasut sukan? Hmmm..kakak amik kasut ibu la...(suka kakak dpt kasut ibu). Kasut kulit kakak yg dah diblei kalau depa tak bagi guna..alamatnya dapat kat angah ngan ibu le...tapi tak pa..bole pakai jln2... baju kurung, baju jln2? Itu kakak tak bawa banyak2..tak bole pakai pun...manik2 renda2 tu rasanya tak boleh kut... Tudung bawal tu bagi angah je..(kakak dah iron nak bawa pi asrama).

Semalam dok proses barang2 kakak. Yang paling sibuk si Angah..macam dia yg nak masuk asrama. Tapi dah banyak kali dia habag kat aku..Angah nak masuk Maktab Mahmud juga. Sibuk ja dia tu. Aku dah pening ngan barang2 kakak yg tak abis2 lagi ni. Semuanya nak kena masuk CPU yg satu ni. CPU abahnya tak boleh sebab dia tak boleh cuti. Sabtu ni nak hantar kakak masuk pun aku kena pi sendiri. Abahnya ada urusan yang perlu diselesaikan. Hmmmm...

Wednesday, December 22, 2010

Lagu telinga

Pernah dengar "lagu telinga"? Aku pun first time dengar istilah ni. Alkisahnya... Selasa dan Rabu baru2 ni aku jadi nanny/pengasuh anak adik..Hanani (kakak) n Solha. Ibunya kursus, abahnya pula shift malam. So abahnya antag depa petang lam jam 6.30, esoknya 7.30am abahnya mai amik. Dua2 ni nakal la sikit. Si Hanani dengan tak makan samannya, si Solha dgn pitching suara yg mengalahkan pitching aku. Sabar je la.

Inilah Solha, anak mami mana ntah, kami duk usik dia. Mulut cukup petah..Aku panggil To-a, mak dia panggil Cho-a. Hari mula dia mai, main itu ini dan antaranya ialah music pod anak2 aku. Salah satunya "lagu telinga" aka earphone. Malam tu dia nak tidog masih cari mana lagu telinga..mana lagu telinga (Auni simpan tak bagi dia main dia jumpa juga...).


Inilah "lagu telinga" yg dia nak. Aku suruh tido n pujuk. Tido dulu, pagi esok main lain. Bangun pagi tu dia cari lagi "lagu telinga". OK.OK. Abah mai tu. Petang ni mai lain, dengar la "lagu telinga". Petang tu, bila abah dia antag, buka je pintu dia tanya "Mana lagu telinga?". Ha..eleh..dia tak lupa "lagu telinga" dia...

Ini apa pulak? Boleh teka? Ini wire aircorn lam bilik angah, dipasang masa renovation kut2 nak buh aircorn bila2 mampu. The next day Angah buka cerita. "Ibu..ibu...semalam masa nak tidog..To-a cakap kat angah. Hampa suruh la mak hampa amik aircorn kat luag tu buh lam bilik ni. Aircorn hampa dah patah." Uishhh.... pandai pulak dia suruh angah... tiap malam dia akan tidog ngan angah. Angah yg rajin layan dia. Bancuh susu, buh pampers, bagi mandi dsbnya.


Malam mula aku bawak pi makan di luar. Aku kata kat Hanani.."Nani tak bawak duit tak leh makan." Aleh2..To-a jawab "Cho-a pun tak bawak duit.". Sudah..ni yg harunya bila mulut petah. Kita terdiam dibuatnya. Kat kedai makan tu ada 3 akuarium dan salah satunya berisi udang galah ni. Banyak juga tapi bukan utk dimakan..sebagai pameran je... alahai...

Masa makan To-a nak p toilet. Pas habis je balik semula ke meja aku kata la.."tu la..asyik minum ja..kan dah nak ke toilet". lepas tu bila aku suruh makan sate dia boleh jawab..."tak mau la sat gi nak kencing lagi." Apa kena mengena lak ngan sate? Ada kaitan ke? Budak-budak.

Nani, Yah, To-a n kakak seronok duk peghati ikan lam akuarium. Cantik dipandang tak boleh dipegang.


BBQ

Sabtu lepas, kat rumah aku buat BBQ. Kak Pidah sponsor. Abg. Dee event managernya. Aku monitor..merangkap tukang makan...hehehe..Semua ada cuma Amir n Nazilah with 2 boys je tak balik, dan Abg ipar (OT kut..). Lepas penat conference hari sebelum tu, kena BBQ lak fulamak..memang dabummmm...kenyangggg.. Lagi di sini. Riuh rendah ngan tok-wan, anak cucu.


Ayam rempah cap Kak Pidah. Aku amik 9-10 ketul buh madu


Ini yg ada madu



dah bercampur...mana ayam madu mak uda? dah rasa sama semuanya..uwaaa


bihun singapore n balaysia sponsored by Anis

kena demam campak dia kata nyamuk gigit

udang cucuk potato pun ada. rrempah cap abg.dee

abg.dee duk kira bihun. eh..eh..ada org ngendap la

ini dia yg menjadi rebutan

penaung datang makan

kerang pun ada...sotong je yg malas nak bakag sebab dah kenyang

pekerja am yg berkongsi tarikh lahir 1-9-73

penasihat dok bagi ceramah awat hampa buat tak tau? layan makan lagi baik

Event tak abis lagi..aku dah cabut ke Penang...dah book Royal Penang Hotel nak berehat n bagi anak2 mandi kolam. Dari SP lam jam 6.30pm estimate sampai Penang 7.30 or awal lagi. Masyaallah...jln jam lak pulak...dari depan Carefour Sbrg Perai sampai ke Penang bridge...sampai hotel dah 8.20mlm...terlepas maghrib. Boleh jamak ke? Kami niat jamak tapi tak leh qasar. sebab jam gila...lepas solat aku ajak anak2 p Penang Plaza betul2 depan hotel. Beli susu, air, flakes n roti utk dinner n breakfast. Esok lepas depa mandi kolam cabut ke Taiping ada kenduri kahwin kawan husband.

Monday, December 20, 2010

Buku5

Seminggu 3 buku aku dapat habiskan. Bermula dengan RBPT , seterusnya MaYan dan Sesejuk Maaf di Kalbu. Kedua2nya berdasarkan kisah benar. Kedua2nya aku pinjam. MaYan dari Muniroh dan SMdiK dari Koni. Tq kerana meminjamkan buku.

MaYan-kisah di negara China yang telah dialih bahasa ke pelbagai bahasa. Perjuangan seorang anak perempuan yg mahu ke sekolah. Sanggup menahan lapar dan mengalas perut dgn semangkuk nasi kosong demi membeli sebatang pen yang diidamkan. Cerita menarik cuma aku aku rasa agak perlahan jalan ceritanya. 4 hari utk habiskan satu buku yg nipis. Baca di sini.


Buku ini aku habiskan sehari semalam. Menarik dan amat sesuai utk anak2 remaja sebagai pengajaran. 3 rakan berkawan sejak tadika tapi terpisah di alam remaja. Masing2 membawa msalah dan haluan sendiri. Fazli dan Shukri mencapai kejayaan meninggalkan Amirul membawa diri. Tapi kasih sahabat sejati tak terpadam di sanuri mereka bertiga. Baca di sini.

Last Day

Hari ini berakhirnya satu penantian. Sungguh siksa rasanya bila menjadi pembentang kedua akhir. Debaran menunggu memaksa diri utk sentiasa melawat bilik kecil hahahaha... Masing2 terasa sangat lega kerana "kemanisan sudah menunggu di penghujungnya" meminjam kata2 Mr.Lim dari Johor. Alhamdulillah..renungan yang dibentangkan semuanya amat bermanfaat utk kami. Semoga menjadi panduan lepas ini.

Macam kira undi le pulak. Ini last minit punya pasal la ni

Urusetia kami yg ensem...En.Mazli

penghulu minta tips dari penilai ke?

masa nak pi makan. awat tak penah nampak bunga ni kat Penang?

Prof.Dr.Hazadiah n Dr.Norhana

semuanya berakhir di sini

tepat jam 3.37pm 552 tamat pembentangan

sesi bergambar

another view
inilah 552. cukup 21 org

siapa punya cuba teka.

dr.fozi control macho sambil menjamu selera dgn roti jala (jgn mara naa..nanti kena juallll)

sedappppp

pulun sakan nampak

Masing2 dah tak sabar nak balik ke rumah selepas penat memerah akal fikiran yg bergeliga lagi bernas selama 4 hari. Penat badan, letih otak, semuanya ada. Semoga lepas ini berjumpa lagi di lain masa lain waktu.

bila bas nak mai ni?

hampa ok ka present tadi? tak sabag aku nak tau result

menu mlm aku. dah lewat nak makan nasi pun

bukan aku punya wei..ini lenn punya ni..
Perjalanan pulang diiringi hujan yg agak lebat. Accident ada 2 yg melibatkan beberapa kenderaan. Bas UiTM Kedah katanya pancit tayar di Ipoh utara tapi Alhamdulillah mereka selamat sampai juga. Kami pula bas exit Changkat Jering nak isi minyak. Dalam bas sejuk gedi sampai ke tulang ditambah bunyi aircorn yg bising. Macamana la depa boleh tidog? Aku pejam celik tak lelap2 juga. Akhirnya, kami tiba di UiTM Penang jam 12 tgh mlm. Semuanya selamat. Amin.

Wednesday, December 15, 2010

PTK HARI 3

Sudah hari ke3. Esok last day. Alhamdulillah. Hari ini kurang sikit tension. Penuh dgn usik mengusik dan gelak ketawa. Mungkin sbg satu cara hilangkan gemuruh yg ada.


koridor Presscot Hotel tpt PTK5 dan PTK6


debaran menunggu giliran


tolong kami bantu kami

makan time


bila la time aku ni?


ini lah kami


dari jendela kamar


senarai nama dan ada lagi


dari luar bilik


Kump AAA

Petangnya pulang kena tunggu bas la pulak. Selalu bas tunggu kami. Satu bas de-palma punya. Tunggu lagi. Intekma la pulak. Satu lagi...intekma lagi. Aduhai bas...di mana kamu. Kami dah tak larat ni..dah tepu rasanya CPU kami. Esok nak present paper lagi.

Berlalu sudah hari ini
Hari esok menanti pasti
Ya Allah! Permudahkan urusan kami
Berilah kejayaan pada kami
Cemerlang dalam PTK terakhir abad ini.

Tuesday, December 14, 2010

PTK hari ke2

Hari ni hari kedua berPTK. Dalam kalut2 aku masih mahu habiskan buku yg dibeli pada 11/12/2010. Alhamdulillah..selesai baca RBPT semalam 13/12/2010. Sebagai penenang sebelum membentang proposal esok. Buku ini lambaian rindu Ust.Hasrizal pada Jordan dan kwsn sewaktu dgnnya. Pengajian penuh dugaan di bumi Jordan. Yang aku pasti buku ini juga telah menggamit rindu aku pada debu2 pasir di gurun Arizona, bau-bauan kaktus di dataran Tucson yang aku telah tinggalkan beberapa musim yg lalu dan hembusan angin di musim sejuk tidak bersalji. Bumi yg telah menemukan aku dgn kekasih hati pujaan asmara (hahaha...) yang menjadi peneman hidup di kala ini.

Hari kedua PTK kami perlu bentangkan proposal. Ada yg very good, good, ok, not bad dan sila buat semula. Adoi mak....camne ni. Tension tok sah ceghita la. Ada yg rasa nak balik pun ya. Sabar..sabar..ini baru ujian kecil buat kita. Perjuangan masih belum selesai. Tamat pembentangan, waktu petang utk perbincangan kumpulan2 kecil utk slot wacana.

Kump. SMARTPARNERSHIP. Work smart friends.

Ini kumpulan hebat nih. Namanya apa ya?


Ini tok penghulu tengah bagi penerangan. hebat..hebat
Mana satu lagi kumpulan? Eh..eh..kumpulan aku la tu...tak de gambag la..lupa lak nak snap satu...esok masih ada Insyaallah.

1 laptop tak cukup. 2 pun cukup2 saja

dok belek jadual esok ke?

rujuk jangan tak rujuk

beg ptk, remote control aircorn dan "loceng maut"

buku hijau dan pink utk penilai menilai kami

ini garis panduan wacana