Wednesday, October 26, 2011

Selamat datang- Emad Farras

7 Okt 2011-9.52am. Emad Farras selamat dilahirkan dgn berat 3.4kg di Amanjaya Specialist Center (ASC) Sg Petani. Sudah tentu keluarnya ikut tingkap. Dr.Tan Chiang Hooi-pakar O&G asyik membebel ja sebab ini caesarian ke-4. masa operation pun sempat lagi dok bebel kat aku. Suami aku ikut masuk OT.

Ini Emad (bunyinya 'Emad-ain mim alif dal) masa hari ke-2. Comelkan?Macam muka kakak Yah. Hari pertama tak amik foto sebab aku tak leh bangun n tak teringat langsung. Duk ingat sakit, sakit n sakit. Malam pertama di wad,Yah yg temankan. Sebilik utk 4 org tapi mlm tu aku sorang. Yah la yg tolong ambil itu ini,tolong garu dan tolong sediakan berus gigi, ubat gigi dan air sebab aku tak boleh bangun lagi. alhamdulillah ada anak perempuan utk teman.

Malam kedua, turn Angah pula. Masing2 nak tidog wad. tapi malam ni ada sorang lagi pesakit kat wad. Hari ni dah bole bangun tapi masih tak kuat. Sakitnya masih ya amat.

Hari ke-3 dah bole balik. Muka Emad pun dah lain. Macam sapa ya? Dia asyik tido ja. Misi mai check ada kuning. 4 kali amik darah selang sehari hingga naik 14.2. Kalau 15 masuk wad la. Tapi ikut misi tu dia dah suruh pi spital. tak kuasa aku. Dr.Elango (pakar kanak2) di ASC kata tak perlu. Baby yg kena kuning memang depa asyik tido n tak aktif. Gerak nak bagi susu pun tak buka mata.

Hari ke-7. Emad baru lepas mandi. kebetulan snap ni dia tgh senyum..kat sapa ntah..

19hb-Cukur kepala. Tengok tu, tgh cukur pun dia bole tido. Sepupu aku -Pun, yg cukurkan. Dia dah biasa cukurkan kepala anak2 dia n anak buah dia. Rupa2nya nak cukur kepala baby perlukan lebih 4 pisau cukur pakai buang (kita leh guna lepas tu---jgn dibuang). Katanya, kepala depa ni macam ada satu lapisan lilin. Cukur sikit pisau dah tak makan. Anak buah dia yg baru 2 bln lebih guna 7 pisau. Emad pulak 5 pisau cukur.

Hahaha. Emad dah botak. Tapi masih hensem kan?

Wah..bestnya dia tido. Macam tgh pikirkan sesuatu je. Tido penuh gaya.

Tengah lapar la ni. Turn abah lak. Ibu dah letih. Tak cukup ngan susu ibu, susu botol pun kena juga. Emad asyik nak nyusu ja kalau tak tido. Emad..Emad.

Wednesday, October 5, 2011

Mengkarung

Baru2 ni kakak call. Dia cakap ngan abah saja. Aku tak tahu apa dia tanya tapi aku tahu apa abahnya jawab.

Kakak: .....
Abah: Mengkarung? Macam cicak tu..cicak kubing..tapi besar sikit.
KakaK: .....
Abah: Kaki? Sakit?



Agaknya ni la lam kepala abah masa tu



(Kecik2 dulu natang ni banyak betul kat umah aku. Penah sekali aku tgh makan bihun dia terjun dari mana ntah jatuh atas peha aku. Eeeee..tak leh ku lupa. Penah juga aku nak tido, ada benda bunyi n gerak2 lam bantal aku. Bila ketuk natang ni yg keluag. Eeeeee)

Ibu: oooo..tarik mengkarung tu. Kaki dia cramp kut...
Abah: Kaki cramp tu..buh minyak la..
Kakak: Tak hilang pun (agaknya la)
Abah: sapu la minyak..slalu sat ja..gerak2 kaki

Angah: Mana leh gerak..dok diam ja la sampai hilang.




Monday, October 3, 2011

Titipan untuk Yah

8 tahun dulu, masa ibu ngandungkan Yah...Ibu nangis sebenarnya. Sebabbbbb ibu belum bersedia. Masa tu Angah baru nak masuk 2 thn. Lagipun 2002, ibu masih buat master di USM. So, tertangguh lagi sethn pengajian sebab tak dak mood langsung nak study. Alah masa ni sama ngan alah masa ngandungkan kakak n Angah. Tak boleh bau benda2 yang wangi.


Yah lahir 14 Feb, hari Jumaat rasanya. Lepas Yah lahir, Ibu ulang alik ke USM. Masa masih lam pantang dah kena ke kelas. Hinggalah ibu grad Ogos 2003 sakitnya masih terasa sebab lama sgt duduk dlm kelas dan dewan. Memang tak tahan tapi la ni jadi balik rasanya. Sebab adik Yah ni pun masa ibu buat PhD la pulak. Pun tak dak mood nak study. Lepas ni kena cover la balik.


Oh ya..Yah lahir di Hospital Strand Sg.Petani. Ibu ingat nak namakan Yah dengan C.... tapi abah tak setuju. Itu yang jadi Dalilah=petunjuk. Dua minggu pantang di umah tok, kita balik ke umah di Pmtg.Pauh sebab ibu ada kelas. Masa tu Mak Siti akan mai mandikan Yah, then dia bawa balik Angah. Petang masa antar Angah, dia mandikan Yah lagi. Sampai abis pantang la.



Bila ibu mula keja, Mak Siti ngasuh Yah n Angah hingga kita pindah ke umah la ni lam 2004. Alhamdulillah..Yah tak banyak kerenah sgt cuma ibu yg penat dan penat tu berulang lagi la ni hingga adik lahir.