Monday, August 22, 2011

Meow

Saya ada seekor kucing. Ini kucing saya. Nama kucing saya Meow. Warna Meow hitam putih. Meow diambil dari rumah anak yatim semasa program khidmat masyarakat yg lepas. Ibu saya suruh buang sebab Meow tak cantik. Anak2 tak bagi sebab depa sayangkan Meow. Kalau semua orang bela kucing yang cantik saja sapa nak bela yg hodoh macam Meow?

Ini photo Meow dua hari lepas. Dalam sejam 4 tempat tidur meow beralih.

Mula2 Meow tido kat celah bantal atas kusyen. Rasa tak nyenyak kut Meow turun tidor atas lantai kat sofa sebelah.


Isk..isk..tak bestlah pulak lantai ni. Keras. Meow naik meringkuk atas sofa. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Ubah sikit la. Meow letak kepala atas bantal yg ada kat sofa tu. Waaaa... baru la best camni... hinggalah Meow dibangunkan sebab kami nak pi Sg.Petani.


Oooo...patutla Meow suka masuk my room. Rupa2nya ini tempat feveret dia. Di belakang tirai di celah besi tingkap. Ada apa kat situ Meow?






Tuesday, August 16, 2011

Persiapan raya

Persiapan raya tahun ni aku tak beria-ia sangat. Tak de mood rasanya. Baju anak2 aku dah sediakan 2 bulan lepas lagi. Cuma baju yg ditempah belum siap. Kuih raya? Tak selera aku nak tengok. Yang ditempah cuma 2-3 jenis saja. Itu pun utk diberi kat mak. Kek lapis (tidak menggunakan mentega 'churn' yg telah diharamkan tu) aku tempah lebih sebab aku suka dan suami pun suka.


Baju raya aku? memang tak ada la jawabnya. Malas aku nak fikir. Pakai je mana yg boleh dengan perut begini. Suami? Biar dia pikir sendiri la kali ni. Aku betul2 tak kuasa nak melilau kedai2/shopping complex kali ni.


Oh ya. Aku belum cari buah tangan utk jiran sebelah aku, Tauke Lim. Tiap2 thn baru Cina dia akan bagi buah tangan n Ang pau. Dua thn lepas dia bagi canned fruits, food n biscuits etc. Tapi aku bagitau kalau tiada halal Jakim kami tak boleh makan. Sejak itu, dia (isterinya lah) akan bagi food yg dibuat oleh org Melayu n ada halal. Bahulu, kerepek etc dan tentu limau n angpau utk anak2 aku.


Utk jiran depan rumah aku, cikgu ???? Aku tak penah ingat nama cikgu India ni... pun kena cari juga. Mereka vegetarian. Masalahnya pula tak makan bawang. Kena cari kuih2 yg tak guna mentega, telur. Apa ye... putu kacang, kerepek n buah ok la.


Apa2 pun...Ramadhan belum berakhir. Teruskan berpuasa.

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan datang lagi

Ramadhan kali ni aku berpuasa dgn kandungan yg sudah 7 bln. Adus..letihnya... weekend memang lepak je la. Kakak bercuti 5 hari tapi 1 Ramadhan dah balik ke asrama. Tak sempat nak berbuka bersama. Tok dah sediakan tempe goreng ikan bilis utk kakak dan utk Angah. Ibu sediakan fulus saja..tapi sabtu b4 puasa dah masakan lasagne utk kakak n angah. Aku bagi arahan je..depa yg sediakan semua rencah.


Hari pertama puasa tak de masalah sebab sekolah Angah n Yah ambil cuti. Aku yg penat kena drive ke A.Setar antar kakak sebab abah keja. Buka posa di S.Petani. Hari kedua dah mula letih..Yah dah sabar2 nak berbuka. Letih dengan cuca yg amat panas. Aku pula kantoi sebab kena ke klinik... anak2 tanya nape ibu tak leh puasa ari ni? Nak puasa camna..sejak jam 10 mlm misi tak magi makan or minum..jam 8am ke klinik ambil darah, minum air gula..lepas dua jam ambil darah lagi. Dan ramai lagi ibu2 kena buat begitu...apabila pregnant selepas usia 35thn.


Hari ketiga..masa sahur guruh berdentum tapi tak hujan pun..hantar Yah ke sekolah dah tghari panasnya... Memang letih utk anak2 yg berpuasa dan kena ke sekolah. Tapi anak2 sekarang kuat n tabah. masa aku dulu..kami suka beli ketul ais dari kantin n letak di muka..bagi sejuk muka..sesekali letak di mulut bukan buh lam mulut tau..hehehe..budak2...


Alhamdulillah..setakat ni setiap kali bangun prepare sahur at 4am, suami akan bangun n tolong kat dapur. Selalunya bangun tolong makan je la... Lam 4.30 dia solat aku rehat before kejut anak2 sahur at 5. Lam 5.30 turn aku lak solat n ngaji sementara tunggu subuh tapi pagi tadi terlepas..penat sgt sebab malamnya aku tak leh tidor..tergolek terlentang semua tak kena...baby lak dok main masa aku nak tido...uwaaa...