Monday, August 22, 2011

Meow

Saya ada seekor kucing. Ini kucing saya. Nama kucing saya Meow. Warna Meow hitam putih. Meow diambil dari rumah anak yatim semasa program khidmat masyarakat yg lepas. Ibu saya suruh buang sebab Meow tak cantik. Anak2 tak bagi sebab depa sayangkan Meow. Kalau semua orang bela kucing yang cantik saja sapa nak bela yg hodoh macam Meow?

Ini photo Meow dua hari lepas. Dalam sejam 4 tempat tidur meow beralih.

Mula2 Meow tido kat celah bantal atas kusyen. Rasa tak nyenyak kut Meow turun tidor atas lantai kat sofa sebelah.


Isk..isk..tak bestlah pulak lantai ni. Keras. Meow naik meringkuk atas sofa. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Ubah sikit la. Meow letak kepala atas bantal yg ada kat sofa tu. Waaaa... baru la best camni... hinggalah Meow dibangunkan sebab kami nak pi Sg.Petani.


Oooo...patutla Meow suka masuk my room. Rupa2nya ini tempat feveret dia. Di belakang tirai di celah besi tingkap. Ada apa kat situ Meow?






No comments:

Post a Comment