Sejak last entry on 22 Ogos, ni baru aku jenguk blog aku dan juga internet serta email2 aku. Cuti bagi aku cuti semuanya termasuk internet pun cuti. Tidak banyak nak diceritakan sebab raya tahun ni aku tak dapat nak bergerak aktif macam tahun2 lepas.
Sabtu 27 Ramadhan. Anak cucu tok Minah n Tokwan Dag berkumpul utk buka posa sama. 6 anak 5 menantu (sorg menantu pi rumah bini no2..turn sana la tu..) dan 16 cucu (5L11P). . Ini cucu2 yg kena halau makan depan TV sebab tak cukup ruang di dapur. Coming bln 10 yg ke17, Insyaallah bertambah one boy.
Tiba2 Hanani muncul dari bilik tok. "Mak Uda..mak uda..gambag Nani n Yah tak amik lagi." "la..hampa dok kat mana?" Rupanya2 depa dua org ja makan kat dlm bilik tok. Yg bawah tu abah/tokwan, laki aku, Abg Dee(laki kak aku no2) baju biru, Nazilah isteri adik aku Amir (baju belang).
Memang riuh. Especially si Asraf yg asyik nak berkepit ngan abah dia (Amir). Abah dok depan mata pun dok cari lagi. Sebelah tu Si Nadiah dok pulun jahit manik kat baju Aulia. Yg bertopi keledar ni pulak nak pi mana, Solhah n Akashah?
Lepas buka posa, kami balik Lunas. Yah n Angah tinggal rumah tok. Esok aku mai lain sebab aku kena pi check perut kat klinik depan rumah.
28 Ramadhan, Aku drive sorg2 balik SP lepas pi klinik. Hujan lebat betul petang tu. Sampai Padang Serai ada plak kereta rosak tengah jalan betul2 depan pasar tani. Jam kejap. Oh ya..pasai pa sorg2 ya? My Laki bawa mak dia balik raya Bt.Pahat. Auni ikut sekali. So thn ni kami raya berasingan.
Malam tu mana cucu yg ada main mercun. Pakcik n Makchag sponsor. Apa lagi.. dicakarnya daun2 kering dan dibakar macam unggun api.
Gambag tak clear dgn hp aku. Kamera lak bateri abis. Aku tak recharge.
29 Ramadhan. Tinggal aku, Angah n Yah je la kat umah mak. Sib baik ada angah. Boleh tolong tok balut ketupat. Sekejap ja Angah dah terer balut ketupat pulut. Aku tolong potong daun je la. Dah petang baru K.Not mai bawa lauk. Memang tak masak apa sebab dok buat ketupat, rendang n kuah kacang berdaging.
1 Syawal. Ini la cucu2 yg ada hari tu. Tahun ni giliran kat umah mentua masing2. Sebab tu tinggal kami ja. Aku tak larat nak ikut balik Johor. Kak aku lak... laki dia turn umah bini no2 la ni. Ni kat umah Makngah (adik mak). Tenagh nak buat gate baru. Aku ikut la sebab depan umah mak ja. Pastu pi umah tokteh kat sebelah tu. Balik umah tak pi mana dah. Letihhhhh...
Raya kedua semua adik-beradik aku dah balik sini kecuali laki aku la. Sampai Khamis aku tak pi mana. yah n Angah ikut la depa nak pi beraya ngan sapa. Paksu ka, makcik ka...makchag ka... Aku memang out. magrib tu my laki tiba from S.alam. Kami balik Lunas. Sabtu mai balik SP sebab antag kakak balik asrama di AS.
Ahad, pi check lagi di klinik Amanjaya lak. Adus..masa posa berat turun, baru seminggu dah naik banyak. Ini kes makan ketupat pulut la ni... ke baby yg nak makan?
No comments:
Post a Comment