Tuesday, August 27, 2013

Kursus Perdana Haji

Kursus akhir anjuran T.Haji. 2H1M di USM. Kursus praktikal yg menyediakan bakal2 jemaah dgn situasi yg hampir sama semasa musim haji.

Kami sepatutnya kena di Jitra minggu lepas. Sebab jauh..minta tukag ke Penang. Alhamdulillah, Allah perkenankan... maka melaporlah di Masjid Bandar Perda Sabtu tengahari. Siap berihram sebelum bertolak ke USM.

 Bakal2 jemaah yg sudah berihram bersedia utk ke Makkah (USM) dengan 4 bas. Bas berkonvoi dgn 6-7 buah lagi yg membawa jemaah dari Kepala Batas.

Sebagaimana di Madinah/Makkah.. pastikan jemaah tidak kehilangan pasangan masing2 masa naik bas. Masa ni, pegawai TH naik cek selipar jemaah lelaki supaya betul2 memenuhi syarat, 5 jari kaki mesti kelihatan... pakai selipar jepun la senang.

 Di penginapan (Dewan Peperiksaan USM).. letak beg terus turun utk taklimat.. masyaallah.. ini baru berapa ratus jemaah.. sudah nampak sesaknya. betul punya nanti? Subhanallah...

 Jom..kita tawaf umrah dulu.. Nampak tak Kaabah tu? Kami dibahagi 3 kumpulan. Sudah tawaf, solat sunat 2 rakaat, berdoa di multazam dan minum air zam-zam.

 Yg sudah tawaf, sila ke saie... mesti mulakan di Bukit Safa.. (ada yg masih keliru dgn kiraan saie). Maka.. ada yg tgh tawaf, ada yg saie..ada yg sudah tawaf kat gerai2 berhampiran.. simulasi suasana sebenar

 Adik ni bersemangat... ikut buat haji atau teman ayahnya kursus?

Dalam ratus2 sudah ada yg hilang selipar..apa lagi dlm jutaan penduduk dari seluruh dunia nanti? Masyaallah

 Rehat? Mana ada.. lepas tawaf, saie..taklimat.. terus naik bas ke masjid USM utk solat magrib dan isyak. Antara tu ada taklimat atau recap aktiviti petang tadi.

Lepas tu.. (gambag tak clear).. berjalan kaki ke Arafah (dewan tunku canselor) utk mabit

Majlis dirasmikan oelh TYT Tun Hj Abdul Rahman Abas

Masih di Arafah... menunggu hingga 12 mlm.. huh.. ramai yg dah lelap.. penat ooo... Ya Allah permudahkan urusan kami di sana nanti.. kami datang utk beribadat semata2 kerana MU. Jagan kau lalaikan kami

 Selepas 12 mlm.. beradalah kami di Muzdalifah.. buat seketika

Kena jalan kaki di dingin malam ke Mina

Melontar jamrah Kubra  utk hari pertama

Kumpulan aku selesai jam 12.30pagi.. ada yg habis jam 1.30pagi... macam di Makkah juga.. kena tahan mata.. itulah pentingnay kesihatan... nak tidog mata pun tak mau pejam...

Beg jemaah lain..tapi inilah alas kepala.. tidog2 ayam.. masing2 que tandas utk mandi sebab esok kena bangun awal.. Aku pi mandi kat Muzdalifah..sebab kat maktab ramai sgt... lepas subuh melontar utk hari kedua pula.. tawaf haji..saie haji dan masuk dewan utk recap n taklimat akhir

 Masing2 dah penat... yg dah bertongkat lagi lah penat.. acara akhir bersalam dgn ustaz ustazah pembimbing.. tamat jam 12... bersiap utk balik ke tanah air...

Kalau kursus 2 hari sudah penat... bersiap sedialah dengan suasana sebenar dgn jutaan manusia pada satu masa... tidog yg kurang.. banyakkan ibadah. Baca quran, zikir, berdoa. tawaf umrah. tawaf sunat. Rebutlah peluang yg ada utk melakukan sebanyak2 amal.. moga2 dikurniakan haji mabrur.... Ya Allah.. permudahkan segala urusan kami di sana nanti.. AMIN

Thursday, August 22, 2013

Anggur

Anggur-Anggur limau... Limau masak merah.. sapa tau sila sambung.

 Setelah 3 tahun lebih menyemai anak..baru nampak hasil

 Happynya aku..tak sabar2 nak tunggu

 semakin membesar

 lagi besar

tak sabar nak menuai hasil

 Dah abis besar

 come2 je..sebesar kuku ibu jari aku

 anggur ku merah rupanya..

 Mau kasi sama Azila

Tq Ila... atas nasihat hang akhirnya anggur yg bertahun hanya berdaun sudah boleh dituai... memang masam la anggur kita.. org2 Tasik Beris kata (Ila bagitau) tak boleh kena air hujan..nanti masam.. alahai..satu gheja lak aku nak buat penutup.. masam pun masam lah.. aku cicah ngan garam! Sedap juga..

Monday, August 19, 2013

Trifle

Buat yang ingin mencuba, silakan..resepi dari seorang teman sebilik aku dulu. Aku ubahsuai sukatan ikut suka aku..hehehe

BAHAN2NYA

1 swiss roll coklat/coffee (potong bulat2 12)
1 tin susu cair (3/4 tin takut pekat)
sebiji telur ayam (selain ini memang tak boleh pakai..)
setin buah2 campur (cocktail), peach pun boleh
sekotak jelly nona (strawberi/oren/magga)
1 sudu besar tepung kastard (dia kata tepung jagung pun bole... x penah try)
1 sudu kecil gula
secubit garam

CARA2NYA

1. Susun swill roll selapis dlm bekas.... boleh dapat banuyak bekas kalu guna tuperware bulat kecil tu
    Siram air buah dlm tin bagi kek tu serap

2. Tepung kastard, gula, garam, susu dan telur dicampur.
     Kacau bagi sebati
     Masak atas api perlahan hingga nampak likat 
  (biasanya berkali2 try baru jadi..kalu mulla2..tak terer lagi..dia jadi pekat dan berketul.. masih boleh guna..jgn buang... rasanya tetap sama...yg penting sentiasa kaca..nampak nak pekat tutup api dan terus kacau)

3. Masak jeli atas api..ikut sukatan air di kotak (400ml). dah larut gulanya tutup api.

4. buat lapisan la...
kek(dah siram air buah)-kastard-buah-jeli

kek-buah-kastard-buah lagi-jeli.

kek-kastard-buah-kek-buah-jeli

Susun ikut suka..tapi jeli kena di atas baru dia lekatkan yg lain..nak pak cun sikit.

Paham ka ni? tak paham juga mai umah la..dah pun tepon tanya sifu..hehehe

Selamat mencuba


Friday, August 16, 2013

Istana Negara

Raya ke4 dah nak balik Kedah. Anak2 mintak singgah tourist attraction kat mana2. Selalunya kami singgah Ayer Keroh..tapi Emad dok syok tidog...tak dapat la singgah. Since aku yg drive after Ayer Keroh, apa lagi.. Jom masuk KL. Atas highway aku pelik..apsal jln ni lain macam ja.. hehehe. .ghupanya dah masuk ke Sg.Besi..(selalu masuk Dengkil Shah Alam).

 
 Hujan renyai2. Co-pilot tidog..anak2 pilot tak tengok jln... ghedah je la..sesat pun sesat la..aleh2 dah sampai Istana..Apa lagi..jom kita singgah Istana Negara dulu

Tak lah mahal sangat. Ia ditutp cuma hari raya pertama saja. Banyak pelancong timur tengah masa ni.

 Hujan pun hujan la..nak jln2 punya pasal

 Kalau yg ni dah besar..aku rasa istana baru lagi la besar

 Di hadapan istana... kat dalam tak boleh amik gambag

 Bangunan istana ini adalah tinggalan British rasanya. Sebab tu depa buat istana baru

 Lampu pun ibu nak amik gambag?

 Nak nak balik...nun pintu gerbang

 tempar guard

 Di depan pintu masuk

Di luar istana

Ok..dah..jom balik... Hah? nak jalan2 lagi..dah kul 12 ni..bila nak sampai umah? Ok..ok..kita gi planetarium tengok.. kat area Tasik Perdana dan sewaktu dgnnya ramai pelancong. Taman burun parking penuh.

Planetarium? huwaaa.. tutup. raya5 baru buka.. jom pi cari makan la.. kat mana lak nak ghedah? stop jejantas Sg.Buloh? Alamak..terlepas pulak.. bukan aku jadi pilot ya.. Jgn salahkan aku... Masuk Rawan isi gas.. kita ikut jln lama cari kedai makan... Ternampak la Restoren cina Muslim Mohd Chan Abdullah Harga boleh tahan. AKu order nasi fillet ikan tiga rasa. Alamak..dia boh udang kering la pulak.. spoil mood lapar aku... Udang kering memang tak menyelerakan aku..huhuhu.. sweet sour Angah pun kurenggg sebab ikannya dah lama... (gambag tarak sebab lapar punya pasal). Next time tak yah mai dah sini.. hehehe

Pas makan balik terus. No singgah2 dah..keta banyak...

Thursday, August 15, 2013

Minyak Beku

Minyak Beku? Di mana? Kalau hampa nak tengok inyak beku kenalah pi Batu Pahat. Bukan tengok minyak yg dah beku.. tempat tu nama Minyak Beku..Pantai Minyak Beku...

 Ini Raya kedua..ex-student farmasi aku (Nazurah-tudung hitam) kat Bkt.Pasir Batu Pahat buat open house. Amira (tudung biru) datang dari S.Alam juga batch yg sama. Tiap2 kali kalu raya di sana memang aku pi umah dia. Pagi2 nak balik Kedah lak singgah kedai makan depa..makan free youu..tapi bukan sebab free aku pi..sebab meraikan ajakn anak murid..itu yg penting

 Lepas gi umah Mama (Nazurah), kami ke rumah sedara sebelak MIL. $ anak dara tu anak kakak ipar aku.. Yana, Ira n kembar Alin dan Wani.

 Raya ketiga..tak dapat pegi jauh2 sebab repair tandas rosak. Dapat ke sini saja.

View memang cantik

 Tunjuk apa tu Emad?

 Sejarah perigi

 
 Ini periginya..tak besar pun..memang berminyak

 Cantikkan?

 Ada perahu nelayan

 Main air..pantai tak boleh utk mandi

 Nunnn banjaran Ledang

 Boleh lepak2

Nak posing juga sebab cantik pemandangan dia.

Duluuu..10 tahun dulu kut..aku penah mai..tak secantik ni. Now dah ada kedai makan tapi hari tu ramai orang la.. ingatkan kami saja yg mai sini time2 raya ni..  Ok girls..jom balik..adik nak tidog.. Esok dah nak balik Kedah.