Wednesday, January 18, 2017

MASJID HIJAU PARIT BUNTAR

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (A-li'Imraan 3:117)

 

Masjid ini terletak di tepi jalan utama. Memang senang nampak. Memang masjidnya berwarna hijau seperti namanya.

Tempat ini namanya Kampung Kedah, terletak di Parit Buntar Perak. Di hadapan masjid ada SK Kampung Kedah dan Kilang Teh Herba.


Ini pintu masuk betul2 kat sign board Kampung Kedah. Bahagian ini terletak ruang solat wanita.


Tandas lelaki dan wanita. Tandas agak tidak selesa begitu juga bilik wuduk sebab orang lalu lalang masih boleh nampak dari luar.


Pintu utama masjid.

Tuesday, January 17, 2017

Muzium Negara

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa. (A-li'Imraan 3:115)


Dari hari mula bercuti Emad asyik minta nak pi muzium. Dari satu tempat ke satu tempat aku memberi macam2 sebab. Akhirnya dia bersetuju untuk menunggu hari balik supaya dapat ke muzium. 


Muzium Negara pun sudah tidak seperti dulu. Kurang Ummpph dah bagi aku. Tapi bagi budak kecik ni asalakan muzium dia ok. Ada penguin saja di lobi utama sempena apa ntah aku lupa. 


Emad sebenarnya nak tengok binatang2 yang keras-keras tu. Yang tak boleh gerak tu. Ooo. Patutlah hendak ke muzium. Tak pa. Kita ronda sini dulu. Tengok apa ada. Dalam bangunan utama di tingkat satu, bahagian kiri dan kanan kami pusing-pusing satu round dah abis. dalam 20 minit gitu.


Keluar dari situ, kami ke bangunan sebelah untuk pameran songket. Ada la 4-5 enam jenis haiwan yang diawet sebagai rujukan motif songket. Teruja dah Emad.

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:116)


Bersebelahan dengan pameran songket, ada pameran wayang kulit. Agak menarik berada di dalam bangunan ini sebab boleh main wayang kulit hihi. Wayang kulit pun dah advanced. Ada superman, badman, star wars dan macam2 lagi.


Dan di sebelah kanan muzium ada Muzium Etnologi Dunia Melayu. Aku masuk dengan Emad saja sebab dia yang seronoknya. Lebih kepada pameran kehidupan masyarakat zaman sebelum pembangunan. Rasa rindu pada zaman kanak2 bila lihat patung mengayam tikar mengkuang, pakcik mengopek kelapa dan membanting padi di atas.


Akhir sekali, pameran kraf orang asli. Pun masuk dengan dia saja. Pusing2 tengok gambar2 dan hasil kraf masyarakat orang asli. Dia tanya itu dia tanya ini. Dalam 10 minit dah keluar. Dah boleh balik dah. Puas hati dah dia.



Berdasarkan bunting ini, ada 21 buah muzium yang berada di bawah Jabatan Muzium Malaysia dan kebanyakannya aku dah sampai termasuk Muzium Chimney di Labuan. Untuk haiwan2 yang di awet, ia sudah dipindahkan ke Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya. Lain kali pulak kita ke sana. 

Senarai2 yang ada di bunting:
1. Muzium Negara, KL  /                                       2. Muzium Perak, Taiping /
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah          4. Muzium Kota Kayang, Perlis /
5. Muzium Diraja, KL  /                                         6. Muzium Labuan, Labuan
7. Muzium Marin Labuan, Labuan                           8. Muzium Adat, Jelebu, N9
9. Galeri Perdana, Langkawi  /                              10. Muzium Tekstil Negara, KL
11. Muzium Sg. Lembing, Pahang                         12. Muzium Automobil Nasional, Sepang
13. Muzium Lukut, N9  /                                       14. Muzium Matang, Perak
15. Muzium Chimney, Labuan  /                            16. Muzium Kota Kuala Kedah  /
17. Muzium Kota Johor Lama                                18. Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka
19. Muzium Seni Kraf Orang Asli, KL  /                  20. Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya
21. Muzium Etnologi Dunia Melayu, KL  /

Yang bertanda tu kami dah sampai la ke muziumnya. Itu belum termasuk lagi muzium2 di bawah kerajaan negeri. Apa lagi. Jom kita ke muzium. Tengok2 sejarah yang ada.


Monday, January 16, 2017

Roof Garden Batu Pahat

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (A-li'Imraan 3:114)


Bangunan baru di Bandar Batu Pahat. Memang canti (ini gambar belakang). Ala2 English gitu. Biasanya kami datang sini untuk ke kedai dobi di bangunan sebelah. Jangan risau, ada lif nak naik ke atas ni.

Gambar drpd http://johorkaki.blogspot.com/2016/11/continue-cafe-bistro-at-old-street-batu.html
Inilah bangunannya dari depan. Di Old Street Batu Pahat. Gambar atas courtesy http://johorkaki.blogspot.com/2016/11/continue-cafe-bistro-at-old-street-batu.html.


Tapi bila Ellis kata ada sesuatu yang menarik di atas bangunan ini, aku pun ambil peluang untuk menjengah sekejap. Dia sendiri tak pernah sampai atas ni.


Ada gerai2 menjual makanan ringan. Tak banyak tapi untuk lepak2 sangat menarik sebab tak crowded. Masa ni pula hujan rintik2.


Cantikkan? Ada Mickey Mouse. Memang banyak konsep English Garden di sini. Datang untuk bergambar saja ni hahaha.


Tak melepaskan peluang dengan train yang ada. Setakat ambil gambar saja sebab tak ada seat pun belakang train train tu.


Rumah Snow White & seven Dwafts pun ada dan boleh masuk lagi. Comel sangat rumah ni. Main pondok2 best ni.

 

Mineons dan Doraemon! Seronok la budak2 kalau datang sini. Aku tak ingat kat dalam dua2 kedai ni jual apa. Salah satunya ada jual aiskrim. Menarikkan?

P:S: Ellis.. it's your time to go up there. Pi la..pi la... :)




Friday, January 13, 2017

LEGOLAND

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). (A-li'Imraan 3:112)

 

LEGOLAND - taman tema yang dibuka sudah bertahun-tahun. Dan sudah bertahun-tahun itu juga kami balik Batu Pahat tapi tak sampai2 tempat yang hampir 2 jam perjalanan dari rumah. Kali ini dah janji nak bawa pi legoland (dalam kepala budak kecik tu nampak mainan lego saja).

PJMY - T.kasih benarkan aku guna gambar ni.
Hotel yang sangat berwarna-warni. Sangat menarik dan tertarik dibuatnya. Tapi kami tak nginap di sini. Malah waterpark dia pun kami tak jejak. 9.30am dah tercongok depan kaunter yang dibuka jam 10am. Siap duit saja kalau nak datang sini. Paling kurang pastikan RM600 dah selamat diasingkan untuk tiket masuk. No outside food allowed!


Alhamdulillah.. permulaan cuti sekolah 2016. Risaukan ramai pengunjung sebab tak nak la berbaris2 menunggu giliran untuk naik mainan yang ada. Tak ramai orang rupanya hari ini. Dan budak kecik ni macam biasa takut untuk bergambar dengan maskot2 besar tu.


First ride - dia ajak naik mainan pusing2 ni. Pening la wei. Pusing pusing pusing. Bila ajak naik Projek-X ni memang babai la. Angah alang dan abah saja la pulun naik apa yang ada. Ibu teman Emad sebab ibu pun tak suka naik roller coaster dan sewaktu dengannya.

 

Sebelum ke sini dah termasuk bahagian menyusun lego! Apalagi.. asyik diminta untuk masuk semula sebab nak main lego. Ok.. janji lepas abis pusing kita main lego. Jom Star Wars dulu.


Memang cantik replika/model dan lampu serta animasi yang disediakan. Tekan butang ada je yang bergerak. Impressive. Tapi bila di pintu keluar.. nampak lego yang dijual pulak. Mahal mereput! Kita beli kat luar ye Emad.. hihi.


Bawa ke sini pun dia naik sat saja dah nak turun. Tak mau main rumah2 ni. Apa la Emad ni. Bayag mahal2 lego jugak yang dia ingat.


Hah.. abah, alang dan angah kau jugak yang naik menatang ni. Ibu? Hahaha.. teman Emad la melangut tengok sana sini. Kompem la ibu tak naik. (cukuplah pengalaman di Disneyland California 1995 dulu..serik). Abah tak pe la.. dengan Six-Flags Magic Maountain mana ntah abih dia naik. Abih tu? Emad naik apa?
 
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). (A-li'Imraan 3:113) 


Ini yang dia nak naik hah! Benda yang dia rasa selamat dan tak jatuh. Train pertama yang buat 2-3 pusingan. Tapi tetap nak orang teman. Yang kedua nasib baik dia nak naik sorang2. Tapi nak dok di kepala train. Yang ketiga (bawah) pusing taman replika satu round. Selamatlah train ni, dia suka la.


Inilah taman replika yang dilihat masa naik train tadi. Memang mengkagumkan sebab dibuat drpd lego (atau disusun macam lego?). Tapi seblum naik train tu.. (kes pujuk sebab baru lepas nangis) kami naik perahu panjat bukit dan kemudian deshummm jatuh masuk dalam air (macam splash mountain Disneyland). Awal2 memang dia dah nangis dah. Masuk perahu tambah lagi.. bila perahu jalan dah tutup muka. Sebab dia kata sat gi jatuh macamana (ibu pun dah naik cuak dah bila dia tanya hahahaha). Bila perahu tiba2 terhenti kat lereng..haiya.. sudah.. kecut perut ibu. Sekali bila perahu turuh jatuh dalam air.. ok..ok..lepas ni ibu pun tak mau naik dah, Emad memang tambah nangis lagi.. hahahaha.. anak ibu ngan ibu sama2 takut.Tapi ibu tak ler nangis.. relax jer.


Wahhh! Ninjago la. Jom kita tengok apa ada di dalam. Ok.. nak train lagi tapi sebab agak gelap dengan ada kartun animasi tu dia tak mau naik juga. Hmmmm... apara Emad ni. Abah Angah Alang pulun buat aksi sebab ada mata, dia ngan ibu? masing2 dapat ) mata hahahaha. Sebabnya dia tak tengok ibu pulak nak pujuk Emad sambil nak tergelak tengok abah dok gawang2 tangan nak lawan Ninjago.


Dapat kat dia susun lego ni seronoklah dia. Dok tunggu dia main ni, depa dah naik mainan/ride sebelah lego ni pulak. Lepas tu Angah ngan Alang siap pi ulang Ninjago sebab tak puashati markah tadi. Emad jugak yang happy main lego. Lepas habis yang ni ajak naik yang lain pun tak mau dah. Dia dok teringat lego yang mula2 masuk tadi.


Ok..kita pusing balik masuk tempat tadi. Abah pi solat dulu. Angah ngan Alang hilang mana la pulak. Rupa2nya depa pi naik ride apa ntah lagi. Tak puas lagi tu. Sambil dok tunggu Emad main lego ni bolehlah rehat sekejap. Pukul 3 lebih dah boleh balik sebab dia dah puas dapat main lego dah. Selamat! Penat sungguh dia sampai terus tertidur bila kereta bergerak.


Esoknya, jom kita pi makan kat rumah Hawa di Bakri. Hujan lebat betul sepanjang jalan tapi Alhamdulillah surut bila dah tiba. Hawa masak nasi ayam untuk kami. Sedap Hawa masak (ke mak Hawa? :) Pastu dengan tak malu minta tapau bawa balik lagi.. hahaha. T.Kasih Hawa dan keluarga masakkan untuk kami.



Thursday, January 12, 2017

Jom cuba Asam Pedas Teluk Wawasan

Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan. (A-li'Imraan 3:111)


Hari ni Ellis nak belanja makan tengahari. Katanya asam pedas di sini best. Tak pa, kita ikut saja sebab orang nak belanja kan. Sedap tak sedap lepas ni kita cerita.


Jalan mana ntah dia bawa mai. Tengok2 dah hujung muara. Betul2 dekat laut hujung nun. Gambar sebelah tu pandangan dari laut. Kedai tu sebelah kiri. Tapi takkan nak mai dari laut kut nak makan kat sini, ye tak?


Ini suasana hadapan kedai. Perahu2 nelayan memang mendarat di sini. Tapi dah tengahari mana nak ada ikan lagi. Ikan kat kedai asam pedas la kita cari.


Tak ramai orang kan? Lepas kami makan memang ramai masuk. Tu belum yang datang sebelum kami. Ellis dah book meja dan lauk pauk sebelum mai lagi. Kalau tak habis katanya. Sedap tak sedap makan sini hinggakan ia dikunjungi Sultan Johor. Kalau Sultan mai memang close area untuk yang lain la jawabnya.


Di sebelah kedai tadi ada kedai makan satu lagi tapi tak ramai orang Ellis kata. yang dia bawa ni  lagi sedap. Yes. Memang sedap sebab bertambah juga la pinggan anak2. Yang lebih siap tapau balik. Sotong goreng tepung dia memang sedap dan memenuhi citarasa aku. Asam pedas dia sedap. Rojak dia sedap. Tambah sedap bila orang belanja hahaha. Sapa2 yang nak cuba sila call nombor yang tertera dalam gambar untuk booking awal supaya tak perlu tunggu lama.

P.S: Ellis, lepas ni hang habag kat tuan kedai, kalau aku pi kena bagi komisyen utk promosi hahaha.

Wednesday, January 11, 2017

Glow Park Batu Pahat

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (A-li'Imraan 3:110)


Lama tak balik Batu Pahat. Sekali balik macam2 dah berlaku perubahan. Terbaru ialah Glow Park yang terletak di Wetworld Batu Pahat.


Pergi juga lah malam tu sekadar melihat2. Bayaran pun tak mahal sangat. Setiap dewasa dapat free teh tarik. Sedap pulak teh tarik situ hihi.


Budak kecik ni lebih teruja nak ke Wetworld sebenar. Dari siang hari lagi minta nak ke wetworld. Bila datang malam ke sini tak dapat nak main air, dia pun tak ada hati sangat dengan lampu2 ni.


Nampak ke orang dalam gambar ni? Memang tak nampak kalau tak tengok betul2.


Ini pun sama. Orangnya tak berapa jelas. Maklumlah kamera cap ayam saja.


Dalam tak ada mood dia tu dapat pedang sebatang. Mahal jugak ni RM23. Rasa2nya kalau aku guna pedang ni dalam kelas ok tak? Boleh tunjuk whiteboard dan cahaya laser tu pun berguna bila aku da kat belakang kelas. menarik juga ni. Cari uniform Darth Wader ka.. gempakkk hahaha.

Tuesday, January 10, 2017

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya. (A-li'Imraan 3:108) 


Turun dari Bukit Fraser pagi2, aku rasa teringin pulak nak ke sini. Dengan jalan Fraser yang bengkang-bengkok, aku dah loya2. Alhamdulillah bila melalui kawasan yang seperti kampung dan ternampak pula Tanah Aina.. rasa lega sikit. Di sini rupanya Tanah Aina yang femes seMalaya tu. Dari situ dah tak jauh untuk ke Bukit Tinggi, jadi angan2 diteruskan walaupun hujan menyambut kami di pintu masuk dan bayaran dikenakan ikut kepala.


Ok. Kita ke rumah Jepun dulu (teringat gambag mak ngan adik aku ambil kat sini bertahun2 dulu). Hujan sudah renyai2. Emad yg tengah tidur pun dengan sendirinya terjaga. Adussss. Nak kena panjat tangga ni ke?


88 anak tangga tu. Bole ke bole ke? Bole kan saja mesti berjaya punya. Alhamdulillah Emad pun ikut panjat sama2. Nasib baik tak minta didukung.


Sampai juga akhirnya. Hujan pun elok2 ja segheyat. Dengan rimbunan pokok2 dan kolam air memang terasa segar dan nyaman. Tambah2 lepas hujan berhenti. Rumah Jepunnya? La.. Hanya sebuah rumah yang kosong dan kalau nak bergambar bole tukar pakai kimono (kena bayar kut). Punyalah ramai orang menanti. Kita tengok2 sajalah. Bergambar saja di luar ni pun cantik juga.

Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (A-li'Imraan 3:109) 


Turun dari atas, ambil laluan satu lagi ke Colmar yang terkenal ala2 Perancis ni. Colmar Tropicale A French-themed Resort. Feeling jap berada di Perancis (ntah bila nak sampainya tak tahu la).


Tak jelas la pulak yang ditulis atas plet ini. Yang pasti sesuatu tentang sejarah atau permulaan Colmar Bukit Tinggi.


Kami hanya meronda-ronda2 melihat kawasan Colmar saja. Nak menginap rasanya mahal sangat. Lagipun kami ada destinasi yang perlu dituju. Cukuplah sekadar mencuci mata memenuhi angan2.


Budak kecik ni pun rasa seronok saja boleh jalan2. Ini dah medai buat dia. Cuma nak elakkan dia dari menempek/interframe gambar saja yang agak sukar.


Biar di mana pun, kalau dia nampak kami cuba bergambar berdua, memang tak berpeluanglah jawabnya. Dia pasti menyelit atau menempek di situ. Ada masa ditolaknya abah ke tepi, keluar frame terus, hahaha. Anak oh anak. Syukur ada yang sorang ni. Ibu tak sunyi sangat.