Tuesday, January 17, 2017

Muzium Negara

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa. (A-li'Imraan 3:115)


Dari hari mula bercuti Emad asyik minta nak pi muzium. Dari satu tempat ke satu tempat aku memberi macam2 sebab. Akhirnya dia bersetuju untuk menunggu hari balik supaya dapat ke muzium. 


Muzium Negara pun sudah tidak seperti dulu. Kurang Ummpph dah bagi aku. Tapi bagi budak kecik ni asalakan muzium dia ok. Ada penguin saja di lobi utama sempena apa ntah aku lupa. 


Emad sebenarnya nak tengok binatang2 yang keras-keras tu. Yang tak boleh gerak tu. Ooo. Patutlah hendak ke muzium. Tak pa. Kita ronda sini dulu. Tengok apa ada. Dalam bangunan utama di tingkat satu, bahagian kiri dan kanan kami pusing-pusing satu round dah abis. dalam 20 minit gitu.


Keluar dari situ, kami ke bangunan sebelah untuk pameran songket. Ada la 4-5 enam jenis haiwan yang diawet sebagai rujukan motif songket. Teruja dah Emad.

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:116)


Bersebelahan dengan pameran songket, ada pameran wayang kulit. Agak menarik berada di dalam bangunan ini sebab boleh main wayang kulit hihi. Wayang kulit pun dah advanced. Ada superman, badman, star wars dan macam2 lagi.


Dan di sebelah kanan muzium ada Muzium Etnologi Dunia Melayu. Aku masuk dengan Emad saja sebab dia yang seronoknya. Lebih kepada pameran kehidupan masyarakat zaman sebelum pembangunan. Rasa rindu pada zaman kanak2 bila lihat patung mengayam tikar mengkuang, pakcik mengopek kelapa dan membanting padi di atas.


Akhir sekali, pameran kraf orang asli. Pun masuk dengan dia saja. Pusing2 tengok gambar2 dan hasil kraf masyarakat orang asli. Dia tanya itu dia tanya ini. Dalam 10 minit dah keluar. Dah boleh balik dah. Puas hati dah dia.



Berdasarkan bunting ini, ada 21 buah muzium yang berada di bawah Jabatan Muzium Malaysia dan kebanyakannya aku dah sampai termasuk Muzium Chimney di Labuan. Untuk haiwan2 yang di awet, ia sudah dipindahkan ke Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya. Lain kali pulak kita ke sana. 

Senarai2 yang ada di bunting:
1. Muzium Negara, KL  /                                       2. Muzium Perak, Taiping /
3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah          4. Muzium Kota Kayang, Perlis /
5. Muzium Diraja, KL  /                                         6. Muzium Labuan, Labuan
7. Muzium Marin Labuan, Labuan                           8. Muzium Adat, Jelebu, N9
9. Galeri Perdana, Langkawi  /                              10. Muzium Tekstil Negara, KL
11. Muzium Sg. Lembing, Pahang                         12. Muzium Automobil Nasional, Sepang
13. Muzium Lukut, N9  /                                       14. Muzium Matang, Perak
15. Muzium Chimney, Labuan  /                            16. Muzium Kota Kuala Kedah  /
17. Muzium Kota Johor Lama                                18. Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka
19. Muzium Seni Kraf Orang Asli, KL  /                  20. Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya
21. Muzium Etnologi Dunia Melayu, KL  /

Yang bertanda tu kami dah sampai la ke muziumnya. Itu belum termasuk lagi muzium2 di bawah kerajaan negeri. Apa lagi. Jom kita ke muzium. Tengok2 sejarah yang ada.


No comments:

Post a Comment