Friday, July 31, 2015

MASJID JAMEK PINANG TUNGGAL, SG.PETANI

A279 
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

 

Masjid ini masih baru. Kalau tak silap aku belum 2 tahun usianya. Sering beulang alik mengikut laluan ini dari Lunas ke Sg.Petani, baru kali ni berkesempatan menunaikan solat di sini.


Binaannya cantik.  Kubah tidak terlalu tinggi seperti kebanyakn masjid.


A280 
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). (Al-Baqarah 2:280


Laluan ke tandas. Di kiri sekali yang nampak pintu ni dewan mesyuarat rasnya. Di sana bilik jenazah.




A281 
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Al-Baqarah 2:281)





                Letaknya di tepi laluan utama memudahkan jemaah utk singgah solat di sini.



Thursday, July 23, 2015

Putrajaya & I-City


A276 
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Al-Baqarah 2:276


Dua minggu sebelum puasa, aku ke UPM sebab ada seminar. Sebab seminar hari Isnin, jadi hari jumaat tu dah boleh ke Shah Alam. Dapat la bawa anak2 cuti2 sekejap sebab masa cuti sekolah tak ke mana2.

 

Kami ke Putrajaya utk kali keduanya. Kali pertama masa Auni masih bayi lagi.. dah lama tu.. masa tu ada tarikan macam la ni. Jadi dapat la bawa budak kecik ni naik bot sekejap ronda tasik Putrajaya. 


Kebetulan pula hari ni last day utk floria, kami singgah kejap. Tiket tak mahal mana tapi nak jalan2 kat dalam tu yang tak tahan. Luas sangat. Letih. Pastu kami siap berbaris utk Spring and Summer show. Ingatkan best.. tapi tak segah mana pun. Penat ja berbaris panas2.

 

Pada pecinta bunga, memang sakan la membeli kat sini. Aku sekadar cuci mata ja. Ingatkan bole la jumpa kawan2 kat sini tapi memang tak ada rezeki. Aku sampai, Wanna dah keluag nak balik. Bila aku habis ronda di dalam dan tengah makan, Marlina baru sampai nak masuk ke dalam. Zaidah pula baru on the way rasanya. Jadi masing2 tak berjumpa.
 
A277 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

 

Esoknya pula aku ajak adik aku ke ICity pulak. Aku tak pernah sampai sini lagi. (En.Suami dah balik dengan bas. Dia keja esoknya). Kata adik, dulu nak tegok lampu2 ni tak perlu bayar. La ni dah kena bayar. Semuanya duit. Memang kena siap RM la kalu nak mai sini. Paling kurang pun spare la RM300.
 

Kena jadi budak kecik sat dalam ni. Dia nak kita ikut dia jugak naik train ni. Penakut betoi.  


Ok.. ni aksi budak penakut. Yang kiri tu masa Winter show di floria. Mata nak tengok tapi taut. Dok la belakang Angah. Yang kanan tu pun dia dok kat bawah sebab takut masa dalam 6D teater. Diajaknya kita keluag. Show tak mula lagi. Haru la budak kecik sorang ni.
 

Ni? Nampak ja ok. Tu pun takut2 nak pi dekat katun2 ni. Kena ada oarng teman. Nak amik gambar je pun. Nasib baik ada Aulia yang bole buat kawan.


Dancing water? Tak de la dancing sangat pun. Tapi cantik la. Dalam kawasan lapu2 ni ada dua tiga ride lagi. Tapi setiap ride tu kena bayar. Mahal lak tu. Tak payah la. Jom kita keluag pi tengok yang lain pulak.

A278
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (Al-Baqarah 2:278


Aulia ni bab posing memang baik punya. Jadi tak perlu risau dah. Si budak kecik ni la yang nak kena ajar sikit heheh.


Nak bagi makan ikan tu pun kena bayar. RM5 kut satu botol. Pandai lak ikan2 tu makan guna botol. Macam2 la dunia la ni.


Ada 5D teater dan 6D teater. Lepas masuk 6D teater kami masuk 3D magic arts ni. La ni banyak 3D arts ni kat Malaysia dan yang paling besar di Langkawi. Kat Penang pun ada tapi tak sempat masuk lagi.


Pandai pulak budak kecik ni eksyen kat arts ni. Suruh sekali dah tau dah tapi bisingnya ya amat. Asyik cari Aulia ja. Mulut tu asyik nak cakap ja.


Masuk dalam ni memang mahal ler. Sayangnya kat sini dia tak bagi tanda/spot utk ambil foto terbaik. Kalau di Penang katanya ada tanda di lantai di mana jurugambar seeloknya berdiri utk dapat shot terbaik. Jadi gambar2 yang ada ni diambil ikut suka ja kat mana nak berdiri.


Ada juga rumah hantu, rumah patung lilin kut dan macam2 lagi tapi dah lewat ni. Dah hampir 12 malam. Pastu pulak.. fulus pun dah makin kurang heheh. Cukuplah dulu yang ada ni. Bila nak keluar dari situ, mak aiiii banyak lagi lampu2 yang cantik kat luar ni. Ada bentik kuda la burung la. Ingatkan dekat entrance tadi saja. Tak pa la. Lain kali kita mai lagi Insyaallah.

Tuesday, July 14, 2015

Iftar 2015

A273
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:273
 
  
Alhamdulillah. First iftar with kawan2 lama di rumah aku. Taib Iskandar dan isteri, Ira serta anak mereka Balqis. Juga Wan Salha dan anaknya Darwish (tak dak lam gambag). Taib pulang dari Madinah utk berpuasa di sini. Dia datang ke Kulim utk terapi anaknya Balqis di Kulim dan Sg.Petani. Jadi alang2 di sini, apa salahnya jemput berbuka di rumah. Cuma masa ni En.Suami ke Shah Alam. Malam esok balik dia sempat jumpa Taib di hotel UiTM. Taib n Ira, minta maaf kalau ada kekurangan sepanjang korang stay di sini. Lain kali mai lagi bagitau ya. Gald to have three of you here. Bawa anak2 yang lain sama lepas ni ya.
 
A274
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:274
 
 
Yang kedua, iftar dengan 26 bekas pelajar aku semester lepas. Pelajar En.Suami semester ini. Depa jemput berbuka di Hadramaut Perda.  Makan ala kadar. Nak pulun lebih2 malu ler pulak.. hehehe. Lagipun, balik sat gi boleh makan. Kat umah ada makanan. Tq ya semua sudai ajak iftar.


Kali ketiga. Iftar dengan pelajar2 Kejuruteraan Kimia di Kolej Delima. Wow... Makan bertalam. Best ni. Dah lama tak makan macam ni. Nak buat di umah, anak2 pulak memilih makanan.. ada yg tak mau pedas la tak mau itu la ini la...


Dah tentunya budak2 ni pun ada sama. Ala... geng hadramaut tu. Kanak2 riang ni suka benar bergambar. Bila aku join ada nampak macam depa tak? Kut2 la nampak muda 20 tahun.. hahaha.

A275
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:275)


Last sekali 14 Ramadhan.. permintaan pelajar mekanikal utk berbuka di rumah. Pecah peluh jugak nak pikiag menu. Hari keja.. jadi kena masak sesuatu yang cepat dimasak sedap dimakan.. sudah semestinya bukan Maggi mee ya. Trifle tu aku siapkan lepas sahur. balik kerja masak nasi lauk n sayur ja. Budak2 tu mai bawa deghiyan ngan tembikai la.


Ni la kelasnya. 29 orang lelaki semua. Yang mai berbuka 19 orang.. udah la periuk umah aku semua saiz comel2 saja. Lepas ni aku kena beli yang besag2 punya. Boleh ajak ramai lagi. Kebanyakan kelas aku memang ramai lelaki. Semester ni 3 kelas.. 96 pelajar.. hanya 13 perempuan. Bayangkan kalau semua tu nak mai berbuka. Mau guna kawah nak masak. Orang laki makan banyak. Kan.. kan.. Licin semua yang ada atas meja tu dan dalam periuk! Puas hati. 

Tunggu semester depan pulak. Kalau tak puasa, pelajar2 aku bole ja nak datang lunch ka dinner ka.. Yang penting kena bagitau aku bila dan berapa ramai yang nak mai. Kawan2 pun sama. Kalau nak mai bagitau. Makanan tanggung beres!




Monday, July 13, 2015

Reunion kecil-kecilan

A271 
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:271)


Seminggu lepas Reunion, kita jumpa lagi di sini. Kali ni di rumah Ali sempena majlis kesyukuran meraikan rumah baru dan beberapa perkara penting buat keluarganya. Rumah 3 tingkat di Damansara Perdana?.. lupa la pulak.. isk..isk.. tak mampu aku. Bukan setakat tak mampu miliki.. tak mampu nak duduk naik turun tangga. Sakit lutut wei..


Siapa yang dah balik masa ni? McDa dan Zarina. Hujan masih turun renyai2 masa ni. Aku sampai ni pun terus dari Lunas. Lepas ni nak ke Shah Alam pulak. Nginap di rumah adik sebab Isnin 8hb ada seminar di UPM.
 
A272 
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Al-Baqarah 2:272


Damai lagi... kan Ali homeroom Damai. Dan yang paling aktif tentulah penasihat Damai.. heheh. Datang aja dia. Yang tak hadir Choi, Mioi, Ezrie dan Ana. Ina dah balik masa ni. AS usual, cikgu ngan anak buah nampak serupa ja. Awet muda betul cikgu.


Ini gaya apa pulak ni?  Dah abih gaya captain, hampa tighu Q-Puteh pulak. Hafiz pun bukan main lagi dia. Kanak2 riang sungguh masa ni. Udah le datangnya solo. Ini kat atas tangga dari tingkat atas sekali aku rasa. Ali bawak round the house. First trip. Kami turun, wife dia pulak bawa geng2 kerja utk trip kedua. Yang trip pertama ni jangan cerita la. Riuhnya Masyaallah. Aku? Tak dak dalam gambag ni sebab dah turun awai2 lagi. En. Suami kat bawah dok sorang2 kesian jugak. Hehehe.


P.S: Tq ya tuan punya gambar2 ni.

Thursday, July 9, 2015

Catatan akhir buat kalian - Cerita 14

A268 
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:268)

Catatan akhir untuk reunion kita kan berakhir di sini. Jadi, sebagai penutup kisah, biarlah aku titipkan beberapa kisah cinta yang tercipta antara kita. Kisah cinta berbeza jarak masa tapi akhirnya bersatu di singgahsana. Berasal dari negeri yang sama, jadi tak susahlah bila pulang beraya.

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam lamunan
Berat rasa untuk berpisah
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati 
      (petikan Kisah Cinta-Suara Kekasih (Ogy))
 
 

Noor Baidrulnizar Bin Abu Bakar dan Arpah Bt Abu Bakar. Pasangan sejoli yang mula menyemai bibit2 cinta mereka sejak Tingkatan 4. Dalam diam, Jatt menyimpan rasa sejak Tingkatan 1! Lihatlah nama bapa mereka. Jatt, tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Pah sejak sekolah lagi. Alhamdulillah. Akhirnya mereka bersatu dan dikurniakan 6 cahayamata. Aku kenal Pah sejak sekolah rendah walaupun kami bukan daripada sekolah yang sama. Pah orang Kota Kuala Muda dan aku pernah ke rumahnya yang terletak di tepi Sungai Muda. Ketika mereka pulang dari US untuk masjlis kenduri kahwin pun aku hadir bersama Ijah dan adik aku. Alor Setar-Kota Kuala Muda menyatukan mereka sebagai pasangan ideal.
 
 A269 
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (Al-Baqarah 2:269)


Pasangan Asbanizam Bin Abu Bakar dan Musratulniza Bt Mustafa. Walaupun sama-sama terlibat sebagai BWP sekolah, kisah cinta mereka bermula bila kita tamat Tingkatan 5. Aku pernah sekali berjumpa mereka ketika masing2 masih belajar di KL (Baitulmal kalau tak salah aku). Mus, aku ingat lagi mee kari makcik hang masa kami pi beraya di Tikam Batu. Itulah kali pertama aku kenal mee kari dan terus jatuh cinta dengannya. Pasangan sehati sejiwa Bedong - Tikam Batu ini dikurniakan sepasang cahayamata. 
  
A270 
Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. (Al-Baqarah 2:270)

 

Zulkefly Bin Md.Kasim dan Nor Kamarul Aisyah Bt Mohamed Zaiedi yang memang tidak aku sangka sama sekali satu waktu dahulu. Kisah cinta mereka bermula ketika aku dan Aisyah sama2 belajar di KPP/UiTM Seksyen 18. Sudah takdir Allah menemukan mereka pada satu ketika dan akhirnya terus disatukan sebagai suami isteri. Pasangan romantis dari Taiping - Lenggong ini dikurniakan tiga cahayamata.

Itulah kisah tiga pasangan daripada batch kita yang aku dapat masukkan di sini. Ada lagi sebenarnya seperti  Khalil (datang)-Zati, Yaakob (datang)-Zanita, Aimi-Marzura, Arman-Mariana dan Farish-Mas Juita. Tapi sebab depa tak datang reunion, jadi no picture no story. Ada lagi ke? Maaf kalau aku tertinggal. Tapi pasangan MRSM daripada batch berbeza dan MRSM berbeza memang ramai tak terkira. Kita tinggalkan kisah cinta di sini saja.




Tanggal 26 Jun 2015, kisah Reunion 25 tahun kita tersiar di dalam Utusan Malaysia ruangan Alumni. Tahniah dan terima kasih buat Ahmad Jannatul Firdaus yang sudi menulis kisah kita. Artikel di bawah tu pula kata AJF adalah artikel asal yang telah diedit untuk diterbitkan seperti dibaca oleh semua 'Pemangkin Pertemuan Semula'. Semoga pertemuan semula ini menjadi pemangkin untuk kita terus berhubung antara satu sama lain.

Akhir kata, aku mohon ampun dan maaf andai ada kata2 aku di dalam entri aku tentang kita semua ini yang mengguris hari kalian. Mohon maklumkan pada aku andai ada antara kalian yang mahu kisahnya dipadam dari cerita2 yang ada di sini. Harapan aku, cerita2 yang aku garapkan ini dapat menjadi satu kenangan di kala rindu pada teman-teman. 



Dalam riak ada suka
Riak suka tersimpan duka
Duka lara digenggam erat
Jiwa terluka dipendam saja 
Usah ditanya usah diteroka
Biarlah ia terkunci rapat