Friday, May 29, 2015

Hari Keluarga PEWANI 2015

A233
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:233)


Hari ni HK PEWANI pulak. Walau tak ramai yg datang, ia tetap meriah ngan anak2. Depa la yg paling suka sebab nak hadiah.


Makanan dibawa secara potluck utk pagi tu. Meriah. Macam-macam ada. Pilih yang mana suka. Karipap, bihun, nasi lemak, moi, cucog badak, pop corn pun ada.


Keluarga En.Hisham dan Pn.Maisurah dgn dua anak depa.. Arisa dan aniq. Happy ja. Lagi happy bila depa menang cabutan bertuah.


Acara dimulakan dengan senamrobik. Bukan main lagi anak2 ni dengan lagu 'Sakitnya di situ". Ikut ja kakak2 kat depan tu menanri.

 

 Aku kena tugas jaga pertandingan mewarna 5-7 tahun. Alahai... kaler je la anak2. Ada yang cantik ada yang ok ada yg gitu2.
 
A234
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:234


Budak kecik ni orang suruh kaler dia soh kita kaler. Abih camna? Pastu gheja dok usung bot dia ke sana sini.


Acara masukkan manik dalam benang. Mak ai.. nak masuk manik camna kalau benang pun tak masuk2 lubang jarum lagi. 


Bersedia untuk tiup belon hingga pecah.. ker tiup tepung? Kecik2 saja ni. Nak tiup belon larat ka?


 Dok buat apa tu cik kak? La.. acara musang berjanggut ni. Kena asingkan beras, lada hitam, kacang, halba dan apa lagi ntah yg telah bercampur aduk. Jenuh pilih.


 Kerusi beracun ni acara paling dinanti. Pusing2 sambil dengar lagu. tangan nak pegang kerusi juga. Tunggu la sampai lagu habis.


Ni yang best. Hadiah cabutan bertuah yang memang best kali ni. Yang hijau tu dapat kat keluarga Hisham tadi. Melompat sakan dia. Bukan anaknya.


Aku pulak ngan anak2 satu apa pun tak menag dalam permainan. Tapi aku dapat hadiah cabutan ni. Berat ooo.. Alhamdulillah. Memang ini yg nak pun. Hahaha. Rezeki rezeki.

Thursday, May 28, 2015

Perkongsian ilmu: Dr.Yasmeen & Dr.Suraya

A231
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:231)


Dr. Yasmeen Farouk Mohamed. PhD Sains Bioteknologi, New Zealand (Kredit gambat dari Google)

Beliau dijemput ke UiTM Pulau Pinang oleh pihak PEWANi untuk membicarakan panduan pemakanan dalam kehidupan seharian. Terutamanya berkaitan kanser. Lihat pada orangnya secara berdepan, memang tak dijangka umurnya sudah 62 tahun! Tapi awet muda. Antara isi ceramah beliau: (Bahasa bercampur. Minta maaf)

- 10 ribu langkah = 4 km sehari sudah cukup bagus.

- jika ada ulcer perut, jangan makan makanan berasid seperti ulam2. kalau nak makan celup dulu.

- Lemon pula jika dipotong, perah dan minum terus akan bertukar menjadi alkali di dalam badan. 1 jam lemon yang dipotong terdedah pada udara akan bertukar menjadi asid. jadi, bila dipotong dan hendak simpan, letak di dalam freeze. Jika terdedah pada udara akan menjadi keras dan sudah tidak sesuai utk diminum. Utk high benefit, rendam dalam air suam.

- Jangan makan selepas jam 8 malam. 4 jam sebelum tidur kena slow down makan.

- Buah tembikai baik utk darah tinggi dan elok dimakan dengan bijinya sekali.

- Kalau buat jus sprt epal, hampasnya jangan dibuang. Masukkan di dalam nasi semasa memasak nasi.

- saleri 3 batang, epal hijau buang biji dan timun separuh. Gunakan timun Malaysia sebab banyak air. (timun Jepun baik utk ratah). Kalau ada kencing manis tambah peria katak. Minum jus ini pagi2 sebelum makan sebagai suplement.


- Sebelum sarapan, lunch atau dinner sediakan air lemon dan makan buah. Jangan minum air jus atau teh dsbnya.

- Kalau boleh, makan mentah bawang putih 2-3 ulas sehari utk kolestrol. Atau boleh buat jus garlic.

- Makan buah sebelum makan sebagai antioksidan.

- Yang ada kanser, banyakan makan buah. No refined sugar. No diary no chicken no fish. Minum 100% alkaline water. Untuk yg sihat, 1-2 gelas sehari sudah cukup. Stress sangat tidak baik utk pesakit kanser.

- Nak mandi dgn alkaline water pun ok utk enzima. Orang enzima tak boleh kena floride. Tak digalakkan mandi pagi dgn air suam.

- jika sakit perut, kalau ada nugget atau burger beku dan sewaktu dgnnya, ambil dan balut dgn ais, letak atas perut. Insyaallah.

- Kalau diserang asma, bancuh kopi hitam yg tinggi kafein separuh cawan. Jangan bubuh gula. Minum sementara tunggu ambulan sampai.

- Apricot seed baik utk pesakit kanser sebab ia membuka sel canser. Utk yg sihat tak perlu sangat.

- RO water tak boleh minum hari2 dalam sebulan. Baik utk pagi dan malam sahaja. Sepanjang hari minum air mineral lebih baik.

-Utk test ph level, beli ph stripe kat farmasi. Jika below 7 pagi2, tinggalkan asidic food. Jika 7.5 ke atas boleh sikit2 makanan berasid.

- Enzima resdong alergik sbb tak jaga makan. Kekacang terutama kacang tanah is the biggest culprit utk resdong. Ini termasuk kicap yang mengandungi kacang soya! Kalau prostate canser, hazel nut is not good. Jadi, stop eating kacang dgn banyaknnya.

- Bila selsema, instead of taking vitamin C, cuma ambil jus limau.

- Ayam boleh menyebabkan hormon inbalance. Kalau boleh tinggalkan diet ayam. Ambil halba utk bagi balance. Makan dua sudu begitu saja, 1 pagi 1 malam.

- Minyak yang bagus utk menggoreng ialah 1) olive oil- terbaik ialah extra virgin olive oil warna hijau. Pomace olive oil is hampas. Very toksin. 2) grape oil? 3) coconut oil utk masak bukan utk makan.

- Bila masak, bubuh garam selepas masak. Tabur masa nak makan. Pakai sea salt.

- Jika ada kencing manis, masa nak minum teh kopi etc, gunakan kayu manis sebagai pengacau.

- Organic food - bersih cara tanam. tapi sembur pesticide tetap ada.

- Butter vs marjerin. Butter is better. Marjerin boleh sumbatkan arteri.

- Susu kambing is better than susu lembu.

Ini antara perkara2 yang sempat aku catat. Kalau ada yang salah minta beritahu untuk aku betulkan ya.
 
A232
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:232)


Dr.Suraya Ariffin , 52 tahun. 

Initpati ceramah beliau sehari selepas itu pula:

- Lepas solat, atau bila2, pejam mata dan tarik nafas. Tahan dalam kiraan 10. Kemuadian lepas melalui mulut. Amalkan 10 min sehari.

- Bila tidur mesti dalam keadaan gelap sprt memakai penutup mata. Tujuannya utk merembeskan cecair di mata.

- probiotik yg merupakan banteria baik mudah didapati dlm tempe, budu, cencalok dan tempoyak. Nata de coco juga probiotik. Tapi jika anak2 nak makan nata, buang dulu airnya yg tinggi kandungan gula.

- Makan makanan yg berwarna-warni. Contoh: yg merah berkaitan dgn darah. Hati berkaitan dgn kuning sprt labu. Jika mengikut hari:
   - isnin PUTIH - makan nasi putih. pakai baju putih. lobak putih
   - selasa PINK 
   - rabu BIRU
   - khamis OREN
   - jumaat HIJAU
   - sabtu MERAH
   - ahad HITAM

- elakkan minum dgn guna straw sbb ia menrik kulit muka

- utk cuci muka dan jeragat dgn scrub, gunakan epal cider dan gula halus.

- coated tounge, dapatkan scrub lidah. kumur dengan minyak kelapa.

- bila badan rasa letih, mandi dengan air sejuk sbg shock theraphy, terutama masa pagi. Air suam sesuai mandi masa petang.

- utk sembelit, cari psyllium husk di pasaraya, bancuh 1 sudu dan minum

- Buasir, ramas atau blend bji betik dalam air dan minum.

- sumber collagen, dari haiwan paling tinggi khinzir kemudian ayam. Tumbuhan pula dari rumpai. Marin daripada kulit ikan.

- utk balancekan badan yg banyak asid, minum air nyior.

 
Itulah serba sedikit yg sempat aku catat masa ceramah kedua2 penceramah ini. Semoga ia memberi manfaat pada anda. Terima kasih. :)

Tuesday, May 26, 2015

MASJID BATU 9, KOTA SARANG SEMUT

A226
Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:226

 

Dalam perjalanan pulang menghantar kakak dan angah pada suatu hari, aku singgah solat di masjid ni. Signboard tak ada.. pagag tak ada.

 

Berdasarkan notis ni, aku anggap masjid ni bernama Masjid Batu 9, Kota Sarang Semut. Masa aku tanya sorang budak kat sini pun katanya tempat ni nama Batu 9.
 
A227
Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-Baqarah 2:227

 

Betul2 terletak di tepi jalan utama Alor Setar - Sungai Petani. Ada perkuburan di belakangnya.

 

Di bahagian tepi masjid. Ada 4-5 buah rumah di kawasan tapak masjid ni.
 
A228
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:228

 

Sebuah rumah kayu-batu di hadapan masjid. Bersih dan kemas di persekitaran. Pasti mereka ini yg menjaga masjid. Insyaallah.

 

Tandas. Alhamdulillah. Bersih. Tidak berbau.
 
A229
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:229


Ruang dalam masjid. Selesa.


 Bahagian ruang solat wanita. 
 
A230
Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (Al-Baqarah 2:230


Ruang legar/lobi.


Masjid ini memang bersih. Terjaga. Seperti kebanyakkan masjid di Malaysia, sunyi. Hanya waktu solat yang ada beberapa jemaah. Itu pun boleh dikira dengan jari. Namun, alhamdulillah masjid ini memberi peluang pada aku utk bersolat di dalamnya.

Monday, May 25, 2015

Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok

A221 
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). (Al-Baqarah 2:221

 

Segantang Garam. Klasik nama dia. Dulu mai sini takat jenguk2.. tinjau lokasi. Hari ni tumpang calet sat. Kak aku book sebuah utk dia bermalam. Nk booking tempat ni kena berbulan2. Sentiasa penuh. Parking lak kecik. Memang ada sampai ke luar jalan.

 

Chalet ada yg kembar dua, teres dan sebuah. Yg kak aku amik kembang dua. Dok sini yang bestnya kalau mancing dapat hasil.

 

Yg ini chalet sebuah. Dari sini aku perhati orang kat sana asyik dapat hasil pancing ja. Ishhh geram aku. Rasa nak pi tumpang sekaki pulak.


A222 
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Al-Baqarah 2:222)


Ni bilik/unit yang disewa. Tak besar mana pun. Queen bed satu di luar dan satu lagi di dalam bilik. Dapur utk masak sendiri. Sinki dan tandas utk unit ni di luar dekat pintu masuk.


Dah hampir senja. Budak kecik ni demam la pulak. Nak tumpang tidog pun dah tak muat sebab adik aku pun join jugak. Nak bbq.. tapi arang tak bawak.. ceh..

A223 
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.


Tak nampak eh? Hmm.. tak pa.. saja nak tunjuk ikan kat bawah tu.. pancing tak dapat. Tengok pun jadilah Ikan.. ikan.

 

Pemandangan senja memang cantik sangat. Buat pencinta fotografi, inilah syurga mereka.

 

Aku pun suka. Tapi tak bolehnak lama2 kat sini. Mai pun saja nak bawak Emad jalan2.


Ni bahagian belakang unit kak aku. Boleh bbq. pancing. Duduk2 ambil angin sungai waktu malam. Tengok matahari terbenam. Wahhh.. romantik lagi.

A224 
(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui. (Al-Baqarah 2:224)



Emad tak mau balik. Emad nak tangkap ikan. Emad nak naik bot. Aduhh.. bot tak dak drebar la sayang. Enjin bot rosak.. hahaha


Akhirnya.. balik jua. Babai semua. Nanti bila2 kita mai dok sini. Bila2 tu bila eh? Bila2 la..

A225 
Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Al-Baqarah 2:225)


Sepanjang jalan keluar masuk ke calet terapung.


Memang cantik sangat. Ada 4-5 buah rumah di sini. rasa tenang. Jauh dari kesibukan kat bandar sana.


Macam lukisan la pulak.


Akhirnya.. maghrib dari atas jambatan Sg. Semeling. Jom kita balik. Insyaallah. Ada rezeki kita mai lagi.