Tuesday, May 12, 2015

Hari Keluarga 2015

A206 
Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. (Al-Baqarah 2:206

25-26 April... Mulai tahun ini untuk pertama kalinya hari keluarga (FD) JSKM akan diadakan dua tahun sekali. Biasanya tiap2 tahun ada. Bukan sebab nak jimat duit, tapi sebab kekakangan masa dan kerja. Lagipun dah tak terfikir nak buat dekat mana. Nak pi jauh2.. ada yang tak setuju. Kos tinggi, penat, jauh sangat dan macam2 lagi. Maka, carilah tempat yang dipersetujui semua.


Kali ni Kamila's Inn Teluk Senangin, Lumut menjadi destinasi FD kami. Sangat hampir dengan pantai. Ini yang membuatkan sapa2 yang ada anak2 'hantu laut' ni memang mengujakan. Anak2 teruja, mak bapak pening kepala.


Penginapan kami yang berwarna kuning tu. Rumah kayu depan inn ni tak tahu la rumah siapa untuk apa. Tak nampak orang pun. Geng JSKM jugak yg lepak2 kat beranda dia. Merasa dok rumah kampung...

 

Ada kolam kat situ. Air hijau ja.. ikan? Tak dak pun. Budak 3 orang ni yg asyik dok kat kolam tu pun. yang lain ada urusan masing2... hehehe. Urusan apa tu?

A207 
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya. (Al-Baqarah 2:207

 

 Dilah.. pinjam gambag ni ye... Macam cun la pulak.Bak kata Balqis, macam fesyen show ibu dan anak2 ja... wah.. wah.. wah... bole tukar profesion la camni. Ada ke orang nak hire jadi model? Hahaha... mimpi! Apa2 pun.. sebab acara sukaneka mula jam 3 ptg, masing2 sembang2 atau posing2 je la. Perut dah lapar ni.


Jam 1.30 baru dapat makan.. huhuhu. Makannya pulak kena jalan dalam 20-30 meter aku agak. Kat dewan makan ni ha. Dengan cuaca panas, dewan makan tak dak kipas.. lampu pun ala2 romantik gitu. Alahai... memang tak selesa tambah2 yg ada anak2 kecik. Kesian anak2 tu. Dek sebab ini dan servis pun kurang baik, aku bagi 2 bintang saja. Jangan marahhhh.. nanti kena jualllll.
 
 

Lepas makan2, rehat dan solat. Petang nanti kita nak ke pantai ni bermain2 dan bersuka2. Berlari di tepian pantai. Main pasir kutip kerang. Pantai sini bersih juga...pasirnya.. Subhanallah. Sangat la halus. Lembut ja bila dipijak.
 
A208 
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah 2:208

 

Sementara tunggu yang lain turun, kita fotoshoot dulu apa yang boleh. Jejak2 bertapak... lubang2 ketam.. hasil korekan ketam di pasir. Semuanya bersatu pada bumi.

 

Saja test angle berbeza kali ni. Nak tengok apa hasilnya. Sebenagnya.. aku tak ambik banyak pun gambag main2 sukaneka.. sebab aku tau ramai yang dah ambil. Jadi, aku snap ja gambag apa yg aku rasa nak ambil. Tu yang jadi camni.
 
A209 
Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:209)


Anak2 sapa ni hah? Ada depa kisah pasai sukaneka? Oh tidakkk.. main pasir lagi best. Korek timbus korek timbus. Boh atas kepala. Boh kat baju. Oh alangkah bestnya jadi kanak2... main.. main dan main. tak payah nak pikiag SKT ATP GST segala. 


Salah satu acara. Bina istana pasir. Macam2 la ada.. Istana penyu, istana siput dan entah apa nama lagi depa boh. Yang bawah tu macam tangan bos jeee... dapat nombor berapa bos?


Ni pulak acara pakaian beragam kut. Gunakan apa saja yang ada kat pantai tu untuk hiasan. Hero sorang ja? Selamba jer hero kita ni, si Hafiy. Korang buat la apa pun dia tegak berdiri macam pahlawan. Bravo Hafiy! (pinjam ya gambag sapa ni dari fb JSKM).

Lain2 acara tarik upeh, jalan kaki tempurung, boling buah nyok dan macam2 lagi la. Yang main, main la.. yang dok main ayag pun boleh tahan juga. Dah abih sukaneka pakat nak main ayag ngan pasir lagi. Jenuh kepung anak2 kecik ni.


Dah penat main, balik mandi, solat dan sedia untuk makan malam ya. tempat yang sama juga. Naik keta la jawabnya sebab dah penat nak jalan kaki. Kat dewan ni, malam pun panassss. Ada anak2 yang dah nangis2 sebab panas. Mak bapak pun tak leh nak dok lama2. 

Penyampaian hadiah pulak kena buat cepat. Pembesar suara abih bateri la pulak! Tak dapat nak tolong. Huhuhu. Dan tak dapat nak control anak2 yang asyik dok tunggu hadiah. Akhirnya, mai amik sendiri la cabutan bertuah yang dapat.  
 
A210 
(Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan. (Al-Baqarah 2:210

 

Pagi esoknya, turun ke pantai aku tengok pakat dok ghumun kat sini. Apa hal? Meh kita jenguk sat.


Oooo, dok tengok natang ni ke? Tak kan tengok aja. Bisik2 la sikit. Aku pun sembang2 ngan akak kat ataih tu. Tanya la itu ini dulu. Mukadimah. Pastu baru masuk line. Sekilo RM25, murah dari pasaran. Ok kak. Booking 3 kg ya... hehehe.. Masa nak bayar tu katanya dapat 7 kg ja. $ kg lagi pun dah ada tuan. Ikan duri aku ambil 5 ekor dan ikan sebelah sekor.


Budak ni tak kisah pun dengan sukaneka bagai. Pasir pun dah main. Nak bawa bot pulak. Akak tadi kata biasanya ada bot utk disewa ronda2 pantai. Tapi hari ni tak ada la pulak. Bukan rezeki utk naik bot ronda2.


Nampak tak kat tangan dia tu ada apa? Hehehe.. hadiah mewarna. Dapat la belon gajah ni satu. Oh bukan main suka usung gajah ni ke sana sini. Tima kasih ye yang bagi belon ni sbg hadiah.

Sementara tunggu cek-out tengahari, kami sempat ke pekan lumut beli ikan bilis. Pastu datang balik untuk makan dan serah kunci. Selesai utk kali ni. tahniah buat semua AJK FD yang bekerja keras utk menjayakannya tahun ini. Kita jumpa lagi di tahun 2017, insyaallah.

No comments:

Post a Comment