Tuesday, May 31, 2016

KB- Kami pasti datang lagi

A047
Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia." (A-li'Imraan 3:47)


Ingatkan pagi2 hari dah nak balik Kedah. Tapi dapat jemputan lunch pulak dari A.Bukhari dan K.Ani. Merayaulah dulu kat KB ni. Bekfas pun ala kadar ja. Mana gerai jumpa situ kami makan. Orang kata KB ni shopping paling best. Memang la.. best utk habihkan duit yang tak banyak macam aku ni boleh la. Kami pi Bazar Tok Guru pagi hari, orang tak ramai. Tu pun sebab mak aku pesan telekung. Kalau tak memang tak pi dah. Alang2 tu anak2 amik telekung sorang sepasang, blause sorang selai. Si kecik nak menan ja satu.. lega.. hahaha.

Sementara nak tunggu lunch, kami pi sat PCB. Tengok ombak lam 10-15 minit. Bukan buat apa pun. Saja. Pastu masa nak balik singgah Pasir Belanda sat. Tengok kat web macam best ja. rasa cam nak dok sini tapi tak mampu ler pulak.. huhu.
 
 

Merayau2 dah tengahari. Apa lagi. Jom kita ke sini. Aiseh.. tengok papan tanda macam Chinese punya. Tapi.. jangan salah sangka. Pemiliknya memang Melyu dan isterinya seorang Cina Muslim. tak dak sapa pun masa kami sampai. Memang kosong.
 

Bila tengok gerai kat depannya, rasa macam nak pi makan ketam lembut kat situ la pulak. Sup komando pun ada tu.
A048
Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil. (A-li'Imraan 3:48)


Tengahari tu memang makan seafood lagi la. memang feveret A.Bukhari. Sedap memang sedap la. T.Kasih A.Bukhari dan K.Ani belanja kami makan lagi. Lenkali kami mai lagi jangan lupa na.. hahaha. Kita makan sokmo.


Eh eh.. tengah dok makan ada satu family ni masuk. Macam kenal pulak keluarga ni. Hahaha.. Chew..Chew.. satu opis kita gheja kat sini kita jumpa no. Happy Chinese New Year Chew n Family. Thank you bagi ang pau anak2.


Selesai lunch kami terus balik. Terima kasih orang Kelate. ak lupa Iffah yang datang jumpa kat restoren untuk bagi buah tangan. Pakat makan kopok lam keta bila lapar. Alhamdulillah. Insyaallah kami datang lagi nanti.

Laluan balik kami buat pertama kalinya melalui Pengkalan Hulu. Inilah kali pertama masuk pekan kecil dia. Rasa terujalah pulak bila lalu jalan kampung. Rasanya kalau ajak sekali lagi En.Suami tak nak kut sebab dia rasa jauh. Tak pe lah. Kurang2nya aku dah tangok laluan sini.

Thursday, May 26, 2016

MASJID KAMPUNG LAUT

A044
Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (A-li'Imraan 3:44)

Impian aku untuk ziarah masjid tetua ini tercapai akhirnya. Dari pintu pagar kawasan sudah jelas senibina lamanya. memang terujanya berbeza andai sudah mengetahu sejarah sebenar masjid ini.



Bole baca di sini tentang sejarah masjid yang dibina tanpa menggunakan sebatang paku! Dan masjid ini dipindahkan daripada tapak asal di mana ia dirombak dan dipindahkan ke Nilam puri. Kemudian dibina semula seperti yang asal.
A045
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). (A-li'Imraan 3:45)

Ini gambar dari bahagian belakang masjid. Semuanya daripada kayu. Anak aku tanya.. ibu kata tak dak paku, ni awat paku banyak kat masjid ni? Hahaha.. memang la banyak.. nak bagi kukuh sebab proses pindah-pindah dulu. Asal dibina mana guna paku. Hebatkan orang-orang dahulu!


Wakaf-wakaf yang dibina di tepi masjid. Terasa tenang dan nayaman bila berada di sini.



Di bahaian belakang masjid terletaknya pusat penajian 3 tingkat.. aku lupa la pulak pengajian apa.. pengajian Islam dan tahfiz ke apa ntah aku lupa.
A046
"Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh." (A-li'Imraan 3:46)


Bahagian dalam masjid agak muram sebab tidak dipasang lampu. Dan juga warna kayu yang gelap juga membuatkan ia nampak agak kelam.
 

Mimbar dan saf yang tersedia.


 Pintu masuk dari belakang.

Bulan ini aku ke sana lagi. Bolehlah singgah di masjid ini lagi. Sebabnya aku nak hantar kakak sambung assai pengajian Islam dan sains Um di sini. Bangunan UM betul-betul di seberang jalan masjid ni. Alhamdulillah.
 

Friday, May 20, 2016

Rantau Panjang-Nilam Puri-Pasir Mas-Tumpat

A041
Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi". (A-li'Imraan 3:41


Pagi hari kedua. Dalam perandangan yang tiada rancangan sebenarnya.. hahaha. Mana2 tempat dicadangkan kami cuba jejaki. Bersarapan di sini. Sayangnya tiada roti canai untuk Emad.. huhu. Makan nasi berlauk yang dibungkus siap-siap2. Jadi, tak dapatlah nak lepak-lepak di Restoren Lepak-Lepak. Lain kali kita cuba lepak betul2.

Destinasi pertama pagi ni Masjid Beijing (entri sebelum ini). Tak perasan pulak dah lalu sini semalam. Sebabnya tak sangka ianya sebuah masjid. Dari sini kami terus ke Rantau Panjang. Syurga untk kaki shopping. Dari dalam kereta aku memerhati.. memang banyak kereta masuk ke pintu bebas cukai ni. Kami takkeluar kereta langsung. Pusing cukup satu round, dah.. jom  ke tempat lain. Hahahaha. Kalau dah bukan hantu shopping macam aku ni, tengok2 gitu2 dah memadai.

 

Dari Rantau panjang kami ke Masjid Kg.Laut dahulu di Nilam Puri (entri akan datang). Sebenarnya nak ke Pasir Mas tadi. Orangnya tak ada jawab phone (mana pulok ginye cik nanie ni). Bila dah jawab.. apa lagi.. tengah lapar ni. Nasib baik En.Suami ikut ja. Jem pun kami redah juga sebab nak jumpa tuan badan yang dah bertahun tak jumpa ni. Masuk keluar celah kampung mana pun kami tak tahu. Ikut ja arahan En.MAP. Dan jalan ke rumah Cik Nanie ni berkali2lah kami lalu hari ni.
  

Alhamdulillah. Rezeki kami tengahari ni. Terima kasih Cik Nanie. Aku tak makan ulam tapi lauk yang lain.. sedap weiii. Ulang ratah lauk ler aku. Dua hidangan tuh. Kenyang..kenyang. 


Jumpa kawan. Emad tak tau nama kawan Emad. Emad tak tanya. Hahaha.. yang lawak tu depa cakap macam ayam iktik! Sorang cakap Kedah sorang kecek Kelate. Ikut suka hampa la. Janji tak gaduh sudah. Puaslah main pasir hari tu.

 

Inilah tuan rumahnya. Narnie yang manis tuuuu. Dari dulu hingga kini kekal manis. Terima kasih banyak2 Nanie sudi terima kami siap jamu makan lagi. Yang baju putih tu sapa eh? Hahaha.. Iffah yang comel. Sanggup datang dari mana2 ntah dengan En.ShahrukhKhan dia kerana nak jumpa akak sorang ni. I'm very honored to have you both here. Insyaallah kita jumpa lagi. Mai la Penang pulak. Ramai lagi rindu kat korang di sini.
A042
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu). (A-li'Imraan 3:42


Balik dari rumah Nanie, nak menuju ke Tumpat pulak. Ada yang cadangkan ke Pantai Sri Tujuh. Nak jugak tengok apa yang ada di sana. Sekali lagi En.MAP membantu. Laluan kampung pun tak kisahlah.. boleh juga tengok kampung2 di sini. Cuci mata. Ini saja nak kasi can Kg. Ampung Padang Mandol masuk blog, hahaha. Ntah2 mu pun tak tau kat mana Nanie ye.. Sepanjang perjalanan memang masjid di sana-sini. Mudah dicari.


Pantai Sri Tujuh. Bahagian ini lebih kepada teluk nampaknya. Di sinilah terletak satu lagi muzium yang jauh dari muzium2 lain. Muzium Wau. Nak masuk pun dah tutup jam 5pm.


Sudahhh. Menjadi mangsa ajakan Emad la pulak. Dia tak nak naik dengan kakak2nya. Ibu ngan abah kena naik. Hmmm... naik jugak la dalam 20 min sekali bayaran. Rupa2nya boleh nampak dasar tasik ni. Agakakan aku dalam 2-3 meter dalam. Memang ramai petang tu di sini untuk riadah dengan keluarga.

 

Yang paling tak boleh lupa di sini...aiskrim kelapa. Sedap gila! Ada aiskrim dah tentu, kelapa dan airnya, kacang, jagung, pulut. Dan yang kanan tu ada extra kerisik! Dua tuan berbeza harga RM5 sebiji. Memang mabeles! Mabeles! bak kata Jarjit Upin&Ipin. Kena tunggu nyior depan umah berbuah balik la. Nanti aku nak buat camni. Hmmmm yummyyy!
A043
"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ". (A-li'Imraan 3:43) 


Seharian meronda2, malamnya kami dinner di sini. Atas jemputan sahabat/kakak/keluarga yang lama kami kenal. Mencari2 la jugak restoren ni sebab dalam google namanya lain sikit.


Masuk hadapan restoren aku dah pelik. Mana restorennya? kaunter depan dah macam kaunter hotel! Rupa2nya restoren di belakang. Susunan dah macam round table function! Fuh. Tercenngan sekejap aku. Tak terkata apa2. Ai folo je la. Nak makan apa pun ikut tuan rumahlah.



Tadaaaaaa. Inilah tuan rumahnya. Abg.Bukhari dan K.Ani sekeluarga. Selepas 20 tahun. Hasil-hasilnya begitu ramai.. hahaha. Iman yang dukung anak di sbelah suami berbaju merah. Hidayah bertudung hitam (besar dari Cik Aina niii). Rahman YMCA (trademark ni..hahaha) di Mesir. Lepas tu aku dah tak ingat nama anak2 K.Ani.. 3 perempuan dan sorang lelaki (tukang amik gambar). Yang lain2 tu hasil sebelah aku ngan En.Suami lah..hihi.

Really wish kalau leh jumpa Rahman.. Iman dan Dayah.. nape la Cik Aina still see both of you like you were 20 years ago? Rasanya yg Dayah peluk tu macam kopipes Dayah yang dulu. Didn't we miss the old years huh? Masa berlalu pantas betul. 

Terima kasih A.Bukhari dan K.Ani kerana sudi terima kami sebagai tetamu malam ni. Macam2 cerita keluar. Rasa macam tak cukup masa. Insyaallah jumpa lagi di lain masa.





Friday, May 13, 2016

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA (MASJID BEIJING)

A038
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

Hari kedua di Kota Bharu, merayau2 mencari lokasi untuk diziarah. Salah satu daripadanya Masjid Beijing. Terima kasih Ilah atas saranan menarik ini.


Terasa macam kat negara China la pulak bila berada di sini.. errr bila tengok masjid ni. Senibinanya memang mengkagumkan.
A039
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh". (A-li'Imraan 3:39)


Carta organisasi. Tak sempat nak belek lama2 sebab ada destinasi lain hendak dituju.
 

Ketika menaiki tangga utama bahagian depan. Tak sabar melihat ruang dalamnya bagaimana. Singgah untuk solat dhuha saja di sini.
A040
Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya". (A-li'Imraan 3:40)
 

Ruang dalam tapi bukan ruang solat lagi. Masih boleh dikatakan ruang luar yang pastinya penuh bila tiba hari Jumaat.


Ni baru betul-betul dalam. Bahagian mimbar masjid.


Hiihi.. teringin palk nak selfiekan chandeliar ni. Sabo je la.

Bagi sesiapa yang berkunjun ke Kota Bharu untuk jalan2 cari makan, makan angin, bercuti atau apa saja, singgahlah di masjid ini untuk mencari sedikit kelainan. Cukup sekadar solat tahiyatul masjid atau solat dhuha(andai anda waktu).


Sunday, May 8, 2016

MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU

A036
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". (A-li'Imraan 3:36)

Masjid ni terletak bersebelahan dengan Muzium Islam KB. Jadi tak dak alasan ler kalau tak nak singgah. Kereta pun nak parker, cari ja kat dataran depan gerbang tu. Atau.. tepi2 jalan sini. Bukan susah pun. Lagipun, Istana Jahar, Muzium Diraja, Muzium Kraftangan pun di depan sana saja. Kena rajin berjalan sikit.


Ini pintu masuk sebelah Muzium Islam.

Ini pula pintu masuk yang mengadap Muzium Islam. Dan satu lagi mengadap ke arah dataran gerbang tadi.
A037
Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". (A-li'Imraan 3:37)


Antara beberapa pintu masuk ke dalam masjid. Masuklah ikut pintu mana pun yang kita suka asalkan tidak salah muslimin dan muslimat. 

 
Tandas, di sebelah kiri ni untuk muslimat. Berbaris masa ni sebab ramai orang. Musim cuti raya cina katakan.


Ruang dalam muslimat yang boleh aku amik. Tak dapat nak ambil sepenuhnya sebab hanya mampu berada di luar kawasan saja. Apa2 pun aku rasa kalau tak ramai orang, duduk2 dalam masjid iktikaf ni best jugak :).