Tuesday, July 22, 2014

JJMK Sik/Baling sekali lagi

A048
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Al-Maaidah 5:48)

Ini JJMK kami kali ke-4. Tak dapat nak ikut selalu macam kawan aku yg sorang tu dek kekangan masa dan kekosongan waktu En.Suami.. Dan selalunya masa Ramadahn anak2 balik dari asrama. Bila ikut JJMK kelam kabut kami nak antag depa balik Alog Setag.. Tapi minggu ni.. aku tak kasi balik.. takut nanti kalut lagi.


Lokasi berkumpul kali ni di Masjid Ketemba Kuala Pegang. Kami sampai ja keta dah penuh... Barang2 pun banyak yg dah disusun utk 35 keluarga yg telah dikenalpasti.


Budak2 PSS pun ikut juga utk JJMK ni. Depa ni banyak menyumbangkan tenaga.. Alhamdulillah.. pelapis masa akan datang. Aku tak nak story banyak2 bab family ni.. kang tangkap leleh la pulak posa2 ni.. Cerita kesusahan dan kecekalan rakyat.. kisah suka duka.. nak story boleh baca di Monier dan Berkongsi Cerita. Kisah benar bukan rekaan. Mereka pandai bercerita..


Lokasi pertama, Sg. Tembak, Parit Panjang. 5 keluarga pertama di sini. Bahkan mereka ini juga ternanti2kan pakaian2 utk dipilih sempena raya nanti... Betpa mereka amat menghargai...


Marshall2 in duty... Sanushi, Paklong, Adois.. err.. sapa lagi ya? There are amazing. Paling aku suka bila tengok bahasa isyarat masa nak parking.. nak bagitau keta kami rendah kena slow dia guna dua jari dia... err.. rasa macam nak belajag jadi marshal la pulak.. boleh ka?


Hentian ke-2. Asam Jawa , Baling. Hampir2 ada yg disengat tebuan di sini. ALhamdulillah ada yg perasan mahluk Allah yg satu itu berumah di pohon rambutan dan amat rendah sekali.


Lihatlah.. dapur bertiangkan susunan bata...Jika ditolak kayu topang tu aku pasti dapur ini menyembah bumi.. Tapi itulah hakikatnya.. mereka meneruskan kelangsunagn hidup dgn apa yg ada.


Kg. Bukit Hijau utk 5 keluarga lagi... Di sinilah kisah kakak di bawah pokok terjadi. Aku bersangka baik saja.. cerita dia hanya Allah maha mengetahui... Kalau dia bohong maka tertipulah aku olehnya... hahaha..


Deretan konvoi yg mengikuti JJMK kali ni.. Hampir 50 kenderaan.. perbagai jenis dan jenama.. Masing2 cuba mencari ganjaran di bulan mulia.


Seterusnya ke KG. Charok Kapas. Kena belajang2 turun gon (ala2 turun bukit) la kat sini.. delu kecik2 umah aku ada gon.. lama2 dah tambak gon pun hilang..


Anak2 ini pandai bermain alat muzik.. kalau musim cuti sekolah adalah pendapan mereka utk keluarga bila mendapat jemputan. 11 beradik semuanya.. yg tudung pink bawah tu baru 4 tahun. Tengok dia main pandai dia agak bila nak mula ketuk dan bila nak berhenti... Si Emad sampai dok melangut depan budak2 ni tak mau berganjak punya asyiknya.


Ada tepon di bawah pokok. Amat berguna utk mereka jika ada jemputan persembahan ke majlis2 tertentu.


Hmmm.. kali pertama tengok anak itik nih... burung puyuh pun ada dibela.


Selepas 4 lokasi, kami singgah solat dan rehat di masjid Al-Huda.. Awat macam penah lalau ja kat sini? Bila keluag dari kwsn masjid ke lokasi ke-5 baru aku perasan. La... jln ni ka rupanya.. dah banyak kali kami ke Lata Chelak melalui jalan ni..


Ini lokasi terakhir utk konvoi. Penerima di sini 12 keluarga. Rumah ni bertiangkan susunan batu bata saja. Aku tak ke sana sebab aku patah balik ke masjid tadi.. Ada hal belum selesai masa di masjid tadi. Aku perlu selesaikan kalau tak tak sedap hati nanti..

Dari sini peserta konvoi beransur pulang. Tinggal beberapa buah kenderaan saja yg ke lokasi optional.


Salah satunya keluarga 35 yg mana barang2nya ada dalam keta kami. Sampai sana orangnya tak dapat dihubungi. Tapi Alhamdulillah.. ada keluarga yg layak menerima di situ.. menjadi rezeki mereka hari tu...

Keluarga 33 dan 34 hanya Monier dan beberapa lagi meneruskannya. Kami balik dulu.. nak ke Sg.Petani pulak berbuka di sana... dok tengok orang maka abah kena tengok gak..Kalu tak nanti dia tepon tanya cucu dia yg paling kecik ni..Emad. Emad.Emad.

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Terima kasih dan tahniah kepada semua yg terlibat.. Insyaallah.. kami akan ikut lagi bila berkesempatan...

Friday, July 18, 2014

Iftar di luar

A195
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah 2:195)

 Semalam ronda2 di Kiosk Bertam cari baju raya suami.. dlm dok cari tu dan la sambag kerepek2 yg ada utk bagi pada jiran cina sebelah umah n jiran India depan umah. Alang2 kat nak magrib, baik iftar di sini saja. Kami masuk la kedai Arab cuisine ni.. (lupa nama restoren). 

Masuk pintu belakang. Tengok meja semua bernama. Kami main terjah je.. Alhamdulillah ada meja kosong di tingkat atas.. tapi solat dulu baru food tiba.. tak apa lah..


Masa berbuka dapat kurma.. n air sampai dulu.. Air oren n tembikai utk abah yg jadi hak Emad. Pastu pi solat kat surau yg disediakan.


Dekatttt ngan meja kami kumpulan Hijjaz beriftar. Depa ada persembahan di Karnival Mahabbah bertam tu.. jeling2 je la.. amik gambag pun dari atas meja ja.. adjust hp sikit dapat la yg ni.



Ini utk order talam utk 2 orang.. sekor ayam tu...larat ke nak abis.. Yah makan ciput je,, kami la kena perabih...


Tapi yg paling sedap shawarma ni... yg sebelah kiri.. memang sedappp. Yg kanan ni apa nama ntah.. Kalau kat Makkah dulu dia guna kacang kuda ka kacang hijau ntah.. dedap.. yg ni apa ke nama ntah.. pahit2 sikit  tapi Alhamdulillah.. Kena abiskan juga la kami berdua sebab Yah n Emad dah tak makan.

Apa2 pun servis memang bagus. Suasana bagus.. kemudahan pun Alhamdulillah. but stil aku prefer chicken mandy di satu tpt yg aku makan dulu... memang sedap...

Friday, July 11, 2014

Usaha sendiri untuk dapat hasil..

A266
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). (Al-Baqarah 2:266)


Pokok nyog ni aku tanam sendiri.. dah berapa tahun ya? 4 kut.. Kelapa pandan.. buahnya dah banyak


Suami aku proses pokoknya... dalam 8 biji tertonggok kat tepi tiang. Ditinggal gitu2 ja.. Ada yg dah berisi ada yg isi belum jadi.. isi belum jadi ni kalau buat cicah sedap ni.. tempurung dia lembut lagi boleh dimakan


Aku amik golok.. kopek semuanya.. yg belum ada isi airnya penuh... yg dah jadi isi air kurang.. tapi dapat la dalam 1.5 jag ni...


Pasni boleh buat minum buka posa.. tak dak campuran air gula tau.. asli punya.. kalau beli depa dah campog air gula.


Budak kecik ni aku bagi isi lembut diluahnya balik! Tak sedap kata dia.. isk..isk... punya teruk ibu kopek boleh kata tak sedap.

Thursday, July 10, 2014

Buka puasa di hotel

A265
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:265)


1st time bawa budak kecik makan2 di hotel.. errr.. 2nd time sebenagnya... yg ni 1st time buka posa.. dia budak kecik. free lagi.. makan pun bukan melantak makan orang lain..


Walau hidangan tak sebanyak di hotel2 4 atau 5 bintang kelip2... bagi aku ini pun dah Alhamdulillah. Banyakkkk. Ingat sama... kita di sini meriah ngan makanan.. Saudara2 Islam kita di palestin, somalia dan sebagainya belum tentu dapat makan... Kat sini semua ada.. ayam, itik, daging, ikan, ketam... sayur, desert... di darat atau di laut semua terhidang.. yg tak ada di udara ja...-burung. Bersyukurlah.


Ruangnya tak lah besar.. muat utk lebih kurang 100 tetamu saja... ok apa. Kalau ramai2 sgt aku pun naik rimas... aku rimas tempat yg crowded.. pasar malam (aku pilih pasar malam yg agak kecil.. orang pun kurang), shopping komplex (aku pi agak2 time orag tak ramai pi), kedai makan (cari yg kurang orang) dan tentunya konsert monsert apa2 pun...biarpun malam amal atau ceramah ke apa.. bila ramai sgt aku prefer tengok kat depan tv.. tak payah nak berebut. Nampak clear... 

Nak solat? Surau ada di tingkat 6. Lepas buka terus pi surau tak ramai orang. Kalau dah makan kenyang baru ke surau.. alamatnya ramai la di situ... Oh ya.. kat mana tempat aku berbuka ni hah? Hotel UiTM Penang.. ada yang berminat berbuka di sini? Tanya lah pakcik google ya.

Salam Ramadhan.

Wednesday, July 9, 2014

Pesta Durian

A261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)


Dah lama tak menaip.. semuanya siaran rakaman... tak ada yg siaran semasa..


Pesta durian dan PKS berlangsung meriah di kampus seminggu sebelum puasa. 3H2M.. macam2 jenis makanan perusaan kecil sederhana ada.


Tapi yg paling menjadi tumpuan ialah di sini. Samada warga kampus atau orang ramai yg berkunjung.


Petang hari kedua aku pi.. kena berbaris agak lama untuk mendapat hasilnya.. Sabar je lah..


Ini yg ditunggu2. RM15 satu kepala makan puas2. Durian, manggis dan moktan (rambutan). Isinya nyum nyum.. Alhamdulillah. Setelah berbulan2 dok tengok ja tepi jalan. Hari ni lepaskan gian. Makan sampai kenyang. Sat gi malam tak yah makan nasi dah.. lalala.