Friday, June 3, 2016

Sri Iskandar - Audit


A051
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus". (A-li'Imraan 3:51)


Aku dan Rabitah dari Arau bertolak dah hampir petang. Tiba di Sri Iskandar pun dah maghrib. Perut pulak berbunyi. Singgah makanlah dulu. Pak Tam ke Pak wan ntah Ikan BakarRestoren menjadi pilihan. Bila minta menu.. mak aih.. RM15 sepinggan. Ingatkan nak belah je dari situ. Hmm.. try pi la.

Bila nasi goreng ayam ngan nasi goren ikan sampai. Masyaallah. Besarnya pinggan. Banyaknya nasi. Boleh habis ke ni? Mahal bayar ni aku habiskan jugak hahaha. Memang sedap lah. Sesekali mai makan sini boleh lah cuba.


Pertama kali aku menginap di D'Hotel Sri Iskandar. Sorang sebilik pulak tu. Alahai.. tak bestnya. Bilik dah ler besar. Kalau kecil dok sorang2 lain la cerita. Hihi.. malam pertama ngan kedua tido ngan Rabitah ler jawabnya. Malam ke 3 tido sorang2. Dr. Irwin... hahaha. nasib baik bilik you kat sebelah. I know what you did hahaha.

Esoknya, dismbut dengan acara bergambar dahulu di foyer. Lepas tu macam vip la pulak kena sign autograph. Lama dah tak merasa jadi vip ni. Malu ler I hihi. 


Masing2 serius je muka. Takut dengan auditors ke? Relax la.. kami datang membantu bukan mencari hantu hahaha. 
 


A052 
Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah). (A-li'Imraan 3:52)


Yang belakang tu.. abaikan je dia. memang kaki selfie si Zila tu. Macam2 gaya dia buat. Tak tertiru ku. Ni baru satu, belum aku up gambar2 pos dia yang lain lagi.. hihi (sorry Zila..hahaha). Yang tudung kuning tu la partner in crime aku malam2- Rabitah. Geng ngan Zila dapat la merayau cari barang satu kawasan shopping tu. K.Ani sebelah tu cool je. Tapi awat K.Ani tak habag kat depa soh bawak kita pi makan ketam best2 kaw2 punya kat situ? Huhuhu.. melepas ler kita. 
 

Tiga auditors hebat ni. meja depa penuh dengan fail2 bukti. Macam CSi pun ada. Meja aku jer bersih.. hahaha. Yang comel kat depan ni la Dr.Irwin.. nak kenal dia senang jer. Tunggu bila dia keluarkan hp dia. Cute jer berbungkus dengan spongebob. kelakar betul. Boleh tahan melawak jugak dia ni. belakang tu Dr.Stephen. Dia tak banyak cakap tapi suka benar dia ketawa. Sikit2 ketawa. Sikit2 gelak. nasib baik you hensem Stephen hahaha. Dan of course la yang palin junior si Furqan ni. Junior2 pun jangan pandang lekeh. Bagus buat gheja ni. Eh..eh. three of them wear glasses la..


Last but not least saja nak tunjuk la.. tandas kat kampus ni macam tandas hotel hah. Memang tak ke tempat lain dah. tandas vip la ni.. kalau tandas sebelah utk student tu macam biasa juga la.

Apa-apa pun, kali pertama audit kat sini memang alhamdulillah. dapat team yang sporting gla-gila punya. enjoy ja buat gheja. Makan sembang makan sembang buat gheja. Itulah yang berlaku dalam masa tiga hari. Sampaikan ada orang tu nak kidnap satu team audit ni utk pi audit tempat lain.. hahaha.  Boleh ke Zila?

By the way.. I minta izin ya guna gambar2 ntah dari hp sapa ni. Sebab ada lam whasapp, jadi guna je utk buat story. T,Kasih banyak2 ya team External Revier UiTMPerak. You all memang the best!

Thursday, June 2, 2016

Karnival Syoknya Ansara 2016 (KSA)


A049 
Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman. (A-li'Imraan 3:49


Karnival Syoknya Ansara berlangsung 27-28 Februari. Lama betul baru aku boleh update entri ni. Biasalah bila mood entah ke mana, nak login pun malas. Apa2 pun kemeriahannya tetap terasa walaupun MRSMBP90 yang datang lebih kurang seperti dalam gambar di atas. Ada lagi sebenarnya cuma terlepas masuk frame atau tak sempat nak interframe.. hahaha.


Aku sendiri asalnya memang dah set nak mai. En.Suami pun kata macam nak ikut. Aishhh.. cuak gak aku. Bila sehari dua lagi nak pi dia kata letih pulak sebab baru balik dari S.Alam. Alamak.. lari plan aku nak jimba2 ngan geng BP ni. Cepat pikiag..pikiag.. nak terbang tak dak sayap. Nak amik flight memang mahai mereput la masa tu. Sorang aku boleh tahan.. budak kecik nak kena bawak gak. Pi cari tiket train.. habis! Huh.. hujung minggu memang tiket selalu abis kak, kata adik manis tu. Huhuhu. Tak pi dah aku KSA.


Aish... kalau tak pi macamana muka aku boleh setepek lam gambag ni? Tak leh jadi ni. Saja tanya2 kut ada nak sponsor flight aku hahahaha. Kut aku Mira Filzah ka.. Janna Nick ka.. sure ada punya nak sponsor tiket ntah2 siap hotel sekali hahaha. Ada aku kisah? Apa lagi.. 6.15 petang vrooommmm aku mula meredah lebuhraya dengan Che Putih aku si Civic tu bertemannya budak kecik yang pot pet tak abih2 kat seat belakang. Of course lah aku merempit dengan izin suami hahaha. 10.30 malam dah sampai Puncak Perdana!!! Lantak ler lampu biru nak kelip2 kat aku pun.. aku megejar cerah mentarai sebenarnya. Bila malam menjelang pandanganku silau hihi.


Pagi esoknya bila sampai padang, volleyball dah nak abis. Huaaaaa... tak dapat main. Jauh aku mai wei.. meredah siang malam hahaha. Tak pa.. Sat gi main ping pong. Petang ada volley lagi. Ikut jadual gitulah. Insyaallah. Ping pong pulak dua team saja yang ada. Lerrrr.. team lain takut ngan BP90 ka? Kami kan power.. power puff girls hah.. jangan tak tau. Kan Izah kan? Dua pun dua ler.. hantam saja la. Kalah ngan Kuantan. Jadi Naib Juara.. sedap sikit sebut kan.

A050 "
Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. (A-li'Imraan 3:50)


Sekali petang tu depa kata disqualified! Sedih tension frust semua ada. Boleh depa kata depa dah panggil tapi BP90 tak muncul. memang la tak muncul dah jadual kata petang. Tak pa la. Nak buat camna kan? Tak dak rezeki nak tunjuk terer kat depa. Simpan ja la ketereran tu diam2.Apa lagi, jom kita belah je la. Pi makan lagi baguih. Tapi aku tak dak la pulak gambag makan laksa ghamai2 tu. Aisey.. tak leh nak goreng kat sini ler.


Ni dah hari kedua baru dapat tengok team lelaki. Team BP90 memang tau dah.. superman semua. Masuk Team B pun main cekup yang mana ada. Tolak masuk hang aku. Ustaz Aimi pun tertewas dgn pujukan terus masuk gelanggang. Team A menang Team B tewas.. yg tewas boleh pulak disqualified depa kata. Ceh...haghu bighu betoi. Bila pi komplen terus dengan Team A pun kena sekali. hah.. amik kau! Kita juara team yg semua kena disqualified kut.. yabedabedu... Nak kata apa lagi.


Apa yang penting.. kerjasama. Kita tetap enjoy makan2 suka2 tukar cerita hang aku. Jumpa kawan2 lama. Kekalkan silaturrahim. Itu yang lebih penting dari memang atau kalah tadi. Jauh mai gunakan waktu ini sebaik mungkin. Bukan senang mau dapat lesen ni. Teringat kat Nini yang lesen kena tarik.. kesian Nini. Inikes lagi luka terlalu dalam.. huhuhu.


Seronok punya pasal.. bersempit2 dalam kereta pun tak kisah dah. Nak pi mana ya masa ni? Homestay rasanya. Malam tu kan ada bbq. Jemputan khas C.Sahiddan dan C.Amir pun ada. Sporting betoi cikgu2 kita ni. Lesen depa besag tak pa la.. hihi. Alaaaa, gambag kat bbq pun aku tak dak sebab tak masuk wa aku pun. Tak pa. Bukan gambar yang penting, tapi ingatan itu lebih utama.

Buat tuan punya gambar2 di atas ni (aku punya 2 saja), aku ucap terima kasih sebab hantar gambar ni ke wa. Dan aku mohon izin gunakan gambar2 korang ambil ni untuk entri aku kali ni. Sekian. Harap maklum :)