Thursday, June 2, 2016

Karnival Syoknya Ansara 2016 (KSA)


A049 
Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman. (A-li'Imraan 3:49


Karnival Syoknya Ansara berlangsung 27-28 Februari. Lama betul baru aku boleh update entri ni. Biasalah bila mood entah ke mana, nak login pun malas. Apa2 pun kemeriahannya tetap terasa walaupun MRSMBP90 yang datang lebih kurang seperti dalam gambar di atas. Ada lagi sebenarnya cuma terlepas masuk frame atau tak sempat nak interframe.. hahaha.


Aku sendiri asalnya memang dah set nak mai. En.Suami pun kata macam nak ikut. Aishhh.. cuak gak aku. Bila sehari dua lagi nak pi dia kata letih pulak sebab baru balik dari S.Alam. Alamak.. lari plan aku nak jimba2 ngan geng BP ni. Cepat pikiag..pikiag.. nak terbang tak dak sayap. Nak amik flight memang mahai mereput la masa tu. Sorang aku boleh tahan.. budak kecik nak kena bawak gak. Pi cari tiket train.. habis! Huh.. hujung minggu memang tiket selalu abis kak, kata adik manis tu. Huhuhu. Tak pi dah aku KSA.


Aish... kalau tak pi macamana muka aku boleh setepek lam gambag ni? Tak leh jadi ni. Saja tanya2 kut ada nak sponsor flight aku hahahaha. Kut aku Mira Filzah ka.. Janna Nick ka.. sure ada punya nak sponsor tiket ntah2 siap hotel sekali hahaha. Ada aku kisah? Apa lagi.. 6.15 petang vrooommmm aku mula meredah lebuhraya dengan Che Putih aku si Civic tu bertemannya budak kecik yang pot pet tak abih2 kat seat belakang. Of course lah aku merempit dengan izin suami hahaha. 10.30 malam dah sampai Puncak Perdana!!! Lantak ler lampu biru nak kelip2 kat aku pun.. aku megejar cerah mentarai sebenarnya. Bila malam menjelang pandanganku silau hihi.


Pagi esoknya bila sampai padang, volleyball dah nak abis. Huaaaaa... tak dapat main. Jauh aku mai wei.. meredah siang malam hahaha. Tak pa.. Sat gi main ping pong. Petang ada volley lagi. Ikut jadual gitulah. Insyaallah. Ping pong pulak dua team saja yang ada. Lerrrr.. team lain takut ngan BP90 ka? Kami kan power.. power puff girls hah.. jangan tak tau. Kan Izah kan? Dua pun dua ler.. hantam saja la. Kalah ngan Kuantan. Jadi Naib Juara.. sedap sikit sebut kan.

A050 "
Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. (A-li'Imraan 3:50)


Sekali petang tu depa kata disqualified! Sedih tension frust semua ada. Boleh depa kata depa dah panggil tapi BP90 tak muncul. memang la tak muncul dah jadual kata petang. Tak pa la. Nak buat camna kan? Tak dak rezeki nak tunjuk terer kat depa. Simpan ja la ketereran tu diam2.Apa lagi, jom kita belah je la. Pi makan lagi baguih. Tapi aku tak dak la pulak gambag makan laksa ghamai2 tu. Aisey.. tak leh nak goreng kat sini ler.


Ni dah hari kedua baru dapat tengok team lelaki. Team BP90 memang tau dah.. superman semua. Masuk Team B pun main cekup yang mana ada. Tolak masuk hang aku. Ustaz Aimi pun tertewas dgn pujukan terus masuk gelanggang. Team A menang Team B tewas.. yg tewas boleh pulak disqualified depa kata. Ceh...haghu bighu betoi. Bila pi komplen terus dengan Team A pun kena sekali. hah.. amik kau! Kita juara team yg semua kena disqualified kut.. yabedabedu... Nak kata apa lagi.


Apa yang penting.. kerjasama. Kita tetap enjoy makan2 suka2 tukar cerita hang aku. Jumpa kawan2 lama. Kekalkan silaturrahim. Itu yang lebih penting dari memang atau kalah tadi. Jauh mai gunakan waktu ini sebaik mungkin. Bukan senang mau dapat lesen ni. Teringat kat Nini yang lesen kena tarik.. kesian Nini. Inikes lagi luka terlalu dalam.. huhuhu.


Seronok punya pasal.. bersempit2 dalam kereta pun tak kisah dah. Nak pi mana ya masa ni? Homestay rasanya. Malam tu kan ada bbq. Jemputan khas C.Sahiddan dan C.Amir pun ada. Sporting betoi cikgu2 kita ni. Lesen depa besag tak pa la.. hihi. Alaaaa, gambag kat bbq pun aku tak dak sebab tak masuk wa aku pun. Tak pa. Bukan gambar yang penting, tapi ingatan itu lebih utama.

Buat tuan punya gambar2 di atas ni (aku punya 2 saja), aku ucap terima kasih sebab hantar gambar ni ke wa. Dan aku mohon izin gunakan gambar2 korang ambil ni untuk entri aku kali ni. Sekian. Harap maklum :)


No comments:

Post a Comment