Thursday, January 27, 2011

Bila telefon berbunyi

Semalam telefon rumah berbunyi. Jam 8 mlm rasanya. Aku agak ni mesti kawan Angah. Ataupunnnnnnnnn kakak. Bila ANgah mula cakap dgn nada yg aku bole agak..ni mesti kakak. Nak cerita apa pulak kali ni? Baru tadi Abahnya tanya kakak tak telefon ke?


K: Ibu..kakak dapat wakil chess. Wakil rumah merah.

I: Ye ke? Ok la tu?

K: Tapi kakak tak reti main.

I: Abis tu..camna kakak boleh dipilih?

K: @#$^^& (aku tak paham apa dia kata)

I: so, kakak praktis la kat sana ngan kawan2.

K: Ngan sapa? tak dak chess.

I: Kena bawa la nanti set chess. Kakak kawan ngan sapa la ni?

K: Aufa ngan Iffah. Busyra balik rumah ada hal.

I: ok la.. nak habag apa lagi?

K: Tak dak. Ibu tak mau mai tengok kakak ka?

I: Tak. Kakak dok la sana. Ghaya cina ibu p amik.

K:Ok. Assalamualaikum.


Sebenarnya kakak reti main chess. Cuma tak terer. Kat rumah ada set chess yg dia slalu main ngan Angah dan Yah. Sesekali aku join sama. Harap2 kakak bole asah bakat chess menjadi yg terbaik.


11.15mlm telefon berbunyi lagi. Ni mesti kakak.


I: Kakak tak tidog lagi ka?

K: Baru abis prep. Ibu. Kakak nak beli pen merah bole tak?

I: laa...beli la. kakak duit ada.

K: Ok. Bye



Wednesday, January 26, 2011

Cuci

Dah lama aku tak cuci buah hati kesayangan aku ni. Rasanya dah dua bulan lebih. Selagi en.suami tak bising selagi itu la aku diam. Tapi kali ni aku pun kesian tengok buah hati aku ni. Sudah seusia Angah dia bersama dgn aku. Dari berkaler hijau hingga menjadi purple blue dua tahun lepas. Nak jual? Oh! Tidak sama sekali. Aku suka guna yg ini sebab mudah aku nak cilok/nyelit celah2 kenderaan lain. Nak parking pun mudah. Aku dok bercadang nak touch up dgn paint tapi sampai la ni tak buat2... bukan apa.. Aku suka tengok "Overhaulin". Cantik gila bila mamat tu buat make over kat keta2 lama. Tak nak ke dia buat kat buah hati ni?

Monday, January 24, 2011

I love you too!

Semalam habis baca buku ni. Sangat menarik. 5 star aku bagi. Cerita disampaikan secara santai dan bahasa yang mudah. Confirm ada yg kena batang hidung sendiri. 1st time aku baca buku karya mamat ni. Encik Suami pun suka baca (walau dia bukan org yg minat membaca). Gotta find his other book, Syaitan Musuh Kita.

"Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!
Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan."




Tuesday, January 18, 2011

My Angel

Semalam aku habis baca My Angel in 2 hours. Buku yg baru dibeli Sabtu lepas utk Yah. Cerita Adilah yg ditinggalkan mamanya semsa masih dlm Darjah 3. Mama yg dianggap angelnya menghilang begitu saja. Sangkanya papa tak mahukan mama kerana papa kahwin lain dgn makcik Zai. Akhirnya diketahui juga mama yg tinggalkan papa kerana berkahwin dgn bekas kekasihnya. Sejak ditinggalkan mama, Adilah tercari2 siapa angelnya yg boleh melindunginya. Setiap yg dianggap angel pasti akan meninggalkannya. Bermula dari Hakim si budak gemuk djh 3, Arief semalsa drjh 6 dan bertukar ke Rita dan ntah siapa lagi. Dari budak biasa2 Adilah menjadi pelajar bermasalah hinggalah di tktn 3 bla dia bertemu cikgu Mazlin, guru kaunseling. Itulah angle baginya. Cikgu yg membantunya utk bangun semula dan berjaya dalam pelajaran hingga masuk asrama di tingkatan 4. Adilah bertemu angelnya kembali, Hakim budak gemuk yg sudah kurus, tinggi dan kacak. Dan mamanya yg kembali mencarinya selepas bertahun ke UK mengikut suami.

Agak2nya siapa angel anak2 kita? Adakah mereka juga berangan2 mencari angel mereka sendiri? Sudah jumpakah atau belum? Cuba tanya anak2 kita..


Dan bagi Atiq Wazif, angelnya ada di mana2. Buku ini aku baca 3-4 thn lepas. Kisah yg amat menyentuh perasaan.

"Atiq Wazif tidak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Empat tahun pertama kehidupan, dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. Siang malam menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan Jangan Mengharap. Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran.

Terdesak mengejar masa, bapanya membawa Wazif mengembara merentasi benua dan lautan samudera. Dari Kuala Lumpur ke Negeri China, Korea, Arab Saudi seterusnya ke Amerika. Kembara Atiq Wazif- SATU ANUGERAH disulami kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah redhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama…"



Wednesday, January 12, 2011

Sahabat

Hari Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah. Esok kakak mula cuti utk 3 hari. Masa melawat kakak Sabtu lepas, aku bawa hp kakak. Inilah org pertama dia tepon. Sahabat baiknya, Anis Nabilah. Anis tak dpt mana2 asrama. Sekarang di SMKA Permatang Pasir, Pmtg Pauh. Curi2 dengar, mereka bercerita tentang homework! dan siapa kawan baru mereka. Lain sekolah masih sempat cerita tentang homework. Ingatkan nak tanya best tak sekolah hampa? hampa belajag apa? kami cuti nanti mai la ghumah kami.


Sejak kakak dok asrama, dia boleh ja bangaun jam 4 atau 5 am utk basuh baju dan mandi siap2 ke sekolah. Ini untungnya bagi dok asrama. Anak2 tahu nak berdikari. Lagi satu...aku rasa aman sikit kat rumah. Angah tak leh kacau kakak dah. Kalau tak ada ja jeritan..."Ibu tengok angah ni." "Ibu, angah buat kakak." "sakit la" "takkk kakak yg mula dulu." dan macam2 lagi. Angah akan masuk bilik kakak, pegang barang kakak, cuit sana cuit sini. Segala macam hal la dia buat. La ni bilik tu Angah wat bilik study. Tido kat bilik satu lagi ngan Yah. So malam2 tak de la gaduh2 lagi. Lagipun Angah banyak homework sejak naik kelas pertama....lega. aku bole nonton tv dgn amannya. hahahaha

Monday, January 10, 2011

Agak-agaknya

Yah kalau makan nasi selalunya ayam goreng, telur cincang atau ikan pekasam. Sesekali jumpa serondeng daging dia akan makan. Memilih ya amat. Masakan yg berwarna merah susah benar nak disentuh...pedas katanya walau belum rasa.

Agak-agaknya lah kenapa Yah buat santapan dia macam ni? Dipulau-pulaukan nasi sejemput, cubitan ayam goreng dan sedikit serondeng daging. Macam 7 pulau jadinya = 7 suapan. Bila ditanya, Yah jawab "senang Yah nak makan".

Agak-agaknya kalau aku pakai 3 inci ni apa akan jadi? Aku jamin selepas dua tiga langkah aku terpelecok. Sedangkan 1 inci pun asyik nak terpelecok. Kesan pelecok 14 tahun dulu masih ada lagi. Itupun baru 2 inci atau kurang. Bengkaknya susah nak surut. Cukuplah sekali.

Agak-agaknya apa tak kena dgn ikan ni? Ikan kaloi kut. Ikan ni kat Klinik Ikhsan Bandar Perda (bagi org yg biasa ke klinik ni tahulah). Dulu ikan ni cergas berenang. Sekarang aku tengok renangnya sekadar di dasar aakuarium saja. Sudah tak naik ke atas. Kenapa agaknya? Aku rasa badan dia makin berat kut. Kata suami..dia jemu la tu..berenang pun pi balik duk lam akuarium besar tu juga..tak kemana-mana. Maka di dasar le dia berada.

Agak-agaknya kita nanti macamana ya? Rumah besar, kereta 2,3 biji, anak 2,3 orang... macamana bekalan kita ke dunia 'sana? Agak-agaknya....

Monday, January 3, 2011

Mainan

Tahu tak apa ni? Penah main tak? Kalau dulu2 main guna lidi ja. Kita genggam pastu lepas. Nanti kutip satu2 tanpa menyentuh yg lain. La ni dah awarna warni dan pastinya tiap2 warna ada markahnya sendiri. Duk tengok anak2 main, tak sempat nak join lagi.
Ini? Pandangan depan sarung handphone buatan sendiri. Patchwork dan tampal. Memang renyah sebab kecil2 kainnya tapi yg ni la aku suka. Pandangan belakangnya gambar di bawah? Ada yang nak order? Hmmm..boleh diuruskan tapi ntah bila.

Buat ni pun sehari satu. Mesti siap sebelum kakak register asrama. Satu aku punya dan yg segitiga + sulan tu kakak punya.



Tahun baru

Selamat tahun baru utk semua yg membaca blog ini. Dah seminggu rasanya tak mengadap laptop oren aku. Seminggu itu la tak jenguk opis yg serabut ni. Seminggu itu juga digunakan utk beli persiapan sekolah. Angah dan Yah dah selesai persiapan mereka 3 minggu sebelum sekolah buka. Yg sibuk ke ke minit2 terakhir ialah kakak. Siap pesan kat Angah dan Yah. Ibu nak selesaikan kakak dulu. Hampa punya kalau ada lagi lepas habis urus hal kakak. Tahun ni kakak masuk asrama Maktab Mahmud Alor Setar. Isnin beli kain, hantar upah, rabu siap baju sekolah sekali tudung 3 pasang.

Peraturannya banyak. Baju mesti kain cotton, kurung pesak labuh lebih lutut 3 inci, tangan baju bercekak butang tekan, poket sebelah kanan. Mana sempat aku nak survey kedai yg ada jual. Ini gara2 maklumat tak tepat kerani sekolahnya (boleh tengok entri sebelum ni). Kain biru laut material kashibo tebal, susun kiri 4 lapis/susun. Tudung putih material juga kashibo labuh dan melebihi siku. Inilah kakak semasa hari mendaftar. Lepas daftar on 1/1/2011,kami ke rumah mak lang 1 km dari asrama kakak.
Pendaftaran kakak penat juga aku. En Abang tak dapat ikut. Dah daftar kelas, pencatat situ kata terus ke asrama. Asrama mana satu pun tak tahu. Kami ke asrama utama. Bila semak nama kakak di Darul Hana, keluar dari situ kami ke Darul Hana. Di sini ada 40 penghuni. Tak ramai jadi mudah nak kontrol dan tak berebut bilik air. Bilik kakak ada 8 katil dgn 16 penghuni. Ting.1 ada 4 orang. Aufa dan Hannan dari Selangor (ibu mereka bersekolah di sini dulu) dan Bushra (hehehe..akak tak leh pisah ngan nama Angah ni) dari Sg Petani. Petang kami balik tinggalkan kakak dengan dunia barunya.

Logo Maktab Mahmud. Pun aku suruh tukang jahit baju jahitkan (walau aku bole buat sendiri). Aku dah malas nak pikiag semua ni. Penat ke sana sini. "Idah, akak malas dah nak jahit. Tolong jahitkan ini sekali."

Ini contoh baju prep sekolah kakak. Beli kain dan tempah sendiri. Minggu ni mugkin siap. Mesti buat macam ni tapi boleh belah tepi atau tidak. Kain boleh susun atau tidak terpulang. Ok la sikit.


Angah ni la yg kalut bila kakak nak masuk asrama. Semua barang kakak dibelek berkali kali. Siap tolong balut buku kakak. Dia la tolong ingatkan beli itu beli ini bawa itu bawa ini. "Kakak, amik tak lagi nombor Tok lang (adik mak aku)? Amik la kertas. Tulis nombor Tok lang." Bla..bla..bla.. Si kakaknya bole tanya nombor apa? Sabar je la.. Nombor tepon toklang.. rumahnya 1 km dari asrama..kalau terkejut tergempag bole minta tolong tok langnya tengokkan.


Yah di rumah tok lang. Hmmm..nampaknya dua tahun lagi tinggal Yah sorang la. Angah pun ibu nak antag duk asrama. Biar tahu berdikari. Kesian Yah tinggal sorang.

Semalam kami pegi kat kakak lagi. Kali ni bawa bantal peluk kakak, rak buku dan beg sekolah baru beli sehari sebelum. Dan macam2 lagi la. Pasang padlock kat loker, bagi itu ini. Dan aku minta suami keluar belikan cermin nako 4 keping utk ganti yg tiada (sedekah kat asrama..apa salahnya). Nak tunggu depa buat kompem lambat. Kakak aku tengok relax ja. Bukan dia nak duk sembang ngan kami, dia duk pi mai pi mai ngan Aufa. Seronok kut kawan baru. Aku tengok kat ampai dah ada baju kakak. Hah..reti pun basuh baju. Nak idup di asrama kena la blajag semua tu. Aku dulu pun camtu gak.

Hujung minggu ni nak kena pi lagi. Bawa tudung labuh kakak yg baru ditempah. Hari tu aku tak ingat langsung. Ingat pakaian sekolah ja. Minggu depan depa boleh balik kg Hari keputeraan Sultan Kedah. jadual sethn balik kg dah ada dlm senarai. Mudah. 2 minggu sekali boleh balik. Aku kat rumah duk teringat..kakak ni makan apa la ye. Lalu ka dia (dia memilih makanan, tak macam Angah..apa ada aku makan). Lama2 nanti biasa la tu..semoga Allah mempermudahkan urusan kakak. Amin.