Agak2nya siapa angel anak2 kita? Adakah mereka juga berangan2 mencari angel mereka sendiri? Sudah jumpakah atau belum? Cuba tanya anak2 kita..
Dan bagi Atiq Wazif, angelnya ada di mana2. Buku ini aku baca 3-4 thn lepas. Kisah yg amat menyentuh perasaan.
"Atiq Wazif tidak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Empat tahun pertama kehidupan, dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. Siang malam menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan “Jangan Mengharap”. Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran.
Terdesak mengejar masa, bapanya membawa Wazif mengembara merentasi benua dan lautan samudera. Dari Kuala Lumpur ke Negeri China, Korea, Arab Saudi seterusnya ke Amerika. Kembara Atiq Wazif- SATU ANUGERAH disulami kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah redhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama…"
No comments:
Post a Comment