Peraturannya banyak. Baju mesti kain cotton, kurung pesak labuh lebih lutut 3 inci, tangan baju bercekak butang tekan, poket sebelah kanan. Mana sempat aku nak survey kedai yg ada jual. Ini gara2 maklumat tak tepat kerani sekolahnya (boleh tengok entri sebelum ni). Kain biru laut material kashibo tebal, susun kiri 4 lapis/susun. Tudung putih material juga kashibo labuh dan melebihi siku. Inilah kakak semasa hari mendaftar. Lepas daftar on 1/1/2011,kami ke rumah mak lang 1 km dari asrama kakak.
Logo Maktab Mahmud. Pun aku suruh tukang jahit baju jahitkan (walau aku bole buat sendiri). Aku dah malas nak pikiag semua ni. Penat ke sana sini. "Idah, akak malas dah nak jahit. Tolong jahitkan ini sekali."
Ini contoh baju prep sekolah kakak. Beli kain dan tempah sendiri. Minggu ni mugkin siap. Mesti buat macam ni tapi boleh belah tepi atau tidak. Kain boleh susun atau tidak terpulang. Ok la sikit.

Yah di rumah tok lang. Hmmm..nampaknya dua tahun lagi tinggal Yah sorang la. Angah pun ibu nak antag duk asrama. Biar tahu berdikari. Kesian Yah tinggal sorang.
Semalam kami pegi kat kakak lagi. Kali ni bawa bantal peluk kakak, rak buku dan beg sekolah baru beli sehari sebelum. Dan macam2 lagi la. Pasang padlock kat loker, bagi itu ini. Dan aku minta suami keluar belikan cermin nako 4 keping utk ganti yg tiada (sedekah kat asrama..apa salahnya). Nak tunggu depa buat kompem lambat. Kakak aku tengok relax ja. Bukan dia nak duk sembang ngan kami, dia duk pi mai pi mai ngan Aufa. Seronok kut kawan baru. Aku tengok kat ampai dah ada baju kakak. Hah..reti pun basuh baju. Nak idup di asrama kena la blajag semua tu. Aku dulu pun camtu gak.
Hujung minggu ni nak kena pi lagi. Bawa tudung labuh kakak yg baru ditempah. Hari tu aku tak ingat langsung. Ingat pakaian sekolah ja. Minggu depan depa boleh balik kg Hari keputeraan Sultan Kedah. jadual sethn balik kg dah ada dlm senarai. Mudah. 2 minggu sekali boleh balik. Aku kat rumah duk teringat..kakak ni makan apa la ye. Lalu ka dia (dia memilih makanan, tak macam Angah..apa ada aku makan). Lama2 nanti biasa la tu..semoga Allah mempermudahkan urusan kakak. Amin.

hang sudah melalui fasa anak meninggalkan sangkar. InsyaAllah, pandai2lah depa berdikari. Bila ada mak pak, pandai memilih, tapi bila dah hidup sendiri, kenalah sesuaikan apa yang ada. Mudah-mudahan kakak di dalam jagaan Allah selalu.
ReplyDelete