Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Lns-SP-PP-Lns-SP-PP...

A023
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Israa' 17:23)

 
Lama tak update.. mengah aku... minggu ni very the busy sikit. kalau entry lepas kisah abah di masuk spital. Minggu ni giliran mak pulak.

Mula pagi2 Isnin minggu ni, dari Lunas ke SP bawa mak p spital Sultan Abdul Halim. Admit utk knee operation. Pastu ke TH amik duit utk buat bank draft. Dah buat silap nilai pulak.. aiya.. kena buat lain.. Selesai yg tu aku pecut balik kampus.. kelas aku kul 3 aku gabung semua ke kul 4. Semput.

Selasa aku rehat jap.. nak buat hal aku lak.. hal apa nanti aku story.

Rabu pagi.. sekali lagi dr Lunas ke SP. Mak boleh operate pagi ni.. bila semua dah ready.. blood pressure naik pulak.. Dr soh tunggu.. tunggu punya tunggu ada pengumuman Kedah cuti sempena kemangkatan adinda Sultan/Agong.  

Aleh2.. cuti punya pasai, operation yg tak urgent semua tunda.. staf bilik OT semua cuti.. Dr pakar dapat cuti.. (dr biasa tak dapat). Bilik OT standby utk kes2 emergency saja.. Aiya.. tunda lagi. Aku pulak pecut balik kampus b4 kul 11. Kelas petang kul 4 mesti on. Lepas abis kelas kul 6 balik rumah mandi2 siap terus ke spital. Malam ni turn aku jaga mak.

Pagi2 Khamis tunggu kak aku amik shift baru.. aku kalut balik umah mak mandi siap terus ke opis b4 9am! Petang ni nak selesaikan urusan2 bank dan segala macam lagi. Pagi ni urusan kelas aku utk kul 1 tghari nanti. P SP? Tengok la esok lusa pulak. 

Wednesday, December 12, 2012

Sijil Lahir


Boleh baca? Ini Birth Certificate mak aku. Semua tulis jawi.  Tahun 87 tu aku pun tak tau pasai apa. Silap ka? Mak aku lahir tahun 44. Harapan aku kertas ni tersimpan elok lah oleh anak cucu. Aku simpan dah beberapa tahun. Kak aku nak guna. Pas ni nak amik n simpan balik. Laminate. Bahan sejarah ni.

Monday, May 21, 2012

Hari Ibu 2012

Hari ini satu Malaysia sambut Hari Ibu. Bukankah hari2 patut menjadi hari Ibu. Apa2 pun adik aku dah tempah kek dari kawannya. Yg dpt hadir K.Not, aku n Anis.

SELAMAT HARI IBU


Inilah mak kami
Ini yg menyebok nak potong kek


Si kecik ni kalut nak pegang kek yg nampak merah2 tu. Nah kau..puas hati la dpt cekau.

Seperti selalu. Mak aku bukan suka sgt kek ising mising ni. Dia suka carot kek. So potong n rasa sikit. Aku lak dah kenyang jadi tak le pulun sgt. Selamat Hari Ibu, Mak.

Tuesday, May 24, 2011

Air

Pernah tak rumah tak dak air = bekalan air dihentikan sementara? Tentu pernah. Bagi rumah yg ada tangki air ok juga. Kalau tak dak? Apa solution kita?


Di bawah



Di atas


Ini botol2 air simpanan kat rumah mak. Bila tak dak air, air dlm botol2 ni la kami guna utk ambil wuduk, bersuci, memasak. Nak mandi? Sorg sebotol pandai2 la jimat. Dlm tong pun ada juga mak/abah simpan air. Beringat2 sebelum air tak dak.



Monday, May 9, 2011

Hari Ibu

8 Mei-SELAMAT HARI IBU.

Jumaat. Lepas amik Angah dari tusyen, dia nak beli kek. Angah ada duit. Ok la..Aku ingat dia nak makan. Malam tu dia bagi kotak berbalut cam hadiah kat aku. Rupa2nya kek 2 biji. Sebiji 6 kupang (60sen) seperti gambag di bawah. Aku rasa sikit selebihnya Abah n Yah abiskan.

Sabtu. Adik aku ajak makan2 di SP hari Sabtu. Bawa mak abah la. Aku malas betul. Panas. Tak tahan. (Memang ya..weekend baru ni panas betul..nak tidog pun tak bole). Petang aku terbaca sms mak aku "Apa habg rstu ibu agar smua dn rjin bca quran walu satu hruf sahari semuga dpt sapayaat dr barzah slm mahabbah dr ibumu". Rasanya dia antag kat semua anak dia. Aku diam je. Mak mimpi apa...huhuhu

Petang Yah ajak abah p Longwan. Angah kata Yah nak beli hadiah kat ibu la tu. Balik dr Longwan aku kata "Tkasih". Hehehe..nothing yet. Malam tu sekotak hadiah di atas katil. Tempat letak pen..RM6.50. Yah guna duit sendiri.

Yah ngan Angah tanya abah bagi apa? Abah diam je...Ibu nak basikal la abah kata Angah. Tak..tak..Ibu nak beg duit kata Yah. Beg duit ibu dah rosak....kesian kat ibu... hahaha...
ya la..kan ibu penah kata nak basikal..abah yg tak ingat...huhuhu

Aku penah pesan kat anak2. Tak yah beli apa2 kat ibu. Belajar rajin2 dan jgn lupa solat. Kalau nak bagi juga bila besag nanti beli tiket percutian utk ibu ngan abah melancong...hehehe


Ahad pagi aku sms SELAMAT HARI IBU kat mak. Mak tepon balik. Hang sms SELAMAT apa? Tak dak apa pun? La..dah taip dah..Selamat hari Ibu. Mak kata ada selamat je... Ye ke? Rasa aku la..dia nak dengag dari mulut anak dia kut..anak yg tak reti yg luahkan rasa secara direct..semua pendam je...Aku memang pendiam dan tak reti luah bab2 sayang menyanyang ni...huhu

Tuesday, April 12, 2011

Cerita mak

1. Masa ngandungkan Kak Not hang, mak selalu makan bertih padi. Mak boh padi dalam tin susu/tin milo. Masak atas api. Nanti dia meltup-letup cam popcorn. Buat banyak2 dan simpan lam tin. Tiap2 hari mak makan bertih padi.

Kata aku, "Patutlah kulit K.Not putih. Cerah. Macam bertih."

2. Time Kak Pidah hang, mak suka ratah kopi. Tiap2 hari. Sedapppp... Sama masa Adik Amir hang.

Kata aku, "No wonder la depa dua berkulit gelap. Gelap sikit dari aku." Sebabnya? Hehehe

3. Masa hang la paling teruk. Nak bangun tak larat. Kena paut(pegang) kat dinding, meja, kerusi dan apa saja yang boleh paut. Masa ni mak suka makan roti canai. Mak buat sendiri. Dulu2 mana ada jual roti canai. Kena la buat sendiri hari2.

Kata aku."Hahaha..patutla kulit aku warna macam roti canai. Cerah ada, kelabu ada, koko ada,,,nasib tak hangit ja...hahaha." Kesian kat mak..sebab aku la baby paling besag sebab tu dia tak larat bangun. Tapi, aku tak suka makan roti canai. Sebab dah kenyang sembilan bln ngadap roti canai je lam perut mak... hahahaha

Cuma..mak tak cetita lak time ngandungkan Anis ngan Pozan. Tak ngidam kot...

Aku buat analisa sendiri. K.Not (1), Anis(5) n Pozan(6) lahir di Sg.Petani. K.Pidah(2), Aku(3) n Amir(4) lahir di Bkt.Besar. Yang Sg.petani semua kulit cerah, Bkt Besar kulit gelap. Pasai pa? Aku tanya mak... mak pun baru perasan... hahaha... saja cari pasai.

Monday, April 11, 2011

Usia

Kenapa ye..lewat seminggu dah biasa tapi kali ni aku rasa lain macam saja lewatnya. Walau baru seminggu.

"Yang tak period lagi kan bulan ni?" suami menegur.

Sejak bila pula dia kisah. Sebelum ni tak pernah tanya pun. Dalam diam aku dah sediakan pregnancy test. Berdebar? Takut? Teruja? Semua tak..Risau ada.

Adussss....positif la pulak. Aku tak bersedia. Nak kata kisah aku tak kisah. Nak kata tak kisah, aku kisah. Suami orang ke-3 aku bagitau..hehehe

Orang pertama mak aku.

"Mak ingat hang tak mau mengandung dah."

"Memang la tak mau, tapi nak lekat nak wat camna."

"Seronoknya mak kalau hang dapat anak laki. Mak nak sangat."

Aik..mak aku lak yg seronok lebih.

Orang kedua, teman sebelah opis aku. Kenapa ye?

Lepas dua hari.

"Abg, dulu kan abang selalu doa nak anak lelaki kan? La ni dok doa lagi ka?"

"La ni tak doa dah le..nape? Yang ngandung ke?"

"Kalau ya?"

"Alhamdulillah..rezeki."

Dan hari2 berikutnya..semua orang suka..termasuk Angah yg dah lama tunggu adik (lelaki). Tahniah sana sini. Tapi aku?

Aku sebenarnya tak suka. Jahat ke aku? Kejam ke aku?

Bukan loya pun. Tapi bila minum dan makan, perut aku mula rasa semacam. Mulut pun rasa tak sedap. Semua jadi serba tak kena. Bau haruman semua jadi busuk. Ni yg aku tak tahan ni.

Fruitale yg wangi amat menyesakkan hidung. One-drop perfume dan sealiran dgnnya...ohh minta dijauhkan. Apa2 saja yg mempunyai haruman..jangan cuba dekati aku (seperti masa pregnant anak 1,2 & 3)! Telefon aku silent dah masuk minggu ke-3. Mood bersembang down. Membaca down. Boleh kata semuanya down.

"Kenapa Yang kali ni teruk lain macam je?"

"Kan Yang dah kata. Yang tak suka mengandung. So abang kena la tahan semua ni."

Aku dah kata...berkali2. Tapi benda nak jadi. Terima sajalah. Suamilah yg bilas/perah kain (mesin semi auto). Selalunya dia juga yg lipat kain. Aku tukang tengok...hehehe. Iron baju sendiri. Baju Yah Alhamdulillah Angah dah pandai iron. Masalahnya aku tak tahan bau baju di-iron. Huhuhu..

Dan hari ni usia kandungan hampir 3 bulan. Aku rasa lambatnyaaaaaaaaa nak tunggu bln 10. Dan aku masih tak selesa dgn keadaan ini dan masih cuba menghadapinya setelah 8 thn berlalu.

Monday, February 7, 2011

DARAH

Kalau tengok darah secara live ni agak2 yg mabuk darah boleh pitam ke? Boleh teka tak mana punca lukanya? Masa berdarah ni memang menitik2 la darah. Tanah tumpahnya darahku di Pmtg Binjai masa memancing hari ke-3.





Lukanya kecil saja. Puncanya, bidasan besi kecil yang ada di tali kail. Akibat mata kail tersangkut di pokok, aku tarik sampai putus dan besi ini membidas. Piappp..rasa pedih..tiba2 darah menitik ke tanah... rugi..kalau derma bagus juga.

Sudah hari keenam, bekas luka membengkak. Dipicit, keluar sedikit nanah dan masih bengkak. Rasa nak toreh saja tapi sakit la. Baru sedikit sakit yg Allah bagi.



Tahun Baru Cina

Angah dan Yah dapat cuti seminggu. Kakak d asrama. Abahnya kena gheja. Jadi tunggu apa lagi..aktiviti cuti Tahun Baru Cina dah ada lam kepala dari minggu lepas lagi. Pagi2 monday aku terus ke Sg petani amik Angah n Yah. Kami ke Bkt. Kecil, Sg.Pasir.Mancinggggg...yabedabeduuu. Mak ngan abah dah ada d sana lepas subuh lagi. Seronok gila bila ikan asyik makan umpan cengkerik/keridik.

ni la aktiviti mak abah bila berdua


Mulut ikan haruan kena buka sebab telan mata kail ke dalam. Kereta aku parking nun 100m dari lokasi.


hari ni 105 ekor. yg dah kojol pun ada



Masih sempat posing kat telaga orang. dah lama tak jumpa telaga..airnya nyaman...mak ikut teruja



keli yg dah mati..elok dikeringkan saja


Hari kedua 71 ekor dan ketiga 123 ekor di Pmtg.Binjai.


Kata mak, puyu dan haruan yg dah mati tak elok dijadikan pekasam. Ia dibuat ikan kering atau ikan masin. Yg masih hidup/segar lepas disiang jadikan pekasam.






Monday, November 29, 2010

Fishing4

Fishing lagi. Masih sempat walau dah petang. Ikut Mak lang (adik mak) yang dah gila memancing. Kali ni dia ajak ke Bkt Kechil, Sg. Pasir. Ikut jalan Giant Sg. Petani. Cantik kawasan sawah tu. Umpan kali ni cengkerik. Dapat 2 haruan dan 9 puyu. Aku punya cuma 2 ekor. Angah 2, Mak lang 2 dan selebihnya mak aku punya. Seronok fishing hujan la pulak. Minggu depan mak lang nak mai lagi. Aku tak dapat join..huhuhuhu.

Angah duk menung...nape la ikan tak makan.


Kakak dan Yah tension ta dapat sekor pun


sebahagian view


kat sini aku dapat 2 ekor puyu. nunnn mak aku

Monday, November 1, 2010

Fishing 3

Ahad 31 Okt 2010. Di tempat yg sama seperti semalam. Hari ni abah ikut. Breakfas rumah Pak Lang dekat rumah Tok Su juga. Pastu terus pi mancing. Sampai jam 2 petang baru berhenti. Seronok sebab banyak dapat. 30 ekor lebih walaupun kecil-kecil. Buat goreng atau pekasam best ni.
awal-awal pagi dah jatuh (tengok lutut berkapas) terus suruh tidog
lampam. kecik sangat. lepaskan aja
angah dengan puyu
tu bukan keli tapi temekung. kecik sgt tak boleh makan
puyu oh puyu


budak sakit termenung tak dapat pancing ikan


Hari ni 1 Nov mak sms lagi. Katanya mak ngah dapat puyu besar-besar di Pantai Perai. Jumaat ni pulak kalau tiada aral. Memancing lagi...

Fishing 2

Sabtu 30 Okt 2010. Sekali lagi kami memancing. Kali ni di Permatang Binjai, sebelah rumah Tok Su. Kami p petang sebab mak kata lepas asar ikan banyak. Suami dan MIL tak ikut. Hujan gerimis. Mula mancing hujan sudah renyai-renyai. Tengah memancing hujan makin lebat. Akhirnya kami memancing dalam hujan hingga Maghrib. Mak kata "Esok pagi kita mai lain. Tinggai bok ikan kat sini." Balik tu kami anak beranak pinjam baju family Makcik Ayu anak beranak.


mak tengah mancing
budak berpayung biru
hasil tangkapan


Angah tak pedulikan hujan

pandangan di depan sewaktu hujan
pinjam baju Makcik Ayu sebab baju dah kotor

puyu dalam 15 ekor utk hari ni

Monday, October 18, 2010

Fishing

16 Oktober kakak ada ujian kemasukan ke Maktab Mahmud. Awal2 pagi kami dah bertolak dari rumah mak di Sg.Petani ke Pendang rumah kakak. 'Ain anak kakak pun ambil ujian yang sama. Lepas lunch kami ke Kg.Gelam rumah Pakteh Na'im. Tujuannya apa lagi kalau tak PANCING IKAN...saat yang aku duk tunggu2 dari bulan lepas lagi. Sampai je rumah Pakteh aku terus ronda sawah keliling rumah dia. Jenguk2 kut ada sarang ikan laga. Kata Pakteh, ikan laga dah tak dak. Memang tak jumpa. Mungkin sebab racun kut...kesian Angah yang dah bersedia dengan bekas nak isi ikan laga. Alamatnya kena beli la. (Ikan laga biru ari tu dah mati, aku beli warna merah pulak).
Selesai jenguk2 terus pasang bok ikan(joran/pancing). Umpan ulat (abang ipar belikan) dan udang (Makteh sediakan). Maka, tengah panas terik jam 3.30 ptg bermulalah acara kami.


Yah di parit tepi rumah Pakteh


Sabar..sabar..panas..
ikan puyu..shot tak tajam..

ikan haruan


Ikan haruan kalau makan umpan dia telan. Susah nak keluarkan mata kail. Ikan puyu mudah sikit sebab dia tak telan semua. Mata kail lekat sikit saja di mulut.



Bergaya dgn spek hitam dan ikan puyunya


kakak dah dapat haruan


di rumah Pakteh. si macho tengah memantau anak2
Asar...kita minum dulu. Lepas solat acara memancing disambung semula. Angah je dapat puyu sekor. Ikan tak makan umpan petang. Selalunya lepas asar ikan galak makan umpan..tak pa...tak pa...wahai ikan2 semua..tunggu kami datang semula di lain minggu...dengan rombongan lagi ramai...lepas ni siap la..aku rasa nak tangguk/sauk saja air sawah keluar.

Balik Sg.Petani dah malam. So, pagi esoknya baru ikan2 ni disiang. Angah tak sabar2..Solha pun tumpang sekaki. Ikan2 ni kena ketuk kepala dia bagi pengsan dulu baru boleh siang. Aku suruh ketuk, si Solha hentam pijak terus.
Solha menunggu peluang utk pegang
Ikan haruan yang mati semalam mak aku kata kena buat ikan kering. Nak goreng dah tak sedap. Yang masih hidup baru utk goreng, rasanya manis. Lupalak nak amik gambar hidangan lunch berlaukan puyu dan haruan goreng, pucuk mengkudu goreng dengan telur, sambal tumis telur, ikan kembung bakar dan sayur masak lemak. Hingga menjilat pinggan...

Tuesday, September 14, 2010

Buka puasa

Buka puasa hari 28 di rumah mak. Daging (bahagian harimau menangis..sedappp) bakar cicah air asam. Popia goreng dan popia basah kak aku beli. Ikan goreng. Roti John dan ayam percik kami bawa licin sekelip mata disapu anak-anak sedara.

Pulut durian? Ini untuk more malam tu. Sepatutnya more kami 7hb. Aku pilih sebab anniversary kami ke13. Aleh2 mak aku tepon kata ada orang tiba-tiba potong line. Tak reti tengok tarikh ke apa? So more kami kena bawa ke 8hb..malam akhir terawih. Pulut durian dan murtabak. Kami 6 beradik, mak abah, pakngah, sepupu dan pakteh.

Aku tak nampak lain dah. Duk ngadap pulut durian tu la yang diidam sebelum puasa lagi. Riuh rendah time tu aku tak peduli. Maklumlah..6 anak 6 menantu 16 cucu (depa ni amik dan makan depan tv).