Thursday, June 28, 2012

Perhimpunan vs Ceramah

Semalam buat pertama kali thn 2012 (kalau tak salah) diadakan perhimpunan bulanan staf. Ia juga digabungan dengan gotong royong 5S yg sudah lama tidak diadakan. Maka berduyun2lah rakyat jelata di dlm kampus turun ke perhimpunan tersebut. ALhamdulillah..ucap utama cuma sekejap saja.

Dengar ceramah ke tengah bagi ceramah tu?

Antara yg mendengar.

Dr.Don (brbaju merah) akan ke S.Alam sebagao Dekan fakulti Hotel. Tahniah Dr!

Berbaris utk thumb print.

Selesai berhimpun kami ke tingkat atas. Gotong royong memebersihkan pantry yg macam2 benda tak berguna disimpan. Sesi memberdihakan pantry bermula.

Antara barang2 yg ada

Tukang basuh.



 Ceramah "Hadiah dari Neraka"

Hari ini. Penonton keluar masuk sebab ada yg baru abis kelas, Ada yg baru nak ke kelas. Ceramah diadakan di Pusat Islam UiTM PP. Disampaikan oleh YB Dato Abu Hassan Din.

Bahagian wanita

Bahagian lelaki

Alamak. Blur la pulak.

Monday, June 25, 2012

Lunch

Hari ni kami makan2 di Hotel UiTM. Ada kelas culinary student utk semeja 4 org. Alhamdulillah. Dah lama tak dpt makan masakan student culinary. Harganya tidaklah mahal.

Menu2 yg ada...kenyang

my epertizer...baked soy chicken wing

potato sup with bacon dan fish sup with okra

nasi goreng tomyam n chicken chop

caramel and fruit startled
Bukan aku makan semua tu. Apetizer chicken wing, then potato soup. main course aku chicken chop. Ended with fruit startled. Alhamdulillah. Tank you Nana. Ada lagi jgn lupa jemput kami.

Thursday, June 21, 2012

Rindunya aku

Rindunya aku pada kawan2 lama. Nak jumpa masing2 sibuk dengan urusan sendiri. Mana yg sempat aku cari mereka n mereka jumpa aku. Semalam sempat bersama Ita (houemate lama di Subang jaya) dan Dayang (sahabat lama sekelas). Kami tidak berjumpa sudah 17-18thn lamanya. 

Bila dah jumpa, boleh diagak apa crita yg keluar. Siapa si anu kawin ngan si ini. Siapa mamat hensem yg slalu duduk sini duduk sana. Siapa kwn kita yg selalu itu ini...and the sories go on and on... Insyaallah will be there again. Hang on girls..wait for my sms/calls. Kita jumpa lagi dan sambung cerita dulu-dulu. Next time kita tambah ahli majlis. Miss you girls.

Tuesday, June 19, 2012

Hari Bapa

Balik dari hari anugerah SKPJ terus ke SP. Kami buat jamuan utk Hari Bapa pula.

Ada kek peach, pulut kuning k.Pidah, kek carot, roti jala mak, tepung talam kacang,serawa pisang k.not. Aku bawa perut ja la..

 Ayin (suami Anis) n suami share birthday yg sama 1 Sep. Abg Dee pi mana? Kami tak mau tunggu dah.

Kek peach yg sedap.

Tu dia Abg Dee (suami K.Pidah tudung biru bunga2)

Durian pun ada...

Nak juga..uwaaaa...

Nah. Amik ni nak sangat durian.

Monday, June 18, 2012

Hari Anugerah SKPJ

Hari Sabtu ada Hari Anugerah Kecemerlangan SK Pauh Jaya. ANgah utk Drjh6 dan Yah utk Drjh3.


Datang awal menunggu giliran bawah khemah.

Masih menunggu
Yah pertama dlm aliran
Dapat raga sebab ada pertama aliran, terbaik sains, bm pemahaman dan bhs.arab.
Utk tokoh akademik dan ko-k
MC hari ini
Giliran Angah
Persembahan murid tahun 1.
Tahun ni tak meriah sebab tiada cabutan bertuah seperti yg tahun lepas2.

Friday, June 8, 2012

Sallehuddin Al-Ayyubi

Latest book read. I wonder why anak2 asyik ngadap buku2 camni...so why not give a try? Alhamdulillah. At least I know more the history of this Islamic warrior. Read the comments in this link

Salahudin: Penakluk Jerusalem 

More to come with Khalid Al-Walid, Umar Al-Khatab etc. Stay tune.

Wednesday, June 6, 2012

Cuti-cuti N9

Tahun ni giliran Negeri Sembilan utk cuti2 Malaysia sebab anak2 kata tak pernah ke N9. Tipulah. Pernah datang rumah sahabat cuma tak ronda2 saja.Perjalanan bermula hari Ahad (jumaat si Emad demam la pulak..Alhamdulillah by Ahad dah kebah, tu yg leh continue cuti) utk mengadiri kenduri di K.Kangsar. Meraikan perkahwinan Lan, adik Ainul Akmar di sana.

Selepas kenduri, kami terus ke Swiss Damai Laut Apt. Setiap 2 thn dah macam jadi tempat wajib pegi. Tengoklah Emad yg teruja kali kedua dpat bercuti jauh (b4 ni Trengganu baru 2 bln tak reti mende lagi). Di sini kami lepak di bilik. Makan maggi cenderahati dari tuan rumah kenduri seorang sebungkus...hahaha.

Hari berikutnya kami bertolak ke Klana Resort Seremban. Kami tiba dah hampir petang jadi tak kemana2 pun. Emad cukup seronok merayap atas carpet bilik. Korek sana korek sini.

Ini di Muzium Negeri Seremban. Not much to see. But still, Emad suka yg dok gantung2 tu.

Bagi peluang Emad touch daun plastik.

Di anjung muzium.

Salah sebuah rumah tradisi yg ada di kwsn muzium. Hati2 bila masuk dlm rumah. Jenang pintunya rendah. Sakit kepala aku kena.

Cantiknya pertukangan org2 dulu

Tangga pun berukir.

Outside the muzium.

dari berandah muzium

time to eat. Emad makan bubur yg dimasak di bilik hotel..syyyyyy

Destinasi seterusnya jom ke PD. On the way kami singgah dulu di Muzium Lukut and jumpa mushroom ni.

Tangga tu utk ke kota Lukt melihat tinggalan kota. Kami? Tak larat panjat tengok kota. Cukup sekadar masuk ke bangunan muzium dia saja. Masa tu ada pameran kehidupan buaya. Lain2 tak banyak sgt. Boring la depa kata.

Naik tangga ni utk ke Muzium Lukut dan kota lukut.

Emad seronok lihat warna warni mainan di pantai PD.

Dah penat masa balik ke hotel. Emadddd...sini la.
Hari seterusnya sebelum balik ke Bt.Pahat ronda cari sarapan. Kalau bernasib baik akan nampak gerai yg terlindung oleh kereta2 yg diparking. Sedap makan di situ. Paling aku teruja pertama kali jumpa masaka lemak durian. Memang sedap tapi maaf tak ingat kedainya. Meneruskan perjalanan ikut haiway utk ke Rembau. Ingat nak singgah rumah Marina tapi dia ada urusan. Kami singgah di Rembau Crystal. mahal la..Satu keychain dah RM10. 3 org RM30.

Masa tu hujan dah renyai2. Yah tertidur tapi sempat lagi.."nak pi muzium rembau jugak". Jika ditanya org2 situ muzium rembau tidak ada..tanyalah mereka Muzium Raja Melewar, pasti mudah mencari jalannya. Di dlmnya ada penghuni berbulu berkaki empat ini yg beranak di belakang tabir 2 minggu lepas. Penjaga muzium membiarkan saja dia di situ.

Dari muzium ke parking
Aku suka yg ini. Kain rentang utk halang habuk jatuh ke artifak yg ada di bawah.
Anak2 boleh main congkak dan dam di sini.

Muzium Raja Melewar
Overall, tak banyak tempat utk ronda tapi bagi aku ok lah tu. kalau ada masa boleh ke Ostrich farm dekat Mantin kut, Istana Penanti di Sri Menanti dan muzium perang di PD (tutup hari Isnin dan selasa sebab tu x dpt pi). On the way ke BP aku suruh suami ikut jln dalam. Boleh lihat kg org. Jln Rembau-Tampin dan kami tembus di Alor Gajah melaka. Betul2 hampir dengan D'Paradise Dusun. Nak singgah tidak singgah tidak? Hujan masih turun. Lain kali kita mai sini ok.

Tiba di BP jam 5..aktiviti seterusnya apa lagi..basuh baju yg bertimbun la pulak...dari petang ke mlm ke esoknya pula sampai tghari baru sudah....Alhamdulillah cuaca panas sempatlah kering.