Tahun ni giliran Negeri Sembilan utk cuti2 Malaysia sebab anak2 kata tak pernah ke N9. Tipulah. Pernah datang rumah sahabat cuma tak ronda2 saja.Perjalanan bermula hari Ahad (jumaat si Emad demam la pulak..Alhamdulillah by Ahad dah kebah, tu yg leh continue cuti) utk mengadiri kenduri di K.Kangsar. Meraikan perkahwinan Lan, adik Ainul Akmar di sana.
Selepas kenduri, kami terus ke Swiss Damai Laut Apt. Setiap 2 thn dah macam jadi tempat wajib pegi. Tengoklah Emad yg teruja kali kedua dpat bercuti jauh (b4 ni Trengganu baru 2 bln tak reti mende lagi). Di sini kami lepak di bilik. Makan maggi cenderahati dari tuan rumah kenduri seorang sebungkus...hahaha.
Hari berikutnya kami bertolak ke Klana Resort Seremban. Kami tiba dah hampir petang jadi tak kemana2 pun. Emad cukup seronok merayap atas carpet bilik. Korek sana korek sini.
Ini di Muzium Negeri Seremban. Not much to see. But still, Emad suka yg dok gantung2 tu.
Bagi peluang Emad touch daun plastik.
Di anjung muzium.
Salah sebuah rumah tradisi yg ada di kwsn muzium. Hati2 bila masuk dlm rumah. Jenang pintunya rendah. Sakit kepala aku kena.
Cantiknya pertukangan org2 dulu |
Tangga pun berukir. |
Outside the muzium. |
dari berandah muzium |
time to eat. Emad makan bubur yg dimasak di bilik hotel..syyyyyy |
Destinasi seterusnya jom ke PD. On the way kami singgah dulu di Muzium Lukut and jumpa mushroom ni.
Tangga tu utk ke kota Lukt melihat tinggalan kota. Kami? Tak larat panjat tengok kota. Cukup sekadar masuk ke bangunan muzium dia saja. Masa tu ada pameran kehidupan buaya. Lain2 tak banyak sgt. Boring la depa kata.
Naik tangga ni utk ke Muzium Lukut dan kota lukut.
Emad seronok lihat warna warni mainan di pantai PD. |
Dah penat masa balik ke hotel. Emadddd...sini la. |
Hari seterusnya sebelum balik ke Bt.Pahat ronda cari sarapan. Kalau bernasib baik akan nampak gerai yg terlindung oleh kereta2 yg diparking. Sedap makan di situ. Paling aku teruja pertama kali jumpa masaka lemak durian. Memang sedap tapi maaf tak ingat kedainya. Meneruskan perjalanan ikut haiway utk ke Rembau. Ingat nak singgah rumah Marina tapi dia ada urusan. Kami singgah di Rembau Crystal. mahal la..Satu keychain dah RM10. 3 org RM30.
Masa tu hujan dah renyai2. Yah tertidur tapi sempat lagi.."nak pi muzium rembau jugak". Jika ditanya org2 situ muzium rembau tidak ada..tanyalah mereka Muzium Raja Melewar, pasti mudah mencari jalannya. Di dlmnya ada penghuni berbulu berkaki empat ini yg beranak di belakang tabir 2 minggu lepas. Penjaga muzium membiarkan saja dia di situ.
Dari muzium ke parking |
Aku suka yg ini. Kain rentang utk halang habuk jatuh ke artifak yg ada di bawah. |
Anak2 boleh main congkak dan dam di sini. |
Muzium Raja Melewar |
Overall, tak banyak tempat utk ronda tapi bagi aku ok lah tu. kalau ada masa boleh ke Ostrich farm dekat Mantin kut, Istana Penanti di Sri Menanti dan muzium perang di PD (tutup hari Isnin dan selasa sebab tu x dpt pi). On the way ke BP aku suruh suami ikut jln dalam. Boleh lihat kg org. Jln Rembau-Tampin dan kami tembus di Alor Gajah melaka. Betul2 hampir dengan D'Paradise Dusun. Nak singgah tidak singgah tidak? Hujan masih turun. Lain kali kita mai sini ok.
Tiba di BP jam 5..aktiviti seterusnya apa lagi..basuh baju yg bertimbun la pulak...dari petang ke mlm ke esoknya pula sampai tghari baru sudah....Alhamdulillah cuaca panas sempatlah kering.
ada bawa rice-cooker ke masak bubur?
ReplyDeletebawa uk bubug si emad tu...
ReplyDeleteeducational trip.. good review, boleh consider jln masa weekend..:)
ReplyDelete