Wednesday, February 22, 2012

Sudah tiada

Ingat lagi cerita Meow yg kami bela. Kini Meow sudah tiada. Tiada yg bagaimana? Begini kisahnya.


Pulang bercuti dari Trengganu masa Krismas tahun lepas, Meow tiada di rumah. Dua hari kemuadian suami jumpa Meow dlm longkang depan rumah. Dia tak boleh lompat keluar. Rupanya2 satu kakinya terhencot2 (patah ke?). Aku sapukan minyak dan bagi makan sprt biasa. Esoknya Yah bagitau ekor Meow tak naik. Asyik meleret je. Apahal lak?



Jadi suami bawa Meow ke veteriner. Dr kata meow dilanggar. Ekownya tak dpt berfungsi sprt asal. Kencing dan berak perlu dibantu. Jadi utk dua hari suami yg bantu Meow utk picit pundi kencing untuk keluarkan kencingnya. Dia juga yg beri Meow makan.



Sejak hari itu Meow tak dapat control pembuangan najis dan kencingnya. Parking rumah aku bertaburan dgn najisnya. Kena la basuh serajin mungkin. Ini yg leceh bila ada haiwan yg dibela. Anak2 sudah tak boleh bermanja dgn Meow. Meow juga tak dibenar masuk ke rumah lagi.



Akhirnya, Jumaat baru ni bila mak aku mai umah, dia uruh buang Meow. Dah lama aku nak buang tapi kesian. Aku tak tau dimana suami bawa Meow. Mak aku yg ikut. Sudahnya, sudah hampir seminggu Meow tiada dan aku pula masih teringatkan Meow. Sihatkah dia (tentu tak la sebab dia sakit), makan ke idak? Dok merayau di mana la ni? Kesian Meow sebab tidak mendapat tuan yg baik sebaik mamat ni http://http//kakimotong.blogspot.com/. Satu sebab penting yg aku perlu jauhkan Meow ialah aku tak mau jiran sebelah menyimpan rasa marah kalau Meow asyik membuang di lamannya. Memang org sebelah tak penah sound tapi siapa tahu? Lagipun kami selalu tiada di rumah dan Meow asyik tumpang makan di rumah dia saja. Kesian meow jiran tu (adik/kakak si Meow aku) tak ada kawan utk bermain.



Semoga Meow selamat walau di mana dia berada. Maafkan kami Meow sebab tak dpt menjaga Meow.

Monday, February 20, 2012

Jamuan

Sabtu lepas diadakan jamuan utk besday Yah. Jamuan dibuat kat rumah kakak di Sg.Petani. Sebabnya Dalili (anak kakak) juga menyambut sama. Yah 14 Feb n Lili 21 Feb.

Kek ditempah dari jiran aku. Lapis bluberi dan kek walnut. Kenapa sudah dipotong, jamuan belum mula? Kakak lebih dulu merasmikan utk dibawa ke asrama.

Sesi memotong kek oleh Yah n Lili.

Mereka yg kelaparan pada petang tersebut.

Emad pula dapat mainan baru. Bukan baru beli tapi kepunyaan Solha.

Susah betul nak suruh tengok kamera.

Org makan kek Emad minum susu je la.

Tuesday, February 14, 2012

Happy 9th Birthday

Dalilah dah 9thn. Dia nak hadiah muzik box. Tapi sebab terlebih bajet beli buku, x jadi la beli kotak muzik tu. Tahun depan lah ye.

Tadi Dalilah bawa kek ke sekolah. Nak potong masa bila? Terpulang kat Yah la.. tanya cikgu dulu.

Tadi juga Yah lupa bawa beg yg ada stokin. Kena beli stokin baru ke sekolah. Wah..dpt hadiah stokin ari ni..hahaha

Ok..tunggu Sabtu ni kita wat jamuan di umah tok..sekali ngan besday Dalili.

Friday, February 10, 2012

PUSAT SAINS NEGARA

Semasa hantar kaka balik asrama, kami sempat ke PSN yg terletak di kaki Gunung Keriang, Alor Setar. Berhampirannya juga ada Muzium Padi.

Sedang menghampiri Gunung Keriang. Mercu tanda ini sgt aku ingat kerana semasa kecil (sebelum ada higway) jgn inilah yg dilalui utk ke rumah saudara mara di Kangar.



Welcome to PSN. Bangunannya tidaklah besar sgt. Lebih kurang Dewan Besar UiTM Penang saja. Tapi cukuplah utk luangkan sejam masa yg ada.



Bayaran masuk dewasa cuma RM2 dan kanak2 RM1. Tutup pukul 5. OK...hampa semua ada masa sejam lebih ja utk berada di dlm.



Budak yg takut sama itu pakcik dinasor. Giginya yg beso2 buatkan si Solha menjerit ketakutan.



Kayuhlah selaju manapun. Kaki tengkorak tetap mengayuh perlahan.



Nice harp without rope. Mengunakan deria pergerakan tgn kita harp ini akan mengeluarkan bunyi.


Wednesday, February 8, 2012

Beli Jangan Tak Beli

Jumaat lepas aku bawa anak2 ke Popular utk beli kupon. Bukan apa. Aku nak habiskan baki kupon buku RM150 yg ada. Rezeki anak2. Selalunya 2-3 bulan sekali baru aku beli buku. Ada 1jam utk mereka memilih buku.



Kali ni dia bantai cukup2. Yah saja RM96. Buku2nya buku latihan dan novel tulisan Aizam Aiman. Wah..ni kira hadiah birthday Yah la 14 Feb ni. Ibu tak payah beli music box la camni. Nasib baik Yah ok ja.

Ini kakak punya. Habis RM233 utk dia sorang. Kira hadiah birthday jugak, Yah kata. Buku latihan, satu novel dan dua kisah Uthman Affan dan Khalid Al-Walid.


Dan yang ini? Satu2nya yg Angah beli beserta satu gunting. Kenapa Angah tak pilih yg lain? Ntah..aku pun tak tahu kenapa. Tapi buku novel leh baca Yah punya.

Bila nak bayar RM381.40. ALamak..Kupon RM150. Satu kena reject sebab tak bercop. Adus..melayang RM281 hari ni. Lari bajet aku. Sabar je la.






Friday, February 3, 2012

4 bulan

Sudah 4 bulan. Imunisasi utk 4 bulan baru ambil. Emad dah 7kg. Patut la ibu tak larat nak dukung. Nak cari nestum utk Emad la.

Tengok la budak gembo-gembo ni. Kalau bagi makan nestum agaknya lagi gembo kut pipi tu.Padan ke lagi baju2 ni? Semua org bagi ni tapi macam muat2 je sebab Emad dah makin besar. Cepat betul masa berlalu.