Wednesday, February 22, 2012

Sudah tiada

Ingat lagi cerita Meow yg kami bela. Kini Meow sudah tiada. Tiada yg bagaimana? Begini kisahnya.


Pulang bercuti dari Trengganu masa Krismas tahun lepas, Meow tiada di rumah. Dua hari kemuadian suami jumpa Meow dlm longkang depan rumah. Dia tak boleh lompat keluar. Rupanya2 satu kakinya terhencot2 (patah ke?). Aku sapukan minyak dan bagi makan sprt biasa. Esoknya Yah bagitau ekor Meow tak naik. Asyik meleret je. Apahal lak?



Jadi suami bawa Meow ke veteriner. Dr kata meow dilanggar. Ekownya tak dpt berfungsi sprt asal. Kencing dan berak perlu dibantu. Jadi utk dua hari suami yg bantu Meow utk picit pundi kencing untuk keluarkan kencingnya. Dia juga yg beri Meow makan.



Sejak hari itu Meow tak dapat control pembuangan najis dan kencingnya. Parking rumah aku bertaburan dgn najisnya. Kena la basuh serajin mungkin. Ini yg leceh bila ada haiwan yg dibela. Anak2 sudah tak boleh bermanja dgn Meow. Meow juga tak dibenar masuk ke rumah lagi.



Akhirnya, Jumaat baru ni bila mak aku mai umah, dia uruh buang Meow. Dah lama aku nak buang tapi kesian. Aku tak tau dimana suami bawa Meow. Mak aku yg ikut. Sudahnya, sudah hampir seminggu Meow tiada dan aku pula masih teringatkan Meow. Sihatkah dia (tentu tak la sebab dia sakit), makan ke idak? Dok merayau di mana la ni? Kesian Meow sebab tidak mendapat tuan yg baik sebaik mamat ni http://http//kakimotong.blogspot.com/. Satu sebab penting yg aku perlu jauhkan Meow ialah aku tak mau jiran sebelah menyimpan rasa marah kalau Meow asyik membuang di lamannya. Memang org sebelah tak penah sound tapi siapa tahu? Lagipun kami selalu tiada di rumah dan Meow asyik tumpang makan di rumah dia saja. Kesian meow jiran tu (adik/kakak si Meow aku) tak ada kawan utk bermain.



Semoga Meow selamat walau di mana dia berada. Maafkan kami Meow sebab tak dpt menjaga Meow.

No comments:

Post a Comment