Wednesday, February 8, 2012

Beli Jangan Tak Beli

Jumaat lepas aku bawa anak2 ke Popular utk beli kupon. Bukan apa. Aku nak habiskan baki kupon buku RM150 yg ada. Rezeki anak2. Selalunya 2-3 bulan sekali baru aku beli buku. Ada 1jam utk mereka memilih buku.



Kali ni dia bantai cukup2. Yah saja RM96. Buku2nya buku latihan dan novel tulisan Aizam Aiman. Wah..ni kira hadiah birthday Yah la 14 Feb ni. Ibu tak payah beli music box la camni. Nasib baik Yah ok ja.

Ini kakak punya. Habis RM233 utk dia sorang. Kira hadiah birthday jugak, Yah kata. Buku latihan, satu novel dan dua kisah Uthman Affan dan Khalid Al-Walid.


Dan yang ini? Satu2nya yg Angah beli beserta satu gunting. Kenapa Angah tak pilih yg lain? Ntah..aku pun tak tahu kenapa. Tapi buku novel leh baca Yah punya.

Bila nak bayar RM381.40. ALamak..Kupon RM150. Satu kena reject sebab tak bercop. Adus..melayang RM281 hari ni. Lari bajet aku. Sabar je la.






No comments:

Post a Comment