Friday, March 27, 2020

Chengdu 24 Oct 2019

Chengdu here I come. Perancangan segera kerana adik ipar berkursus di sana. Makanya, ambil peluang untuk penginapan percuma hihihi. Entri kali ni pendek saja. Sekadar pengenalan bila dah lama berabuk blog ni.

Dari Penang, flight malam transit di Bangkok. Rasanya kami bertiga ja muka Melayu di terminal ni. Yang lain.. semua muka China.

Chengdu 21:50 dari Bangkok. Mata dah mengantuk tapi tak terpejam sebab geng2 China punya sembang, macam kat market.

Ok.. landed safely. Alhamdulillah. debaran dah hilang. Panda in the bus already. Can't wait for me to visit :).

Kami disambut hujan renyai2 dinihari. Kesejukan tapi depa yang lain selamba je pakai nipis. Masa ni ke hulu ke hilir mencari teksi atau grab. Terpaksa ambil teksi sebab grab masa2 orang tengah tidut ni agak susah mau dapat.

Alhamdulillah. Apartment besar. Ada dapur lengkap serba serbi. Washing machine, periais, perkakas memasak. Complete! Puas hati.

Aku dengan makcik tidur di sofa ni saja. Alhamdulillah sofa selesa ya amat. Tak perlu risau.

Penuh barang2 untuk memasak. Termasuk yang dari Malaysia. Buah2an paling best. Murah dan mudah dapat. Senang diet aku.

Almari kasut/baju dan pintu ke tandas dari arah dapur.

Bilik air luas. Ada tub pun tak guna.

Ini tv dan meja study dalam bilik tidur. Luas dan selesa. Kat ruang tamu pun ada tv besar punya. bole tengok satu channel. Tapi tak tengok pun.

Ok. Itu dulu sebagai permulaan. Nanti aku sambung cerita jalan2 sekitar Chengdu.