Tuesday, September 20, 2016

MASJID AT_TAQWA, MUKIM PULAU, KUBANG KERIAN


Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya. (A-li'Imraan 3:66


Dalam perjalanan menuju Min House Camp, pasti akan melalui masjid ini. Cantik masjidnya. Terletak pulak dalam kawasan perkampungan Mukim Pulau.

 

Ini jalan dan sedikit pemandangan di hadapan masjid. Rasa tenang saja bila berada di kawasan ini. Tak dengar bunyi bising kenderaan.

 

 Masjid At-taqwa Mukim Pulau namanya. 
 
Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik. (A-li'Imraan 3:67)


Sini laluan masuk wanita. Tandasnya di luar sebelah kiri gambar (tak kelihatan). Bangunan belakang itu kelas untuk sekolah agama rasanya. Lupa pulak aku, tempat wuduk wanita kena naik tangga yg nampak tu dan di kanan.


 Bangunan untuk sekolah tadika/pasti/tabika atau sewaktu dengannya. Rasa sangat mudah sebab bila waktu solat, anak2 boleh terus diajak untuk mengimarahkan masjid.




Ruang solat di dalam juga kemas dan bersih. Masa ni memang tak ramai orang sebab sudah melepasai waktu solat.


Bagi  yang mahu ke sini atau menginap di Min House Camp, singgah2lah di masjid ini barang seketika. Solatlah di sini. Insyaallah banyak pahalanya.

Thursday, September 15, 2016

MASJID AS-SOLAH, BALING

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".(A-li'Imraan 3:64)


Dalam perjalanan ke Kelantan ketika nak hantar kakak, Kami singgah di masjid ni untuk solat. Masjidnya tak nampak dari jalan. Hanya berpandukan signboard dari jalan utama.

 

Jarak dari jalan utama dalam 200 meter. Masjid As-Solah, Kampung Tiak, Kupang, Baling lebih tepatnya.



Bahagian hadapan masjid. Ketika ni dah melepasi waktu zohor. Ada zorang dua jemaah di dalam. Ada juga tetamu dari luar yang singgah untuk solat.

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal? (A-li'Imraan 3:65)

 

 Pintu belakang untuk kemudahan jemaah wanita.

 

 Tandas dan bilik wuduk di belakang. Bersemapdan dengan kawasan kampung.


Pintu masuk wanita terus ke ruang mimbar. Alhamdulillah bersih. (Sila abaikan budak kecil atas mimbar tu ya. Insyaallah bakal imam besar nanti :))

Wednesday, September 14, 2016

JJMK JSKM-PJI&A: Cerita yang Tertangguh

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (A-li'Imraan 3:61)


Cerita yang tertangguh- 4 bulan. Serba sedikit sudah disampaikan Ilah di Berkonsi Cerita. Aku tambah sikit lagi di sini. JJMK kali ini anjuran Jabatan aku JSKM dengan kerjasama Pjbt Jaringan Industri dan Alumni (PJI&A) dan NGO Wargakilang.


Sasaran kami 20 keluarga di Parit Panjang Kuala Ketil dan melibatkan 4 hentian sahaja sebab acara perlu dihabiskan waktu tengahari.


Pengumpulan dan agihan barang dilakukan di UiTMPP. Hujan turun renyai-renyai tak menghalang peserta-peserta untuk turut serta. Kebanyakannya pertama kali nak merasa bagaimana JJMK dijalankan. Yang berudung hijau kat atas ni orang kuat JJMK. Route dan agihan dia yang aturkan. Aku lead saja hahaha.


Konvoi disertai lebih kurang 20 kereta dan sebuah bas. Ini tugas Mawardi. Dia tahu apa yang dia buat sebab pernah ikut JJMK Wargakilang.
 

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (A-li'Imraan 3:62)


Alhamdulillah. Tiba di Center 1 hujan dah berhenti. Di sini, team Wargakilang dah sedia menunggu untuk bantuan lalulintas. Terima kasih banyak2 Team WK.


Berjaket keselamatan tu wakil WK, En.Azhar. Dia yang uruskan hal-hal perhubungan awam dengan penerima-penerima bantuan. Kalau nak harap kami pakai tak jalan la program ni sebab kami bukan arif dan kenal dengan bakal-bakal penerima.


Antara barang-barang yang diserahkan. Alhamdulillah. Sekurang2nya untuk memulakan Ramadhan yang akan tiba 2 minggu lagi, ada juga bekalan mereka. Sumbangan wang zakat dan fidyah juga diterima mereka. Sehari selepas program, En.Azhar kata ada penerima ucap terima kasih banyak2 sebab duit sumbangan dapat dia bayar bil api yang tertunggak beberapa bulan. Alhamdulillah.

 

Dari Center 1, hanya perlu berjalan kaki ke Center 2. Dalam 200m tapi berpelun jugak la sebab dah panas. Sempat lagi tuan rumah jamu kami dengan air dan kuih. MasyaAllah. Dalam hidup serba susah, mereka masih berbesar hati meraikan kami tetamu mereka.
 

Kemudian kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan. (A-li'Imraan 3:63)
 

Ini laluan ke Center 3. Yang naik bas kena berjalan kakilah sikit. Bas tak boleh masuk. Tapi masing2 tetap bersemangat. Ada yang nak ikut lagi pada masa akan datang. Semoga mereka yang mengikuti program ini mendapat manfaat darinya.


Hentian ketiga. Salah seorang penerima di sini, rumahnya tiada api. Hanya mengharapkan sambungan dengan rumah jiran (kalau tak salah ingatan aku). Dan seorang penerima, muda lagi. Diceraikan suami dengan anaknya 4 orang. Sebelum balik dia sempat tunjuk kat aku bahunya yang patah ketika jatuh untuk membetulkan bumbung rumah. Jelas kelihatan sebab tulang patah tidak bersambung sebaik-baiknya.


Hentian ke-4. Rumah yang tidak sepertinya. BAgaimana mahu menyiapkannya kalau pendapatan tidak seberapa. Tapi mereka tyetap tabah dan sabar dengan dugaanNya.


Agenda terakhir, kami dijemput ke Teratak Ilmu Hj.Abd. Majid untuk makan tengahari. Sayangnya Pak Teh (tuan rumah) terpaksa ke Kelantan hari tersebut kerana ada kecemasan). Di sini semua pelajarnya lelaki.


Sedikit sumbangan wakaf sumbangan seorang kawan untk pembangunan teratak ilmu. Moga dapat membantu mereka.


Menjamu selera dengan makan bertalam. Dah lama tak rasa begini. Rata-rata peserta suka dan puji masakan teratak yang sedap. Malah ada yang tanya bila nak pi makan dalam talam lagi? Hahaha.. ni yang kata sekali kena pasti tak lupa punya!

Untuk para peserta JJMK ini, terima kasih aku ucapkan kerana sudi dan sanggup menyertainya. Harap maaf atas sebarang kekurangan. Kepada AJK2 program, terima kasih banyak2. Lain kali kita boleh buat lagi. Tak lupa juga, penyumbang gambar2 di atas, aku ucapkan banyak2 terima kasih. Minta halalkan kerana menggunakan gambar yang diambil. Aku nak sebut tuan gambar tak tau sapa punya. (pasti ada daripada Ilah, Ina dan yang lain2). 

Akhir sekali. Moga Allah memberkati apa yang kita lakukan ini. Dan semoga ada yang bermanfaat dan terkesan di hati. Insyaallah, jika ada ruang dan peluang dengan izinNya, kita akan teruskan program ini di masa akan datang.

Friday, September 2, 2016

Min House Camp

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. (A-li'Imraan 3:57


Rasanya macam baru saja kami pi Kelantan. kali ni pi lagi sebab nak antar kakak ke UM Nilam Puri. Alhamdulillah kakak dapat pilihan yang pertama.


Kedatangan kali ni kami menginap di Min House Camp. Nama Min bersempena anak pemilik yang down syndrom. Kelibat Min boleh dilihat di sekitar chalet. Min ni suka main drum tau. Ada satu set drum dalam ofis tu dan Min belajar melalui youtube!

Anak2 terutama Emad perak la sikit dengan ayam piru dan ayam turkeynya. Aku sendiri pun dah lama tak nampak ayam2 ni kat kampung.
 


Masuk ke kawasan sini macam masuk ke mini zoo. Memang ada kawasan untuk camping bagi yang mahu mengambil pakaej camping terutama sekolah dan universiti. Kami menganbil bilik standard biasa saja yang ada cukup untuk tidor berenam semalam. Malam kedua dah tinggal berlima.

Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara). (A-li'Imraan 3:58



Ini cafe dekat situ. Belakang tu sungai. Ada aktiviti sampan dan kayak. Untuk bersampan menyusuri sungai pun boleh. Malangnya cuaca masa ni tak mengizinkan. Hujan pagi ke petang.



Ada beberapa omputh yang nginap di sini. Setahun, 6 bulan dan yang baru sampai pun ada. Depa ni ada yang buat community work di sini. Ini yang sedang membantu untuk membina bumbung untuk kera dua ekor yang ditambat. Kesian kat kera kehujanan, jadi depa nak buat bumbung untuk dia.

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. (A-li'Imraan 3:59)



Untuk yang mahu river cruise with guide, RM7/seorang naik bot. Sampan pula RM5 seorang. Archery dan kayak pun ada untuk RM10 rasanya. Dan kalau nak lepak di bawah cafe ni, ada kerusi dan hammock lagi.




Min House Camp ni memang terkenal dah boleh kata hingga international. Keluar kat TV dah banyak kali. Pernah ditemuramah oleh TV Jepun lagi. Nama pemilik kem ni aku lupa la pulak.



Paling terkenal kem ini sebab ladang lebah kelulutnya. Di sekitar chalet ada rumah kelulut. Ini muzium kelulut yang dibina di tingkat atas rumah kayu. Sentiasa ada saja vip yang datang ke sini. Malah, hari terakhir kami di sini pun depa sibuk dengan persediaan muzium untuk seorang menteri datang berkenaan lebah kelulut ini.

Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. (A-li'Imraan 3:60)



Ini yang aku cari2 sangat sejak pertama kali dan terakhir kali makan tahun 2008 kut. Aku tanya owner kem dan katanya dia boleh tolong cari dan order. RM5 sebungkus nasi tumpang. Aku bantai makan 2 bungkus. Sedap sangat, lagipun susah nak dapat.


Dan ini, dengan bos lama aku. Alahai.. dalam gelap malam hujan lagi K.Ani mai jugak cari aku. Dan kedatangannya macam biasa tidak pernah tangan kosong. K.Ani pun tak tau kewujudan Min House Camp ni. Dengan rumah dia tak jauh mana pun, haha. Lepas ni dia boleh mai selalu.

Walaupun biliknya biasa saja, cukup utk mandi solat tidur, tapi aku rasa kalau datang lagi aku mungkin pilih Min House Camp. Nak masuk sini memang jalan kampung betul, jauh ke dalam di tepi sungai. Memang rasa suasana kampung hutan rimba. Jauh dari suasana bising kenderaan jalanraya. Dan yang penting, harganya berpatutan.