Thursday, March 28, 2013

Taman Rama2 Penang

Cuti sekolah seminggu tak dapat nak jalan jauh2 sebab peperiksaan akhir bermula. Hanya dapat bawa anak2 jalan2 ke Pulau Mutiara utk sehari. Ini kali pertama Emad naik feri. Nampak macam teruja, tapi ada riak takut2 juga.

Teruja melihat kapal, bot, feri dan air yg banyakkkkkk.

Takutttttttttt

Takut2 pun nak juga ronda2
 Mendarat saja kami terus ke Taman Rama2 Teluk Bahang. Bayaran masuk dewasa RM18. Kanak2 RM9. Masa ni ramai orang sebab cuti sekolah.
Selamat datang Emad ke TRama2




 Dari ulat jadi kepompong
Dia tinggal dalam kelongsong
Cukup masa kelongsong pecah POM!
Jadi rama-rama yang indah

 Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu di kebun bunga
Tapi sayang hidup tak lama
Begitulah hidup manusia
Tiada yang kekal di dunia
(dah lupa lagi dua baris lagu tadika ni)
 
Eh eh..apa tu?

Jaga2 tangan kecik tu..

Tu tu tu...banyak betul ya

Emad memilih barang utk dibawa pulang
Ok. Lepas ni kita ke tempat lain pula.

Wednesday, March 27, 2013

Sepagi bersama Ust.Don

Sekali lagi berkesempatan bersama Ust.Don. Cuma kali ini tidak lama. Ust perlu ke Melaka jam 12. maka program menjadi singkat. Kali ini diadakan di Pusat Islam.

 
Gambar kurang jelas. Maklumlah..hp bukan yg canggih. Ust masih dengan gaya sempoinya. Pagi ini Emad ikut sama sebelum dibawa ke klinik sebab demam. Alhamdulillah, Emad tak meragam dan merayau2.
 
Semasa hendak pulang bertembung dgn Ust. Sempat diciumnya tangan Emad dan pipi Emad. Fotonya? Tak sempat diambil sebab tak sangka itu Ust dgn rayban-nya. Lagipun dia kalut nak ke airport.
 
Malamnya, budak demam dah ok sikit. Tu buat mata galak dia la tu diusik kakak2. Alhamdulillah.


Tuesday, March 26, 2013

Lawatan akademik

Bila sindrom malas menyerang, malas betul nak update blog. Maka jadilah kisah hari ini dalam sejarah. Ini cerita dua minggu lepas. Peristiwa terjadi kerana ajakan murid2 yang jemu di dalam kelas. Mereka teringin ke Muzium Perang tapi tidak ada transport. Diajaknya aku dan Farhana untuk turut serta, tapi bagaimana?

Maka, terbitlah idea lawatan akademik "Pemantapan Matematik Luaran" untuk mereka. Sekurang-kurangnya mereka didedahkan dengan dunia luar yang bermanfaat untuk masa depan mereka. Untuk 'mengakademikkan' lawatan, perlulah mereka ikut arahan pensyarah ini kan? Jadi, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mesti dilawati sebelum ke Muzium Perang.

Di hadapan bangunan CAP (bhg. pendidikan) yg kelihatan seperti banglo usang.
Penerangan oleh En.Rahimi

Students kata sangat bermanfaat. Sayang aku tak ada masa ni sebab urusan lain.

Seiras tak? Pensyarah dan anak murid.
Waktu makan
Tiba di Muzium Perang, Penang
Pelajar2 yg nakal
Sempat posing masa taklimat diberikan sampai Auntie kat belakang tu tegur sebab bersembang!
Taklimat oleh si baju hijau (warga Indonesia)

Replika rumah2 di dalam hutan.

Bunga apa ini?
Lubang simpanan peluru tentera British
 
Tempat pancung kepala
 
Menakjubkan. Berek2 yg dibina amat kukuh hingga pokok2 besar boleh bertapak di atas bumbung berpuluh tahun tanpa ada sebarang keretakan pada bangunan!
 
Errr..
 Akhirnya, tercapai impian budak2 kelas EE1112B1/B2 ni utk ke War Muzium. Semoga bermanfaat.

Wednesday, March 13, 2013

Matahari dan Laut

Aku suka bila matahari muncul. Aku suka matahari menghilang. Pemandangan kaki langit di laut biru sangat mempesonakan bila dapat dirakam gambarnya. Asyik dibuatnya. Gambar-gambar di bawah diambil dari balkoni Corus Apartment Resort Port Dickson.

Pandangan kanan 7.46 am

Kanan juga. Masih 7.46am

Kiri juga pada 7.46

7.24pm

7.29pm

7.37pm

7.52pm

7.53pm

7.53pm

7.58pm

7.58pm sisi kiri

Ada sepasang merpati pada 7.58pm

Monday, March 11, 2013

Penakut

Rupa-rupanya banyak lagi yang ditakuti Emad. Sebelum  ini bunyi mercun musim Raya Cina ditakutinya. Masa ke PD lagi banyak yang dia nak lari.

Ketakutan bila berdekatan kapal terbang tentera. Begitu juga helikopter yang ada. Bukan itu saja. Bas yang tidak bergerak sejauh 6 meter cuba dijauhinya! Macamana nak bawa naik bas kalau pintu bas pun tak berani didekati?
Suka benar main dengan botol minyak.
Makan nasi sendiri
Dapat mainan lagi!
Suka dia berlari2 di pasir. Tapi..Emad takut air laut!
Muka budak berpasir
Pasir sana sini
Lakaran pasir oleh Emad
Cuba menangkap buih-buih
Yang pasti Emad tak takut GELAP!

Friday, March 8, 2013

Port Dickson

Cuti hujung...ooppsss..salah..aku ambil cuti dua hari. Yah ponteng sekolah dua hari. Ikut suami iring students untuk lawatan sambil belajar. Aku tumpang sekaki sebab ada urusan di Shah Alam.

Kami tinggal di sini. Agak selesa juga satu bilik dengan 1queen dan 1 single bed.

Ada sambutan Hari Tentera Darat rupanya di tepi pantai.

Kami ke Teluk Kemang petang hari kedua.

Pantainya bersih tapi pasirnya merah.

Matahari hampir terbenam

Macam2 ada selain banana bot

Cadangnya mahu sarapan di sini sebab belakangnya laut tapi tak banyak pilihan makanan.

Sempat singgah Muzium Tentera Darat

Monumen peringatan

Masuk sini keluar sana. Masuk sana keluarnya pintu lain pulak!

Deretan motor lama

Terowong PKM...1km rasanya

Di dalam terowong

Hang Tuah pun ada.
Ada juga ternampak papan tanda Muzium RAMD tapi tak sempat singgah sebab perlu segera pulang. Insyaallah waktu lain datang lagi.