Tuesday, April 26, 2011

Lawatan ke Klinik

Ahad aku pi klinik kesihatan. Biasa la...utk buka buku merah ibu mengandung. Ikut hati mau 2-3 minggu lagi aku pi. Tapi cik abang tiap minggu asyik tanya..bila nak pi klinik? bila nak pi jumpa doktor? Bila nak pi spital? Macam dia pulak yg ngandung...

Pi klinik yg leceh ni...paling kurang pun 2 jam baru abis. Ahad lepas kami pi 8.30am..timbang berat, check blood pressure, amik darah, air kencing, check perut itu ini tak selesai lagi. Aku suruh cik abang pi kedai beli keperluan dapur dulu. 10.30 dia mai aku tak sudah lagi. Dia pi beli ayam pulak. Pukul 11 abis..Misi dah pesan esok mai lagi jumpa doktor pulak.

Isnin, aku pi sendiri lam jam 9am. Timbang berat..aik..turun? Boleh ka? Oooo..semalam pakai jeans..berat lebih la sikit..Amik blood pressure lagi, air kencing lagi...tak jemu ka depa ni? Lepas jumpa Dr, jumpa misi balik terang itu ini, next appointment termasuk pi hospital. Esok mai lagi naa...ujain kencing manis pulak. Wajib utk 35thn ke atas. Malam ni after 10 jgn makan or minum sampai habis ujian esok? Aku minum gak sikit2...

Selasa..pi lagi kul 8am. Terus jumpa misi. Amik darah n minum air gula segelas...Manis gila...mau tak kena kencing manis...Aku tanya misi, tak de cara lain ke nak test? Masa ngandung angah dulu penah kena gak..tapi aku muntah lepas minum..so bila check lepas tu nothing happen la...hahaha..gembiranya aku. Kali ni tak muntah lak..lepas minum rehat 2 jam..boring yg amat. AKu jln kaki lintas jln pi beli Berita Harian. Habis baca belum 2 jam lagi. Duduk tak kena, jln tak kena...boringnya..awat depa tak sediakan bilik rehat utk baring2 lepak2? Cukup 2 jam (8 min lagi peduli apa aku) aku terus masuk. Pas misi amik darah boleh balik..Dah jam 11. Kira cepat la tu...

Bulan depan kena mai situ lagi dan pergi hospital juga. Sungguh tidak bestttt...

Wednesday, April 20, 2011

Bicara buat Auni

Kakak, 13 thn lalu...ibu mengandungkan kakak bulan puasa. Masa tu ibu tinggal di Tmn Sutera belakang maktab perguruan sg petani (IPSAH). Setiap hari berulang alik ke Pmtg Pasir ikut hway atau jln biasa. Itu selepas dua bulan ibu pindah dari S.Alam sebab abah di MODENAS.

Masa dpt tahu mengandungkan kakak, ibu happy sgt. Ye la..kawan ibu yg kawin sama ibu pun dah nak dpt baby. Tapi bulan posa...adusss...mabuk ibu memang teruk. Ibu cuba posa...setiap kali berbuka..dlm seminit pasti ibu muntah apa yg dimakan..makanya lembik dan penat la ibu masa tu... memang tak dpt makan dah lepas tu. Esoknya sahur pun sama..seminit lepas bersahur ibu muntah...jadi begitulah ibu berpuasa setiap hari.

Di ofis, limau menjadi teman setia. Kulitnya dihiris2 utk keluaskan bau...tgh posa pun gitu..nak buat macamna lagi..ibu tak boleh bau perfume, bedak, minyak, sabun dan semua yg sealiran dgnnya (pernah ada student ibu marah sebab pakai perfume banyak gila...tapi pastu ibu dah minta maaf kat dia). Bila ust tanya "posa tak ari ni?" posa la ibu jawab. tapi ibu kantoi 15 hari..memang tak tahan sgt sebabnya sahur muntah..buka posa muntah.

Ditambah cuaca panas dan berulang alik SP-pmtg.pasir dlm 30-45 min..memang penat. Ibu sampai minta kebenaran big bos utk balik tghari. Tak thn ngajar lama2...nak termuntah dgn bau macam2 di dlm kelas dan di ofis...Alhamdulillah bos bagi..terima kasih buat Arwah Abdullah Suhaimi (jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat..Alfatihah). Sehinggalah kakak sebulan dua lepas tu baru alah pada bau hilang.

Sekali semasa kakak belum lahir, abah tak balik umah. Rumah kita mana ada tepon (hp lagi la tak de sebab ibu ngan abah baru keja), peti ais tak dak, meja makan sofa dan perabot memang tak ada. Yg ada katil, besi sangkut baju, dapur dan mesin basuh...keta dan moto sebiji. Tapi ibu ok...leceh kalau barang banyak nak pindah susah. Oh ya..bila ibu tunggu abah tak balik2 sampai jam 2am ibu mula risau. Jln ke tpt keja abah dah le gelap...hutan getah... Ibu apa lagi..masa tu juga amik kunci keta..pi rumah tok. Ajak tok n tokwan pi cari abah. Kebetulan kawan sekerja abah selang 2-3 umah ngan umah sewa kita. Jam 2am tu gak ibu kejut dia.(t.kasih n minta maaf ganggu..ibu tak ingat nama dia). Ibu drive ke Gurun pagi2 buta tu dgn tok,tokwan dan kawan abah. Rupa2nya abah ada di kilang..tak dapat balik sebab sistem ada masalah...apsal la abah tak tepon umah tok...Alahai abah..dah le ibu tgh ngandungkan kakak.

Due date utk kakak 7/9 sama dgn tarikh anniversary ibu ngan abah. Kira kakak ni hadiah la utk ibu ngan abah. Tapi tunggu tak sakit2 gak. Bila lewat seminggu misi suruh pi hospital la. Leceh betui. Dah kena induce..sehari semlm tahan sakit. Masuk hari kedua misi dah pecahkan air ketuban tapi kakak tak mau keluag juga. Apa lagi..keluar kakak ikut tingkap la hari tu 14/9 kerana "fetal distress". Ntah apa2 padahal semua ni kerja Allah.

Bila kakak dah sethn lebih, kita pindah ke Pmtg.Pauh sebab abah dah keja di Kulim. Awal pindah thn 2000 tu abah kena pi training di USA pulak. Ibu lak tgh ngandungkan Angah. Alhamdulillah kali ni alah tak teruk cuma ibu masih alah dgn bau2an sprt masa kakak tapi tak lama. Abah pilih utk pegi 3 bln saja walau ada utk 6 bulan. Abah pun tak thn dok jauh lama2. Kakak pulak bila tengok gambag abah kakak nangis. Baru sethn umur kakak masa tu.

Tiap2 minggu ibu bawa kakak balik SP umah tok. Kakak duduk di seat depan, Ibu sediakan pensel, kaler dan kertas. Kakak pun asyik la dgn semua tu sampai la ke umah tok. Alhamdulillah kakak tak kacau ibu drive. Masa Ibu bawa kakak ke kelas master ibu pun sama (T.ksih Dr Noraini atas kebenaran ini). kakak duk di kerusi belakang dgn pensel, kaler dan kertas Sampai ibu habis kelas utk 2 jam. Setiap hari Selasa jam 10-12 selama satu semester. Alhamdulillah..memang senang jaga kakak masa kecik...Mak Bedah n Ayah Wan yg ngasuh kakak masa di SP pun suka. Sampai la ni depa memang suka kalau kakak pi umah depa.

Sekarang kakak dah Tgkt.1. Ibu harap kakak belajarlah rajin2 dan jadilah anak yg solehah. Semoga ilmu yg kakak dapat di Maktab Mahmud berguna dunia dan akhirat dan dpt memantu bila ibu tak ada lagi nanti.

Thursday, April 14, 2011

Mengidam

Hmmm...seingat aku, aku tak pernah mengidam bila mengandung. Tapi...bila Kakak lahir 13 thn dulu, air liurnya selalu meleleh. Org kata kalau begitu, ibunya mengidam tak dapat masa pregnant. Ye ke? Ada bukti ke?

Bila tiba time Angah, aku selalu makan burger, pizza dan siakap sweet sour. Almost tiap minggu. Now, Angah suka makan semua tu. Hish...

Yah...yang ni aku tak ingat...8 thn dulu. Aku makan apa saja. Yang aku pasti ketiga3 anak aku amalkan minum soya. Org kata minum soya anak kulit putih. Alhamdulillah...semuanya kulit cerah tapi cerahnya berkurangan mula dari kakak (kerap minum), Angah (biasa2 saja minum) dan Yah (paling kurang minum). Yah kata dia putih susu...Ibu hitam...huhuhu...memang la ibu kulit gelap. Sebab tu ibu minum soya biar hampa kulit cerah...huhuhu

Tapi, kali ni...ini kandungan terakhir aku.Dan caesarian terakhir aku (kali ke-4). Aku tak ngidam apa2. Sebabnya...bila bangun pagi perut dan mulut aku ok lagi. Once aku minum atau makan, alahai...mulut dan perut mula tak selesa... Itu yg membuat aku down sentiasa. Nak makan pun tak de mood. Malam paling tak larat..aku tak lalu makan..bau makanan pun kekadang buat aku tak selesa... Aku cuba makan buah..pelam, limau, oren, anggur, epal dll..tapi keadaan serupa... Cuma satu aku rasa...kali ni kurang marah..darah panas aku pun ikut down...Alahai anak ibu...kau nak makan apa kecik lagi? Cuba bagitau ibu....boleh ibu suruh abah carikan.

Tuesday, April 12, 2011

Cerita mak

1. Masa ngandungkan Kak Not hang, mak selalu makan bertih padi. Mak boh padi dalam tin susu/tin milo. Masak atas api. Nanti dia meltup-letup cam popcorn. Buat banyak2 dan simpan lam tin. Tiap2 hari mak makan bertih padi.

Kata aku, "Patutlah kulit K.Not putih. Cerah. Macam bertih."

2. Time Kak Pidah hang, mak suka ratah kopi. Tiap2 hari. Sedapppp... Sama masa Adik Amir hang.

Kata aku, "No wonder la depa dua berkulit gelap. Gelap sikit dari aku." Sebabnya? Hehehe

3. Masa hang la paling teruk. Nak bangun tak larat. Kena paut(pegang) kat dinding, meja, kerusi dan apa saja yang boleh paut. Masa ni mak suka makan roti canai. Mak buat sendiri. Dulu2 mana ada jual roti canai. Kena la buat sendiri hari2.

Kata aku."Hahaha..patutla kulit aku warna macam roti canai. Cerah ada, kelabu ada, koko ada,,,nasib tak hangit ja...hahaha." Kesian kat mak..sebab aku la baby paling besag sebab tu dia tak larat bangun. Tapi, aku tak suka makan roti canai. Sebab dah kenyang sembilan bln ngadap roti canai je lam perut mak... hahahaha

Cuma..mak tak cetita lak time ngandungkan Anis ngan Pozan. Tak ngidam kot...

Aku buat analisa sendiri. K.Not (1), Anis(5) n Pozan(6) lahir di Sg.Petani. K.Pidah(2), Aku(3) n Amir(4) lahir di Bkt.Besar. Yang Sg.petani semua kulit cerah, Bkt Besar kulit gelap. Pasai pa? Aku tanya mak... mak pun baru perasan... hahaha... saja cari pasai.

Monday, April 11, 2011

Usia

Kenapa ye..lewat seminggu dah biasa tapi kali ni aku rasa lain macam saja lewatnya. Walau baru seminggu.

"Yang tak period lagi kan bulan ni?" suami menegur.

Sejak bila pula dia kisah. Sebelum ni tak pernah tanya pun. Dalam diam aku dah sediakan pregnancy test. Berdebar? Takut? Teruja? Semua tak..Risau ada.

Adussss....positif la pulak. Aku tak bersedia. Nak kata kisah aku tak kisah. Nak kata tak kisah, aku kisah. Suami orang ke-3 aku bagitau..hehehe

Orang pertama mak aku.

"Mak ingat hang tak mau mengandung dah."

"Memang la tak mau, tapi nak lekat nak wat camna."

"Seronoknya mak kalau hang dapat anak laki. Mak nak sangat."

Aik..mak aku lak yg seronok lebih.

Orang kedua, teman sebelah opis aku. Kenapa ye?

Lepas dua hari.

"Abg, dulu kan abang selalu doa nak anak lelaki kan? La ni dok doa lagi ka?"

"La ni tak doa dah le..nape? Yang ngandung ke?"

"Kalau ya?"

"Alhamdulillah..rezeki."

Dan hari2 berikutnya..semua orang suka..termasuk Angah yg dah lama tunggu adik (lelaki). Tahniah sana sini. Tapi aku?

Aku sebenarnya tak suka. Jahat ke aku? Kejam ke aku?

Bukan loya pun. Tapi bila minum dan makan, perut aku mula rasa semacam. Mulut pun rasa tak sedap. Semua jadi serba tak kena. Bau haruman semua jadi busuk. Ni yg aku tak tahan ni.

Fruitale yg wangi amat menyesakkan hidung. One-drop perfume dan sealiran dgnnya...ohh minta dijauhkan. Apa2 saja yg mempunyai haruman..jangan cuba dekati aku (seperti masa pregnant anak 1,2 & 3)! Telefon aku silent dah masuk minggu ke-3. Mood bersembang down. Membaca down. Boleh kata semuanya down.

"Kenapa Yang kali ni teruk lain macam je?"

"Kan Yang dah kata. Yang tak suka mengandung. So abang kena la tahan semua ni."

Aku dah kata...berkali2. Tapi benda nak jadi. Terima sajalah. Suamilah yg bilas/perah kain (mesin semi auto). Selalunya dia juga yg lipat kain. Aku tukang tengok...hehehe. Iron baju sendiri. Baju Yah Alhamdulillah Angah dah pandai iron. Masalahnya aku tak tahan bau baju di-iron. Huhuhu..

Dan hari ni usia kandungan hampir 3 bulan. Aku rasa lambatnyaaaaaaaaa nak tunggu bln 10. Dan aku masih tak selesa dgn keadaan ini dan masih cuba menghadapinya setelah 8 thn berlalu.