Wednesday, December 31, 2014

Pulau Kukup, Johor

A056 
 Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:56)


Dari Tanjung Piai (dgn hati yg sikit hampa sbb tak leh jejak hujung Asia..huhuhu), kami terus ke Kukup. Kukup juga merupakan pelabuhan kecil utk ke Tanjung Balai, Indonesia. Sebelah kiri sebelum Terminal Feri Antarabangsa Kukup ni, ada pejabat imegresen.


Feri besar yg kelihatan itu katanya utk ke Tanjung Balai, Indonesia. Walau hujan renyai2 masa ni, orang sentiasa ada keluag masuk terminal feri.


Di kanan terminal feri tadi, ada kedai makan King. Memang kedai makan Cina. Kami bukan nak makan situ. Sebab dah makan di kedai muslim berhadapan kedai King ni. Yang aku nak bagitau.. masuk lam kedai ni. terus pi sampai hujung... naik bot kat situ hah! Bot Ah Long lagi!


Gambag ni, sebelah kiri tu didding kedai makan King tu la. Bot ni muat dalam 25- 30 orang gitu. Masa ni kami berenam dgn 3 lagi penumpang. Bayaran RM5 seorang.
 
A057 
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Al-Baqarah 2:57)


Tak jauh pun Pulau Kukup, Johor ni. Ia merupakan pulau paya bakau. Macamana aku tau kewujudannya? Thanks to Ellis. On de way datang dari BP, aku dok ber sms dgn Ellis dan Ilah. Wifi aku abih bateri. So.. depa dua ni la dok bagi info itu ini kat aku.




Hasil dari maklumat Ellis, kami sampai di sini. Dia sendiri tak pernah sampai.. Lepas ni hang kena mai la Ellis. Lihat dunia. Kat pusat ni.. ada pusat penerangan, ada surau kecil dan boleh la duduk2 ambil angin sementara tunggu bot mai amik. Sila ambil nombor tepon bot yg anda naik tadi ya. Lupa pulak. tadi tambang bot je tau. Nak masuk pulau ni kena bayar. Tiket tak mahal pun. Kami kena Rm20 kut.. ke Rm25.. lebih kurang gitu la.



Welcome to Kukup Island. Tak dak la orang sambut macam cerita Fantasy Island tu... berangan la hang. Di sebelah kanan kami dalam gambag tu.. ada Sg.Ular megalir keluar dari pulau dan bertemu dgn air laut betul2 di tepi tu. memang boleh nampak bertembungan dua air tu sebab warna berbeza. Aku amik video.. tak retia la pulak nak boh di sini. Sorryyyy.

Gambag yg sebelah lagi tu ialah pokok bakau terbesar.. di pulau tu.. bukan di Malaysia..


  
 

Kedudukan Pulau Kukup, Dan di hujung bawah sekali tu Tanjung Piai.


 
A058 
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".(Al-Baqarah 2:58)




Ellis kata ada jambatan gantung. memang betul pun.. dalam 10m kut panjang dia. Dekat dgn pertembungan air laut dan air sungat tadi.. Bawah tu Sg.Ular la. Tapi.. malangnya, masa kami pi ni ia sedang dibaiki. So. tengok je la.. kalau boleh lalu pun.. errr.. berani ka aku? Air tu kat bawah..


Pulau Kukup merupakan antara pulau paya bakau terbesar di dunia.. Hah.. jgn tak tahu. Di dunia lagi. Aku pun baru tau.




Atas tu sudut kenangan. Mana2 agensi yg pernah mai tanam bakau di sini, ada dipacakkan tanda kenangan di situ. Yg warna hijau tu bertarikh 28 Nov 2014 oleh PLUS. Baru lagi tu. Bawah tu pula jeti naik bot susur Sg.Ular. Tutup. Berfungsi ke idak.. wallahualam. 
 
A059 
Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). (Al-Baqarah 2:59)



Kawasan lokan ni aku tak pasti utk apa.. Tapi memang nampak la lokan di situ. Mungkin banyak lokan kat tapak ni kut. Ntah la.Paya bakau.. memang la tempat ikan belacak ni. Macam lam iklan TV tu. Ketam kecil2 pun banyak.



Belacak ni boleh close-up gambag dia sebab kat sini boleh turun. Kat sini tapak pokok yg ditanam oleh Duli... tak ingat ler pulak namanya. Ampuan Tuanku!


Bila jalan sampai ke hujung, boleh naik menara peninjau ni. Tak kuasa dah aku nak ghabat tangga. Tinggi tu. emad pun naik satu tingkat ja.. sebab ikut Auni naik. 





Pi balik rehat2 dalam 20-30 min dah cukup. Masa balik.. barulah muncul kera2 ni. Pi tadi tak dak pun. Adik kaunter tiket dah pesan, tak boleh bawa makanan. Cerdik kera2 ni. Air botol kalau berwarna macam sirap ka oren ka.. kera ni tau aja benda tu manis. Air putih mineral tak di kacaunya. So.. bawa air mineral je la. Yg dua ekog ataih pokok tu dok melantak belangkas!  Pandai pulak dikorek isi belangkas. Ingatkan kera makan tumbuhan ja.. La dah jadi omnivor pulak.

A060 
 Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". (Al-Baqarah 2:60)



Masa atas bot nak ke pulau, kita nampak banyak sangkar ikan.. Masa balik.. memang kita akan singgah situ.




Bukan utk beli ikan.. singgah tengok. Salah satunya dia tunjuk ikan sumpit! Ni pun ada video.. ikan tu sumpit makanan dia bagi jatuh utk dimakan. Hebat kan? 


Apa tu? Ikan buntal awet. Kat sangkar yg kami singgah ni ada la dia jual jajan2 n souviner. Tak beli pun. Tengok2 ja.. Cuma yg tak best.. Anjing banyak la.. dok ikut pi mai pi mai. 
 



Dah selesai tengok2 di sangkar, balik tu dan singgah makan ais kacang depan jalan ni. Dekat area tu juga. Parking keta pun depan ni juga. 2jam RM4. Ok la tu. Masa ni hujan renyai2. Nak ronda pun tak larat dah.

Kalau rajin dan larat, masuklah lorong bermotor tu.. Kg.Nelayan Air Masin. Di hujung sekali, kata kakak ais kacang, terletaknya pusat pemprosesan obor2. Pernah keluar majalah3 sebab obor2 ni diekspot juga! Katanya ia di rumah orang. Perkampungan Cina. Sure banyak anjing.. tak pa la.. lagipun kakak tu kata agak jauh ke dalam. Lebih 500m kut.. Bolehlah sapa2 cuba masuk nanti.



Dah abis ais kacang? Jom.. kita pi solat dulu. Pastu kita cari tempat lain pulak.