Thursday, August 3, 2017

Hari terakhir 4/5/2017. Selamat tinggal Istanbul.

Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". Mereka menjawab: "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan. (A-li'Imraan 3:167)


Hari ini hari terakhir di sini. Ini juga merupakan sarapan aku yang terakhir. Dah tak lalu nak makan sebab menu setiap hotel sepanjang di Turki sama saja. Kalau lagi seminggu di sini kena cari dapur masak sendiri la jawabnya.

Kredit gambar Jemaah Al Ilmi. T.Kasih
Kalau semalam di Mercure Hotel, malam tadi kami kena pindah ke Pullman. Wah! Merasa juga akhirnya menginap di Pullman. Memang luas gila bilik dia. Bole bawa masuk 3-4 orang lagi tapi tidur kat lantai je la. Apa2 pun, Alhamdulillah. Semua hotel penginapan sangat selesa.

Kredit gambar jemaah Al Ilmi. T.Kasih
Awal2 pagi dah check out dari hotel nak ke airport. Nak masuk ke kaunter check in pun dah berbaris panjang. Ramai gila manusia di airport Istanbul ni. Kaunter check in tak buka lagi kami dah tercongok depan tu beramai2. Dah check in beg dan dapat tiket, beratur panjang lagi utk ke gate. Patutlah Si Omer suruh mai awal.
 
Kredit gambar Datuk Mutalif. T.Kasih
Ni baru boarding. Kapal belum bergerak tapi dah ada yang mula pejam mata. Pejam tak bererti lena hihi. Amik feel dulu sebelum terbang pulang ke negara asal. Ya Allah. Terima kasih kerana memudahkan urusan kami di Turki, memelihara kami dari sebarang bencana dan selamat perjalanan pergi dan balik kami. Alhamdulillah. Selamat tinggal Istanbul. Selamat tinggal Turki.

Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar". (A-li'Imraan 3:168)

Rombongan Al Ilmi telah selamat mendarat dan meneruskan kehidupan masing2. Cuma K.Naziah, En.Rashid, Datuk Rusnani dan Datin Noridah tak ikut balik sebab meneruskan kembara mereka ke Bosnia. Sakan depa berjalan. Apa2 pun ini rombongan pertama aku pernah join (selain umrah) dan memang meletop la. Mula2 jumpa cuak juga. Datuk2 dan datin2 turut serta ni. Alahai.. kunci mulut aku nanti. Rupa2nya masing2 sempoi dan sporting. Boleh masuk line juga. Memang terbaik la. 

Jadi, untuk kesempatan itu, aku ambil peluang cerita serba sikit tentang setiap ahli rombongan. Terima kasih kerana sudi memberi sedikit maklumat utk pengetahuan peserta lain (walau dah intro dalam bas di Turki, tapi mana nak ingat kan?). Moga ukhuwah yg terjalin ini berkekalan, Insyaallah. Mohon ampun dan maaf dari kami suami isteri atas salah silap sepanjang kembara kita. Mohon ampun dan maaf juga atas sebarang salah bahasa, silap bicara di dalam blog ni.
2. Kredit gambar2 berikut buat semua ahli rombongan. Cut n paste mana yang boleh. Terima kasih. 
3. Nama2 ahli dapat dari senarai bilik peserta yang diterima sebelum bertolak ke Turki.
4. Maklumat2 yang ditulis dapat dari sumber yg sahih tau. Siap wasap setiap family. T.Kasih sudi beri kerjasama.

 

Mula2 sekali keluarga Azman Salleh dan Noor Azizah Sarmat. En.Azman atau lebih popular dgn panggilan Man JB (sebab kat wasap dia tulih yg tu rasanya), dulunya bekerja dengan Sime SIRIM. Dah 5 tahun pencen. Kalau dalam bas, memang suara dia yang pitching paling tinggi hahaha. Terbaik dan Yezzaaaa tu kira tagline En.Man dah! Kak Nora pula, sweet dan senyap jer. Walau dah umur 46 tahun tapi nampak muda macam budak2 univ lagi :). Lepas tamat diploma UiTM, K.Nora sambung buat degree di UTM secara part time. Dulunya kerja dia jual rumah kat developer. La ni dah 11 tahun mengusahakan jualan francais outpost dengan menjual baju sekolah dan perkhemahan. Di sini juga En.Man bersama2 K.Nora lepas pencen. Kedua2 anak mereka, Nur Nadia Syahirah (semester 4 di UiTM Sri Iskandar) dan Nur Natasya Syakirah (semester 3 di UTM Semarak) sedang mengambil diploma in property. Si bongsu Muhammad Hafiz Firdaus pula akan menduduki SPM tahun ini.

Seterusnya, Arfah Mohd Nasir dan Norhasliza Ahmad (Leez). Kedua2nya adalah pensyarah di UiTM Tapah. Kak Arfah berkelulusan dalam bidang kimia tapi boleh juga mengajar matematik. Asal orang Johor dan pandai masak ni. Tapi dok nampak hasil masakan dia kat fb jer la setakat ni. Belum sampai tahap nak pi makan lagi kat rumah dia lagi. Kalau atas bas masa kembara, ni geng pitching tinggi ngan Man JB. Kalau dia gelak, hahaha. Paham2 sendiri la no. Happy jer. Leez yang masih solo ni pula mengajar statistik. Asal dari Taiping, banyak senyum dari cakap. Dia wakilkan K.Arfah je kut untuk cakap? Leez ni kiranya kamceng K.Arfah utk kembara ke mana2. Baguih depa ni. Ke mana2 berdua.

 

Keluarga besar ni aku mula dari kanan. Maznah Hussin dan Adnan A Bakar. Kak Maznah telah bersara dari Jbtn Pendaftaran Negara pada 2009 setelah berkhidmat selama 34 tahun. Masa tu umur dia 56 tahun. Wah! Tengok steady ja K.Maznah pada usi 64 tahun. Masih bertenaga dan ceria. Suaminya En.Adnan bersara dari jabatan yang sama pada 2012 setelah berkhidmat selama 38 tahun. 

Dari kiri pula Abdul Ghafar Jalaludin dan Salmah Hussin serta anak mereka Nurul Nadiah. En.Ghafar baru bersara tahun lepas selepas 42 tahun bersama Toray Penfabric Sdb. Bhd (Mill 1). Lama betul dengan satu sykt! Kat mana aku nampak Toray ni ye? Yang tepi highway dekat Sbrg Jaya tu ke? Kak Salmah pula telah bersara pada 1997 semasa berusia 42 tahun dari Jbtn Pengangkutan Jalan P.Pinang. Awal K.Salmah pencen :) Aku pun nak pencen awal gak ler hihi. Si Nurul ni pula masih single dan bekerja sbg GIS Technical Writer di Sykt Esri, Petaling Jaya. GIS tu apa ya? Rumah K.Salmah selang sebuah dgn rumah K.Maznah. Senang no bila nak beraya.

Sebelah Nurul pula, Fazilah Hussin dan suaminya, Mohamed Anwar Ahmed. Antara depa dua tu  Faridah Hussin. 4 beradik anak2 Pak Hussin yang ikut kembara ni. K.Fazilah bersara dari Jbtn Pendidikan P.Pinang pada 2014. En.Anwar pula baru bersara tahun lepas dari Jbtn Akauntan Negara P.Pinang. K.Faridah pula satu jabatan dgn aku di UiTM P.Pinang selepas dia berpindah dari UiTM Perak pada 2004. Sebab tu dia dgn K.Arfah dah kamceng. Kalau pi travel selalu juga depa bersama.


Ini pula keluarga Abd. Mutalif Che Mat dan isteri, Fasehah Said, serta anak2 Nur Aqilah dan Nurul Atiqah dan cucu Sofieyatul Husna Mohd.Helmy. Datuk Mutalif bersara sbg seorang guru besar dan masih aktif bekerja sebab dilantik sebagai Pengerusi Pementoran Negeri Melaka di bawah Kementerian Pendidikan. Kak Fasehah (dah dapat permission panggil akak ni, lebih mesra) juga merupakan seorang guru pencen. Mereka dikurniakan 6 orang anak, 2P 4L dan 6 orang cucu. Aqilah, menamatkan zaman anak daranya selepas tamat diploma, adalah ummi pada Husna, si comel berusia 3 tahun yang tak banyak kerenah. Rupa2nya Aqilah ni lulusan diploma tahfiz dan qiraati! Husna yang comel ni pulak memang menyenangkan sepanjang kembara. Tapi nak sembang dgn dia kena speaking London tau, sebab abinya dah train dari kecil. Anak yang bijak dan solehah buat ummi dan abi Insyaallah. Atiqah pula dulu besama kakaknya Aqilah belajar hafazan di Johor. Selepas tamat SPM, dia sambung belajar bidang pra kanak2 di International Islamic College Gombak. Patutlah pandai jer layan si Husna yang memanggilnya Bonda. Mula2 dengar ingatkan si Husna panggil ummi dia, rupa2nya mak sedara dia. Moga cita2 Atiqah nak buka taska menjadi kenyataan suatu hari nanti.


Tiga sekawan yang agak mengkonpiuskan aku. Patutla muka serupa, kembar rupanya. Mohd Firdaus Md Noor dan isteri, Nadia Hanin Mohammad Nasir. Kembar Nadia, Nabila Zahin Mohammad Nasir. Firdaus dan Nadia baru 3 tahun berkahwin. La ni depa tinggal di Trengganu, negeri asal Firdaus, yang bekerja sebagai T.A arkitek utk projek istana baru Trengganu. Wow! Istana sendiri sure bole buat nih hihi. Arkitek ni suka dengan senibina bangunan. Memang sesuai sangat la ke Turki. Nadia, berasal dari Cheras, bekerja sbg esekutif account. Nabila bekerja dalam project mrt bersama ibunya sebagai QS Consultant. Depa bertiga ni senyap jer. Nak dengar suara dalam bas pun payah. Firdaus n Nadia, Insyaallah satu hari nanti Allah kurniakan anak pada kamu tepat pada waktunya, tidak cepat tidak lambat (copy kata2 Firdaus hihi). Lepas ni kalu gi Ganu, kita tahu dah nak cari sapa kat sana ye.

Yang bawah ni pun bertiga juga, tiga beradik. Shaarin (kakak), Sarina dan Suraini Mohd Ali (adik).  Sarina (kawan2 panggil Mcna) ni kawan MRSM aku dari F1 sampai F5. Tak sangka pula bila aku war2 dlm wasap group sekolah, dia nak join kembara ni. Macam tak percaya pulak aku. Setakat la ni yang aku tau, Sarina masih bekerja di Bhgn Kewangan BIMB Holdings (Sykt induk B.Islam). Kakaknya officially akan pencen tengah tahun depan sebagai chief cashier TNB Subang Jaya. Main dgn duit jer depa berdua ni. Adiknya pula yang dipanggil Juni kerja sebagai Quality Assurance dengan Company DXC (nak kena gugle ni).


Seterusnya kita kenali pasangan Herman Abd Latif dan Anisah Agus. En.Herman adalah seorang pesara TNB sejak 1998. Sejak itu, dia menjalankan perniagaan sendiri sampai la ni. Nak tau berniaga apa kena tanya tuan badan ya. Kak Nisah pula bekas guru yang bersara pada Julai 2015 di SMK Jln 3, Bandar Baru Bangi. Bangi-S.Alam dalam 45 minit ke sejam juga. Kut2 la kami tersampai sana, bole singgah kut K.Nisah ya.

Pasangan Shaharuddin Ishak (asal Melaka) dan Suhana Bakar (anak mami Penang ni) juga datangnya dari JB. Tahniah buat En.Din dan K.Su yang menyambut anibesari ke 27 tahun ni. Lambat lagi kami nak kejar ni hahaha. K.Su kata lepas dapat degree in Chemistry, dia kerja tak lama. Berhenti dan jadi surirumah. En.Din pula lagi 6 thn nak pencen sbg harbour pilot di Pelabuhan Tanjung Lepas. First time aku dengar jawatan harbour pilot atau Melayunya disebut malim. Bila tanya member depan opis (suami dia keja port Penang), baru aku faham. Lepas tu sorang member lak menyampuk malim gunung. Ok. Then apahal pulak malim kundang? Hahaha.. itu bukan gheja.. tu nak kena namanya.

 

Seterusnya pasangan ibu dan anak, Rodeah Ali dan Khairul Azwan Hashim. Mesti yang lain pun baru tau nama Kak Faridah yang kita dok panggil selalu ni sebenarnya lain. K.Faridah berasal dari Perak dan merupakan surirumah. Khairul, yg merupakan anak bongsu dari 3 beradik kerja di Hong Leong Bank Bhd. Anak mak ni masih bujang trang tang tang. Cubalah masuk kalau sapa2 ada calon tu hahaha. Bagi yang dah ke ke Felda Jelai 3, Gemas, tentu terpegun melihat kekemasan luar dan dalam rumah depa. Paling kagum tentulah halaman rumah yang terjaga rapi. K.Faridah kata ada dalam 400 pasu semuanya dan rumput2 pula memang dia potong sendiri guna gunting. Lanskap yang ada pun hasil kreativiti K.Faridah yang masih kuat dalam usia 62 tahun. Khairul pula, tak kan tolong tengok je kan? Dia kata signage yg ada  tu dia yang buat. Ok la tu. Ada gak usaha kan. 

Gambar sebelah pula ialah Datuk Rusnani Latip dan Datin Noridah Hj Nordin. Katanya, bulan ni Datuk akan pencen jawatan terakhir sebagai Timb. Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Melaka. Sebelum ini pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Melaka Tengah. Datin pula yg berasal dari Bt.Kikir, Kuala Pilah sempat bekerja selama 6 tahun dgn Kemajuan Negeri Pahang. Menjadi surirumah sejak mendapat anak sulung pd 1982. Mempunyai 2 pasang anak dan 4 org cucu. La ni Datin ikut suami yg bertugas di Sabah. Sapa2 nk ke Sabah baik cepat sebelum Datin pindah balik sini tak lama lagi. K.Arfah n Leez nk ke Sabah hujung bulan ni, apa lagi. Dah coling2 ke?

 

Ini yang jadi gambar pecah 4 sebab tak jumpa gambar mereka berdua. Minta maaf ya. Pasangan Rashid Ab Hamid dan Naziah Ramli. Kalau tak salah, En.Rashid baru bersara tahun lepas. Dalam grup rajin betul En.Rashid post video2. Insyaallah semua video tu kami tonton. K.Naz pula masih bertugas di Jbtn Pendidikan Negeri Melaka. K.Naz ada sebut, dalam  setahun kebanyakan cuti tahunan dia habis dengan melancong. Jeles pulak aku yg susah betul nak gi jejalan sebab terikat dengan kuliah. Tak sabar nak pencen cepat.

Yang bawah pula Isa Othman dan Zubaidah Ab Razak.  Hj.Isa bersara sbg penyelia Bhgn. Pembangunan di Jbtn Pendidikan Melaka. K.Naz kata Hj.Isa ni jam 9 mlm dah tidur. Jadi kalau nak cari dia kena sebelum detik 9 mlm.  Kak Zubaidah pula bersara sebagai guru di SMK Gajah Berang, Melaka. Sejak bersara, mereka suka berkebun, tanam pisang dan ada masa2nya pergi melancong, selain menjaga 2 orang cucu. Dalam grup Turki rasanya Hj.Isa dah left. Tapi tak pe. K.Zubaidah ada boleh buat laporan kan, kan akak kan? Kalau tengok kaitannya. keluarga Datuk Mutalif, K.Naz, Hj.Isa, Datuk Rusnani dan Datin Noridah ni memang dah kenal lama dan mereka pun selalu melancong bersama2 bila berpeluang. Geng jalan2 tengok tempat orang :) 


Pasangan seterusnya ialah Abd Wahid Ramli dan Halimah Said. En.Wahid yg berasal dari K.Kangsar bertugas di Pej. Pendidikan Daerah Kerian dan akan bersara wajib pada Sep 2018 selepas 37 thn berkhidmat. Sebelum ini bertugas di Sabah dan sekarang menetap di Parit Buntar. Kak Halimah pula adalah guru besar di SM di Tanjung Piandang. Insyallah akan bersara pada Ogos 2018 selepas 31 tahun berkhidmat. Wah! Tahun depan En.Wahid dan K.Halimah dah jadi YB (yang bersara!). Lepas jadi YB nanti senang nak ke mana2 katanya :).

Akhir sekali ialah Zahrah Sawidi dan anaknya Sakinah Mohd Farid. Kak Zahrah dulu kerja dgn HSBC Ipoh, kemudian ke JB dan last sekali Seremban. Menerima tawaran VSS, makanya tahun 1999 dah berhenti kerja. Aku ingat lagi K.Zahrah ada sebut dia pernah ke Mesir dan Jordan sebab anak2nya ada di sana. Jadi senang dia berjalan. Sakinah yang bersama K.Zahrah ke Turki bekerja sbg esekutif finance di Sykt T System Cyberjaya. Ingatkan dok belajar lagi sebab macam student. Rupanya ramai ingat dia student, bukan aku sorang saja.

Tamat sudah kisah ahli kembara. Ada satu lagi. Since ada juga yang tanya, Aina pula camna? Ok lah. Aku cerita sikit. Aku, Noor 'Aina Abdul Razak kenal En. Suami, Mohd Azahar Mohd Ariff, masa belajar di Tucson (sebut Tu-son), Arizona. Habis degree, kami kahwin 7-9 (kut2 ada yg nak bagi hadiah tiket honeymoon ke, aku habag awai2 hahaha). Jadinya Lang Merah Sg.Petani vs JDT Bt.Pahat ni. Kalau dia 1-9 aku pula 1-4 (cer teka cer teka no apa ni. Nak hadiah lagi ni hahaha). Alhamdulillah kami dikurniakan 3 puteri dan seorang putera. Auni(19) 14-9, Busyra(17) 14-10, Dalilah(14) 14-2 dan Emad Farras(6) 7-10. Awat nombor banyak sangat? Saja nak cerita. Cuba tengok nombor2 yang aku bold. Tak lari ke mana pun tarikh2 dalam family kami. Mula2 dulu En.Suami keja dgn kilang motor Modenas sbg perintis. Lepas dua tahun dia jadi perintis di Silterra Sdn.Bhd pula. Lepas tu baru dia join UiTM Penang. Aku pulak sempat menganggur 2 bulan terus kerja sbg pensyarah di UiTM S.Alam setahun sebelum pindah ke Penang. Rupanya dah 21 thn aku jadi pensyarah. Dah tua rupanya hahaha.

Oklah. Tak leh banyak2, sat gi yang sikit jadi banyak yg pendek jadi panjang. Sampai sini dulu. Ini adalah entri terakhir tentang kembara Turki. Insyaallah, kita akan berjumpa lagi di masa lain macam hari tu. Jalan2 berhari raya (umah Kerol dan En.Wahid) atau jln2 cari makan umah kawan2 (aci tak K.Maznah n K.Salmah?). Semoga semua ahli kembara dalam rahmat dan redha Allah swt serta dikurniakan kesihatan utk terus beribadah dalam menikmati kurniaanNya. Jumpa lagi Insyaallah. Sekian.