Tuesday, October 30, 2012

On Tow

Rabu lepas, balik dari ambil kakak di asrama timing belt wira aku putus la pulak. Tiba2 je aku dgr bunyi sesuatu di enjin. Kereta pun slowly terhenti tepi highway. Masa tu aku, kakak n Angah yg ada.

Di sinilah wira aku stop. Km89 arah selatan antara Gurun dan SP Utara. Nak panggil sapa ya? Aku call Ayah Wan. Suami dah sampai Bt.Pahat masa ni sambut raya di sana. Call PLUS, 30 min tak sampai juga.

So, aku ambil juga tow truck ni. RM50 ke bengkel terdekat. Okey la tu..Ayah Wan n family ikut di belakang sebab tak boleh dah nak buat camna.

First time kena tow. Selama ni tengok kereta org ja..la ni kena kat diri sendiri..dapat la merasa.

Timing belt putus la kak. Kita tengok valve pulak. Aiya..valve pun sudah bengkok maaa.. Mau ganti ni.. Masa tu dah hampir 7mlm... Bole siap ka Tauke? Esok petang lu datang amik maaa. Banyak mau tukar ni. 

Petang Khamis aku pi amik wira hanguslah RM980. Udahlah sebulan b4 tu dah tukar absober n benda lain RM1014 hangus... Macam tau2 nak dpt bonus bulan depan. Jiran aku suruh jual ja.. Mana bole..sayang. Nak beli baru tunggu2 dulu la bila ada rezeki lebih.

Terima kasih Ayah Wan, Mak bedah, kakak n kak cik sebab tolong kami.

Wednesday, October 17, 2012

Happy Birthday Angah

Seminggu lepas Emad, ulangtahun Angah pula. Tak sempat nak masak. paginya Angah ada ujian tahfiz utk kemasukan Maahad Tahfiz Sains Kedah dari pagi ke petang. Hujan lebat gila hari tu. Yah pula ke sekolah masuk mewarna. Aku order kek je la.

lepas ni bole la buat ic

food tak banyak..makan je la apa yg ada

nak tolong tok sapu sampah yeee


Birthday Angah 14hb sebenarnya. Buat 13hb sebab Auni ada. Petang tu abah dah antar kakak balik asrama.

Wednesday, October 10, 2012

One-year old Emad

7 Okt genap setahun umur Emad Farras. Sambutan birthday Emad dibuat di Taska Kasih Alif keesokan harinya. Sebab hari Ahad tu tak ramai budak2 yg datang. Kek sebiji utk Emad. Goodies... ibu dah prepare minggu lepas lagi.Sebabnya teruja sangat sampai terlupa yg 7 hb tu minggu ni. Angah pun heran tengok ibu beria-ia bungkus goodies awal sgt. Eh..ya..ka? seminggu lagi ka birthday Emad?


muka budak tengah makan biskut

yahuuu..i can read the paper now.

Emaddd... look here la

Dua2 budak drjh 2 tapi saiz berbeza.Ingatkan adik ngan abang.

Tok kata "Awat mulut Emad berdarah?" Bukan la..coklat kek tu

mai sini aku suap hang..mai la..

Selamat ulang tahun Emad. Semoga menjadi anak yg soleh dan dirahmati Allah swt.

Friday, October 5, 2012

Basah

Hujan lebat semalam. Bilik/opis aku bocorrrr. meja aku dan roomate basah. Kertas2 bertimbun atas meja kebanyakan kena air hujan yang bocor dari siling. Berselerak la hari ni mengeringkan kertas2 dgn bantuan kipas angin.



Inilah keadaan semasa. Mengeringkan kertas2 jurnal2 yg basah. Atas meja, di lantai, di kabinet, meja teman sebilik, di bangku dan mana saja yg boleh. Ada yg tercabut kena stapler semula, yg koyak guna lah seadanya. Alhamdulillah. Tidak seteruk opis seorang rakan yg perlu meletak baldi menahan air hujan!