Tuesday, October 30, 2012

On Tow

Rabu lepas, balik dari ambil kakak di asrama timing belt wira aku putus la pulak. Tiba2 je aku dgr bunyi sesuatu di enjin. Kereta pun slowly terhenti tepi highway. Masa tu aku, kakak n Angah yg ada.

Di sinilah wira aku stop. Km89 arah selatan antara Gurun dan SP Utara. Nak panggil sapa ya? Aku call Ayah Wan. Suami dah sampai Bt.Pahat masa ni sambut raya di sana. Call PLUS, 30 min tak sampai juga.

So, aku ambil juga tow truck ni. RM50 ke bengkel terdekat. Okey la tu..Ayah Wan n family ikut di belakang sebab tak boleh dah nak buat camna.

First time kena tow. Selama ni tengok kereta org ja..la ni kena kat diri sendiri..dapat la merasa.

Timing belt putus la kak. Kita tengok valve pulak. Aiya..valve pun sudah bengkok maaa.. Mau ganti ni.. Masa tu dah hampir 7mlm... Bole siap ka Tauke? Esok petang lu datang amik maaa. Banyak mau tukar ni. 

Petang Khamis aku pi amik wira hanguslah RM980. Udahlah sebulan b4 tu dah tukar absober n benda lain RM1014 hangus... Macam tau2 nak dpt bonus bulan depan. Jiran aku suruh jual ja.. Mana bole..sayang. Nak beli baru tunggu2 dulu la bila ada rezeki lebih.

Terima kasih Ayah Wan, Mak bedah, kakak n kak cik sebab tolong kami.

1 comment:

  1. Kereta lama macam tulah. Regular servis sudah tentu, bab hal2 lain lagi... Ok juga tak semua rosak, kalau takkkk, RM lagi la

    ReplyDelete