Friday, June 23, 2017

Melawat Underground City

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (A-li'Imraan 3:142)


Perjalanan ke Underground City tidak jauh. Tapi yang mana satu ya? Rasanya kami ke Kaymakli kut. Nak lihat rumah2 yang dibina di dalam tanah/bukit.

 

Di daerah ini dari jauh dah kelihatan seperti lubang2 tingkap pada bukit2 di sana. Lubang yang dibina untuk pengudaraan.


Bukit yang satu ini memang jelas menunjukkan lubang2 macam rumah merpati la pulak. Masih adakah orang yang mendiami rumah2 begini?


Makin jelas bila kami tiba ke destinasi yang dituju. Sangat mengkagumkan bila tengok panorama begini. 

 

Nak menuju ke rumah underground kena menapak naik bukit sikit..sikit jer..macam naik gon kata orang utara.

Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri). (A-li'Imraan 3:143)


Ahli rombongan Cik Kiah menaiki bukit menuju ke kedai kecil ini. Pintu masuk underground house ni di bangunan belakang di belakang kedai. Kedai ni walauun kecil, menjual cenderahati, tapi tandas dia tetap bersih dan tiada bau yang tak enak.

Gambar atas pinjam gambar ahli jemaah
Mula2 masuk kami lalu ruang dapur dahulu. Lubang pengudaraan pun ada. Kemudian melalui lorong2 yang dibina ada ruang tamu, ruang menyimpan makanan, ternakan, ruang berkumpul. Ada ruang2 tertentu terdapat pintu bulat yang boleh digolekkan untuk menutup ruang. Ini untuk keselamatan penghuni terutama ketika berlaku peperangan/pemberontakan masa itu. Memang hebat orang2 masa ni. Nak menggali lubang dan membina ruang dengan peralatan terhad. Kat dalam tu memang sejuk tak perlu aircorn dah.


Dalam 30 minit kami dah keluar melalui tangga ini betul2 disebelah kedai tadi. Pada sesiapa yang pernah ke Vietnam, Chu Chi Tunnel lagi sempit dan rendah. Yang ini boleh lagi berdiri dan tunduk kepala. Omer bagitau masih ada yang menginap dalam rumah2 begini tapi tak ramai. Malah yang buat renovation pun ada!


Kalau tak salah, selepas itu kami ke sini. Tak kisah la. Tapi sini tempat buat dan jual kapet Turki yang sangat terkenal. Siap ada kapet terbang lagi hahaha. Siapa yang kena dia tahu la. Buatan kapetnya memang bermutu. Cotton dan wool, cotton dan silk, silk dan wool. Ntah apa lagi la. Yang ada silk yg sangat halus dan mahal mereput!


Pekerja ini orang tempatan. Mereka perlukan duit jadi datang tenun kapet di sini. Hasil tenunan akan dijual dan mereka dapat bahagian mereka. Tapi banyak mana depa dapat income melalui tenunan ni? Jari2 pun dah luka. Tenunan depa dijual harga ribu riban. Masuk poket penenun berapa? Ada yang beli ke kapet hari tu? Yang paling kecil besar saputangan pun hampir 100lira! Kopak!

Thursday, June 22, 2017

Permata oh Permata Biru

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. (A-li'Imraan 3:141


Inilah penginapan untuk 2 malam di Cappadocia. Akhirnya boleh berehat lama sikit. Tak de la kalut pagi2 kena check out nak ke tempat lain pula. Bilik kat sini alhamdulillah selesa sangat. In fact, semua hotel yg kami bermalam sangat2 selesa. Sangat2 puas hati.


Pagi ni keluar agak lewat dari hotel. Nak pi ambil mereka yang naik belon pagi2 subuh tadi. Sure ada yang mengantuk gila sebab keluar sangat awal.


Sejak hari pertama tiba, satu perkara yang jelas tentang Turki, di mana2 pun akan nampak masjid yang bentuknya serupa seperti di atas. Saiznya pun hampir2 sama. Di sini masjid dipanggil cami (jamek) dan surau pula dipanggil mescid (masjid).


Cantik pemandangan batu2 di tempat pick up penerbang2 belon tadi :) Sayangnya kami tidak diberi peluang utk turun dan melawat kawasan. Aku rasa peluang lawat kawasan sekitar tempat mereka menunggu adalah lebih menarik daripada....


Ya.. daripada masuk Blue Art Center yang tak jauh dari situ. Kedai/pusat menjual barangan kemas/hiasa daripada permata. Terutama permata biru/turquois yang menjadi kebanggan Turki.


Memang barangan kemas yang dijual sangat cantik. Merambang biji mata tengok. Malangnya aku bukan hartawan untuk membeli. Tambahan pula aku kurang minat dengan barang kemas.

Gambar pinjam siapa punya pun tak ingat dah. Tuan Man JB kut :)

Man JB sempat lagi berposing hihi. Datin beli apa tu Datin? Mesti cantik kan? Saya tumpang tengok kecantikan barangan dan batu permata cukuplah. Alhamdulillah. Kalau beli pun belum tentu pakai..huhuhu.
  

Wednesday, June 14, 2017

Mari Terbang Bersama Mereka - 30/4/2019

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. (A-li'Imraan 3:140)

 

Malam tadi tiba hotel dah maghrib. Lepas dinner baru naik bilik. Nak mandi solat dan sebagainya, dalam pukul 12 mlm juga baru boleh tidur. Esok pagi 8.30am dah nak bertolak. Tapi ada dalam 24 peserta ni, jam 3am dah kena bangun bersiap sedia. Aku tak termasuk dalam golongan ni sebab banyak perkara perlu diambilkira - consider all factors.

 

Depa ni nak naik hot air balloon Cappadocia yang terkenal seantero dunia. 200USD satu kepala. Errr...RM800 juga tu. Lepas dah aku sorang untuk tiket, hotel dan belanja untuk travel kurang2nya Bangkok ke hahaha.


Satu belon ni untuk 20 orang, 5 orang bagi setiap petak. Pukul 5am katanya belon akan mula terbang. Awai betul!.

 

Dalam banyak2 nama awat yang ni yang terpilih? Saja la. Nak tunjuk yang ini aktiviti peserta dalam belon yang Datuk Rusnani naik. Cuma tak dapat tulis di kepulan awan saja.


Dalam sejam lebih sudah berpijak di bumi nyata. Pengalaman sekali seumur hidup. Siap dapat sijil lagi. Tahniah.

 

Antara pemandangan udara yang sangat cantik hasil bidikan kamera peserta.


Dan lagi. Cantik bangat !


Kami yang tak naik belon? Kami diberitahu kalau tak naik tak boleh ikut tengok sebab kawasan belon tu memang khas untuk peserta dan belon sahaja. Sebab sekali belon naik tak tahu landingnya di mana. Kereta/jeep utk setiap belon kena ikut ke mana belon tu terbang dan akan landing. K.Naz kata "tak dapat naik belon ikut belakang kereta bawa belon pun jadilah!" Hahaha. Jadilah K.Naz ya.

Nota: Semua gambar2 pada entri ini saya bagi kredit buat peserta yang naik belon. Saya dah tak tahu siapa tuan punya. Terima kasih kerana bagi kebenaran.

 

Friday, June 9, 2017

Caravanserai? Apa tu? - 29/4/2017

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. (A-li'Imraan 3:138


Destinasi kedua, kita singgah sekejap di sebuah tinggalan caravanserai di Aksaray. Hasil carian di Google, caravanserai bermaksud bangunan yang dibina untuk memberi perlindungan atau sebagai tempat rehat kepada pengembara/pedagang bersama barang2 dan ternakan mereka sepanjang laluan kafilah masa dahulu. Rupa-rupanya banyak caravanserai di dunia ini seperti di Syria, Iran, Armenia, Israel dan lain2 lagi.


Terdapat tiga caravanserai di sekitar Aksaray tetapi bangunan caravanserai Sultanihi terletak di barat Aksaray, Konya merupakan yang terbesar dan terbaik semasa zaman Seljuks. Dibina pada tahun 1229 dan ia adalah percuma buat para pedagang yang singgah!

 

Memasuki kawasan  bangunan, terdapat satu ruang terbuka (mungkin utk ternakan) dan satu ruang tertutup seperti bilik2 hotel (untuk para pedagang). Bila masuk ke bilik2 tersebut terasa sangat sejuk seperti ada aircorn. Dinding2nya memang sejuk kalau pegang.



Sruktur bongkah2 batu  binaan bangunan katanya dibuat dengan mencampurkan telur ke dalam bancuhan (kalau tak salah pendengaran aku). Mungkin itu satu faktor yang membantu memberi rasa sejuk tadi.
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (A-li'Imraan 3:139

Ok. Fine! Gambag kami lagi ye? Hahaha. Fokus utama adalah pokok berbunga putih tu. Pokok yang jadi tumpuan jemaah Al Ilmi untuk bergambar. Pokok ceri ke? Rasanya betul kut.


Berhampiran bangunan ini terdapat Green Garden yang menjual cenderahati dengan harga yang sesuai. Tambahan pula ada seorang peniaga yang boleh berbahasa Melayu! Apa lagi? Tak beli ke? Masing2 nampak WC kat dalam tu lagi menarik daripada mamat Turki berbahasa Melayu di luar hahaha.


Lupa pulak kita ni dari Pamukkale nak ke Cappadocia yang mengambil masa sekitar 7-8 jam juga. Penatnya alahai. Macam dari Kedah nak balik Johor huhuhu.


Tapi alhamdulillah. Perjalanan yang jauh dijamukan dengan pemandangan yang sangat memukau. Sebab lain dari yang biasa kan? Cuba kalau Kedah-Johor yang setiap tahun dok lalu. Rasa macam dah jemu sebab pemandangan sama saja :)


Dari kejauhan boleh nampak gunung memutih di sana. Masih bersalji. Omer ada bagitau nama gunung tu tapi tak ingat. Dan katanya juga gunung ini digunakan untuk 'skiing'. Subhanallah. Cantiknya pemandangan. Tapi bila nak sampai hotel ni?


Akhirnya, bila malam menjelang, tubuh sudah keletihan, tenaga kehabisan, Al Ilmi tiba di penginapan. Menanti dalam kesabaran untuk mendapat kunci ke kamar peraduan. Nak ke kamar dahulu? Kami memilih untuk santapan malam dalam kedinginan hembusan bayu malam Kapadokya.
 

Tuesday, June 6, 2017

Jom Kita ke Konya - 29/4/2017

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (A-li'Imraan 3:134)

Aku betul2 suka penginapan sini. Tenang dan damai. Buka pintu bilik, ngadap ler palm tree nan sebatang ini. Yang tak best satu jer.. bilik di tingkat 2 kena naik tangga. Kalau sehari lima enam kali naik turun, boleh turun dua tiga kilo tak pa la juga. 


Terserlah ke'macho'an tour leader kita di sini hahaha. Mesti baru lepas breakfast dan balik bilik untuk agenda seterusnya hahaha. Ampun Hj.Mad, gurau2 ya. Sebenarnya laluan ini peberet aku. Asal lalu je mesti bau maple menusuk hidung. Pagi2 lagi kuat bau pokok maple di sini. Teringat Tucson huhuhu walau Tucson tak banyak maple tapi bau yg ada di sini rasa macam nak stay terus ja.


Macam hari sebelumnya juga. Check in lambat check out awal, 7.30am. Eh.. tak ada pulak ya kelibat anjing besar ala2 wolf yang jadi penunggu di sini. Macam nak ikut naik bas ja anjing tu. Atau K.Arfah dah masukkan dia dalam beg besar hahahaha. Kan dia dok folo K.Arfah tadi?


Alhamdulillah. Balik dari hotel dapat singgah di tasik/kolam yang dilihat dari puncak Pamukkale semalam. Kawasan perkampungan yg aku rasa teringin nak tengok. Natural park swimming pool rupanya.

Pinjam gambar dari album Hj.Mad
Welfie beramai2 berlatar belakang putih salju Pamukkale. Tak cukup korum juga tu sebab ada yang masih melayan penjual2 cenderahati di situ.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li'Imraan 3:135)
 

Perjalanan diteruskan menuju Cappadocia. Tapi kita akan singgah di Konya dulu untuk melihat sejarah yang ada. Sepanjang perjalanan, boleh lihat kiri kanan luas terbentang kawasan pertanian di sini. Ceri (tengah berbunga putih), zaitun, anggur dan rasanya ada wheat juga.


Eh. Eh. Lupa pulak kita belum lunch lagi. Tak rasa lapar sangat bila melayan keasyikan pemandangan yang ada.


Dua meja panjang utk Al Ilmi menjamu selera di Aksehir. Menu? Sup lentil dan roti, nasi dengan ayam/daging, salad dan air kosong. Dah cemuih dah kut no?

 

Jadi kita tambah perisa sos cili yang dibawa Hj.Mad (toyu/kicap pun dia bawa haaa), serondeng ikan K.Arfah dan sambal ikan bilis Datuk Mutalif. Terima kasih semua. Alhamdulillah. Ada la kelainan rasa sikit. Kena pula terung masakan Turki yang memang sedap. Fuh.. terbaik. Sayangnya, nasi memang tak boleh tambah :( Kenapa? Why? Why? Why Omer?

 

Selesai makan dan of course lawat WC, kita bergerak ke Mevlana Museum. Siapa Mevlana ni? Nama penuhnya Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī yang juga dikenali sebagai Jalāl ad-Dīn Muhammad Balkhī, Mevlânâ/Mawlānā (مولانا, "our master"), Mevlevî/Mawlawī (مولوی, "my master"), tapi lebih popular sebagai Rumi (30 September 1207 – 17 December 1273). Beliau merupakan "a 13th-century Persian, Sunni, Muslim poet, jurist, Islamic scholar, theologian, and Sufi mystic" [Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Rumi, http://www.allaboutturkey.com/mevlana.htm, http://mevlana.net/]

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (A-li'Imraan 3:136)



Muzium Mevlana yang terletak di Konya ini adalah moseleum Mevlana Jalal ad-Din. Biasanya Konya akan dikaitkan dengan 'whirling dervishes" yang diinspirasikan daripada Mevlana oleh pengikut2nya. Benda apa tu? Alaaa. Yang orang lelaki pakai jubah putih besar dan kembang menari2 berpusing2 tu. 

Nak masuk dalam tu punya la ramai orang. Nampak macam crowded tapi tak pun. Dalam tu pun bukan besar mana. Masuk - keluar ada dalam 5 minit dengan syarat tak belek dan teliti satu2 baranglah ye.

Yang anak panah hijau tunjuk ialah kedudukan makam Mevlana. Replika turban hijau dan yang terbesar di dalam muzium ni. Yang turban putih ni pengikut2 beliau barangkali. Tak dapat nak baca dari dekat sebab ramai tertumpu di situ.


Kiri bawah: Quran semasa Ottoman 1851. Kiri atas: Quran semasa Seljuk 1268. Kanan: Dikatakan di dalam bekas ini terdapat rambut/janggut Nabi Muhammad dan ada lubang kecil untuk mencium bau wangi dari situ. Wallahuaklam.
 

Atas: Quran semasa Ottoman 1838. Bawah: Rehal yang memang besar punya.


Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (A-li'Imraan 3:137)


Dah keluar? Sekejap jer. Kat luar dengan panasnya, ramai orang lagi. Cepat. Cepat. Kita balik ke bas.

Sebelum tu, tak lupa punya bunga2 yang kembang setaman di sini. Tulip pelbagai warna dan bentuk. Selama ni ingat ada satu bentuk saja. Rupanya tidak.
 

Itulah patung replika yang menarikan 'the whirling dervishes' atau kita panggil Tarian Sufi. Jubah, gerak tari, turban dan kedudukan tangan semuanya memberi maksud tertentu. Tapi ini anak murid tak dapat ingat apa yang Omer ceritakan, hihi. Eh! Ada tren la. Tak perasan pun tadi. Kita tak bole naik ke? Nak la merasa sekali.


Boleh terjemah? Parking untuk karavan bas. Giris = masuk. Cikis = keluar. Tiba2 teringat cikadees hahaha. By the way, dekat2 sini ada jual cenderahati magnet yang sangat murah. Silalah habiskan duit anda ya.

Dah cukup semua 45 orang. Al Ilmi jom kita ke tempat seterusnya. Nama tempat ni macam ala2 serai gitu. Banyak pokok seraikah?