Tuesday, June 6, 2017

Jom Kita ke Konya - 29/4/2017

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (A-li'Imraan 3:134)

Aku betul2 suka penginapan sini. Tenang dan damai. Buka pintu bilik, ngadap ler palm tree nan sebatang ini. Yang tak best satu jer.. bilik di tingkat 2 kena naik tangga. Kalau sehari lima enam kali naik turun, boleh turun dua tiga kilo tak pa la juga. 


Terserlah ke'macho'an tour leader kita di sini hahaha. Mesti baru lepas breakfast dan balik bilik untuk agenda seterusnya hahaha. Ampun Hj.Mad, gurau2 ya. Sebenarnya laluan ini peberet aku. Asal lalu je mesti bau maple menusuk hidung. Pagi2 lagi kuat bau pokok maple di sini. Teringat Tucson huhuhu walau Tucson tak banyak maple tapi bau yg ada di sini rasa macam nak stay terus ja.


Macam hari sebelumnya juga. Check in lambat check out awal, 7.30am. Eh.. tak ada pulak ya kelibat anjing besar ala2 wolf yang jadi penunggu di sini. Macam nak ikut naik bas ja anjing tu. Atau K.Arfah dah masukkan dia dalam beg besar hahahaha. Kan dia dok folo K.Arfah tadi?


Alhamdulillah. Balik dari hotel dapat singgah di tasik/kolam yang dilihat dari puncak Pamukkale semalam. Kawasan perkampungan yg aku rasa teringin nak tengok. Natural park swimming pool rupanya.

Pinjam gambar dari album Hj.Mad
Welfie beramai2 berlatar belakang putih salju Pamukkale. Tak cukup korum juga tu sebab ada yang masih melayan penjual2 cenderahati di situ.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li'Imraan 3:135)
 

Perjalanan diteruskan menuju Cappadocia. Tapi kita akan singgah di Konya dulu untuk melihat sejarah yang ada. Sepanjang perjalanan, boleh lihat kiri kanan luas terbentang kawasan pertanian di sini. Ceri (tengah berbunga putih), zaitun, anggur dan rasanya ada wheat juga.


Eh. Eh. Lupa pulak kita belum lunch lagi. Tak rasa lapar sangat bila melayan keasyikan pemandangan yang ada.


Dua meja panjang utk Al Ilmi menjamu selera di Aksehir. Menu? Sup lentil dan roti, nasi dengan ayam/daging, salad dan air kosong. Dah cemuih dah kut no?

 

Jadi kita tambah perisa sos cili yang dibawa Hj.Mad (toyu/kicap pun dia bawa haaa), serondeng ikan K.Arfah dan sambal ikan bilis Datuk Mutalif. Terima kasih semua. Alhamdulillah. Ada la kelainan rasa sikit. Kena pula terung masakan Turki yang memang sedap. Fuh.. terbaik. Sayangnya, nasi memang tak boleh tambah :( Kenapa? Why? Why? Why Omer?

 

Selesai makan dan of course lawat WC, kita bergerak ke Mevlana Museum. Siapa Mevlana ni? Nama penuhnya Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī yang juga dikenali sebagai Jalāl ad-Dīn Muhammad Balkhī, Mevlânâ/Mawlānā (مولانا, "our master"), Mevlevî/Mawlawī (مولوی, "my master"), tapi lebih popular sebagai Rumi (30 September 1207 – 17 December 1273). Beliau merupakan "a 13th-century Persian, Sunni, Muslim poet, jurist, Islamic scholar, theologian, and Sufi mystic" [Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Rumi, http://www.allaboutturkey.com/mevlana.htm, http://mevlana.net/]

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (A-li'Imraan 3:136)



Muzium Mevlana yang terletak di Konya ini adalah moseleum Mevlana Jalal ad-Din. Biasanya Konya akan dikaitkan dengan 'whirling dervishes" yang diinspirasikan daripada Mevlana oleh pengikut2nya. Benda apa tu? Alaaa. Yang orang lelaki pakai jubah putih besar dan kembang menari2 berpusing2 tu. 

Nak masuk dalam tu punya la ramai orang. Nampak macam crowded tapi tak pun. Dalam tu pun bukan besar mana. Masuk - keluar ada dalam 5 minit dengan syarat tak belek dan teliti satu2 baranglah ye.

Yang anak panah hijau tunjuk ialah kedudukan makam Mevlana. Replika turban hijau dan yang terbesar di dalam muzium ni. Yang turban putih ni pengikut2 beliau barangkali. Tak dapat nak baca dari dekat sebab ramai tertumpu di situ.


Kiri bawah: Quran semasa Ottoman 1851. Kiri atas: Quran semasa Seljuk 1268. Kanan: Dikatakan di dalam bekas ini terdapat rambut/janggut Nabi Muhammad dan ada lubang kecil untuk mencium bau wangi dari situ. Wallahuaklam.
 

Atas: Quran semasa Ottoman 1838. Bawah: Rehal yang memang besar punya.


Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). (A-li'Imraan 3:137)


Dah keluar? Sekejap jer. Kat luar dengan panasnya, ramai orang lagi. Cepat. Cepat. Kita balik ke bas.

Sebelum tu, tak lupa punya bunga2 yang kembang setaman di sini. Tulip pelbagai warna dan bentuk. Selama ni ingat ada satu bentuk saja. Rupanya tidak.
 

Itulah patung replika yang menarikan 'the whirling dervishes' atau kita panggil Tarian Sufi. Jubah, gerak tari, turban dan kedudukan tangan semuanya memberi maksud tertentu. Tapi ini anak murid tak dapat ingat apa yang Omer ceritakan, hihi. Eh! Ada tren la. Tak perasan pun tadi. Kita tak bole naik ke? Nak la merasa sekali.


Boleh terjemah? Parking untuk karavan bas. Giris = masuk. Cikis = keluar. Tiba2 teringat cikadees hahaha. By the way, dekat2 sini ada jual cenderahati magnet yang sangat murah. Silalah habiskan duit anda ya.

Dah cukup semua 45 orang. Al Ilmi jom kita ke tempat seterusnya. Nama tempat ni macam ala2 serai gitu. Banyak pokok seraikah?

No comments:

Post a Comment