Monday, August 30, 2010

Mercun

Minggu depan dah mula cuti sekolah seminggu. Anak-anak belum minta bunga api dan mercun lagi. Kalau tak minta pun tak pa. Aku lagiiiiiii suka. tapi aku baru baca
http://muhdkamil.org/blog/?s=mercun Teringat masa aku kecik-kecik dulu. Masa tu umug aku dalam 5-7 tahun rasanya.

Masa dulu mercun katak, mercun papan, mercun lalat, mercun roket, dan segala nama mercun ada. Aku tak berapa suka main mercun sebab takut tapi sesekali aku layan juga. Nak jadi cerita, satu malam aku join sepupu sepapat dan anak-anak jiran main mercun. Aku duk di tepi saja tengok depa main. Ada sorang budak ni cucuh mercun lalat dan baling ke arah mana ntah. Dah namanya lalat...macam tahu saja melilau-lilau cari tempat nak hinggap. Dalam banyak-banyak tempat kain aku jugak dia hinggap. Apa lagi...berlubang la. Dan sehingga ke hari ini parut akibat kena mercun lalat masih ada kat kaki aku. Oleh sebab tu juga aku dah tak main mercun.

Tapi la ni, bila anak-anak minta aku memang tak belikan mercun. Kesian punya pasal aku belikan juga bunga api serba sikit dan mercun pop-pop (bila baling ke tanah bunyi pop). Tu saja mercun yang aku boleh belikan. Setakat ni Alhamdulillah depa bole terima. Masalahnya bila dekat nak ghaya...Ada la pulak tukang beli atau sponsor ni. Bila dah sepupu-sepupu main mercun yang dibeli ibu ayah depa, anak-anak pun tumpang main. Nak larang tak guna. Biar le..budak-budak. Yang biar ni yang aku tak suka...Kalau dibiarkan ntah apa yang depa buat nanti.

Dah banyak kisah keluag dalam suratkhabar. Yang kena akibat main mercun dah tentu. Ini ramai yang kena akibat mercun anak jiran atau mercun kawan yang ntah dari mana terbangnya. Macam ada benda yang control je mercun tu utk pergi ke mana-mana. Aku harap lepas ni tak ada lagi cerita budak-budak cedera sana sini akibat mercun. Pantaulah anak-anak bila mereka tengah bermain. Masa tu depa bukan nak ingat dunia dah..hanya kegembiraan nak sambut raya saja yang ada. Wallahualam.

Tuesday, August 24, 2010

Ikan laga

Semalam Dalilah demam. Sehari suntuk aku di rumah dengan dia. Demam-demam pun 4 kali dia makan nasi semalam. Masa sahur tadi sebelum tido semula siap berdoa "Ya Allah ya Tuhanku..bagilah today and tomorrow I boleh pegi sekolah". Tapi sebelum tu ikan laga tu dah dijeguk berkali-kali. Gamaknya kalau boleh bawa tido dah tentu ada sebelah bantal tu.


Cakap pasai ikan laga teringat masa aku kecik-kecik dulu. Tinggal di kampung yang dikelilingi sawah padi. Apa lagi. Asal free saja, kalau tak main, ke sawah la dengan kawan-kawan. Bukan memancing pun...bila tiba musim mencari ikan laga..maka berbondong-bondonglah kami. Dapat 7-8 ekor kira oklah. Kalau mati sekor dua esok pegi lagi cari ganti.
Rupa ikan laga sawah ni tak le secantik yang dijual secara komersial tu tapi oklah untuk budak-budak kampung macam aku ni. Lebih kurang beginilah rupanya laga sawah. Ni kira dah cantik abis la ni. Selalunya aku dapat yang kurang berkilat (meghelit) dari ni. Kalau pi sawah tu terutama selepas musim menuai, tengok dalam lopak air tepi batas/ban. Kalau ada buih-buih putih/kuning tu Insyaallah ada la ikan laga.


Setiap ekor diletak dalam botol sos (yang dah berbasuh la) berasingan. Susun botol-botol tu rapat-rapat dan tiap-tiap hari tataplah ia berlaga. Mati sekor pi cari lagi. Tapi seingat aku la, tak penah pula ajak kawan-kawan laga ikan? Kenapa ye? Bila aku cerita kat anak-anak, Angah dah mula ajak aku pi sawah cari ikan laga. Teringin juga aku nak pi tapi takut. Takut cik Ular la pulak. Dulu masa kecik tak takut malah tak ingat pun bab ular yang banyak kat sawah. Yang ada lam kepala ikan..ikan..ikan.

Saturday, August 21, 2010

Dinihari

Ini waktu aku mula buka cik Dell aku sementara tunggu azan subuh. Lepas sahur, solat and baca Kalamullah sikit, rasa malas lak nak tido balik. Yang lain dah dibuai mimpi-mimpi..indahkah? ngerikah? gembirakah? sedihkah? Wallahualam...



Ikan ni? Apa nama ye? Ciko? Ciki? Koci? Tak tahulah anak-anak bagi nama apa..Yang aku tahu buka mata je tengok cik ikan ni..nak pi sekolah tengok cik ikan dulu..nak makan cik ikan gak depa tengok...apa-apa pun mesti nak tengok cik ikan.
Al kisahnya...Khamis baru-baru ni. Anak-anak (atau aku?) tak bawa baju mengaji selepas sesi sekolah berakhir. Lalu aku pun ambil mereka awal dari transit dalam 2.30ptg. Bawa pegi LENO nak cari kasut raya. Tak ada yang menarik. Terus menuju ke Jusco Bandar Perda. Pusing sana pusing sini, Dalilah dapat kasutnya di BATA. Silver bertali..Melayang RM. Sebelum itu dah terbang RM beli tudung Kakak dan Angah di booth yang ada.
Pusing lagi, jumpa kedai kasut. Masuk keluar masuk keluar sampai jumpa yang kakak (saiz sama ibu je). Pegi kedai sebelum tu beli yang Angah. Tengok dompet..cepat betul RM hilang. Selesai beli kasut masuk store Jusco nak beli bahan-bahan nak masak spagetti. Sebelum masuk sini lah depa asyik ulang tengok booth yang jual ikan dan kura-kura. Angah nak beli kura-kura. Kakak dan Dalilah nak ikan. Dia orang ni nak raya ke nak apa ni.
Aku tak benarkan. Tapi kesian la pulak. Keluar dari beli barang-barang spagetti tadi, sekali lagi booth ikan disinggah. Kali ni aku bagi green light bersyarat. Seekor ikan sahaja dan jaga betul-betul. Silap-silap ibu goreng ikan tu nanti. Bertekak la pulak. Kakak nak bagi makan. Yah nak basuh, Angah nak bagi makan. Masing-masing berebut. Dalam kereta asyik dibelek ikan tu, tak jemu-jemu sampai la ke rumah.

Batu di laman jadi mangsa dalam bekas ni. Makannya 2 kali sehari. Bergilir-gilir bagi makan. Eh! Sahur tadi tak makan ke ikan ni? Lupa kut..bangun esok pagi pasti cik ikan ni depa jenguk dulu. Ok lah cik ikan..nasiblah awak...Hidupmu satu anugerah buat anak-anakku. Terima kasih cik ikan. Aku nak pi solat subuh.

Friday, August 20, 2010

Ingatlah

Usah ditanya pada purnama
Mengapa jiwa resah sentiasa
Jangan disoal pada mentari
Kenapa hati merasa sepi
Jangan direnung bintang kejora
Renunglah diri yang sering leka
Untuk bertafakur biar sedetik cuma
Ah..usiaku masih muda
Apa dihirau apa dikisah
Enjoylah selagi daya
Life begins at fourty laa...
Teman..
Jangan terlalu angkuh pada suasana
Kamu dicipta untuk beribadah padaNya
Ingatlah....
Kelapa muda lagikan gugur
Ke tanah jua tempatnya
Inikan kita insan biasa
MilikNya Yang Esa.
-naar-Apr25,1995-10.45am-

Monday, August 16, 2010

Baiti Jannati

Inilah Baiti Jannati=Rumahku Syurgaku. Sebelum dan setahun selepas make over berlaku. Di bawah ni laman tepi dan pandangan depan. Aku nak simple saja.



Ini pula uncle yang pasang batu bata. gril ruang tamu di kiri tu dah tak de. Ruang tamu dah jadi master bedroom dan sebaliknya. Kereta masih sama kaler saja lain.




Ah Leong yg buat piping air. Uncle tadi kerja utk dia. Arch di dapur dah tak ada. Ganti dengan bar table. Rak buku (harta karun aku dgn anak2) separate ruang tamu yang di extand dgn ruang makan sedia ada. Nampak Dalilah tengah kusyuk sampai tak sedar ibu ambil gambar. Angah dan kakak pun sedang membaca tapi tiada dlm foto ni.



Alhamdulillah..syukur dengan apa yang Allah kurniakan. Cukuplah menjadi tempat tinggal kami sekeluarga..Semoga bahagia ke akhirnya..Aminnn


Damai Laut

7-8 Julai lepas kami sempat bercuti ke Damai Laut. Dapat juga berenang di kolam yang cuma ada kami sefamily dan satu family yang juga bercuti. The pool is ours. Best gila lepas setahun lebih cuti berenang...K.Hanimmmm....bila lagi mau terjun kolam? Gambar di kolam memang tak ada sebab lebih baik mandi dari bergambar.





Dua tahun sekali kami pasti ke sini. Damai Laut Apartment (DLA) bukan Damai Laut Hotel (DLH). DLA lebih privacy. Kolam mandi tak ada atau kurang orang. Kami ambil yang 2-room apartment. DLH ramai sangat tetamu. Kami jenguk ke kolamnya, penuh dengan pengunjung. Di lamannya ada 3 buah bas pesiaran. Tak kuasa nak bersesak-sesak dengan mereka.





Hari kedua, selepas ke Lumut kami singgah di sini. Bawa anak-anak tengok penyu. Bukan Penyu bertelur...Angah suruh beli sekor untuk dibela..Ish..tak kuasa ibu.

Buku

Suami aku bukan orang yg suka membaca. Apatah lagi kalau novel tebalnya berpuluh-puluh muka. Setakat tengok muka depan terus letak atas meja. Tapi sejarah dirinya tercipta buat pertama kalinya. Dua bulan ini dua buku sudah dia baca..siapa lagi kalau bukan aku penyuruhnya..


ATN buku pertama yg habis dibaca dalam 2 minggu aku rasa (aku baca 2 hari). Komen suami mudah saja..."Hidup mesti sedia untuk memberi". Macam tiru kata penulis je... Tapi pada yg belum baca...cuba2lah baca atau sekurang2nya jenguklah http://saifulislam.com/ kerana di situ ada apa yg terkandung di dlm ATN. Ditulis oleh Ust hasrizal yang bersuamikan seorang doktor http://ummusaif.com/. Aku sudah selesai dengan ATN2: Bercinta Sampai Syurga dan ATN3:Murabbi Cinta. Suami tunggu masanya.

DKM ini aku beli di petronas Tmn Pauh Jaya. Siap dibaca dlm 2 hari juga. 2-3 minggu utk suami. Komennya.."Amalkan Islam dalam kerja, Keluarga perlu diutamakan, Fahami tugas pasangan". DKM ditulis seorang doktor yang beristerikan seorang penulis novel Islami Tautan Hati, Fatimah Syarha. Didalamnya ada dalil-dalil dan soal-jawab agama. So, handle with care.
Kedua-dua buku ini sesuai dibaca sesiapa saja. Pada yang baru mencuba mencari cinta, sudah jumpa cinta yang dicari, sedang dilamun cinta atau sudah bertahun melayari bahtera cinta bersama pasangan yang sah. DKM merangkumi fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Aku yg tak tahu hal-hal medik pun serba sedikit sudah didedahkan oleh Dr Farhan. Istilah-istilah yg kita tak tahu dan tak nak ambil tahu kerana tak berkaitan dgn tugas.

Pada aku..tak rugi membacanya...Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu.

Friday, August 13, 2010

Pasrah


Di bawah lembayung senja
Bersama mega merah menyala
Aku tafakur seketika
Subhanallah...
Sungguh indah ciptaanMu ya Allah
Nikmatnya ya Allah sungguh besar bagi kami
Di tepian kali
Air mengalir membasahi retak sawah terbentang
Dulunya padi menguning menyembah bumiMu ya Rabbi
Ciak turut menyanyi riang
Aku..bagai padi itu ikut tertunduk jua
Masyaallah...
NikmatMu banyak sekali
Tapi kami...kurangnya mensyukuri

Di kamar sendu
Kulihat wajah tua ibu
Kutatapi raut usia ayah
Kutangkapi suara lemah mereka
Setiap hari...
"Hanya padaMu ya Allah...
Kami pohon kesejahteraan buat anak-anak kami
Rezeki yang Kau beri untuk kami.."

Tapi aku?
Berdoakah untuk kesejahteraan mereka?
Anak soleh dan solehahkah aku?
Ya Allah...
Bersama sekeping hati kupohon padaMu
Ampunilah dosa-dosaku
Dosa-dosa kedua ibu bapaku
Ya Allah...
Aku sujud padaMu jua
Lewat bumiMu kulalui
Tunduk pasrah
Hanya padaMu

"hanya padaMu..aku serahkan...jiwa dan raga...juga segalanya.."
-naar-Apr9,1995-1.20pm-

Wednesday, August 4, 2010

AKU

Kucuba bisikkan bicara hati ini
Pada sekeping nota usang
Yang tiada mengerti
Kucuba lakarkan melodi suara hati
Pada segumpal kenangan
Yang kekal abadi
Kulabuhkan sauh
Di tengah pelayaran tak bertepi
Kutebarkan ingatan
Pada ranting-ranting kehidupan
Yang kutinggalkan semusim yang silam
Ku membina kekuatan
Atas kepingan keresahan
Ku mencari ketabahan
Atas runtuhan tembok keunggulan
Di dalam kota kepura-puraan
Bicara hati kupaparkan
Melodi jiwa kulagukan
Aku pasrah dalam perjalanan.


-naar-Apr 7,1995- 11.10am-

Sunday, August 1, 2010

Kenduri Kahwin

Semalam 31 Julai 2010, MakDak Masna (sepupu aku anak Mak Ngah adik mak aku) kawin. Konsepnya hitam putih kehidupan. Masa aku sampai jam 12.30tghari aku dengag bunyi kompang dan nampak rombongan lelaki kat tepi jalan depan rumah. Macam ada tak kena ja. Ghupa-ghupanya Masna baru abis disolek di Semeling. Belum bertolak balik lagi (dalam 15-30min perjalanan). Makanya terpaksa la rombongan lelaki lepak rumah mak aku.
Yang tepi tu rombongan lelaki yang duk tunggu hampir 30min di rumah mak aku. Tengah tu pengantin lelaki yang relax je sebab semalam baru nikah...so tak de hal punya...lautan api pun sanggup dighedah...dan itulah MakDak Masna dari jendela rumah.
Inilah hitam putih pilihan MakDak Masna dan suami, Farid.
Ini? Yang pegang gelas tu mak aku dan sorang lagi MakNgah aku (mak Masna).
Masna ada dua mak. Sebab MakNgah dulu kerja cikgu, mak aku la yang mengasuh Masna dari kecil sampai masuk tadika. MakSu Husna (adik Masna) pun mak aku bela. Jadi depa panggil mak aku mak sampai la ni. Yang paling aku ingat penah sekali tu.. umug Masna 4-5 tahun kut. Ada sebulan tu dia langsung tak balik rumah dia (depan rumah mak aku ja pun. jenguk kut pintu pun nampak). Abah dia mai cari dia lari tak mau balik. Heran betui. Sampai la cukup sebulan. Lepas tu baru la dia nak balik. Masa tok aku ada dulu aku selalu ajak Masna tidog rumah tok. Pastu aku cerita la fairy tale yang aku tau. Kadang-kadang Mak Unggai Nurah (anak Maklang) join sekali. Aku la tukang karut masa tu. Bila aku pi US sambung study semua tu dah tak dak. Balik Malaysia depa dah besag.
Anak dara kat atas ni Anak sedara MakDak kecuali yang kiri sekali tu kawan depa. Tolong bagi gula2 kat budak-budak. 'Sweets Girls" la ni. Bunga tu pulak yang aku cabut dari gubahan meja makan dan dekat pelamin. Depa bukan nak guna pun. Baik aku amik.

Ini pulak anak-anak buah aku yang sibuk ke sana sini hari kenduri tu. Bertudung warna warni tu Hanani yang aku tengok asyik duk ikut pengantin ja...Macam syok ja bila leh ikut pi mai pi mai. Sebelah tu abang dia Ahmadi.. Lantak le apa pun aku dah dapat gula-gula aku layan TV je la ari ni. Dua-dua ni anak adik aku, Anis. Termasuk yang tak pakai baju tu, Solha. Tak abis-abis duk cari ibu dia. Yang sorang lagi tu pantang ajak posing, dia ok aja. Dalili anak Kak Not aku. Putih bersih kulit dia. Geram tengok. Yang tolong ngasuh dia, bagi mandi, tukar pampers, ikat rambut ect si Dalili ni anak aku la Angah. Mak Chag dia (Kak Not) bagi upah mengasuh RM2. Ok la tu..masuk tabung.

Ini ja la gambag-gambag yang aku dan snap hari tu. Makan lagi seronok. Rasa lapag pi makan, lapag ja pi makan. Depan rumah mak, apa lagi... nak timbang kilo pun takuttttt... Lepas ni kita tunggu Mak Unggai Nurah lak kenduri di Alog Setag. Tungguuuuu....