Monday, August 30, 2010

Mercun

Minggu depan dah mula cuti sekolah seminggu. Anak-anak belum minta bunga api dan mercun lagi. Kalau tak minta pun tak pa. Aku lagiiiiiii suka. tapi aku baru baca
http://muhdkamil.org/blog/?s=mercun Teringat masa aku kecik-kecik dulu. Masa tu umug aku dalam 5-7 tahun rasanya.

Masa dulu mercun katak, mercun papan, mercun lalat, mercun roket, dan segala nama mercun ada. Aku tak berapa suka main mercun sebab takut tapi sesekali aku layan juga. Nak jadi cerita, satu malam aku join sepupu sepapat dan anak-anak jiran main mercun. Aku duk di tepi saja tengok depa main. Ada sorang budak ni cucuh mercun lalat dan baling ke arah mana ntah. Dah namanya lalat...macam tahu saja melilau-lilau cari tempat nak hinggap. Dalam banyak-banyak tempat kain aku jugak dia hinggap. Apa lagi...berlubang la. Dan sehingga ke hari ini parut akibat kena mercun lalat masih ada kat kaki aku. Oleh sebab tu juga aku dah tak main mercun.

Tapi la ni, bila anak-anak minta aku memang tak belikan mercun. Kesian punya pasal aku belikan juga bunga api serba sikit dan mercun pop-pop (bila baling ke tanah bunyi pop). Tu saja mercun yang aku boleh belikan. Setakat ni Alhamdulillah depa bole terima. Masalahnya bila dekat nak ghaya...Ada la pulak tukang beli atau sponsor ni. Bila dah sepupu-sepupu main mercun yang dibeli ibu ayah depa, anak-anak pun tumpang main. Nak larang tak guna. Biar le..budak-budak. Yang biar ni yang aku tak suka...Kalau dibiarkan ntah apa yang depa buat nanti.

Dah banyak kisah keluag dalam suratkhabar. Yang kena akibat main mercun dah tentu. Ini ramai yang kena akibat mercun anak jiran atau mercun kawan yang ntah dari mana terbangnya. Macam ada benda yang control je mercun tu utk pergi ke mana-mana. Aku harap lepas ni tak ada lagi cerita budak-budak cedera sana sini akibat mercun. Pantaulah anak-anak bila mereka tengah bermain. Masa tu depa bukan nak ingat dunia dah..hanya kegembiraan nak sambut raya saja yang ada. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment