Wednesday, September 25, 2019

Pnom Penh 19/8/2018

Tiba di Pnom Penh pada hari ketiga. Subuh memang atas bas malam tadi. Turun di stesen, bapa saudara Norul datang ambil dan kami minta ke masjid utk bersihkan diri sikit. tak mandi pun..cuma nak cuci muka dan guna tandas.

 "The Al-Serkal Mosque is the main mosque in Phnom Penh, the capital of Cambodia. It was a gift from Al Serkal Family, United Arab Emirates and opened in 1968. It is situated north of the town, near the Boeung Kak lake, which is now dry."

Kami di bawa makan di kedai Muslim kat sini. Ada nasi goreng, mee goreng dan lain2. Kicap pun ada kalau nak hihi.

 
Destinasi pertama untuk lawatan hari ini ialah Choeung Ek Genocidal Center "is the site of a former orchard and mass grave of victims of the Khmer Rouge - killed between 1975 and 1979"

 
Di dalam almari kaya ini penuh dengan tengkorak2 mangsa yang dibunuh dengan kejam.

 
Pada tengkorak2 ini ada kesan bukti pembunuhan yang dibuat samada menggunkan bayonet, peluru, besi, kayu dan bermacam-macam senjata lagi.

 
Pakaian mangsa dan peralatan yang digunakan untuk menyiksa atau membunuh.

The killing field. yang berlekuk-lekuk itu ialah kawasan perkuburan bermaia-ramai yang dijumpai. Gambar dalam pagar itu perkuburan lebih 100 kanak2 dan wanita yang kebanyakannya tidak berpakaian.

Pokok di kiri digunakan untuk meletakkan pembesar suara yang dipasang dengan kuat bagi meneggelamkan bunyi raungan mangsa siksaan. Manakala di sebelah kanan pula ialah pokok yang digunakan untuk menyiksa/membunuh kanak-kanak.

 
Dalam kawasan yang sama ada muzium. Tapi tutuplah pulak Muzium masa tu.

Seterusnya kami ke Tong Sleng Genocide Museum, " a former secondary school which was used as Security Prison 21 by the Khmer Rouge regime from its rise to power in 1975 to its fall in 1979."

Batu tanda perasmian dan papantanda peraturan.

 
Gambar-gambar kemusnahan dan mangsa-mangsa yang disiksa dan dibunuh semasa berada dalam tahanan di sini dipamerkan sepanjang masa.

Kelas-kelas yang dijadikan bilik tahanan. Setiap bilik hanya sebesar tandas biasa. Di situlah mereka dikurung dan disiksa. Bilik siksaan juga ada.


Salah seorang survivor yang ada. Ada dua survivor di situ yang menjual buku tulisan pengalaman mereka. Kami bergambar dengan seorang ni saja.

The Royal palace yang masih digunakan untuk acara-acara rasmi.

Peta kawasan sekitar istana.

Terdapat sebuah rumah kayu di dalam kawasan istana. Ini bahagian dalam rumah tersebut. Tak tahulah rumah siapa.Mungkin juga replika.

Seterusnya kami ke waterfront Mekong River berdekatan istana. Di seberang sana tu mungkin Vietnam. Lupa dah sebab lama sangat nak tulis ni pun.

Rasanya kalau tunggu malam tentu bertambah cantik gambar-gambar di sini. Tapi kami tak bole tunggu lagi. Belum check in hotel dan belum mandi dari tadi.

Sebelum masuk hotel, jom pi makan dulu. Tuan punya restoren ni orang Melaka kalau tak salah. Kahwin dengan wanita Cambodia. Setiap bulan (atau 3 bulan?) dia akan balik Malaysia untuk membeli stok bahan-bahan masakan untuk kedainya.

Dan tak lupa juga.. shopping lagi. tak cemuih ka shopping? Sebab tunggu depa memilih lama sangat, aku pun tangkap 3 helai batik dan sepasang kain buat baju. Lepastu merayau-rayau di dalam tu aku sambar pulak sepasang sneakers.

Ini bahagian dalam ala-ala mall. Jenguk-jenguk juga bahagian jam tangan walaupun tak beli.

Sneakers hitam buat pakai balik. Dah jadi habuan Angah bawa ke USIM dah pun.

Akhirnya, dapat juga berehat. Mandi dan kemas-kemas beg sebab pagi-pagi esok dah nak balik. Selamat tinggal Cambodia.

Friday, September 13, 2019

Siem Reap Hari Ke2 - 18/8/2018

Semalam tidur lena sebab penat plus hujan renyai, walaupun dekat belakang penginapan bising dengan muzik dari pub-pub berdekatan.

Bukan kata dekat, memang dekat sangat-sangat. Selak tirai je nampak dah. Kontena tu depa buat sign board. Penginapan kami ni dah macam sempadan antara hiburan dan perkampungan Islam. Memang banyak pub di kawasan sini.

Lepas breakfast dengan roti yang kami bawa, pagi ni destinasi pertama ialah Artisan Angkor. Di sini pelawat bole tengok dengan dekat bagaimana hasil kerjatangan dibuat secara manual.


Ini bahagian pembuatan patung-patung hiasan. Mostly patung Budha. Bermula daripada bahan mentah dipotong diukir dan dijual. Masing-masing sudah ada tugas sendiri.

Ini pula bahagian batuan yang dijadikan hiasan seperti lukisan. Nampak macam guna cat. Tapi sebenarnya ia adalah susunan batu2 berwarna hingga menjadi lukisan yang cantik ini.

Seterusnya, dalam perjalanan ke War Museum, kami singgah di The Killing Field. Di sini ada poster-poster dan papan tanda menerangkan tentang kekejaman zaman Khmer Rouge.

Ada juga tengkorak yang dipamerkan dalam almari kaca tapi tidak sebanyak seperti di Pnom Penh (nanti kita pi sini ya). Bawah tu ada gambar si Pol Pot yang jahat tu.

Dalam 10 minit di Killing Field, terus ke War Muzium. Alahai! Ini je tanda yang ada menunjukkan ada War Museum kat sini. Terlindung pulak tu, hampir2 tak nampak.

War Museum ni sebenarnya muzium kenderaan perang yang digunakan masa zaman perang Cambodia dulu. Kereta kebal, helikopter, machine gun dan sebagainya yang berkarat teruk dipamerkan di belakang pintu masuk. Open muzium la ni. Tidak banyak untuk dilihat sebab kawasannya kecil dan bahan-bahan pamerannya tidak berubah.

 Bole baca sendiri tentang sejarah peralatan ini.

Persinggahan seterusnya, Chanteur D'Angkor Workshop, scents and flavors of Cambodia. Tiada dalam itenari tapi bole saja singgah.

Ini bahagian membuat kraftangan daripada pokok palma di atas. Daripada pelepah hingga ke daun semuanya ada fungsi. Macam daun mengkuang bila dah dikeringkan.

Di sini pula, daripada tanah liat dijadikan benda kecil-kecil tu yang kemudiannya diletak wangian. Potpuri.

Ini pula bahagian wangian semulajadi yang diproses untuk dijual atau dijadikan potpuri dan sebagainya termasuk lilin. Tak beli pun sebab nak berjimat hahaha. Beli pun mesti tak guna.

Pasar ala-ala pasar tani kita. SInggah nak tukar duit di sini. Ada la kat tepi tu satu money changer yang tak nampak dari jalan utama.

Gambar kiri tu serangga goreng bercili hahaha. Cengkerik ke apa ntah aku pun dah tak tau sebab tak jelas dah rupanya. belalang, keridik, cengkerik dan ntah apa lagi depa juai yg dah siap digoreng.

Lepas lunch, kami ke Cambodia Cultural Village. kalau tengok peta kawasan bole tahan juga luasnya. Jom kita mula jelajah.
Yang ini cantik. Ada tasik, ada rumah/pondok untuk rehat. Bole lalu atas laluan yang disediakan. rasanya kat Malaysia pun ada camni tapi tak ingat di mana.

Rumah hantu.. tak le hantu sangat pun. Masuk pun sat sangat dah keluar pastu cari jalan tak jumpa pula hahaha. Kalau timing bagus ada macam2 show bole tengok. Kami nonton taridra.. dok selit celah2 penonton lain bole la nampak. Lepas tu depa bertiga dah tak mau tengok apa dah. Pakat teringat nak shopping je. Pi lagi tempat semalam. Hmmm.. letih aku.

Lepas habis merayau-rayau, kami balik ke kampung si Norul. Hotel dah check out. Jadi menumpang kejap di rumah dia sementara menunggu malam. Sempat la merayau keliling perkampungan tengok rumah orang kat situ. Tengok budak2 manjat pokok, main tengteng.

Malam tu diner simple saja di sini. Alhamdulillah. Kami dijamu nasi, sambal, kerang rebus dan telur dadar. Simple tapi sedap. gambar atas tu family Norul sambut besday siapa aku lupa. Kami makan, mandi solat semua di sini. Alhamdulillah ditemukan dengan keluarga yang baik2 ini. Moga mereka terus dimurahkan rezeki dan dirahmati serta dalam peliharaan Allah swt.

Gambar drpd internet
Malamnya, lebih kurang jam 11, kami dihantar ke stesen bas untuk naik Ibis Bus menuju ke Pnom Penh. Bas malam yang ada tempat tidur.katik atas bawah 2-1. Ada tandas juga. Bas bergerak dalam 60km/hr saja. Jadi dapat la lena dengan nyenyak juga. Terjaga sekali saja kut. Esoknya bila bangun dah subuh di Pnom Penh :).

Saturday, September 7, 2019

Siem Rep, Cambodia - 17/8/2018

2018, tahun ni dah 3 kali aku pi melancong. Paling banyak dalam sejarah. Biasanya setahun sekali.. kalau ada. Kali ni, balik dari Bandung, prepare untuk Cambodia pula. Aku aturkan semua dari tiket hingga pakej yang nak membawa kami di sana memang Cambodian. Mudah.

Sekali lagi, flight memang pagi-pagi buta lepas subuh. Surau KLIA2 la tempat lepak, tidur, solat sebelum fly. Penerbangan 2jam 10min dah tiba di Siem Reap. Alhamdulillah. Airport kecil tapi cantik lanskapnya. Dari sini sudah ada tuk tuk yang menunggu. Pakej 114USD seorang (total 4 orang), kira ok la tu. Kalau nak naik kereta ada aircorn bagai, kena tambah USD. Ini dah include hotel dan entrance tiket.

Kami terus di bawa ke sini. Masjid An Neakmah, Steung Thmey Village. Dalam 30min perjalanan dari airport. Kawasan ini banyak penempatan masyarakat Muslim termasuk tuan punya pakej An-Nur Travel, Norul Laily Musa.

Di tepi masjid, terletaknya restoren (atas) milik keluarga yang diuruskan oleh adiknya. Setahun lepas kami ke sana, restoren ini berpindah tempat kerana owner asal nak balik. Gambar bawah tu pejabat An Nur Travel yang diuruskan oleh Norul. Baru 23 thn (sulung) tapi depa adik-beradik dah independent, tambahan ayah dah tiada. Beg kami diletakkan sementara di pejabat ni supaya boleh kami merayau2 dengan tenang.

Inilah tuk tuk yang membawa kami selama 3h2m di Siem Reap. Dengan jalan yang kurang elok, memang bergegar la bila naik benda ni. Tapi alhamdulillah. Jimat duit.

Destinasi pertama ialah ke Angkor World Heritage. Nak beli tiket kena pi dekat tempat tiket ni yang macam stesen bas aku tengok dan bukan di kawasan angkor. Siap kena amik gambag lagi untuk tiket masuk. Satu tiket ni boleh lawat beberapa temple yang ada di kawasan world heritage.

Mula-mula sekali, ke sini. Depa panggil tomb raider. Sebab di sini la pengambaran filem Lara Croft Tomb Raider dibuat. Ala.. si Angelina Jolie tu. Sila google kalau masih blur.

 
Map kawasan temple. Banyak yang runtuh dan ada yang dalam proses pembaikan. 

Dari pintu depan tadi, nak kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Sepanjang jalan tak ada la pulak orang mengemis simpati. Yang ada cuma kumpulan2 tertentu yang memang dibenarkan untuk buat persembahan dan terima donation.

Inilah pokok yang terkenal tu. Tempat si Lara sampai. Yang kiri dari depan. Yg kanan (gelap la pulak) dari belakang. Ada je aku kat pokok tu tapi tak nampak. Sama gelap dengan cahaya.

Ini bahagian dalam dan belakang temple. Dah banyak yang runtuh. kalau tengok movie LCTR tu nampak elok jer kan? Yang tu tak tau la kat mana pulak depa shooting.  Don't ask me haha.

Dari temple tomb raider tu, di luar ada pulak yang ni.Hujan renyai2 dah masa ni. Kami bagitau tak nak singgah dah yang ni. Teruskan perjalanan.

 
Di temple ke3, jumpa anak2 ni main atas rumput. Happy jer. tapi tidak pula mereka cuba mengemis. Aku pun tak nak la hulur apa2 takut nanti tiba-tiba ada ramai yang muncul. Haru jadinya. Temple ni aku kena tengok dgn mata aku sendiri.

Angkor Wat! Notis habag kata causeway under restoration project 2016-2020. Ini satu lagi sejarah yang aku belajar masa sekolah rendah dulu. tak sangka boleh sampai juga ke sini dan tengok sendiri depan mata.

Nak ke bangunan Angkor Wat kena lalu atas tasik yang dipasang tong-tong pelampong membentuk jambatan lebar. Tasik tu bahagian depan. Sampai ke sana, di belakang bangunan ini ada bangunan dan tanah yang sangat luas gambar bawah). Fuh.. tak kuasa dah aku nak pi ronda2 ke bangunan belakang. Cukup sampai bangunan yang depan ini saja. Ini pun aku pi sorang2 masuk dalam tu. Depa yang bertiga lagi tunggu kat seberang je sebab dah malas berjalan.
"Built between roughly A.D. 1113 and 1150, and encompassing an area of about 500 acres (200 hectares), Angkor Wat is one of the largest religious monuments ever constructed. Its name means "temple city." Originally built as a Hindu temple dedicated to the god Vishnu, it was converted into a Buddhist temple in the 14th century, and statues of Buddha were added to its already rich artwork. Sometime later it was turned into a military fortification. Today it is a UNESCO World Heritage Site that scientists are struggling to preserve." https://www.livescience.com/23841-angkor-wat.html

 
Kat luar tu banyak la gerai juai pakaian ni. tak terlihat aku. Belek2 sikit sambar 3 helai seluar yang kat depan tu. RM10 each. Kain lembut tapi kena balik modify sebab dari luar nampak ok. Sebenarnya seluar ni terbelah. Kalau jalan laju memang nampak kaki.

Dah abis pusing Angkor Wat, kami balik ke restoren tepi masjid tadi. Restoren keluarga arwah Hj Musa. Menunya nampak menarik dan tertarik dengan nama yang macam-macam. Mana satu jadi pilihan hati?

Ok. Kita oder masak daging lembu naik bukit. Macamana la rupanya. Kut la lepas lembu naik bukit, sembelih dan masak. Ooo tidak. Daging goreng boh sayur dan perencah. lepas tu hidang dalam bekas yang berbentuk bukit kat tengah tu. Tak nampak la bentuk bukit tu sebab daging lembu tu dah tutup. Nampak banyak sebenarnya tidak sebab bukit tu je dah tinggi.

Lepas makan, amik beg yang tinggal tadi terus check in di sini. Jalan kaki saja dalam 5 minit. Dalaman bangunan ni agak klasik dengan kayu jati. Ownernya dari negara mana ntah aku lupa. Isterinya Cambodian kalau tak salah. So owner ni jalankan bisnes ni dgn seorang lagi kawan. Quite a nice stay and cheap too. Kami dapat bilik double. Besar dan bole muat pun kalau nak isi 4 orang. No breakfast. Kami bawa roti n serondeng from tanah air.

 
Selesai mandi, solat and rehat sat terus keluar untuk ke Tonle Sap. On the way tu sempat lagi stop di sini. 1usd = 2 people.

Di sini adalah ladang lotus yang agak luas. Sepanjang jalan ke sini memang banyak ladang lotus. It's their food.

Kawasan ni sangat cantik. Ada pula pondok2 kecil untuk duduk minum2 macam kita dok dangau kat tengah sawah la gayanya. Kami tak lama di sini. Ini tambahan saja dari itenary yang ada.

Tonle sap = fresh river. Dalam 30 minit dari  penginapan. 

The Lake is the largest fresh water in South East Asia. Its dimension changes depending on the monsoon and dry season. During raining season from June to October, the lake is filled by water flowing from the Mekong with 14 meters in depth and expands the surface of 10,000 square Kilometers. In dry season from November to May its size 3,000 square kilometers with two meters in depth and water flows out from the Lake to the Mekong, in and out flowing is the natural phenomenon occurrences. The flooded forest surrounding the edge of the lake is the best shelter and also very important for all kinds of fishes spawned and breeding babies. https://www.tourismcambodia.com/travelguides/provinces/siem-reap/what-to-see/76_the-great-lake-tonle-sap-floating-village.htm
Tiket nak pusing Tonle Sap.

Bot kami berempat dengan sorang jurumudi. Seriau jugak bila bot bergolek-golek atas air tu. Kena pulak kalau bot besar lalu. Adusss. Aku takut jatuh jer.

Dari jeti menyusuri TS ni, air mulanya nampak tenang. Nampak ok saja. Rumah-rumah atas air menjadi tempat tinggal kaum nelayan kebanyakannya.

Sekolah atas air. Macam dekat mana ya? Brunei pun ada camni kalau tak salah aku.

Budak-budak manid2 dan terjun dari atas kapal tu selamba je. Memang mainan depa sebab hidup pun di sini. Kapal tu jenis kapal besar yang ada makan minum ala2 cruise. Tak mampu la nak naik. Mungkin yang itu bole tunggu tengok matahari terbenam di sana. Tentu cantik.

Balik dari sana, tempat shopping yang pertama. Macam pasar malam. Sempat juga buat urutan kaki di kedai urut dekat belakang ni. Lega rasanya. Macam biasa, aku shopping tak lama. Yang lama menunggu orang lain shopping!

Dah penat membeli dan belah, kami pun dihantar balik ke hotel. Lepas letak barang, keluar dinner ke restoren ni. Gambar2 yang ada menunjukkan Malaysians memang mai sini. Depan hotel saja. Dari penginapan kami tu, kalau ke kiri masuk perkampungan Islam. Kalau melangkah ke kanan.. siaplah dengan hingar bingar dari puns yang berjebah di situ. It's a tourist attraction of course. Ok. Till next entry. Good night Siem Reap.