Saturday, September 7, 2019

Siem Rep, Cambodia - 17/8/2018

2018, tahun ni dah 3 kali aku pi melancong. Paling banyak dalam sejarah. Biasanya setahun sekali.. kalau ada. Kali ni, balik dari Bandung, prepare untuk Cambodia pula. Aku aturkan semua dari tiket hingga pakej yang nak membawa kami di sana memang Cambodian. Mudah.

Sekali lagi, flight memang pagi-pagi buta lepas subuh. Surau KLIA2 la tempat lepak, tidur, solat sebelum fly. Penerbangan 2jam 10min dah tiba di Siem Reap. Alhamdulillah. Airport kecil tapi cantik lanskapnya. Dari sini sudah ada tuk tuk yang menunggu. Pakej 114USD seorang (total 4 orang), kira ok la tu. Kalau nak naik kereta ada aircorn bagai, kena tambah USD. Ini dah include hotel dan entrance tiket.

Kami terus di bawa ke sini. Masjid An Neakmah, Steung Thmey Village. Dalam 30min perjalanan dari airport. Kawasan ini banyak penempatan masyarakat Muslim termasuk tuan punya pakej An-Nur Travel, Norul Laily Musa.

Di tepi masjid, terletaknya restoren (atas) milik keluarga yang diuruskan oleh adiknya. Setahun lepas kami ke sana, restoren ini berpindah tempat kerana owner asal nak balik. Gambar bawah tu pejabat An Nur Travel yang diuruskan oleh Norul. Baru 23 thn (sulung) tapi depa adik-beradik dah independent, tambahan ayah dah tiada. Beg kami diletakkan sementara di pejabat ni supaya boleh kami merayau2 dengan tenang.

Inilah tuk tuk yang membawa kami selama 3h2m di Siem Reap. Dengan jalan yang kurang elok, memang bergegar la bila naik benda ni. Tapi alhamdulillah. Jimat duit.

Destinasi pertama ialah ke Angkor World Heritage. Nak beli tiket kena pi dekat tempat tiket ni yang macam stesen bas aku tengok dan bukan di kawasan angkor. Siap kena amik gambag lagi untuk tiket masuk. Satu tiket ni boleh lawat beberapa temple yang ada di kawasan world heritage.

Mula-mula sekali, ke sini. Depa panggil tomb raider. Sebab di sini la pengambaran filem Lara Croft Tomb Raider dibuat. Ala.. si Angelina Jolie tu. Sila google kalau masih blur.

 
Map kawasan temple. Banyak yang runtuh dan ada yang dalam proses pembaikan. 

Dari pintu depan tadi, nak kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Sepanjang jalan tak ada la pulak orang mengemis simpati. Yang ada cuma kumpulan2 tertentu yang memang dibenarkan untuk buat persembahan dan terima donation.

Inilah pokok yang terkenal tu. Tempat si Lara sampai. Yang kiri dari depan. Yg kanan (gelap la pulak) dari belakang. Ada je aku kat pokok tu tapi tak nampak. Sama gelap dengan cahaya.

Ini bahagian dalam dan belakang temple. Dah banyak yang runtuh. kalau tengok movie LCTR tu nampak elok jer kan? Yang tu tak tau la kat mana pulak depa shooting.  Don't ask me haha.

Dari temple tomb raider tu, di luar ada pulak yang ni.Hujan renyai2 dah masa ni. Kami bagitau tak nak singgah dah yang ni. Teruskan perjalanan.

 
Di temple ke3, jumpa anak2 ni main atas rumput. Happy jer. tapi tidak pula mereka cuba mengemis. Aku pun tak nak la hulur apa2 takut nanti tiba-tiba ada ramai yang muncul. Haru jadinya. Temple ni aku kena tengok dgn mata aku sendiri.

Angkor Wat! Notis habag kata causeway under restoration project 2016-2020. Ini satu lagi sejarah yang aku belajar masa sekolah rendah dulu. tak sangka boleh sampai juga ke sini dan tengok sendiri depan mata.

Nak ke bangunan Angkor Wat kena lalu atas tasik yang dipasang tong-tong pelampong membentuk jambatan lebar. Tasik tu bahagian depan. Sampai ke sana, di belakang bangunan ini ada bangunan dan tanah yang sangat luas gambar bawah). Fuh.. tak kuasa dah aku nak pi ronda2 ke bangunan belakang. Cukup sampai bangunan yang depan ini saja. Ini pun aku pi sorang2 masuk dalam tu. Depa yang bertiga lagi tunggu kat seberang je sebab dah malas berjalan.
"Built between roughly A.D. 1113 and 1150, and encompassing an area of about 500 acres (200 hectares), Angkor Wat is one of the largest religious monuments ever constructed. Its name means "temple city." Originally built as a Hindu temple dedicated to the god Vishnu, it was converted into a Buddhist temple in the 14th century, and statues of Buddha were added to its already rich artwork. Sometime later it was turned into a military fortification. Today it is a UNESCO World Heritage Site that scientists are struggling to preserve." https://www.livescience.com/23841-angkor-wat.html

 
Kat luar tu banyak la gerai juai pakaian ni. tak terlihat aku. Belek2 sikit sambar 3 helai seluar yang kat depan tu. RM10 each. Kain lembut tapi kena balik modify sebab dari luar nampak ok. Sebenarnya seluar ni terbelah. Kalau jalan laju memang nampak kaki.

Dah abis pusing Angkor Wat, kami balik ke restoren tepi masjid tadi. Restoren keluarga arwah Hj Musa. Menunya nampak menarik dan tertarik dengan nama yang macam-macam. Mana satu jadi pilihan hati?

Ok. Kita oder masak daging lembu naik bukit. Macamana la rupanya. Kut la lepas lembu naik bukit, sembelih dan masak. Ooo tidak. Daging goreng boh sayur dan perencah. lepas tu hidang dalam bekas yang berbentuk bukit kat tengah tu. Tak nampak la bentuk bukit tu sebab daging lembu tu dah tutup. Nampak banyak sebenarnya tidak sebab bukit tu je dah tinggi.

Lepas makan, amik beg yang tinggal tadi terus check in di sini. Jalan kaki saja dalam 5 minit. Dalaman bangunan ni agak klasik dengan kayu jati. Ownernya dari negara mana ntah aku lupa. Isterinya Cambodian kalau tak salah. So owner ni jalankan bisnes ni dgn seorang lagi kawan. Quite a nice stay and cheap too. Kami dapat bilik double. Besar dan bole muat pun kalau nak isi 4 orang. No breakfast. Kami bawa roti n serondeng from tanah air.

 
Selesai mandi, solat and rehat sat terus keluar untuk ke Tonle Sap. On the way tu sempat lagi stop di sini. 1usd = 2 people.

Di sini adalah ladang lotus yang agak luas. Sepanjang jalan ke sini memang banyak ladang lotus. It's their food.

Kawasan ni sangat cantik. Ada pula pondok2 kecil untuk duduk minum2 macam kita dok dangau kat tengah sawah la gayanya. Kami tak lama di sini. Ini tambahan saja dari itenary yang ada.

Tonle sap = fresh river. Dalam 30 minit dari  penginapan. 

The Lake is the largest fresh water in South East Asia. Its dimension changes depending on the monsoon and dry season. During raining season from June to October, the lake is filled by water flowing from the Mekong with 14 meters in depth and expands the surface of 10,000 square Kilometers. In dry season from November to May its size 3,000 square kilometers with two meters in depth and water flows out from the Lake to the Mekong, in and out flowing is the natural phenomenon occurrences. The flooded forest surrounding the edge of the lake is the best shelter and also very important for all kinds of fishes spawned and breeding babies. https://www.tourismcambodia.com/travelguides/provinces/siem-reap/what-to-see/76_the-great-lake-tonle-sap-floating-village.htm
Tiket nak pusing Tonle Sap.

Bot kami berempat dengan sorang jurumudi. Seriau jugak bila bot bergolek-golek atas air tu. Kena pulak kalau bot besar lalu. Adusss. Aku takut jatuh jer.

Dari jeti menyusuri TS ni, air mulanya nampak tenang. Nampak ok saja. Rumah-rumah atas air menjadi tempat tinggal kaum nelayan kebanyakannya.

Sekolah atas air. Macam dekat mana ya? Brunei pun ada camni kalau tak salah aku.

Budak-budak manid2 dan terjun dari atas kapal tu selamba je. Memang mainan depa sebab hidup pun di sini. Kapal tu jenis kapal besar yang ada makan minum ala2 cruise. Tak mampu la nak naik. Mungkin yang itu bole tunggu tengok matahari terbenam di sana. Tentu cantik.

Balik dari sana, tempat shopping yang pertama. Macam pasar malam. Sempat juga buat urutan kaki di kedai urut dekat belakang ni. Lega rasanya. Macam biasa, aku shopping tak lama. Yang lama menunggu orang lain shopping!

Dah penat membeli dan belah, kami pun dihantar balik ke hotel. Lepas letak barang, keluar dinner ke restoren ni. Gambar2 yang ada menunjukkan Malaysians memang mai sini. Depan hotel saja. Dari penginapan kami tu, kalau ke kiri masuk perkampungan Islam. Kalau melangkah ke kanan.. siaplah dengan hingar bingar dari puns yang berjebah di situ. It's a tourist attraction of course. Ok. Till next entry. Good night Siem Reap.


No comments:

Post a Comment