Wednesday, September 25, 2019

Pnom Penh 19/8/2018

Tiba di Pnom Penh pada hari ketiga. Subuh memang atas bas malam tadi. Turun di stesen, bapa saudara Norul datang ambil dan kami minta ke masjid utk bersihkan diri sikit. tak mandi pun..cuma nak cuci muka dan guna tandas.

 "The Al-Serkal Mosque is the main mosque in Phnom Penh, the capital of Cambodia. It was a gift from Al Serkal Family, United Arab Emirates and opened in 1968. It is situated north of the town, near the Boeung Kak lake, which is now dry."

Kami di bawa makan di kedai Muslim kat sini. Ada nasi goreng, mee goreng dan lain2. Kicap pun ada kalau nak hihi.

 
Destinasi pertama untuk lawatan hari ini ialah Choeung Ek Genocidal Center "is the site of a former orchard and mass grave of victims of the Khmer Rouge - killed between 1975 and 1979"

 
Di dalam almari kaya ini penuh dengan tengkorak2 mangsa yang dibunuh dengan kejam.

 
Pada tengkorak2 ini ada kesan bukti pembunuhan yang dibuat samada menggunkan bayonet, peluru, besi, kayu dan bermacam-macam senjata lagi.

 
Pakaian mangsa dan peralatan yang digunakan untuk menyiksa atau membunuh.

The killing field. yang berlekuk-lekuk itu ialah kawasan perkuburan bermaia-ramai yang dijumpai. Gambar dalam pagar itu perkuburan lebih 100 kanak2 dan wanita yang kebanyakannya tidak berpakaian.

Pokok di kiri digunakan untuk meletakkan pembesar suara yang dipasang dengan kuat bagi meneggelamkan bunyi raungan mangsa siksaan. Manakala di sebelah kanan pula ialah pokok yang digunakan untuk menyiksa/membunuh kanak-kanak.

 
Dalam kawasan yang sama ada muzium. Tapi tutuplah pulak Muzium masa tu.

Seterusnya kami ke Tong Sleng Genocide Museum, " a former secondary school which was used as Security Prison 21 by the Khmer Rouge regime from its rise to power in 1975 to its fall in 1979."

Batu tanda perasmian dan papantanda peraturan.

 
Gambar-gambar kemusnahan dan mangsa-mangsa yang disiksa dan dibunuh semasa berada dalam tahanan di sini dipamerkan sepanjang masa.

Kelas-kelas yang dijadikan bilik tahanan. Setiap bilik hanya sebesar tandas biasa. Di situlah mereka dikurung dan disiksa. Bilik siksaan juga ada.


Salah seorang survivor yang ada. Ada dua survivor di situ yang menjual buku tulisan pengalaman mereka. Kami bergambar dengan seorang ni saja.

The Royal palace yang masih digunakan untuk acara-acara rasmi.

Peta kawasan sekitar istana.

Terdapat sebuah rumah kayu di dalam kawasan istana. Ini bahagian dalam rumah tersebut. Tak tahulah rumah siapa.Mungkin juga replika.

Seterusnya kami ke waterfront Mekong River berdekatan istana. Di seberang sana tu mungkin Vietnam. Lupa dah sebab lama sangat nak tulis ni pun.

Rasanya kalau tunggu malam tentu bertambah cantik gambar-gambar di sini. Tapi kami tak bole tunggu lagi. Belum check in hotel dan belum mandi dari tadi.

Sebelum masuk hotel, jom pi makan dulu. Tuan punya restoren ni orang Melaka kalau tak salah. Kahwin dengan wanita Cambodia. Setiap bulan (atau 3 bulan?) dia akan balik Malaysia untuk membeli stok bahan-bahan masakan untuk kedainya.

Dan tak lupa juga.. shopping lagi. tak cemuih ka shopping? Sebab tunggu depa memilih lama sangat, aku pun tangkap 3 helai batik dan sepasang kain buat baju. Lepastu merayau-rayau di dalam tu aku sambar pulak sepasang sneakers.

Ini bahagian dalam ala-ala mall. Jenguk-jenguk juga bahagian jam tangan walaupun tak beli.

Sneakers hitam buat pakai balik. Dah jadi habuan Angah bawa ke USIM dah pun.

Akhirnya, dapat juga berehat. Mandi dan kemas-kemas beg sebab pagi-pagi esok dah nak balik. Selamat tinggal Cambodia.

No comments:

Post a Comment