Thursday, October 3, 2019

Vientiane, Laos 24 Ogos 2019

Laos, negara yang kurang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengenalinya. Terutama kaum Melayu. Kenapa aku berani kata begini, baca dengan teliti entri ini. Pasti akan jumpa sebabnya. Ketika memaklunkan beberapa rakan yang aku akan ke Vientiane, ada yang memberitahu, "jangan lupa shopping kain banyak2 ya." Bukan nak pi Vietnam la akak, aku nak pi Vientiane, Laos. Tempat ni bukan untuk shopping. Aku nak tengok dunia..nak belajar serba sedikit tempat orang, cara hidup dan budaya orang. This is when geography plays a role in our life.

Dari Penang ke KLIA 2, bergilir memandu dengan k.Hanim (dia lagi banyak pandu dari aku). Kami menggunkan khidmat GoPark di Movenpick Hotel. Call saja insyaallah dapat. Parkir tidak berbumbung RM20 sehari dan berbumbung RM25. Choose the cheaper one lah. So empat hari RM80 + tol + minyak dikongsi sama2 memang menjimatkan. Flight 0630am. Jadi Gopark sediakan perkhidmatan hantar dan ambil percuma bila kita letak kenderaan di situ. Sangat mudah dan  murah. Aku tak dapat komisen pun dok promo ni.. tapi sebagai panduan kut-kut ada yang nak guna perkhidmatan ini. Dalam flight, sebelah aku Malaysian Chinese. Bercuti dengan 4 lagi kawannya ke Vientiane. Satu flight penuh dengan Cina Malaysia. Hanya beberapa orang rakyat Laos, dan kami berenam serta sepasang suami isteri dan dua lelaki Melayu atas urusan kerja. Nampaknya ini tempat pilihan mereka untuk bercuti.

Penerbangan 0630am selama 2jam 40 min. Waktu Laos kurang sejam dari Malaysia. Ketibaan di dalam renyai hujan. Airport tidak sesak, tidak ramai pengunjung, hanya penerbangan kami yang ada pagi itu. Selesai cap paspot, keluar disambut oleh Norul yang datang dari Pnom Penh untuk menjadi tour guide kami. Dan pemandu kami, Abdul Nasir. Jalanraya tidak sesak, cuma kurang elok. Destinasi pertama, kami dibawa ke Sisaket Museum.

Bangunan muzium dibina berbentuk segiempat dan ditengah-tengah ada bangunan utama. Mugkin istana raja zaman bila, agaknya lah. Dipenuhi pameran patung-patung budha yang lengkap atau pun ada cacatnya sedikit. Mai kita tengok apa kata en. Wikipedia.

"Wat Si Saket was built in 1818 on the order of King Anouvong (Sethathirath V.)  Wat Si Saket was built in the Siamese style of Buddhist architecture, with a surrounding terrace and an ornate five-tiered roof, rather than in the Lao style. It may be the oldest temple still standing in Vientiane. Wat Si Saket features a cloister wall with more than 2,000 ceramic and silver Buddha images. The temple also houses a museum."
Ok. I'm right about dikelilingi bangunan macam segi4 tu. It's a temple. Dan masa kunjungan kami pun memang ada pelawat yang datang sembahyang kat dalam tu. Boleh jenguk, tak boleh ambil gambar.

Tak jauh dari situ (naik van juga, tak kan nak jalan kaki hahaha), ada COPE Visitor Center. Satu bangunan kecil saja di situ. Tapi dalam kawasan yang sama ada la bangunan lain.

COPE ini seperti rahabilitation center yang juga bertindak sebagai muzium. Ia mempunyai pameran dan filem-filem sejarah berkaitan kemusnahan Laos akibat serangan tentera Amerika semasa Perang Vietnam 1964-1973. Ia juga menempatkan pameran berkaitan ketidakupayaan akibat unexploded ordnance (bom yang tidak meletup) yang membunuh dan mencederakan penduduk.

 
Laos dikenali juga sebagai negara yang paling banyak dibom di dunia. Akibat perang, rakyat menderita dan cacat seumur hidup, Arca di atas ini dibina mengunakan bom-bom yang masih elok bentuknya. Bergantungan seolah-olah dijatuhkan dari atas.  Ditadah pula oleh kepigan bom-bom yang dileperkan dan disambung membentuk seperti sebuah bekas tadahan. Mungkin simbolik pengeboman dan bumi Laos yang menerima jatuhan bom-bom tersebut. Lantas, "COPE’s mission is to help people with mobility-related disabilities move on by supporting access to physical rehabilitation services in the Lao PDR."

Kami diminta untuk menonton filem yang disediakan. Masing-masing muka dah tak minat. Rupanya boleh pilih nak tengok yang 5 min, 8 min, 10 min atau lebih lagi. Aku pilih yang 8 minit. Dokumentari tentang sukarelawan yang membantu rakyat Laos yang cedera untuk teruskan hidup dan menerima bantuan anggota palsu. Tak puas pulak aku rasa tapi cukuplah dahulu.

Seterusnya, kami ke Patuxay Monument. Dataran Patuxay ni petang-petang mungkin meriah kut. bukan gajah ni yang jadi tumpuan. Ini hanya arca yang ada kat tengah-tengah dataran tu.

 
Arca gajah ini diabuat sepenuhnya daripada alatan memasak seramik. Cawan, pinggan mangkuk, piring, sudu garfu, besar kecil semua ada. Gigih sungguh manusia ni.

Inilah Patuxay Monument yang juga terkenal sebagai Arc de France sebab seakan-akan monument dekat France yang terkenal tu. Ini memang tumpaun pelancong.

Berlatar belakang monument, banyak pulak gambar di sini. Malah ada jurugambar2 yang akan berkeliaran mengambil gambar kita dan kemudian cetak untuk dijual. Di sini juga ada beberapa bangku konkrit sumbangan Lion Club Malaysia.

Pandangan dari atas monumen. Aku tak naik pun. Mereka berlima naik atas ni dan diberitahu ada juga orang menjual kat atas sana.

 
Sementara yang lain naik atas, aku lepak di bawah monumen saja. Sambil memerhati gelagat anak-anak Laos ni, aku juga jadi perhatian mereka. Apa tidaknya, Mungkin amat sukar untuk mereka jumpa wanita bertudung di Vientiane ni. jadinya, aku tengok depa, depa tengok aku hahaha. Perasan tak di belakang tu? Ada sepasang suami-isteri dari Malaysia sama penerbangan dengan kami tadi. Backpakers barangkali.

Dah abis jalan-jalan bandar yang tak seberapa besar ni, kami lunch di Nazim Indian food. Disebabkan naik van, pusing sana sini, tak perasan yang nazim ni sebenranya dekat sangat dengan hotel. Boleh jalan kaki saja nak ke situ. Menunya kari ayam, sayur dan telur. Nasi sorang sepinggan boleh share 8 orang sebab banyak.

Inilah hotel yang K.Hanim tolong book. Memang mampu duduk. Cumanya bangunan agak pelik. Tingkat 3 (bilik Auni, Busyra dan Dalilah) di atas banguan kaunter ini. Book 2 bilik untuk 4 orang. Alhamdulillah, bila kami berenam, bole 3 sebilik tanpa sebarang masalah. dari pandangan kolam tu, nampak pintu bilik kami bertiga. Betul-betul depan kolam.

Ini laman lepak hotel. Pintu kat bawah tu ke kaunter. Makanya aku ambil gambar ni dari koridor bilik, bangunan bertentangan, Tingkat 2 (aku, K.Hanim dan K.Ton). kat sini tak de Tingkat 3 dan kat sana tak de Tingkat 2. Boleh juga naik tangga pusing tu kalau nak mai bilik kami.

Kat depan pintu masuk hotel terpampang jadual bas dan keretapi dari Vientiane ke Vien Veng, Luang Prabang dan kawasan lain, Thailand, Vietnam,Cambodia dan Bangkok. Berjam-jam lamanya masa perjalanan. Bagi yang suka adventure, memang ini yang terbaik. Lepas cek in, kami rehat ke petang sebab tak tau nk ke mana hahaha. Vientiane town is quite small with not many attractions. Unless you are into statues, temples dan sewaktu dengannya, memang boleh round sehari.

Petang dalam jam 6 kami ke kawasan kediaman ustaz Vina. Perkampungan kecil Muslim. Imam Vina adalah imam Masjid Al-Azhar, Vientiane atau dikenali juga Masjid Cambodia. Sebabnya komuniti Muslim di sini ramai berasal dari Cambodia termasuk beliau sendiri. Beliau juga adalah qari Laos tahun 2009 rasanya (mungkin aku silap tahun). Cerita imam, Muslim di Laos dalam 700-800 orang sahaja. Hanya 2 masjid di Laos, dan kedua-duanya di Vientiane. Jemaah solat Jumaat yang meramaikan adalah dari kedutaan Malaysia, Indonesia dan Brunei. Tapi untk mendengar butir-butir percakapan beliau, kena pasang telinga betul2 sebab sebutan yang kurang jelas atau slanga yang sukar difahami.

Lihatlah apa yang dijamu. Ikan kukus penuh dengan daun ketumbar di atasnya. Sup ikan. telur dadar. Somtan dan ulam yang sangat banyak. daun bawang pun jadi ulam. Simple dan sangat-sangat sedap. Memang puas hati. Oh..lupa nak cerita. kami makan di kedai saudara mereka di sini. Kedai ni biasanya sediakan sarapan. tapi untuk hari ni makan malam untuk kami, dah termasuk dalam pakej.

Inilah yang masaknya. Ibu kepada driver kami si Abdul Nasir. Tuan kedai orang lain. Mana si Abdul Nasir? Nanti hujung-hujung kita cerita.

Selepas makan malam, kami ke pasar malam yang terletak di tebing Sungai Mekong. Tiap-tiap malam ada. Di seberang sungai ialah Thailand tapi sebab malam gelap dan hujan gerimis, sukar untuk nampak jelas. pasar malam ini banyak jual pakaian, kasut dan jam tangan. Tiada makanan.. tidak banyak mainan. Malah cenderahati juga tersangat sikit. Aku cari key chain saja. dah dapat yg itu selesailah.Habis pusing pasar malam, kami pun balik berehat untuk hari esok pula.


No comments:

Post a Comment