Monday, October 14, 2019

Nam Ngum Lake

Hari ke 3 hujan mencurah-curah dari pagi. Lebat juga. Semalam otw ke VV, saja bagitau Norul, boleh tak nak ke kedutaan Malaysia sebab dekat dah. Norul kata, Imam Vina kata boleh jam 10 pagi ni. Boleh selit dalam slot sebab tujuan hari ni ke Nam Ngam Lake dalam 1.5 jam.

Dalam hujan renyai dan makin lebat masa tiba di kedutaan negaraku. Kena minta si Nasir lapor diri untuk satu kereta. Memang tak disangka, bole saja nak lawat kedutaan.

Inilah hasilnya. Pelawat Kedutaan Malaysia di Vientiane. Pertama kali nk jejak kedutaan rasa berdebar la pulak. Selama ni travel tak pernah terfikir nk lawat camni. Sebab kedutaan jauh dari tempat lawatan kut.

Ketibaan kami disambut dengan puan muka tercengang di kaunter penyambut tetamu. Hahaha. Kami sendiri terpinga-pinga sebab tak tau nak buat macamana. Padan muka sebab nak mai sangat. Bila masuk ke dalam, kami pun tak tau nak jumpa siapa dan buat apa. Hahaha. Alhamdulillah selepas 5 minit kut, En Zaharizal Zainol, 3rd Secretary, mai entertain. Dia la bagi penerangan serba sikit. Katanya tak salah pun nak mai embassy. And he's from Bumbung Lima, Seberang Perai. Orang utara weh! Nak ambil gambar pun bole katanya.

 
Ini bila dah Colonel Mohd Mahmud Ahmad (sebelah Nasir) join kami. Muka nampak cengei (jgn marah colonel hihi) tapi baik dan mesra sangat. Duta tak de katanya. Ada meeting. Oh tak pa. Kami saja nak mai amik feel. Hahaha. Dan lady baju belang tu Ms Rafiqa, counsellor/head of cancery. Teruja dia bila jumpa kami sebab lulusan bidang yang sama - Matematik. Yang tiada dalam gambar sebab tolong ambik gambar ialah SSgnt Salnizam. Alhamdulillah. pengalaman yang sangat bermakna untuk kami. Pegawai2 di embassy sangat baik dan ramah. Siap secawan teh/nescaffe.  Jangan lupa malam nanti Tuan Colonel jemput makan kat rumah dia 7.30mlm.

Perjalanan ke NNL hampir2 dibatalkan sebab hujan agak lebat. Jalanraya pun dah dinaiki air. Longkang2 dah melimpah. Semoga selamat tiba ke NGL dan semoga hujan berhenti menyambut kami di sana. Sepanjang jalan sawah menghijau saja. Dan yang paling beast tengok ramai orang dok menangkuk ikan di tepi-tepi jalan. Rasa nak turun join sekali ja. Jalanraya nak ke sini pun masih kurang elok. ada kawasan yang berlopak-lopak sebab rosak. Tapi itu bukan halangan.

Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya dan hujan pun dah berhenti. Syukur sangat2. Ia sebenarnya adalah empangan hidroelektrik di Sungai Nam Ngum, anak sungai utama  Mekong River di Laos. Empangan ini merupakan hidroelektrik yang pertama di Lao PDR. Ok. Jom naik bot. Kalau perhatikan gambar di atas tu, ini salah satu bot yang menyediakan gelungsusr untuk terjun mandi di tasik. Dekat hentian mana2 pulau nanti ada yang mandi. Bukan di tengah-tengah tasik ya.

Ini jeti yang kami turun ke bot kami. Tangga kayu yang dah bergoyang-goyang. Seram juga kalau tangga tu patah. Tiang topang kedai tu pun, menakutkan. Semua tu batang kayu saja pun. Berhati-hatilah semasa turun. Apatah lagi aku dengan kaki yang sakit sebelah ni.

Yang berbumbung merah tu kosong. Tiada penumpang. Landing kat situ saja. yang lain-lain tu ada penumpang. Tiba-tiba teringat Lake Utah huhuhu.

Marilah kita nikmati pelayaran ini. Cuaca alhamdulillah. Disebabkan tida makanan halal di sini, awal2 tadi di Vientiane kami dah tapau ayam Chesters. Aku beli burger saja. Insyaallah halal. Jangan takut. Ala-ala  Ayamas gitu.

Tetiba rasa nak get the feel back to 24 years ago masa berhouse boat di Utah Lake. Memang tak dapat kembali dah ke sana. kat sini pun alhamdulillah. Perjalanan pusing tasik ni dalam 1 jam sahaja.

Langit nampak mendung tapi alhamdulillah tak hujan. Gambar bawah tu empangan hidro. 

Persinggahan semasa pelayaran. Nama pulau taidak diketahui. Ada penghuni di sini. Mungkin bukan hari-hari dia dok di sini. Ada juga beberapa ekor kambing di pulau ini. Oh ya. Di sinilah salah satu kapal yang ada gelungsor tadi berhenti dan pengunjung bole mandi manda.

Ini antara barang jualan yang ada di pondok penghuni pulau tadi. Ada juga beg tangan yang dianyam. Ia adalah hasil kerjatangan penghuni2 penjara.

 
Bila Norul dah jumpa geng. Berposing sakan la geng 4 dara ni. macam-macam gaya ada. 

Ini pandangan tasik dari atas. Jalan berbukit sikit di sini. Cuba-cuba juga snap melalui tingkap kereta.

Nam Ngum Hidroelektrik Power. Ini ja tanda yang ada.

Empangan di kanan tu kalau dibuka, air akan masuk ke sungai ini.

 
Ada kiosk jual jajan di sini. Ada anjung untuk duduk santai2. Mungkin boleh memancing juga. Lebih kurang 2 jam juga di NNL, kami bertolak balik dalam jam 3-3.30 petang. Jangkaan tiba hotel jam 5 ptg. Tapi kita hanta merancang.

Jam 5 dah mula sangkut dalam jem. Alhamdulillah kami punya driver yang cekap. Dia potong line panjang tu hahaha. Tapi sangkut juga la.

Inilah punca jem yang berjela. Hujan lebat pagi tadi menyebabkan kawasan ini dinaiki air. Yang luas terbentang tu bukan laut pun. Tapi tanah rendah or maybe sawah yang penuh air macam laut dah jadinya. Dan kenderaan yang ada orang atas tu ditarik oleh motor berjentera. kalau rasa nak cepat dan takut kereta hanyut, bole sewa kenderaan ini untuk tarik.

Tak tahulah bole buka atau tak video banjir ni. Air deras melintasi jalan. Dengan ada sungai lagi. Masa ni masing2 hanya mampu berdoa dan bersabar moga terlepas daripada sebarang bahaya. Kalau rasa nak melepaskan hajat tu lupakan saja. Ada polis jaga tapi kurang mantap gitu. Alhamdulillah. Selepas 3 jam meredah banjir yang sejauh 2-3km saja pun, akhirnya kami berjaya keluar dari situ. Syukur. Masing-masing menarik nafas lega. Tahniah Nasir berjaya mengendalikan kereta dengan baik supaya tak hanyut di bawa arus. 3 jam kut tadi. Tak de ke yang sangkut di hati masa ko ngorat awek2 tadi?

Janji jam 7.30 hanya bole tiba jam 8.30mlm. Kesian Col dan keluarga. Menunggu kami begitu lama. Allahuakbar. Sampai saja masing-masing ambil gliran masuk tandas. Hahahaha.. punya la bersabar ye. Sambil-sambil tu layan si Muaz yang cukup seronok bila ada orang bertandang.

Masyaallah. Look at the food and its presentation. Marveleous. Superb. Yummy. Nak makan yang mana satu ni? Macamana nak makan ni? Macam-macam la yang ditanya. Memang hebat Pn Jumaliah memasak. We did not expect it would be this awesome. Pulut putih dan hitam ada. Ikan talapia (rasanya) bakar, fresh sangat. Larb ayam. Sayur2 ulam untuk miangkan tapi bole balut guna daun salad. Tomyam pun ada. Eh..tomyam? Errr.. aku lupa makan ke? Tu belum lagi karipap dan kuih keria  hasil tangan Pn Jumalaih. Buah-buahan pun ada.

Sebab banyak sangat tanya, terpaksa lah Col tunjuk cara makan sayur2 tu hahaha. Bubuh itu bubuh ini, letak sos, balut dan ngap. Kali pertama untuk aku cuba makan ni. Masyaallah. Memang sedap sangat. Nak letak pulut pun bole. Ikan bakar pun ok. Aku tak tengok dah nasi ada ke idak. Ikan bakar, larm dan miangkam ni pun dah mengenyangkan aku. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Colonel Mahmud dan Isteri Pn Jumaliah, serta anak, Idzwan dan cucu Muaz. Layanan anda sekeluarga memang terbaik. Insyaallah, kita jumpa lagi satu hari nanti. Dah.. jom balik ngemas dan tidur. Pasar malam pun tak dapat nak repeat sebab dah lewat.

Flight pagi esoknya kami sampai awal di airport. Airport kecil, cepat jer check in. Nak tunggu flight pun muka yg sama masa datang, muka tu juga masa balik. Sebab flight hanya ada hari Sabtu, selasa dan Khamis. babai Vientiane. Pengalaman yang sangat mengujakan.

No comments:

Post a Comment