Thursday, October 10, 2019

Van Vieng- 25 Ogos 2019

Pagi ni kami perlu bertolak awal ke Van Vieng. Sejauh 3.5 jam perjalanan. Agenda hari ke 3 ini ditukar ke hari ini. Biasanya tourist yg tiba di Vientiane akan terus ke sini dan bermalam. Manalah aku tahu tentang VV ni. Uncle semalam pun kata nak terus ke sini dulu bila landed (tapi tak jadi sebab jauh kata dia masa jumpa di epot hari nak balik). jadi, 7am Starrex kami dah sampai utk bertolak.

Selepas 1.5 jam perjalanan, inilah jadinya. Suhu naik mendadak. Bila diisi air, sejuk sekejap dan bole dipandu lagi hingga ke bengkel ini. Dalam 20 min katanya boleh siap. 20 min menjadi 2 jam hahaha. Sebabnya spare part kena pi cari kat kedai lain. ada part yg bocor menyebabkan suhu naik. Makanya, melepak dulu di bilik menunggu yang siap ada wifi lagi. Masing2 mengadap hp je la.

Bila dah settle dan terus bertolak ke VV. Sepanjang jalan banyak papan tanda China kelihatan. China dah masuk sini macam di Sihanokville, Cambodia. Jalan keretapi yang dalam pembinaan juga daripada kerajaan China. Menghubungkan Kunming hingga ke Vientiane. Jalan nak ke sini? Bersabarlah banyak2 sebab berbonggol2, berdebu, tidak rata, berlopak-lopak. Hmmm.. macam negara kita tahun 70-80an. Gitu la kut. Pemanduan pula sekitar 60-80km/h. Hahaha.. memang kena sabar banyak2. Sampai pun dah tengahari. Terus lunch di Dhaka Restaurant.

Sayur campur, kari ayam ketul kecil2 dan kari/gulai udang yang ada hanya 5-6 ekor udang. Kuah berlambak. Owner Bangladesh dan isteri ada di sini. Salah seorang pekerjanya ada degree in civil engineering. Engish dia memang mantap. Kerja di sini sebab susah nak dapat kerja di negara sendiri.

Pekan VV. Tidaklah besar sangat tapi banyak shop lots. Sangat banyak travel n tours dan money changers berbanding di Vientiane. Memang sah ini tumpuan pelancong yang utama. Apa yang menarik sangat di sini, jom kita tengok. Merata jalan boleh nampak mat dan minah saleh serta Chinese Asian faces.

Perlu merentasi sebatang sungai yang luas ini dengan sebuah kenderaan sahaja setiap kali lalu. dari jauh dah nampak bukit2 dan gunung2. Seperti sebuah perkampungan.. country side of Vientiane.

Sawah padi menghijau. Macam negeri sendiri. Suasana cantik sebab dikelilingi gunung-ganang. banyak pula simpang nak masuk. Driver pun dah konfus yang mana satu. Kami tak kisah sebab pemandangan dia memang cantik.

 
Pitstop pertama.. Blue Lagoon 1. Tak de signboard. Arca ketam kuning ini pun tak tau kenapa ada. Why ketam? Why? ni pun K.Hanim yang ambil gambar ni.

Memang tak dijangka langsung. Ramai betul pelancong berwajah Cina di sini. Dari China, Jepun, Korea, Taiwan dan mungkin Malaysia juga ada. Muka hitam manis ayu macam kami? Kami bertujuh (termasuk Norul) je la. Akhirnya kami pulak yang jadi perhatian mereka..hahaha. Cuma tidak diajak berfoto saja.

Memang cantik betul kawsan tadahan air ni. Sungai ke kolam ke ntah la. Memang sangat best kalau boleh berkelah suasana begini.

Dah jadi tempat terjun air pokok sebatang ni. Antara kami pun ada je yang geram nak terjun. Tapi mana nak tahu begini rupanya.. pakaian tukar kami tak bawa. Andai awal2 dah tahu, confirm bawa baju untuk mandi.

Baru lagi ni. Di bawah syed Saddiq ni rasanya. Kementerian Belia dan Sukan.

Sebab dah tak boleh mandi, kami teruskan perjalanan ke Blue Lagoon 2 pula. memang tak bole manti juga la..

Ada flying fox! Tapi yang ini tak digunakan. Yang digunakan nun kat puncak pokok yang dalam hutan. Tak nampak sebab terlindung dengan rimbunan daun.

Tengor air kat sini. Cantik kan? Pun ramai pelancong berwajah Cina di sini. Tiada wajah2 lain. Omputih pun kami tak jumpa. Yang putih hanya si Nasir tu hahaha. Baru terbuka hati nak enterframe. Ingatkan baru 20-24 umur dia. Dah 29 thn.. awet muda betul kau Nasir.

Ntah kamera siapa pun tak tahu dah. Cantik kalau buat fotografi di sini. Langit, bukit, hutan, pokok semuanya bersatu dalam sebuah foto.

Ni bahagian yang tak bole mandi. Airnya kurang bersih walaupun nampak jernih. Tapi untuk bergambar memang cun. Akibatnya.. turun je dari pelantar ni silap pijak lekuk yang ditutup rumput. Terpaksa menahan sakit tergeliat huhuhu.

Nam Song River. Dekat situ juga. Dengan kaki terhencot-hencot.. aku folo juga depa cross the bridge. Mana bole dok tengok saja. Bukan senang nak sampai sini lagi. View memang Masyaallah... lawa sangat aih.

 
Dari tepi ni bila nampak gunung-gangang di kejauhan, teringatlah pula pada Yangshuao. Sungguh indah Ciptaan Tuhan, langit membiru...  Kalau ada masa boleh naik bot/perahu lahu menyususri sungai ni. Sebab tak de masa.. kami ayun kaki saja.

Di seberang sungai, ada gerai jual buah dan minuman. Boleh la beli buah yang nak kata fresh pun tidak juga tapi alhamdulillah. Bole makan. Aku beli plum. Jalan yang nampak dalam gambar ni menuju ke sebuah gua. ramai pelancong ke sana. Kami tak de masa nak menjelajah gua di situ. Masa ni juga la dengar suara parau ala2 nyah gitu... I'm from Israel katanya.

Bahan-bahan perubatan pun ada jual di sini. tak banyak tapi ada. Contohnya sejenis cendawan ni. ganoderma rasanya. Punya lah tak ingat nama, dah tengah menaip ni bole pula datang ilham nama cendawan ni. Subhanallah. So, inilah last stop kami di sini.

Sebenarnya kat kawasan-kawasan yang kami pusing sana sini macam-macam ada. Ada memanjat ke gua (kena mai pagi), hot air balloon, tubing, rafting, bawa ATV pusing kampung (hat ni kalau dapat mesti best) dan beberapa aktiviti lagi. Cuaca petang pulak dah mula renyai. Dengan tak solat lagi. Jadi kami singgah Restoren Dhaka tadi untuk tumpang solat jamak. Alhamdulillah, ada ruang untuk kami. Terima kasih tuan restoren.

Dah lewat petang masa kami bertolak balik. Hujan dah mula lebat. Jalan bengkang-bengkok (teringat zaman belajar kat Balik Pulau tahun 80an dulu. Camtu la lebih kurang), berlopak macam aku cerita mula-mula. Tiba di hotel hujan dah surut. K.Hanim, K.Ton dan Angah bole merayau lagi. Sampai masuk kedutaan Brunei dgn mudahnya. Tak jauh pun dari hotel.

Jumpa pula masjid ke dua di Vientiane. Pun dekat sangat dengan hotel. Masjid ni lebih menjadi tumpuan warga Bangladesh, Pakistan dan sewaktu dengannya.

Di tengah-tengah pekan dan renyai hujan. K.Ton dan Angah tu yang berposing. Aku memang tak kuasa dah nak ikut.

Selepas maghrib, kami keluar makan di tempat malam tadi. Rasa tak puas makan sekali hahaha. Kali ni ada ayam goreng, sup, ulam (daun bawang pun depa buat ulam), dan larb. Larb ni kalau google x susah pun masak cuma mungkin malas sebab guna beras goreng. Daging/ayam dihancurkan. Aku try buat guna daging burger.. modify sikit ingedients ikut taste aku. Sedapppp.

Dan akhirnya balik hotel kena balut. Sakit terseliuh memang tak hilang.. huhuhu. balik ni nak kena urut. Oh! Bandage ni beli kat farmasi on the way balik dari VV tadi. Tak mahal pun. 5000kip, lebih kurang RM2.40.

Secara keseluruhannya, VV memang best. Kalau dekat memang aku datang lagi. Cadangan aku pada yang nak datang Laos, turun di Vientiane sila terus ke VV. Di VV stay sekurang-kurangnya 3H2M. Ok. Esok sambung lagi untuk hari terakhir. Babai VV.





No comments:

Post a Comment