Thursday, December 31, 2015

Mini Reunion Damai


A006
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 


 

  
5 Disember- bukan reunion Damai pun, kebetulan. Cikgu Sahiddan menjemput Damai 86 ke majlis perkahwinan puteri sulungnya, Nur Hanis di dewan masjid UNITEN. Apalagi, Damaians pun mula merancang perjumpaan. Bukan senang wei nak jumpa depa. Aku sorang saja di utara, Ina di Labuan tapi balik bercuti ada di KL. Yang lain memang tinggal dekat2 KL sana. Makanya, akulah yang jauh meredah beberapa negeri untuk tiba di sini.


 

Asalnya meja ni aku dan family, Ida dan 3 tetamu pihak lelaki. Lepas saja tetamu tadi selesai, hahaha meja ini kami yang punya. Pakat kumpul kat sini, riuh rendah. Ada mata-mata yang memerhati keriuhan kumpulan kecil di sudut ini. Apa ke halnya kumpulan tu ye? Agaknya itulah kut yang di fikirkan mereka.

Dhan makan tak kisah dah keliling. Janji dia selesai makan. Yang kesian si Jazmi ni ha. Berkali2 bangun duduk, nasi di pinggan tak habis2 lagi. Layan tetamu lebih dari taun rumah.. hahaha.

  
Cikgu dah macam pengantin, hihihi. Awet muda. Er.. Megat, tak rsa tergugat ke? Hahaha. Siapa yang tak dak dalam foto ni? Ana sorang tak dapat datang sebab ikut suami di Dubai. Lelaki... Kamsul datang paling awal. Bila kami sampai dia dah nak balik sebab ada keduri lain. Ezrie ada cuma dalam ni tak ada sebab dia balik masa kami tengah rancak sembang. Fadhil.. hmmmm. Ingatkan dah tak mai mamat ni. Muncul juga akhirnya bila aku dah nak balik.



Ladies.. aku suka gambag ni. Ada sesuatu yang catchy kat sini. cahayanya kah? Atau posisinya kah? Atau orangnya kah? Ana.. tak jeles kerrrr?
 

A007
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (A-li'Imraan 3:7)


Nah.. gambar atas bersama Miss Rudi tu ada si Ezrie. Miss Rudi, terima kasih banyaks sudi ajak kami bergambar bersama. Terharu.. sob..sob..sob. Yang bawah tu berbaju hitam, Cikgu Hanafi. Memang aku tak cam dan tak akan cam kalau tak diberitahu. Sebelah kanan Jazmi pulak Abg. Lop, senior setahun..rasanya.


Dah macam reunion Balik Pulau dah kat  sudut ni. Tg.Lokman, C.Baharum, C.Mail, C.Azlan dan ada lagi yang lain. Termasuk C.Nik Aziz, C.Hamid, C.Noraini, Kak Zah. Senior2 Balik Pulau pun ada juga sikit. Memang Balik Pulau Corner la kat situ. Yang dari Melaka dari Trolak tapi yang paling jauh rasanya aku la kut.. Lunas mari.


Yang paling aku tak tahan mamat sorang ni. Adoiiii.. kenduri ni. Dok nak naik kokkong ibu lagi. jenuh la kalau macam ni. Ni bukan rumah Emad oiii. Sabar je la. Kalau tahun depan lagu ni jugak, mau patah pinggang ibu.

Apa-apa pun, terima kasih cikgu jemput kami ke sana. Nasi dan lauk-pauk memang sedap sangat. Rasa nak tambah tapi cek maluuuu. Rasa nak tapau, cek segannnn. Rasanya ni la kenduri yang paling lama kami lepak2 kut.. hahaha. Bukan senang nak jumpa camni kan? Insyaallah kita jumpa di lain waktu ya Damaians. Do keep in touch..babai u alls..

Ini penutup 2015. Kita jumpa lagi tahun depan. Insyaallah

Wednesday, December 30, 2015

Majlis Yah dan Emad


A001
                                                   Alif, Laam, Miim. (A-li'Imraan 3:1)

Alhamdulillah. Penghujung 2015 berbaki 2 hari lagi. Yang berbaki ini aku mulai dengan lembaran baru, surah baru. Moga ia serba sedikit membantu kita untuk sama2 menghayati maksudnya, Insyaallah.


Ini kisah November lepas. Hujung2 tahun ni mood menulis memang agak kurang.  Simpan dulu banyak2 nanti pulun tulis, simpan lepas tu publish satu demia satu.


Majlis khatam Quran pertama kali untuk Taska Kasih Alif. Emad tu alif ba ta pun tak abis lagi.Bila ditanya Emad pi mana tadi. Jawapannya mudah.. Emad pi kawin. Abis semua kenduri yang dihadiri dia jawab pi kawin. Termasuklah kalau abahnya pi kenduri.. abah pi kawin!
 
A002
Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. (A-li'Imraan 3:2)


Gambar yang telah diambil awal sebelum majlis berlangsung. Sudah dipesan supaya berbaju melayu, bersongkok bersampin. Emad mana ada sampin. Memang aku tak beli sebabnya budak ni cepat membesar. Raya dulu pinjam sepupu punya. Kali ni mama bagi pinjam anaknya punya. Raya tahun ni? Tengoklah dulu nak beli ke tidak.
 
A003
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (A-li'Imraan 3:3)

 

Ini pun cerita November juga. Majlis penyampaian hadiah SK Pauh Jaya. Majlis terakhir untuk Dalilah dan untuk sekolah rendah anak2, buat masa ini. Emad lagi 2 tahun baru Darjah 1, tu pun mungkin di sekolah lain.
  
A004
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (A-li'Imraan 3:4)

 

Berbaris menunggu nama dipanggil. Zaman sekarang sekolah rendah pun sudah berjubah. Zaman aku dulu mana ada semua ni. Masa dulu, maka abah pun tak mai rasanya. Ke..aku yang lupa? Tapi tak kisah pun sebab aku tau masa tu susah. Sekolah jauh. 
 
A005
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. (A-li'Imraan 3:5)

 

Sebelum ini, dimulakan dengan tahun 1. Tahun ni, penyampaian dimulakan dengan tahun 5 dan tahun 6. Alhamdulillah. Lepas ambil hadiah terus balik. tak tunggu lama2 dah. Gambar bawah tu bukan masa penyampaian. Tu masa mengambil keputusan UPSR. 44 murid yang mendapat 5A dari SKPJ bergambar bersama2. Banyak benarlah tangan2 yang merakamnya. Moga kecemerlangan ini diteruskan di peringkat menengah pula. Amin